19 Julai 2017

3 Rahsia Terbesar Suami Yang Ramai Para Isteri Tak Tahu!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


3 Rahsia Terbesar Suami Yang Ramai Para Isteri Tak Tahu! | Lelaki perempuan berbeza tapi boleh hidup bersama.. itu kuasa Yang Maha Esa... 

Untuk memelihara rukunnya rumahtangga... Kena belajar memahami antara satu sama lain setiap hari... Jika tak faham dan tak belajar untuk faham.. itu yang ramai berpisah walaupun baru berkahwin... 

Ada tiga rahsia suami yang isteri tak tau... Rahsia ni didedahkan oleh seorang lelaki yang bergelar suami juga... Sebagai pengetahuan kepada para isteri...


Rahsia suami isteri

3 Rahsia Terbesar Suami Yang Ramai Para Isteri Tak Tahu!


1. Suami ni sebenarnya tak pernah membesar. Yang membesar cuma ego dan rasa tanggungjawab je. Suami masih seorang anak ummi, anak mama dan anak ibunya. Sebab tu mereka ni wajib taat ibunya sampai ke mati.

MF: Ini antara perkara penting yang ramai para isteri lupa.. sebab tu sengketa antara isteri dan mentua ni tak pernah hilang dari dulu... Sampai dijadikan movie, drama dan filem... 
Ingatlah... Tanpa ibunya takdelah suami kita sekarang... Jika kita rasa teruknya mentua kita, bayangkan bagaimana pula jika nanti jadi mentua?



2. Suami masih perlukan pelukan kasih sayang dan masih perlukan belaian. Tak percaya cuba la belai rambut suami masa dia tengah nak tidur, keesokannya dia akan manja lain macam dengan isterinya sendiri. Silap-silap gelang emas menanti.

MF: Antara yang terpenting... Ramai isteri menolak bab ni.. terutama bila ada anak... Ustaz MF pernah pesan... Walaupun dah ada anak.. jangan ketepikan dna terlalu lebihkan anak hingga suami sendiri terabai... Bahaya! Itu juga punca suami mula cari perhatian luar... Perkara ini juga pernah dikongsi oleh rakan sekerja MF yang berusia 40 tahun ke atas... Dia kata lelaki bila meningkat usianya... Dia makin perlukan lebih perhatian...  



3. Suami perlukan ruang peribadi untuk si isterinya hormati. Pernah dengar istilah Man cave? Haa, lelaki ni memang secara psikologi perlukan 'gua' peribadi mereka sendiri walaupun dah berkahwin dan beranak pinak sekalipun. Dalam tu la biasanya mereka bertenang, menyusun strategi baru, dan melarikan diri daripada tekanan persekitaran dan emosi buat seketika. 

MF: Sebab tu... Berilah ruang kepada suami untuk dia buat apa sahaja hobi dia... Dan begitu juga suami.. bagilah ruang untuk isteri untuk ber "me time" sekali sekala... 


InsyaAllah kalau isteri boleh hadam dan faham rahsia suami masing-masing ni, senang la nak handle dan faham cara nak ceriakan kembali suasana rumahtangga yang mungkin dah pudar ditelan waktu dan kesibukan kerja.

Olahan sumber: Facebook Dr. Taufiq Razif

InshaAllah.. bahagia rumahtangga jika masing-masing faham pasangan masing-masing... Perkahwinan bukan pemilikan tapi ianya sebuah perkongsian dua jiwa dalam satu hati... 

Jom sama-sama teruskan belajar untuk memahami pasangan masing-masing untuk memupuk cinta sejati setiap hari... 💓 💓 💓

14 Julai 2017

5 Tips Kenali Isteri Anda!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


5 Tips Kenali Isteri Anda! | Wanita dan lelaki diciptakan sangat berbeza...namun Allah ciptakan wanita dan lelaki boleh hidup bersama... Walaupun begitu.. dalam rumahtangga pasti akan berlaku pergolakan kerana ingin cari persamaan kerana perbezaan ini... Tapi mustahil akan sama...

Jadi, sedikit tips nukilan Dr. Taufiq Razif buat para suami dan bakal suami untuk mengenali isteri masing-masing...

5 Tips Kenali Isteri Anda!

1. Kita kena tahu perempuan ni makhluk misteri. Otak perempuan memang terbukti lebih kompleks daripada lelaki. Sebab tu la mereka lebih multitasking dan memerlukan tidur 20 minit lebih lama daripada lelaki.

