Memaparkan catatan dengan label Ceritaku.. drama tv. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ceritaku.. drama tv. Papar semua catatan

28 November 2018

November 28, 2018

Belajar Tentang Hidup Dari Drama Mencari Qiblat di TV3

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Belajar Tentang Hidup Dari Drama Mencari Qiblat di TV3 | Drama bersiri yang lain dari yang lain di Slot Zehra.

Slot Zehra bertemakan drama Islamik, tapi kali ni sungguh lain dramanya sebab kisah yang penuh pengajaran tentang kehidupan.

Drama bersiri MENCARI QIBLAT ada sedikit kelainan...


Mencari qiblat
Sumber: Google images 

SINOPSIS MENCARI QIBLAT


Menampilkan Aeril Zafrel sebagai teraju utama, drama Mencari Qiblat yang bertemakan kerohanian ini mengetengahkan penceritaan berbeza pada setiap episod.

Adam lakonan Aeril Zafrel ialah anak tunggal dalam keluarganya, dan dia sudah biasa hidup dengan penuh kemewahan.

Oleh kerana Adam lalai serta alpa dengan kemewahan hidupnya di dunia, dia sentiasa berfoya-foya dan kerap melanggar segala hukum-hakam kehidupan sebagai seorang umat Islam sehingga hilang pedoman hidupnya.

Kemalangan jalanraya telah meragut nyawa ibu dan ayah Adam. Kematian mereka ini akhirnya telah memberi kesedaran kepada Adam yang bahawa duniawi ini hanyalah sementara dan selama ini, dia sedang hidup dalam kegelapan. Sejak itu, Adam cuba kembali ke pangkal jalan, dan memahami erti sebenar kehidupan ini. Mampukah Adam mencari qiblat hidupnya?


Adam merantau dari satu tempat ke satu tempat... Menjadi musafir yang menumpang teduh di sebuah rumah atau keluarga yang agak susah.

Setiap keluarga yang dia singgah ada cerita dan pengajaran tentang kehidupan yang kita boleh jadikan tauladan.

Setiap episod ada jalan cerita yang berbeza...

Dan memang seronok serta sangat bermotivasi drama ni...

Bagus untuk segenap lapisan umur... Terutama dalam kalangan remaja... Sebab banyak kisahnya berkisar tentang remaja..

Kisah anak kepada ibu bapa... Ibu bapa kepada anak...

Menyentuh tentang kasih sayang, solat dan kewajipan berkeluarga.

Ajaklah anak-anak tonton drama sebegini... Banyak sangat pengajarannya. 

24 Jun 2018

Jun 24, 2018

Telemovie Mentari di TV3

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Telemovie Mentari di TV3 | Dua malam berturut layan telemovie lakonan Datuk Rosyam Nor.

Dah lama Rosyam Nor tak berlakon rasanya. Sekali berlakon terus 2 telemovie yang memang tak mengecewakan.

Hari Jumaat layan Telemovie Pendosa Ingin Ke Syurga... Semalam slot Cerekarama TV3, lagi satu Telemovie dari pengarah, penerbit dan pelakon utama yang sama yang berjudul "Mentari".

Telemovie Mentari di TV3
Telemovie Mentari di TV3

Telemovie Mentari di TV3

Telemovie Mentari adalah  arahan Rashid Sibir bertajuk 'Mentari' yang dibintangi oleh Datuk Rosyam Nor, Zahirah Macwilson, Syafiq Kyle dan Adi Putra diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading.

SINOPSIS MENTARI

Mentari (Zahirah Macwilson) meluahkan hasratnya untuk berkahwin dengan Firash (Syafiq Kyle). Namun ayahnya, Dato’ Ikmal (Rosyam Nor) sukar untuk melepaskan anak tunggal kesayangannya kerana dia bimbang akan kehilangan Mentari. Firash merupakan anak kawan baiknya sendiri. Di saat Mentari dan Firash akan disatukan, ibunya mengingatkan Dato’ Ikmal bahawa dia tidak boleh walikan Mentari kerana Mentari bukan anak kandungnya. Dia mengimbas kenangan lalu, apabila isterinya mengalami kemurungan selepas kematian bayi mereka yang berusia 3 bulan ketika itu. Oleh itu, Dato’ Ikmal mengambil anak angkat dengan bantuan pekerjanya, Khalid (Adi Putra). 

Memula tak nak layan tau sebab.. Rasa macam biasa je telemovie ni...

