12 November 2016

[HOMESCHOOLING] | D.I.Y DAM ULAR VERSI BACALAH ANAKKU

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Perkongsian dari mak-mak yang rajin buatkan kita jeles, tapi dalam masa yang sama itulah penggerak motivasi kita untuk jadi mak yang rajin juga..

Baru-baru ni Blogger IntanBerlian a.k.a Zarina Tazari kongsikan d.i.y Dam Ular untuk anak-anak solehahnya... Teruja juga MF tengok... jadinya, MF pun terus la cari link yang kak Zarina kongsikan di blog dia..

Download dulu, buatnya tak lagi.. sebab tunngu masa yang ada baru buat,..


Alhamdulillah semalam MF buat.. memula MF saja je print yang kosong... pastu nak minta tolong suami tampalkan, mula print yang ringkas je.. sekali suami kat tak best, sebab ular dan tangga tak banyak... tak mencabar... jadi MF buat yang lain... tapi entah mood rajin datang, MF edit yang lagi satu jenis dam ular masukkan suku kata bahasa Melayu... dah siap edit save je dulu... tak sempat juga nak edit.. dan print..

Sekali dah petang, tengok suami MF dah tolong print kan.. teruja nih kakak dan adik tengok..

Suami printkan besar, 4 keping A4... lepas print mulanya nak tampal terus je.. MF cadangkan pada suami liminate dulu sebelum tampal pada kertas keras..

So, liminate dulu, biar tahan lama dan kalau kena air pun tak rosak.


Dah siap sibuk si kakak ajak main... Jadinya,sementara tunggu maghrib layan la anak-anak main  kejap.. terhibur la anak-anak...

Cuma, gaya main kami ubah sikit...

Si kakak, bila sampai pada tangga kena ejakan suku kata tu dan kena cari sambungan suku kata yang sesuai.. kakak dalam bahasa Melayu, MF dan suami kena cari dalam bahasa Inggeris... dapat jawab boleh naik tangga, kalau jumpa ular pula.. kalau tak dapat jawab kena telan, dapat jawab selamat la tak payah turun... Memang mencabar minda juga main nih... haha... sebab dalam masa meningkatkan bilangan suku kata yang kita tahu..

Bagi yang nak download softcopy dam ular ni.. Boleh klik link di bawah ni:
http://www.sightwords.com/sight-words/games/snakes-ladders/
http://www.itsybitsyfun.com/stpatricks-day-snakes-and-ladders.html

Tengoklah, macam-macam jenis ada dam ular tu.. siap ada perkataan pun ada, tapi bahasa inggeris la..

Cara MF edit, MF printscreen sebab dia dalam bentuk pdf, kemudian edit guna photoscape, dan print gambar dalam bentuk poster.. kalau tak tau nak setting, boleh cut kepada 4 dan edit guna photoshop atau ikut kreativiti sendiri..

JImat duit, sebab memang aim nak beli dam ular ni bagi anak main.. tapi dah jumpa ni.. jimat dah d.i.y sendiri je.. 

23 April 2016

[HOMESCHOOLING] Lumba Siapa Susun Paling Tinggi!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Mengasuh anak ni simple...
Antara aktiviti menarik yang MF buat semalam...
Tak ajar, tapi cuma bagi bahan.
Ikutlah nak buat apa dengan bahan yang diberikan.

Bongkah kayu ni dah lama suami beli..
Bagi main on off sebab bila mood anak tak baik, dia buat masak-masak dan baling-baling...

Tapi bila si kakak dah besar ni, dah reti main.

Tapi yang semalam ni betul-betul seronok tengok diorang main...
Memula si adik yang buat.. kemudian si kakak pula mengikut...

video


Lumba susun siapa paling tinggi...
Maka, si adik dan kakak pun berlumba susun bongkah kayu tu untuk lihat siapa boleh susun paling tinggi... Teruja MF melihat semangat anak-anak, MF rekod senyap-senyap dan bagi sokongan dan jadi tukang sorak.

Makin galak mereka berlumba..
Seronok tengok mereka main...


Si kakak menambahkan lagi hasil kreatifnya...
Dia bina huruf menggunakan bongkah kayu ..

Rasa seronok ..
lebih seronok bila mereka bebas jana kreativiti tanpa kita ajar... 

MF selalu biarkan anak main sendiri... Jarang homeschooling straight macam mengajar kat sekolah... Biasanya memang santai dan sambil bermain. 

Tips:
Nak galakkan anak buat aktiviti homeschooling adalah dengan ambil gambar/ video secara senyap semasa mereka ralit bermain... kemudian tunjukkan gambar/video tu kepada mereka di masa mereka tak nak buat homeschooling.. Insha ALlah, mereka pasti teruja nak buat aktiviti homeschooling. Cubalah!

20 Mac 2016

[HOMESCHOOLING] | Apa Yang Boleh Dibuat Dengan Penutup Botol???

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Menarik untuk buat aktiviti homeschooling dengan anak-anak.
Tutup botol yang ada, jangan dibuang... Boleh digunakan untuk jana kreativiti bersama anak-anak.

Jom lihat, apa yang boleh dibuat dengan penutup botol?











Kreatif kan ... semua ni mudah nak buat... cuma rajin dengan tak rajin je... 
Tak perlu beli barang mainan yang mahal, ajak anak buat aktiviti begini bersama, lebih menyeronokkan. janji ada bahannya. Memang gadjet pun dia tak pandang dah... 



