Memaparkan catatan dengan label Iklan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Iklan. Papar semua catatan

15 Mei 2016

Mei 15, 2016

CPUV Nuffnang Bulan Mei Yang Sederhana

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Lama tak tengok nuffnang, ALhamdulillah,masih ada CPUV bulan ni walaupun dua minggu agaknya tak bercerita pasal nuffnang ni..


Tak banyak, tapi ada la...
Syukur walaupun sikit je..

Tapi nak ucapkan terima kasih gak kat UMobile, sebab iklannya tak pernah putus di blog ni.. 
Alhamdulillah.. dan memang ternyata UMObile memang terbaik setakat MF guna ni.. 

Banyak jimat dan murah.. 
Line pun ok, cuma perlu diperluaskan ke kawasan ceruk dan pedalaman... 

Terimakasih nuffnang..
terima kasih blogger
Terima kasih para pengiklan...

06 Januari 2016

Januari 06, 2016

Membeli Belah di Butik Muslimah Online!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Penggunaan teknologi moden kini semakin meluas dan ianya dapat dilihat sedang berlaku dan akan terus berlaku di mana-mana sahaja di seluruh dunia. Kalau dahulu jika hendak beli sesuatu kita perlu keluar, walaupun kadang-kala terpaksa, untuk dapatkan apa yang dimahukan. Namun kini keadaan sudah berubah sama sekali. Kita boleh beli hanya dari rumah sahaja dengan cukup selesa tanpa perlu keluar pun. Hebat bukan?
Industri fesyen tempatan berjaya menggunakan kelebihan ini dengan mewujudkan peluang untuk shopping fashion item secara online melalui butik fesyen online Malaysia. Peluang ini terus digunakan pula oleh para pencinta fesyen dengan mendapatkan produk fesyen kegemaran mereka secara atas talian.



Perkembangan trend fesyen terkini Muslimah telah memperlihatkan kemunculan lebih banyak koleksi pakaian Muslimah dalam pasaran. Ini adalah satu perubahan yang cukup positif selepas dunia fesyen tempatan dimonopoli oleh koleksi pakaian wanita terkini yang lebih moden.


Kepelbagaian budaya memperlihatkan banyak cabang gaya hidup wujud seperti daripada segi makanan, pakaian tradisional dan adab. Inilah yang membuatkan Malaysia cukup dikenali di seluruh dunia. Dengan hanya melawat Malaysia mereka dapat menikmati pelbagai perkara menarik yang setiap satunya membezakan satu kaum daripada kaum yang lain.

Pakaian tradisional sebagai contoh adalah antara perkara yang paling jelas sekali membezakan kita semua. Setiap satu  jenis traditional wear ini memerlihatkan ciri-ciri budaya masing-masing. Namun dalam banyak-banyak daripadanya yang paling popular sekali ialah pakaian tradisional Melayu. Wanita seperti biasa mempunyai lebih banyak pilihan seperti baju kurung, baju kebaya, jubah dan baju kurung peplum.

Baju kurung boleh dikatakan sebagai pakaian Muslimah yang paling popular kerana menjadi pilihan dalam kalangan wanita di Malaysia. Ianya amat cantik untuk digayakan ke mana-mana sahaja. Malah sifatnya yang versatile memberikan anda ruang untuk memakainya pada bila-bila masa yang anda mahu. Ianya adalah antara produk wajib yang harus ada dalam sesebuah butik fesyen Muslimah. Layari butik Muslimah online untuk dapatkan lebih banyak info tentang koleksi pakaian Muslimah terkini!

Rambang mata dibuatnya bila lihat butik Muslimah online, takde hal lagi zaman moden ni nak berfesyen, geng suri rumah pun tak terkecuali nak  cantik bergaya lagi di rumah... Klik-klik, hujung jari, baju dah sampai depan pintu kan...

11 Ogos 2015

Ogos 11, 2015

Cetak Baju T-Shirt Sedondon Pantas dan Murah!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Zaman sekarang ni segalanya nak sedondon kan... Baju raya, baju kenduri kahwin, majlia akikah, baju kerja semuanya nak sedondon.

Bagi keluarga yang besar memang suk buat baju sedondon, nampak sweet je kan...

Minggu lepas, pihak Homemadesticker lancarkan lagi satu produk terbaru kami... t-shirt sedondon satu keluarga... sekarang ni, bukan buat sticker kereta je, pada baju pun HMS boleh buat.

Baju t-shirt kelurga yang boleh dicetak ikut design dan idea sendiri... nak letak nama sendiri atau nama samaran pun boleh. Tulisan jawi pun boleh. Nak tulisan khat diwani, naskh, kufi atau thulut...boleh pilih... font rumi pun banyak pilihan.