Tapi lepas sejam layan... Aishh... Layan la telemovie ni... Nampak macam sama je jalan cerita drama lain... Jenis anak nak kahwin tapi dapat tentangan ibu bapa... Tapi rupanya tak.

Bila dah layan tu... Baru la nampak apa input penting atau meseg tersirat dalam Telemovie ni.

Jika dalam Telemovie Pendosa Ingin Ke Syurga memaparkan isu agama dalam Telemovie Mentari ni pun ada juga isu keagamaan.

Telemovie Mentari di TV3

Antara pengajaran dari Telemovie Mentari yang boleh kita ambil ialah:

1. Redha dengan ketentuan Allah. Bila tak redha itu yang buat kita rasa kehilangan, rasa Allah tu tak adil dengan ujian yang dia bagi kat kita.

2. Ilmu keibubapaan penting bila dah berkahwin... Bila anak demam, sekurang-kurangnya tau apa nak buat... Walaupun takdir menentukan anak kandung Dato' Ikmal meninggal dunia akibat demam panas, tapi insha Allah jika kita ada ilmu usaha dan ikhtiar awal kita dapat mencegah dari melarat.

3. Suami berperanan untuk elak isteri meroyan dalam pantang.

4. Jujur dan berterus terang dari awal tentang hal kekeluarga boleh elakkan anak angkat memberontak.

5. Desakan hidup buatkan manusia hilang pertimbangan. Sebab tu ada hadis Nabi tentang kemiskinan boleh membawa kekufuran.

6. Isu keagamaan dalam Telemovie ni, ialah isu wali dan anak angkat. Walau sayang bagaimanapun kat anak angkat, agama tetap membataskan bab wali. Wajib cari wali kandung. Ayah angkat sama sekali tak boleh wali kan anak angkatnya.

Best juga Telemovie ni... Ada isu yang boleh kita ambil pengajaran. Citer ni simple tapi berat juga nak difikirkan apa Inputnya.. Tapi memang ada input berguna sebagai pengajaran bersama.

Bagi yang terlepas boleh tonton online...
http://www.dramaterkini.online/2018/06/mentari-full-movie.html

23 Jun 2018

Jun 23, 2018

Telemovie Pendosa Ingin Ke Syurga

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Telemovie Pendosa Ingin Ke Syurga | Semalam sempat layan drama lagi.. Raya-raya ni banyak drama best kan kat TV.

Layan lah sementara belum nak kerja. Kalau dah kerja memang malas nak tengok TV. Tido awal je.

Lepas layan drama Andainya Takdir 2, sambung dengan Telemovie di TV3. Tajuk macam dan sinopsis macam Best je kan.. Kita pun layan...

Telemovie Pendosa Ingin Ke Syurga 

Telemovie Pendosa Ingin Ke Syurga diarahkan oleh Rashid Sibir.

Diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Syarikat Rosyam Nor ni... Mesti best.

Pelakonnya adalah Datuk Rosyam Nor, Raysha Rizrose, Fauziah Nawi, Sherry Merlis. Pelakon lama yang berpengalaman.. Jadi, terus layan.

Telemovie Pendosa Ingin Ke Syurga
Telemovie Pendosa Ingin Ke Syurga
Sumber: Google images

SINOPSIS PENDOSA INGIN KE SYURGA

Sufian berhijrah mencari rezeki di bandar dan meninggalkan isterinya bersama ibunya di kampung. Janji Sufian kepada Aisyah, dia akan berusaha untuk pulang dan melawat Aisyah sekerap mungkin. 
Namun, janji hanya tinggal janji. Sufian berubah 360 darjah dan bertukar namanya kepada Shawn. Anak mereka, Juanita yang kini berusia 19 tahun memberontak telah melarikan diri ke bandar. Juanita bertemu dengan Shawn di kelab tanpa mengetahui Shawn adalah bapa kandungnya. Mereka bercinta. Tibalah saat Juanita meminta Shawn bertemu penjaganya di kampung. Tiada kata yang keluar daripada mulut Shawn apabila Juanita membawanya bertemu Aisyah.

Telemovie Pendosa Ingin Ke Syurga 

Memang lain sikit cerita dari Telemovie ni.. Tapi best.

Persoalan hidup yang berlaku, dia jumpa ustaz yang betul ustaz untuk selesaikan masalah dia. Tu yang lebih menusuk QALBU.

Memula tengok pertengahan Telemovie ni, ingat Suffian atau Shawn  (Rosyam Nor) yang berdosa... Tapi bila di akhir Telemovie ni baru dapat simpulkan, semua satu keluarga berdosa sebenarnya.

