12 Mei 2014

Doa Seorang Sahabat

Doa Seorang Sahabat

Sumber: google images

Sebuah kapal karam diterjang badai hebat. Hanya dua lelaki yang dapat menyelamatkan diri dan berenang ke pulau kecil yang gersang. Dua orang yang selamat itu tak tahu apa yang harus dilakukan kecuali berdoa. Untuk mengetahui doa siapakah yang paling dikabulkan, mereka sepakat pergi ke daerah berasingan dan mereka tinggal berjauhan.

Doa pertama, mereka memohon diturunkan makanan. Esok harinya, lelaki pertama melihat sebuah pohon penuh buah-buahan tumbuh di sisi tempat tinggalnya. Sedangkan di daerah tempat tinggal lelaki yang lainnya tetap kosong.

Seminggu kemudian. Lelaki pertama merasa kesepian dan memutuskan berdoa agar diberikan isteri, keesokan harinya, ada kapal karam dan satu-satunya penumpang yang selamat adalah seorang wanita yang terdampar di sisi pulau tepat lelaki pertama tinggal. Sedangkan di sisi tempat tinggal lelaki ke dua tetap saja tidak ada apa-apa.

Segera saja, lelaki pertama ini berdoa memohon rumah, pakaian dan makanan. Keesokan harinya, seperti keajaiban, semua yang diminta hadir untuknya. Sedangkan lelaki yang kedua tetap saja tidak mendapatkan apa-apa.

Akhirnya, lelaki pertama ini berdoa meminta kapal agar ia dan isterinya dapat meninggalkan pulau itu.

Pagi siang hari mereka menemui kapal tertambat di sisi pantainya. Segera saja lelaki pertama dan isterinya naik ke atas kapal dan siap-siap berlayar meninggalkan pulau itu. Ia pun memutuskan meninggalkan lelaki kedua yang tinggal di sisi lain pulau. Menurutnya lelaki kedua itu tidak pantas menerima keajaiban tersebut kerana doa-doanya tak pernah terkabulkan.

Apabila kapal siap berangkat, lelaki pertama mendengar suara dari langit, "Hai. Mengapa engkau meninggalkan rakanmu yang ada di sisi lain pulau ini?"

"Berkatku hanyalah milikku sendiri, hanya kerana doakulah yang dikabulkan," jawab lelaki pertama.

"Doa temanku itu tak satupun dikabulkan. Maka ia tak pantas mendapatkan apa-apa,"

"Kau salah!" suara itu bertempik.

"Tahukah kau bahwa rakanmu itu hanya memiliki satu doa. Dan semua doanya terkabulkan. Bila tidak, maka kau takkan mendapatkan apa-apa."

Lelaki pertama bertanya, "Doa macam apa yang dia panjatkan sehingga aku harus berhutang atas semua ini padanya?"

"Dia berdoa agar semua doamu dikabulkan"

Moral :
Kesombongan macam apakah yang membuat kita merasa lebih baik dari yang lain? Banyak orang yang telah mengorbankan segalanya demi kebahagiaan kita. Tak selayaknya kita mengabaikan peranan orang lain, dan janganlah menilai sesuatu hanya dari "yang terlihat"

Apa yang kita miliki/ada kini mungkin juga berkat doa seorang sahabat yang doakan kita dari kejauhan... Jadi jangan rasa bangga dan sombong dengan apa yang kita miliki sekarang... Kerana mungkin doa dari orang lain juga... 

05 Mei 2014

Mutiara Kata : S.A.B.A.R

Mutiara Kata : S.A.B.A.R


"Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar"

"Sesiapa yang tidak beradap bererti dia tidak ada ilmu; sesiapa yang tidak ada kesabaran bererti dia tidak ada agama; dan sesiapa yang tidak ada sifat warak bererti dia tidak dekat dengan TUHANNYA."

"Yang paling bahagia adalah orang yang mempunyai hati yang alim, mempunyai kesabaran dalam diri dan mempunyai sifat sentiasa cukup dengan rezeki yang ada di tangan."

"Ingatlah sabar itu iman, duit itu bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tidak berteman."

"Dua dosa besar yang menyebabkan dosa-sosa lain timbul ialah tidak sabar dan malas."

"Rezeki selalu mencari orang yang sabar, celik, tahan uji, dan gembira."

"Kita mendapat kesusahan ingatlah untuk menyimpan kesabaran."

25 April 2014

10 Tanda Hati Mati!!!

Sumber:fb

Jom koreksi diri:
10 Tanda Hati Mati:

1. Kita mengaku kenal dan cinta Allah, tetapi tidak menunaikan hak-Nya
2. Kita mengaku cinta Rasulullah, tetapi mengabaikan sunnahnya.
3. Kita membaca al-Quran tetapi tidak mengamal dengan hukum-hakam di dalamnya.
4. Kita memakan nikmat Allah, tetapi tidak mensyukuri nikmat pemberian-Nya.
5. Kita mengaku musuh kita ialah syaitan, tetapi kita masih mengikutinya.
6. Kita mengakui nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. Kita mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha menjauhinya.
8. Kita mengakui bahawa kematian akan datang pada setiap jiwa, tetapi tidak berusaha mempersiapkan bekalan.
9. Kita sibuk membuka aib orang lain, tetapi tidak pernah ingat akan aib diri sendiri.
10. Kita menghantar dan menguburkan jenazah tetapi tidak mengambil hikmah daripadanya.

Hati-hati dan pergilah berubat jika ada salah satu dari tanda ini...

13 April 2014

Motivasi: Orang dan Peluang

Sumber: fb

Orang BIASA -  CARI peluang
Orang PANDAI - CURI peluang
Orang PEKA - REBUT peluang
Orang HEBAT - CIPTA peluang
Orang RAJIN - KUTIP peluang
Orang LAMBAT - CICIR peluang
Orang LEKA - LEPAS peluang
Orang SENGAL - TOLAK peluang
Orang LEMBAP - TUNGGU peluang
Orang MALAS - TIADA peluang

Fikirkan... Kita nak jadi orang yang mana satu... 

04 April 2014

Renungan Jumaat: Jangan Putus Asa

Renungan Jumaat: Jangan Putus Asa

Sumber: fb

Semua orang ada matlamat nak masuk syurga... 
jika itu matlamat akhir kita dalam hidup ni... 
wajib berusaha dan jangan putus asa untuk usaha memperoleh syurga Allah... 

Jika syaitan sentiasa usaha nak ajak kita masuk neraka dengan dia...
kita juga kena usaha untuk ikut jalan nak masuk syurga walaupun banyak rintangannya... 

Nak dapat sesuatu yang nikmat memang kena hadapi ujian dulu...
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepi;
Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.