Baju t-shirt yang boleh ditempah:
Baju t-shirt cotton lengan pendek dan panjang
Baju t-shirt cotton berkolar lengan pendek.
Baju t-shirt cotton muslimah
Baju t-shirt untuk kanak-kanak
Romper bayi seawal usia newborn
T-shirt polo
Jersi

Yang lebih menarik:
Design dan warna boleh request.
Harga? Insha Allah yang terendah saat ini...
Cetakan yang pantas.. paling cepat dalam masa 24 jam.
Free postage ke seluruh Malaysia
Servis COD sekitar Gombak, KL
Tiada minimum order... nak tempah sehelai saja pun boleh... dengan design sendiri... rare kan... design yang lain dari orang lain... mesti lah lebih menarikkan...
Nak bagi design sendiri atau boleh juga pihak HMS yang designkan tanpa cas bayaran setakat promosi ini...

Berminat nak tempah?
Whatsapp: 0192732794
Email: cetakbajuekspress@gmail.com
Facebook: https://www.facebook.com/cetakbajuekspress

25 Jun 2015

Jun 25, 2015

Terkejut! Permohonan Innity Lulus Dalam Masa Sehari!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Alhamdulillah...  Rezeki yang tak disangka..  Tak pernah mengharap tapi Allah dah tentukan.. Dok tengok banyak blogger dapat iklan innity... Saja la gatai tangan mohon juga semalam... Saja la cuba nasib... Printscreen stat blog je.. Tak ambil pun dari google analytic... 

Isi-isi... Terus la submit.. Tu pun mencabar juga nak submit... Banyak kali tak kena.. Akhirnya lepas juga.. Dah hantar tu tak fikirlah banyak untuk dapat... Sebab memang tak mengharap... Sebab jika dibaca syaratnya.. Banyak pula la karenahnya... Tapi mohon la.. Try and error kan.. 

Lepas tu pagi ni, saja la check email.. Sekali terkejut..permohonan ku diluluskan. Cepat pula tu... Biasa orang mohon berhari-hari...Dan ada yang berbulan baru lulus... Dan tak kurang juga banyak yang telah ditolak.. . Tapi nak jadi rezeki kan.. Alhamdulillah.. Allah permudahkan.

Sebab terkejut tu, baru la sibuk cari info pasal innity ni... Setakat ni MF tak pasang lagi.. Tak sempat nak buka lappy pun.. Baru nak baca-baca panduan yang dia bagi. 

Bagaimana dengan Nuffnang??? Nuffnang tetap MF teruskan... Walaupun tak banyak income... Tapi masih ada BE.. Bahkan makin meriah pula.. Macam tahu nak kena madu... Hehe.. Syukur alhamdulillah...  Cuma earning Nuffnang ni tak sebanyak orang lain... Dah tiga tahun serius berblog... Income tak sampai setengah ribu pun lagi... Jadi, saja la cuba innity ni pula... Mana tahu.. Dapat lebih sikit kan.. 

Meletakkan iklan diblog sekadar sampingan MF dalam berblog.  Sebab tu MF tak buat advertorial... Bukan tak nak... Tapi MF takde masa nak kejar semua tu... Nak up entry setiap hari pun mencabar.. Apatah lagi nak buat pengiklanan..  Tak pe lah.. Yang tu MF serah kepada ramai blogger lain boleh buat kan.. Tak kan semua kita nak bolot kan.. Cukuplah dengan rezeki Allah beri melalui bisnes sendiri dan makan gaji ni... Ni pun dah cukup... Syukur je dengan apa yang ada. 

Jadi, lepas ni... Iklan innity la pula bakal berlegar di blog ni.. Hehe... Ada masa, sudilah kiranya menabung untuk anak-anak kami ya... Insha Allah... Moga Allah memberkati..  

23 November 2014

November 23, 2014

Ruangan Tapak Iklan untuk Disewa Kini Dibuka!


Alhamdulillah.. ini projek hujung tahun dan dimusim cuti dan insha Allah berkekalan hingga selagi blog ini wujud... 

Melihatkan statistik blog ini yang makin konsisten dan juga mempunyai pengunjung tetap serta pengunjung baru, Blog Maria Firdz maju setapak...dengan memberi dan membuka peluang dan ruang buat rakan-rakan yang berhajat ingin majukan perniagaan dan menyebar luaskan perniagaan secara online... 

Maria Firdz membuka tapak iklan untuk disewakan di blog... dengan harga yang berpatutan dan boleh dirunding mengikut budi bicara sesama rakan... 

Selain itu, Maria Firdz juga membuat review untuk produk yang diiklankan kepada sesiapa yang berminat... 

Insha Allah... Niat ingin membantu rakan-rakan menyebarluaskan perniagaan secara online... 

Sesiapa yang berminat..boleh hubungi Maria Firdz melalui:
Sama-sama kita majukan perniagaan demi memantapkan ekonomi ummah!