Antara input berguna dalam drama ni yang kita boleh ambil pengajaran ialah.

1. Seorang ibu, jangan beri tekanan kepada anak lelakinya untuk bina kehidupan berkeluarga.

2. Seorang ibu jangan rahsiakan kewujudan ayah kandung sendiri daripada anak yang tak pernah kenal ayahnya. Kalau tak memang terjadilah kes terkahwin anak sendiri.

3. Seorang anak, wajib patuh dengan nasihat seorang ibu.

4. Jangan terlalu menghina menantu, takut-takut menantu tu yang akan jaga kita di usia tua.

5. Teguhkan diri dengan iman dan jangan tinggal solat bila kita berhijrah.

6. Pintu taubat selalu ada untuk setiap hamba yang ingin pulang ke pangkal jalan.

7. Syarat taubat nasuha: Insaf, berazam tidak akan ulang kesilapan lama, solat taubat dan mohon maaf dengan orang yang kita bersalah.

Ada lagi pengajaran dalam drama ni. Memang best bagi MF, tak sia-sia la tonton semalam.

Dan isu keagamaan dalam drama ni ialah Anak terkahwin dengan anak sendiri.

Penyelesaiannya...
Perkahwinan itu automatik terbatal. Dan anak itu adalah anak syubhah. Tapi mereka tidak berdosa kerana tak tahu atau jahil.

Anak syubhah ni taraf dia macam anak kandung la juga... Di nisbah kan kepada bapa dia dan ada pewarisan harta. Anak tu tak berdosa pun. Cuma perkahwinan tu automatik terbatal.


Bagus juga drama sekarang banyak main isu keagamaan dalam filem atau drama. Sebab untuk sampaikan kepada penonton. Cuma, mohon rujuk kepada ustaz atau mufti untuk penyelesaian isu itu bukan buat konklusi sendiri. Kalau tak memang kena kecam la kan....

Yang terlepas tengok Telemovie ni, boleh tengok kat Internet je... Insha Allah... Ada la tu upload.

08 Jun 2018

Jun 08, 2018

Ini Sebab Kenapa Wajib Tonton Drama NUR di Slot Samarinda TV3

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ini Sebab Kenapa Wajib Tonton Drama NUR di Slot Samarinda TV3 | Drama #Nur menjadi trending di bulan Ramadhan ni.

Sebelum ni MF tak tonton drama ni... Tapi bila tular pasal drama ni, MF mula cari info pasal drama ni.

Lepas baca sinopsis ringkas drama Nur ni, MF mula marathon tonton dari episod 1 secara online.

Lepas follow, memang drama ni banyak menyedarkan MF dalam banyak perkara.

Walaupun ada yang mencemuh drama ni kerana takut beri kesan buruk kepada penonton, tapi MF tak rasa penonton begitu b***h untuk menilai sesuatu drama.

Dan MF rasakan drama ni bukan drama biasa. Kerana pengakuan pengarah drama ni, dia dah study isu yang dibangkitkan dalam drama ni. Jadi, drama ini ada memang realiti berlaku dalam masyarakat kita sebenarnya.

MF rasakan, Drama ni memang drama wajib tonton terutama bagi golongan agamawan, yang ada ilmu agama... Sebab kesan drama ni sangat menusuk qalbu MF sebagai seorang yang ada agama.

Ini Sebab Kenapa Wajib Tonton Drama NUR di Slot Samarinda TV3

Drama Nur TV3
Ini Sebab Kenapa Wajib Tonton Drama NUR di Slot Samarinda TV3
sumber: kepala bergetar

1. Jangan menilai orang dari sifat luaran.

Ini points penting dalam drama ni. Nampak orang tu baik belum tentu dia baik.

Orang yang dok di lorong gelap belum tentu dia tu confirm ahli neraka.. Dan kita ahli ibadat yang memang sentiasa di masjid belum tentu masuk syurga.

2. Kenali sifat orang munafik

Watak orang munafik ni ditonjolkan oleh watak Ustaz Hamadi.

Memang menjadi watak ni. Nampak luaran baik, warak berserban... Mampu berhujah dengan hujah agama tapi sebaliknya dialah kaki perempuan, berzina, perasuah dan pelbagai maksiat yang ada. Nauzubillah.