2. Jangan ingat bila dah kahwin tu tandanya kita dah memahami si dia sepenuhnya. Proses berkenalan tu kadang-kadang memerlukan sepanjang hidup kita. Mula-mula kahwin sifatnya lain. Dah masuk tahun pertama kahwin mula la keluar sifat yang sebelum ni kita tak pernah tahu pun. Bila dah mengandung nanti lagi la lain dengan ribut hormon yang tak menentu. Jangan panik! Kita lelaki diciptakan cepat bosan dengan benda yang sama. Sebab tu Tuhan jadikan perempuan ni susah nak difahami. Setiap hari kita akan temukan benda yang baru pada si dia. Menarik kan?

3. Perempuan memang Tuhan dah cipta untuk taat pada suami. Tu sistem yang takde siapa boleh bantah tapi kita para suami pun disuruh untuk bermuamalah dan bergaul dengan cara yang paling lemah lembut dan sopan dengan para isteri kita. Jangan tuntut mereka bahagiakan kita. Kita dulu yang harus bahagiakan mereka. Baru la mereka akan sukarela bahagiakan kita.

4. Perempuan ni makhluk emosi. Jangan sekali kali gunakan logik untuk tenangkan si dia. Guna la emosi juga kalau nak tenangkan si dia. Kalau si dia dah mula bebel tu ada lah tu lubang emosi dia yang terganggu. Mungkin kita jarang peluk si dia, mungkin kita buat si dia rasa tak selamat disisi kita, mungkin kita kurang menjadi suami dan bapa pada pandangan dia atau mungkin sebab kita lupa hari jadi dia!

5. Perempuan ni makluk auditorik. Pancaindera telinga mereka lebih sensitif dan peka dibandingkan pancaindera yang lain. Kalau nak bahagiakan si dia, bahagiakan dulu telinganya. Puji dengan pujian yang baik-baik. Kalau masak lebih-lebih kurang pun apa salahnya puji usaha si dia. Kalau dia beli baju baru pun apa salahnya puji penampilan si dia. Semua tu tak makan modal pun. Yang perlu cuma kreativiti kita sebagai suami untuk membahagiakan si dia.

Sumber: Facebook Dr. Taufiq Razif

Jadi para suami... Belajarlah untuk memahami wanita... Jangan cuba untuk carikan persamaan... Elakkan wahai para suami untuk ubahsuai isteri anda untuk ikut citarasa anda dan gaya hidup anda... Belajar untuk fahami dan hormati perbandingan dan perbezaan itu untuk memelihara kerukunan rumahtangga... Moga berbahagia hingga ke syurga... 

10 Julai 2017

7 Tanda Isteri Kurang Perhatian Suami!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ramai para suami tidak memahami dan tidak dapat membaca gerak geri dan tindakan isteri sendiri. Orang perempuan ni penuh dengan bahasa badan yang sukar difahami.. tetapi jika suami tahu tanda-tanda ni, suami akan mengetahui apa yang isteri nak sebenarnya. Berikut MF nak kongsikan beberapa panduan buat suami tanda isteri memerlukan lebih perhatian dari suami.


1. Kuat Cemburu

Isteri cemburu dengan kerja, dengan rakan sekerja terutama rakan kerja perempuan. Tanda dia cemburu, dia banyak tanya pasal kerja, pasal kawan dan yang dia tak pernah dia akan tanya. Dan cemburu ni secara tiba-tiba kerana dia bukanlah seorang yang kuat cemburu pun sebelum ni. Jika tetiba cemburu tu maknanya isteri nak kan lebih perhatian tu... Jadi, spend time lah untuk isteri ye... Paling tidak SMS, atau Whatsapp bila ditempat kerja... 

2. Tak Nak Suami Tolong Lagi Dah

Suami yang kurang beri perhatian, menyebabkan isteri jadi terlalu berdikari.. Tapi AWAS itu petanda bahaya... kerana satu hari isteri akan tawar hati jika anda biarkan perkara ini berlarutan... Dan sampai satu tahap dia akan anggap suami tak wujud lagi. Jadi, suami jangan biarkan isteri buat semua kerja rumah!... Tolonglah dia tanpa dipinta.

3. Dia berpakaian untuk menarik perhatian

Pakai baju yang suami suka pastu dok pusing-pusing atau lalu lalang depan suami... Tu tanda dia saja nak tarik perhatian suami la tu.

