Memaparkan catatan dengan label Imbasan 2014. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Imbasan 2014. Papar semua catatan

01 Januari 2015

Januari 01, 2015

Suka Duka 2014!

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Alhamdulillah.. masih diberi ruang dan peluang oleh Allah untuk terus melihat alam pinjaman-Nya ini... Dah masuk tahun baru..pasti ramai dah pasang azam baru kan...

MF tak pernah berazam...tapi MF simpan harapan setiap hari... Tahun 2014 tahun yang penuh suka duka buat MF dan juga Malaysia.. Dalam konteks kehidupan MF sendiri.. tahun ni juga tahun yang penuh ujian juga sebenarnya..terutama hujung-hujung tahun.. sebab, awal tahun 2014, boleh dikatakan happy time.. Mula Januari, MF menimang cahayamata kedua... kemudian menghadapi hidup berempat...serta Alhamdulillah..

Kemudian masuk pertengahan tu,diuji dengan suami yang sakit.. namun ada juga terselit bahagia, kerana impian nak bercuti ke Cameron Highland tercapai setelah empat tahun menabung bersama suami... Alhamdulillah... Balik dari bercuti.. MF diuji dengan suami yang kena pembedahan Apendiks... kemudian diikuti pula dengan demam panas sekeluarga.... Allahu Rabbi.. Namun, dengan sabar, kuatkan semangat dan doa, semua tu MF dan suami hadapi bersama... Alhamdulillah..

Dugaan MF dalam breastfeeding juga tak kurang hebat... Target nak fully BF adik hancur.. boleh baca di entry ini.

Tahun ni juga, tahun duka buat seluruh Malaysia... Banyak kejadian yang menginsafkan terjadi... Jerebu teruk hingga terpaksa diisyhtiharkan darurat dan sekolah ditutup... Kehilangan pesawat MAS MH370 yang masih menjadi misteri hingga kini, kemudian diiikuti dengan tragedi pesawat MAS MH17 yang ditembak di Ukraine... kemudian... bencana alam..puting beliung yang melanda negeri Kedah... kemudian banjir lumpur dan tanah runtuh di Cameron Highland.. diikuti kejadian banjir besar di pantai timur, utara dan selatan Malaysia...serta negeri Sabah dihujung tahun 2014... Banyak dugaan tahun ni... moga kita ambil ikhtibar atas teguran dan peringatan Allah ini...

Imbasan pencapaian MF dalam dunia blogging pula.. MF rasa tahun ni MF betul-betul semangat berblog... MF mula konsisten up paling kurang 4 entry setiap hari.. masih mengekalkan tema info dan ilmu dan diselang seli dengan kisah peribadi MF serta hal-hal yang santai... Tahun 2014, sebanyak 1785 entry MF telah publishkan berbanding 1438 tahun 2013... dan blog ini mula dikenali dalam dunia blogging... walaupun MF tak pernah join mana-mana blogger gathering, tapi mungkin sebab MF suka blogwalking buatkan orang kenal... Tahun ni juga, MF dapat kembalikan kenangan dapat kad raya.. Hasil dari blogging tahun ni... MF dapat banyak hadiah sama ada menang segmen dan juga sebagai top komentar.. dan Hujung tahun ni.. dua kali MF menang segmen yang agak besar anjuran Mialiana.com... Alhamdulillah..

MF belajar coding dan berjaya ubah layout blog MF sendiri... hasil tunjuk ajar kak mia juga... Ranking Alexa pun turun naik.. dan yang terbaik MF pernah capai bawah paras 800 untuk ranking di Malaysia.. dan lepas tukar domain... masih puluhan ribu.. nak kena kekalkan momentom la jika nak dapatkan ranking yang baik... insha Allah akan diusahakan...

Dari segi nuffnang.. tahun ni baru MF betul-betul faham pasal nuffnang... dua kali cash out tahun ni... dan ini menambahkan hasil tabungan anak-anak MF... terima kasih buat yang sudi dan rajin menabung untuk anak-anak solehah kami. Dan paling MF suka, tahun ni juga MF dah pun guna domain sendiri.. hasil sokongan dari suami MF juga... Alhamdulillah...

Penuh warna warni tahun ni... Harapan MF, semoga tahun ni lebih baik dari tahun sebelum ni... sama ada dari segi amalan duniawi dan ukhrawi... Moga ditambahkan keimanan dan kesabaran dalam menghadapi dugaan mendatang... Moga ikatan kekeluargaan juga bertambah erat... Semoga tahun ni juga, dilimpahi rezeki yang diberkati dan kesihatan yang lebih baik terutama buat suami MF dan keluarga MF sendiri... Insha Allah...



Nota: Insha Allah tahun 2015, akan bertambah lagi ahli keluarga MF, eh...tapi bukan MF... keluarga besar MF la... Insha Allah...