3. Setiap orang ada peluang nak jadi baik.

Seperti watak Nur, dia berusaha nak jadi baik. Walaupun dia sentiasa dikelilingi dosa dan maksiat tapi dia teguh pendirian untuk jadi baik. Dan tak berhenti berharap supaya dia dapat berubah hidupnya.

4. Hormat dan buat baik kepada ibu bapa

Walaupun ibunya pelacur, Nur tak pernah membantah atau tinggikan suara dengan ibunya.

Sama juga dengan Adam... Berusaha untuk hormat ibunya walaupun dia dah melukakan hati ibunya.

Dan sebagai ibu jangan buka peluang atau pintu untuk anak menjadi anak derhaka.

5. Cabaran dakwah

Dakwah memang mencabar. Ingat senang nak ajak orang buat baik. Tambah kita pun tak baik mana kan...

Tapi cabaran paling hebat nak betulkan persepsi masyarakat yang nampak kotor dan hina pada orang lorong dan maksiat.

6. Redha dengan ketentuan Allah

Belajar redha untuk lebih bahagia. Itulah yang ibu Adam belajar. Akhirnya dia redha bila tau kisah hidup Nur.

7. Ujian untuk uji keimanan

Ujian untuk menguji keimanan bukan tanda Allah tak sayang... Kerana sayang Allah akan uji...

Ujian juga untuk bukti keimanan kita kepada Allah seperti yang Tercatat Dalam Al-Quran surah al-Mursalat ayat 2.

8. Iman tak dapat diwarisi

Itulah yang berlaku pada Nur. Dia memang dari keturunan pelacur dan keluarga lorong tapi iman dia lebih dari itu. Dia tak pernah melacur pun... Dia mencari rezeki yang halal untuk sara diri dan keluarganya.

9. Kemiskinan membawa kekufuran

Ini yang terjadi kepada ibu Nur yang menjurus kepada kekufuran. Ini juga bukti Sabda Rasulullah s.a.w.

Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadits yang diriwayatkan Abu Na’im:

كَادَ اْلفَقْرُ أَنْ يَكُوْنَ كُفْرًا

Ertinya: “Kemiskinan itu dekat kepada kekufuran.”


10. Ketaatan dan kepatuhan isteri kepada suami

Walau marah macam mana kita pada suami tetap kena patuh dan hormat kepadanya.

Ibu Nur tengah marah tapi tetap taat, masih buat sarapan... Aishah marah kepada suaminya tapi tetap cuba hormat.

11. Solat mencegah kemungkaran

Nur tetap mendirikan solat walaupun diuji sedemikian rupa.

Dan dengan solat itu, dia terhindar dari maksiat walaupun hidup dalam dunia maksiat sekeliling dia.

Dia jaga hak Allah, Allah pelihara dia dari noda.

12. Berusaha mencari rezeki yang halal.

Rezeki Allah luas... Sama ada nak ikut iman atau nafsu.

Nur tetap kerja cuci pinggan walaupun disuruh melacur ibunya.

13. Iman bukan pada pakaian.

Ini points yang agak penting. Orang yang bertudung labuh, berserban, berjubah belum tentu orang beriman.

Dan jangan hina orang yang tak melaksanakan perintah Allah dengan sempurna itu ahli neraka... Kerana kita yang patuh dan taat kepada perintah Allah ni pun belum tentu ke syurga.

14. Penyakit hati

Dalam drama Nur banyak menunjukkan kesan penyakit hati. Jika hati tu selalu syak wasangka dengan orang, memang segala kebaikannya kita tak nampak.

15. Rajinlah ke dapur

Ini memang pengajaran buat anak muda zaman sekarang. Rajin-rajin ke dapur walaupun tak pandai masak. Supaya kenal apa barang-barang dapur.

Tak sangka ada part kelakar dalam drama Nur ni.. Hehe.. Habis trending isu sup bunjut dan sihir..


16. Membaca Jambatan Ilmu

Ini salah satu pengajaran buat anak muda sekarang. Jangan mudah percaya orang, sebaliknya banyakkan membaca supaya ilmu yang kita dapat tu sahih.

Ini merupakan pesanan Adam kepada adiknya Amirul, supaya banyakkan membaca tentang penyakit AIDS... jangan hanya ikut cakap-cakap kawannya yang belum tentu betul.

Jadi, memang realiti zaman sekarang, anak-anak muda kurang membaca tapi lebih bersosial.
Diorang mudah percaya cakap kawan dari dapat ilmu dari sumber yang benar.
So, banyakkan membaca kalau tak tahu sesuatu isu tu... Jangan malas ok!