4. Selalu Cakap Rindu

Cara yang paling mudah anda akan tahu bahawa isteri anda perlu lebih perhatian adalah jika dia berterus terang yang dia rindu. Tidak kira apa, jika dia memberitahu anda dia rindukan anda, anda perlu menumpukan lebih banyak masa anda kepadanya.

6. Suami Mengetahui Hal Isteri Melalui Laman Sosial Berbanding Secara Direct
Jika anda log masuk ke dalam Facebook untuk mengetahui apa yang berlaku dengan isteri anda, sesuatu yang tidak betul. Sepatutnya suami perlu tahu hal isteri melalui SMS atau secara direct bukan melalui status atau di laman sosial. Teks atau call isteri pada masa tertentu sepanjang hari supaya anda boleh tahu apa yang berlaku dengan dia. Jadi, suami wajib tengok dan ambil tahu aktiviti di Facebook... Selalulah ambil berat pasal isteri .. jangan sampai dia luahkan di Facebook... Setiap masa update di Facebook minta perhatian dan like rakan Facebook.. itu juga tanda isteri kurang perhatian... 

7. Masuk Tidur Asing-asing

Kedua-dua anda memerlukan perhatian peribadi yang bersiap sedia untuk tidur dan menunggu si dia datang. Jika anda berdua tidak akan tidur pada masa yang sama, anda perlu membuat perubahan supaya anda berdua mendapat masa itu bersama-sama.

Jika ada tanda-tanda ni.. suami bertindak cepat... Anda penyelamat rumahtangga anda sendiri... 

25 Mei 2017

Pahala Buat Suami Yang Suap Makanan Ke Mulut Isteri

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Pahala Buat Suami Yang Suap Makanan Ke Mulut Isteri | Bila Kali terakhir suami suap isterinya makan??? Adakah waktu makan beradap masa hari persandingan? Jika begitu.. rugilah sang suami... Kerana tak merebut pahala yang banyak bagi suami yang suap isterinya makan... 

Renungkan hadis ini... 

عَنْ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ أَنَّهُ أَخْبَرَهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّكَ لَنْ تُنْفِقَ نَفَقَةً تَبْتَغِي بِهَا وَجْهَ اللَّهِ إِلَّا أُجِرْتَ عَلَيْهَا حَتَّى مَا تَجْعَلُ فِي فَمِ امْرَأَتِكَ

Dari Sa'd bin Abu Waqash RA bahwasanya dia mengkhabarkan, bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya, tidaklah kamu menafkahkan suatu dengan  mengharap reda Allah kecuali kamu akan diberi pahala termasuk sesuatu yang kamu suapkan ke mulut isterimu".(HR Bukhari No: 54) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap pemberian suami ke atas isterinya dengan mengharap reda Allah akan tetap mendapat ganjaran pahala.

2.  Pemberian suami ke atas isteri seperti makan minum, pakaian dan tempat tinggal adalah suatu kewajipan. Setiap yang diberi kepada isteri termasuk menyuapkan makanan ke mulut isteri akan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah. Sabda Rasulullah SAW:

ولهنَّ عليكم رزقُهن وكسوتُهنَّ بالمعروفِ

“wajib bagi kalian (para suami) memberikan rezeki (makanan) dan pakaian dengan baik kepada mereka (para isteri)” (HR. Muslim No:1218)

Juga hadis yang diriwayatkan dari Muawiyah Al-Qusyairi:

قلت: يا رسول الله! ما حقُّ زوجة أحدِنا عليه؟ قال: أن تُطعِمَها إِذا طَعِمْت، وتَكْسُوَها إِذا اكتسيت، ولا تضربَ الوجه، ولا تُقَبِّحَ، ولا تهجرَ إِلا في البيت

Aku berkata: Wahai Rasulullah, apa yang berupa  hak isteri yang wajib kami tunaikan?’. Baginda bersabda: ‘engkau beri ia makan jika engkau makan, engkau beri ia pakaian jika engkau berpakaian, dan jangan engkau memukul wajahnya, jangan mencelanya, dan jangan memboikotnya kecuali di rumah” (HR. Abu Daud No: 2142) Status: Hasan.

3.  Para suami wajib menunaikan hak isteri yang menjadi tanggungjawabnya seperti makan minum, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya.



Maksud hadis ini ialah memberi nafkah zahir iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal... 

Tapi kalau suami selalu melazimi menyuap makanan ke mulut isteri lagi bertambah pahala... 