Sumber gambar: Facebook Anakku Sayang

07 November 2015

Senarai Blogger Dari Group Homeschooling Genius Syurga

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Meluaskan lagi kenalan bila join group baru... Ini, senarai blogger yang MF dapat dari Group Homeschooling Genius Syurga. Memang blogger ni berstatus ibu dan bapa tetapi tak semua bercerita tentang kaedah homeschooling yang betul-betul ikut silibus tu... Tapi menggunakan pelbagai kaedah homeschooling untuk mendidik anak... 


Jom jenjalan ke blog mereka... 
  1. http://hanyadihatiku.blogspot.my/
  2. http://puankutu.blogspot.com
  3. http://sharingiscaring-fiza.blogspot.com
  4. http://ayielifememory.blogspot.my/
  5. http://ayielifememory.blogspot.com
  6. http://dialoguda.blogspot.my
  7. http://dialoguda.blogspot.com
  8. http://ihaveasweetsmile.blogspot.my/
  9. http://akudiadangarage.blogspot.my/
  10. http://eelleebeauty.com
  11. http://sabrina-ismail.blogspot.com
  12. http://www.jemariibu.wordpress.com
  13. http://www.ayuzan.com
  14. http://www.natrahmohamed.com
  15. http://littleazfarshoppe.com
  16. http://ericanurul.blogspot.com
  17. http://faraheliana.blogspot.com
  18. http://ctamanaqim.blogspot.com
  19. http://www.kisahsidairy.com
  20. http://mamaleensihat.blogspot.my
  21. http://sunflowergo2.blogspot.com/
  22. http://sitibadariahbaharin.blogspot.my
  23. http://loveinsyirah.blogspot.com
  24. http://www.teratakusang.com
  25. http://penyisirrambut.blogspot.my/
  26. http://lanabusybee.blogspot.com
  27. http://puanainadayanahilmi.blogspot.com
  28. http://mommygonature.blogspot.com
  29. http://kidsbooksestore.blogspot.com/
  30. http://raihanahwardrobe.blogspot.com
  31. http://teratakmukmin.com
  32. http://atiekamis.blogspot.com
  33. http://artventurekids.com
  34. http://sweetlittlemom.blogspot.com
  35. http://www.addinieshop.squarelet.com
  36. http://www.ourkiddyshop.com/blog
  37. http://danishdamiadaris.blogspot.com
  38. http://tulippetals.com/
  39. http://belajardirumahfayyadh.blogspot.com
  40. http://justminimalist.blogspot.my/
  41. http://www.anaksayabijak.blogspot.my/
  42. http://www.edutoysworld.com
  43. http://ariffda.blogspot.com
  44. http://mybbcanread.blogspot.com
  45. http://ibubapaislamcemerlang.com
  46. http://akudiadangarage.blogspot.com
  47. http://sayepunyebelog.blogspot.com
  48. http://ceritatentangahmad.blogspot.com
  49. http://darwisydarwisyah.blogspot.com
  50. http://www.mommyvengers.com
  51. http://assyakura.blogspot.com
  52. http://miszhafiza.blogspot.com
  53. http://azlindhia.blogspot.com
  54. http://syamilmiracle.blogspot.com
  55. http://ceriteraibu.blogspot.my/
  56. http://ijaie.blogspot.com
  57. http://eliyanaramly.com
  58. http://www.sakinahamid.com
  59. http://arnisasoga.blogspot.com
  60. http://83zaza.blogspot.com
  61. http://silawatizulkifli.blogspot.com hihi
  62. http://www.fadzirazak.com
  63. http://www.mariafirdz.com
  64. http://www.mommyjane.com
  65. http://kembaraseorangmuslimahs.blogspot.com
Setakat ini yang berkongsi blog mereka.. Tapi rasanya ramai lagi yang ada blog... sebab jumlah ahli Group ni dah mencecah 30k dah... Tapi, apa pun ini salah satu cara untuk eratkan silaturrahim di alam maya sebab MF tak suka nak join group whatsapp... Cukuplah kita jenjalan di blog mereka dan komen apa yang patut kan..

Mana-mana blogger yang join group Homeschooling Genius Syurga tapi takde link di atas, boleh tinggalkan link di ruangan komen.. Nanti saya akan update... 

22 Oktober 2015

Homeschooling: Aktiviti Mengenal Warna dan Undang-undang Jalan Raya!

Aktiviti homeschooling yang terhasil masa cuti jerebu... 

Bila si adik tidur kakak bosan la main sengsorang...

Jadi,  tercetus idea MF nak bina satu aktiviti homeschooling yang ringkas untuk dia kenal warna...

Tengok kereta warna warni... MF terus lukis peta dan tempat parking...

Tempat parking tu, letakkan warna yang berlainan ikut warna kereta...

Letakkan juga anak panah... Supaya anak dapat ikut undang-undang jalan raya... Ikut laluan yang betul semasa nak masuk parking...

Alhamdulillah.. Teruja dia main. Tapi biasalah...  Homeschooling dengan si kakak ni... Bertahan la 10 minit... Lepas tu mula lah kereta tu jadi bahan masakan dia... Haha...

Memang kegemaran dia main masak-masak...  Dari kecil lagi... Ilmu ERT ni... Memang lulus dah la... Tapi ilmu lain belum dicapai lagi... Takpe.. Biar pelan-pelan ikut perkembangan dia... Asalkan dia belajar...