Setakat ni drama ni dah sampai episod 16. Akan bersambung lagi... Dan insha Allah.. Akan MF update lagi pengajaran demi pengajaran yang akan dibongkar dalam episod akan datang.

Memang tak rugi layan drama Nur ni... Memula MF tak suka... Akhirnya dah terjebak dengan setiap episod.

Memang sentap dan terbaik drama ni.. Dan menjadikan drama paling trending di laman sosial... Dan mencapai 9 juta penonton setiap episod.

Banyak pengajarannya.. Jadi, tontonlah dan hayati pengajaran dan mesej yang ingin disampaikan dalam drama ni.. Supaya ianya dapat jadi renungan kita bersama.

Nak tonton online dari episod 1-16, boleh klik link di bawah:




UPDATE!

17. Kesempatan Atas Ketaatan Isteri

Pengajaran penting yang MF nampak pada watak Aishah isteri kepada Ustaz Hamadi iaitu lakonan Norkhairiah dan Azhan Rani...

Mentang-mentang isteri tahu tentang hukum hakam rumah tangga dan bab ketaatan isteri kepada suami, suaminya ambil kesempatan itu untuk ugut suami.

Tapi episod 17 menunjukkan kesabaran Aishah melebihi had.

Tertarik dengan ayat Aishah "Kalau suami macam ni, semua perempuan pun akan jadi isteri derhakalah".

Jadi, suami tak payah nak gila kuasa sangat... Ada benda isteri memang patut taat, tapi kalau dah perangai tu teruk... jangan nak ugut jadi isteri derhaka... jadi, isteri pun kena ilmu juga... ada sesetengah perkara kita tak perlu taat pun terutama perkara yang jelas melanggar perintah Allah dan Rasul.



21 Mei 2018

Mei 21, 2018

Terjebak Dengan Drama Bersiri "Teratai Kemboja" di Slot Zehra TV3

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Terjebak Dengan Drama Bersiri "Teratai Kemboja" di Slot Zehra TV3 | Orang perempuan ni insafnya sekejap je kan... Konon dah tak nak tengok drama bersiri... sekali terjebak lagi...

MF ni mudah terjebak kalau ada mak mentua yang dok melayan sama... hehe... ni mak mentua la tengok dulu, lepas tu macam best je kan... mula la melayan sekali... pastu melekat la pula.

Drama bersiri kali ni kat Slot Zehra TV3. Padahal lama dah tak tengok drama kat TV3 ni... bukan boikot tapi takde yang best nak tengok. Tapi tak sangka boleh terjebak pula kali ni. Mungkin sebab pelakon dan jalan ceritanya yang menarik selain tengok pengarah juga kan. 

Drama bertajuk Teratai Kemboja ini ada 21 episod diarahkan oleh Along Kamaludin.

Terjebak Dengan Drama Bersiri "Teratai Kemboja" di Slot Zehra TV3

Para Pelakon

Adi Putra, Fasha Sandha, Elly Mazlein, Hasnul Rahmat, Nafiz Muaz, Fezrul Khan, Nadia Brian, Jaja Iliyes, Noralbaniah, Fauzi Nawawi, Ikhlas Jalil, Sabhi Saddi, Azzahra Ahmad, Damia Qaissarah