Jadi, banyak pahala suami suap isteri makan... Memang terang-terangan bagi nafkah makan tu namanya.. jangan jadikan suap isteri pada hari makan beradab itu yang terakhir... Jadikanlah amalan dalam kehidupan berumahtangga agar hubungan suami isteri kekal bahagia hingga ke syurga... 

22 Mei 2017

Hukum Minta Cerai Sebab Suami Poligami!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

MINTA CERAI KERANA SUAMI POLIGAMI | Poligami satu perkataan yang amat sensitif bagi wanita... Jangan sesekali buat bergurau dengan wanita bab ni... hahaha... 

Tapi bagi wanita yang faham agama, dan suami yang faham agama poligami ni satu yang indah dan banyak hikmahnya... kerana itu hukum poligami ni disebut dalam al-Quran. 

Namun begitu... kena ingatkan diri sendiri juga.. bahawa suami kita anugerah Allah, tapi bukan milik mutlak kita.. Jadi, bila-bila sahaja Allah ambil balik atau Allah anugerahkan ia kepada orang lain juga untuk berkongsi... 

Apa pun... Bagi yang dah berpoligami memang sukar nak terima kenyataan kan... Tapi indahnya poligami bagi isteri yang redha... sebab ada je isteri yang memang pinangkan madu nya untuk suami sendiri... 


Tapi bagi yang diuji dengan suami berpoligami senyap dan tanpa redha... Mesti satu tamparan hebat bagi kita kan... DAn sememangnya wanita, bila ada masalah mula nak minta cerai.. Persoalannya, boleh kah kita minta cerai atas alasan suami berpoligami?


1. Adalah haram bagi isteri meminta cerai semata-mata kerana suaminya berpoligami jika suaminya adil dan melaksanakan segala kewajipannya sebagai suami terhadap isteri-isteri dan anak-anaknya. Jika isteri mendesak juga secara berterusan sehingga suami terpaksa memenuhi permintaan isteri supaya menceraikannya, maka talak jatuh dan sah, tetapi isteri berdosa kerana meminta cerai tanpa alasan yang munasabah. 

2. Meminta cerai atas alasan tidak rela berkongsi suami bukanlah alasan bersifat syarie. Ternyata alasan itu tidak munasabah. 

3. Isteri yang tidak berpuas hati dengan tindakan suaminya berpoligami lalu bertindak mengabaikan tanggungjawab dan kewajipannya sebagai isteri seperti tidak melayan seks suami, tidak mempedulikan perintah suami, bersuara kasar dengan suami dan menghasut anak-anak membenci bapa mereka adalah isteri yang nusyuz dan derhaka. Selama mana dia kekal dalam nusyuz, suami tidak wajib memberi nafkah kepadanya. 

4. Jika isteri tidak mendapat keadilan daripada suami kerana suami berat sebelah kepada isteri yang satu lagi, maka isteri tersebut boleh meminta cerai kerana alasannya munasabah. Suami pula wajar menceraikan isteri yang tidak mendapat keadilan daripadanya. Keadilan yang dimaksudkan ialah hak giliran bermalam dan saraan nafkah. 

5. Walaupun tidak mendapat keadilan adalah alasan munasabah yang membolehkan isteri meminta cerai, tetapi bersabar menghadapi situasi tersebut dan tidak meminta cerai adalah lebih baik untuk menyelamatkan rumah tangga dan memikirkan masa depan anak-anak dengan harapan suami dapat berubah sikap dan kembali bertanggung jawab terhadap isteri-isterinya dengan seadil-adilnya. 

6. Jika tiada harapan lagi bagi suami yang tidak adil itu untuk berubah, maka isteri yang tidak mendapat keadilan itu bolehkah meneruskan hasratnya meminta cerai. Semoga selepas perceraian, dia dapat menemui kebahagiaan yang dicari seperti mendapat suami baru yang bertanggung jawab. Jika tidak berkahwin pun, sekurang-kurangnya dia tidak terganggu lagi dengan emosi dan memendam rasa terhadap seorang lelaki yang bergelar suami yang tidak adil. 

(Catatan Syeikh Ahmad Faisol Hj Omar)

Tak tau nak komen macam mana sebab bukan kita alami.. dan mohon dijauhkan diuji dengan ujian berpoligami... Banyakkan lakukan amalan bersama dalam rumahtangga setiap hari untuk jadikan dia pasangan yang setia dan sejati hingga akhir hayat.