Ringkasan drama Teratai Kemboja

Drama Bersiri "Teratai Kemboja" di Slot Zehra TV3

Sinopsis Teratai Kemboja

Teratai Kemboja mengisahkan mengenai Fikri (Dato’ Adi Putra), seorang usahawan yang berkahwin dengan Hanani (Elly Mazlein) sewaktu mereka sama-sama masih menuntut di universiti. Hanani masih belum bersedia untuk mempunyai anak dan mengambil pil perancang kerana mahu menumpukan pengajian tahun akhir mereka. Fikri tidak setuju dengan tindakan Hanani tetapi Hanani tetap dengan keputusannya. Dalam rumahtangga mereka, Hanani lebih mendominasi dan Fikri banyak mengalah demi menjaga hati Hanani.  
Konflik semakin meruncing apabila Hanani semakin tidak menghormati Fikri sebagai suami lebih-lebih lagi apabila perniagaan Spa Hanani kini semakin maju. Situasi ini menyebabkan Fikri sangat tertekan dan diserang sakit jatung ketika memandu dan telah melanggar Taufik. Mujur kecederaan Taufik tidak serius namun dia tetap di tahan di hospital. Selama mereka dirawat di hospital, Taufik selalu datang melawat Fikri di wadnya.  
Fikri bertanyakan tujuan Taufik yang juga seorang guru agama di Kemboja datang ke Malaysia. Taufik menceritakan dia mencari seseorang dan dalam masa yang sama berjumpa dengan pihak NGO yang banyak menyumbang keperluan asas seperti pakaian, buku, alat tulis terutama yang berkaitan dengan perkembangan Islam dan pendidikan kanak-kanak di kampungnya. Fikri tertarik dan mahu mengikut Taufik pulang ke Kemboja. 
Melihat kehidupan yang daif di kampung Taufik, Fikri tersentuh dan ingin menetap lebih lama di situ. Fikri juga tertarik dengan peribadi Nurhidayah (Fasha Sandha) yang juga anak kepada Taufik (Hasnul Rahmat), tetapi Fikri masih ingat akan statusnya yang sudah berkahwin. Taufik juga turut menceritakan asal usul mereka dan kenapa dia membawa Nurhidayah lari ke Kemboja. Tanpa diduga, Taufik melamar Fikri untuk menjadi suami kepada Nurhidayah.  
Fikri bingung. Namun dalam masa yang sama, Fikri juga mahukan zuriat sebagai pewaris keturunannya dunia akhirat. Nurhidayah pula, seorang anakyang baik hanya menurut permintaan bapanya. Akhirnya Fikri dan Nurhidayah disatukan. Taufik meminta Fikri untuk menjaga Nurhidayah dan mencari Maryam, ibu kandung Nurhidayah sekembalinya mereka ke Malaysia nanti. Dapatkah Nurhidayah menemui Maryam dan bagaimana pula penerimaan Hanani terhadap Nurhidayah?
Kredit: Kepala Bergetar

Banyak juga konflik dalam drama ni.. berpusing-pusing juga... kena tengok tak boleh skip... Kalau skip memang tak faham nanti.

Dah mak yang tengok, anak mesti terjebak sama la kan... Suami MF pun layan sama... haha... kadang dia yang emosi lebih.. terutama tang babak Elly Mazlien kurang ajar dengan suami dia...

Cuma MF rasa watak Elly Mazlein tu jadi kurang ajar dengan suami tu memang dibuat-buat... kurang menjadi watak tu... Tapi jalan cerita best juga la drama ni... Fasha Sanda jadi watak baik je... bertudung ayu... mungkin sebab dia pegang watak gadis kemboja, jadi pengarah kena cari pelakon wajah kacukan la kan...

Apa pun, drama ni belum habis lagi.. tengah ditayangkan kat TV lagi... baru episod 14, ada lagi separuh..

Awal-awal tak tengok, tapi dah tengah tu baru layan... sebab kadang drama awal-awal bosan.. dah sampai klimaks baru best kan drama bersiri ni...

Siapa nak layan online.. boleh tonton kat sini:
https://kbergetar04.blogspot.my/2018/04/drama-teratai-kemboja-adi-putra.html

Bagi yang tonton kat TV boleh tengok kat Slot Zehra TV3 setiap hari Rabu hingga Jumaat jam 9 hingga 10 malam. 

20 Mei 2018

Mei 20, 2018

Pengajaran Telemovie "QALBU" di Slot Cerekarama TV3

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Pengajaran Telemovie "QALBU" di Slot Cerekarama TV3 | Setelah sekian lama tak layan drama, semalam sempat layan sambil siapkan  kerja rumah apa yang patut.

Semalam banyak pula drama kat TV... MF ni drama bersiri tak layan, tapi kalau drama habis terus.. Takde sambung-sambung tu layan lah.

Lepas pilih punya pilih channel akhirnya layan cerekarama kat TV3.

Simple tajuk dia QALBU. Dari perkataan Arab, QALBU bermaksud hati.

Baca sinopsis macam Best... Jadi teruslah melayan sambil buat kerja rumah...

Rupanya memang best juga dan banyak pengajaran drama ni...

Sebelum tu, jom ikuti sinopsis ringkas drama/Telemovie QALBU.

Kisah Kamal yang sanggup melakukan apa sahaja demi Kasih dan Aiman. Pergolakan jiwanya bergelora, apabila mendapat tahu kehilangan anaknya. Tetapi, apakan daya dia dipisahkan dengan tembok penjara.

Memang ringkas sinopsis ni... Tapi apa maksud QALBU dalam cerita ini... kisah tentang hati siapa?

Drama ni buatkan kita juga bermain dengan perasaan hati... rasa sedih, geram, marah dan segala macam rasa di hati.

Tapi, drama ni memang sarat dengan pengajaran... dan ini yang MF nak kongsikan dengan semua.

Pengajaran Telemovie "QALBU" di Slot Cerekarama TV3

Pengajaran Telemovie "QALBU" di Slot Cerekarama TV3

1. Bijak Memilih Isteri

Banyak kisah rumahtangga zaman sekarang hal tentang isteri curang. Hal isteri yang hanya nak hidup ketika senang. Itu realiti. Bila suami kurang beri perhatian sibuk cari makan luar. Wanita akhir zaman sekarang memang berani.

Itulah watak yang dimainkan oleh isteri Kamal, Salina lakonan Fasha Sanda yang menjadi isteri derhaka kepada Kamal. Bukan sahaja curang dengan suami, tapi juga Fasha Sanda membawa watak ibu yang jahat mendera dan mengabaikan anak kerana lelaki lain.

Akhirnya, Salina menerima Kifarah atas dosanya sendiri... Lelaki yang dia puja, akhirnya curang juga dengan dia dan dia ditangkap oleh SPRM atas kesalahan pecah amanah dan dipenjara selama 8 tahun.

Itulah, pengajaran penting dalam drama ini... Wahai lelaki, bijaklah kamu memilih isteri.

“Wanita dikahwini kerana empat hal: Kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu pilih kerana agamanya, sebab kalau tidak demikian, nescaya kamu akan celaka”. (Hadith Shahih Riwayat Bukhari 6:123, Muslim 4:175).

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Nikahilah perempuan yang penyayang dan dapat mempunyai banyak anak (subur), kerana aku bangga dengan sebab banyaknya kalian di hadapan para nabi nanti pada hari Kiamat.” (HR. Ahmad No: 13594 , dan disahihkan oleh Ibnu Hibban)

2. Sentiasa Pantau dan Nasihati Isteri

Pengajaran buat suami... Selalu dan sentiasa lah pantau isteri... di media sosial tambah-tambah lagi...

Jangan terlalu beri kelonggaran kepada isteri... Jangan beri 100% kepercayaan kepada isteri... tak kira isteri tu bekerja atau pun suri rumah sepenuhnya.

Seperti yang berlaku kepada rumahtangga Kamal dan Salina... kerana percayakan isteri.. isteri tikam belakang suami... curang dan pecah amanah... Bahkan Kamal kena tanggap dengan SPRM pun atas perangkap dari Salina... Sebab dia nak mudah tuntut cerai dan bebas buat apa sahaja dengan kekasih hatinya.

3. Jangan Mudah Percaya Kawan

Ini pengajaran penting juga... Kamal mudah percaya kawan. Jadi dalam keadaan terdesak, kawan akan mudah makan kawan.

4. Tak Semua Banduan Tu Jahat

Dalam penjara tak semua yang jahat tu jahat sebenarnya. Kadang depa buat salah sebab terdesak dengan hidup.

Seperti kisah hidup Toyu yang dipenjara kerana pecah amanah. Kerana terdesak nak gunakan duit untuk pembedahan jantung ibunya, dia guna duit syarikatnya bekerja.

Tapi dia salah langkah sebab dia pinjam along sebab nak ganti duit yang dia dah ambil dari syarikat dia.

5. Jangan sesekali Pinjam Along

Biar susah macam mana pun jangan pinjam along... Gadaikan lah barang apa yang kita ada asalkan jangan pinjam Along. Along memang tak boleh dipercayai langsung.

Seperti yang berlaku pada Toyu lakonan Fauzi Nawawi ... Dia pinjam along, lepas tu Along tu juga yang rompak duit tu semula... Lepas tu dia kena tanggung hutang along hingga akhirnya meragut nyawanya sendiri.

6. Kesan Penceraian

Penceraian satu perkara halal yang dibenci Allah. Memang teruk kesan penceraian terutama kepada anak-anak.

Itulah yang berlaku pada anak-anak  Kamal... Anaknya terabai selepas ibunya sendiri abaikan mereka.

Menumpang kasih dengan nenek yang juga Ibu Toyu lakonan Wan Maimunah. Namun, hilang arah tuju bila ibu Toyu meninggal dunia.

Tapi lepas Toyu dilepaskan dari penjara dia berjanji akan menjaga anak-anak Kamal. Tapi disebabkan kes along, anak Kamal turut menjadi mangsa. Mereka dilanggar lori ketika lari menyelamatkan diri dari Along selepas mereka membunuh Toyu.

7. Ujian Hebat Untuk Orang Hebat

Ini lah input akhir MF nak katakan... Ujian hebat untuk orang yang hebat. Allah tak kan uji kita jika kita tak mampu...

Begitulah kisahnya hati atau QALBU Kamal yang diuji Allah... Kasih kepada keluarga... Dan kerana kasih itulah dia diuji Allah.

Dari kisah Salina isterinya yang curang... Anaknya yang hilang, mati dilanggar... Akhirnya dia kecundang... Hatinya tak kuat, dan terlalu mengenangkan kisah yang berlaku dalam hidupnya... Dia akhirnya jadi kurang siuman.

Sebenarnya, banyak lagi pengajaran yang tersirat dalam Telemovie ni. Tak mampu MF rungkaikan.. Kena tonton sendiri barulah akan terkesan di hati..

Bagi yang terlepas untuk menonton Telemovie ni... Boleh tonton online di sini:⤵️

http://www.layandrama.org/qalbu-2018-telemovie.html

Barisan Pelakon: Faizal Hussein, Fasha Sandha, Fauzi Nawawi, Aidil Aziz, Nur Qistina Raisah, Wan Maimunah dan ramai lagi

23 Julai 2017

Julai 23, 2017

Seram Tonton Telemovie 100 Hari

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Seram Tonton Telemovie 100 Hari | Semalam teman suami buat kerja sambil melayan tv.. asalnya nak tengok movie Korea... Tapi tak jadi lepas terlayan telemovie kat TVi.. 

Telemovie bertajuk 100 hari buatkan diri ini rasa meremang... Rasa gerun bila sebut hal kematian... Tambah pula dalam telemovie ni sebut pasal tanda kematian... Mula lah memikir juga... 

Betul ke ada tanda kematian ni? Memang ada.. dalam Al-Quran Allah ada sebut dalam surah Az-Zumar... 

“Allah memegang nyawa pada saat kematiannya dan nyawa yang belum mati ketika dia tidur. Dia tahan nyawa yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia lepaskan nyawa yang lain sampai waktu yang ditetapkan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran) Allah bagi kaum yang berfikir.” (Surah az-Zumar, ayat 42)

Tanda kematian tu ada tapi bagi orang yang berfikir akan tahu itu tanda kematian... Senang kata.. orang alim, orang baik-baik... InshaAllah dia tahu... 

Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratul maut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandi, wuduk serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.


100 Hari Kematian
Sumber: Google Images

Tanda Kematian 100 Hari


Menurut pandangan ulama’, berikut adalah tanda-tanda sebelum seseorang umat Islam itu dikeluarkan roh dari jasadnya:

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allahسبحانه وتعالى kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakiNya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini Cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil dan rasanya sedap dan lega.

Bagi mereka yang sedar dan terdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah seseorang itu tersedar akan kehadirannya. Maka dengan kehadiran tanda inilah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan yang akan dibawa dan urusan yang bakal ditinggalkan selepas mati kelak.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat.


Tanda 40 hari sebelum hari mati.

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat seseorang itu akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun di Arasy yang tertulis nama orang yang akan mati akan gugur dari pokoknya. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaan ke atasnya, antaranya ialah dengan mula mengikuti orang tersebut sepanjang masa, sehingga saat kematiannya.

Malaikat maut akan memperlihatkan wajahnya sepintas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan terasa seakan-akan kebingungan seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma satu tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari sebelum hari mati.

Menurut sebahagian pandangan ulama’; Dalam tempoh ini akan berlaku sesuatu yang luar biasa seperti melakukan sesuatu yang pelik dan mereka yang diuji dengan musibah penyakit akan mengidam sesuatu atau selera makannya bertambah secara tiba-tiba.


Tanda 5 hari sebelum hari mati.

Pada ketika ini akan terasa anak lidah bergerak-gerak. Jika tanda terjadi, maka banyakkanlah membaca Al-Quran dan berzikir supaya dapat melafazkan kalimah syahadah dan memudahkan sakaratul-maut.

Tanda 3 hari sebelum hari mati.

Pada ketika ini bahagian tengah dahi akan akan terasa berdenyut dan bergerak-gerak.Sekiranya seseorang itu sakit tenat, tiba-tiba kelihatan bertambah sihat yang menggembirakan orang di sekelilingnya seperti dia boleh makan dan berkata-kata semula, maka ajalnya mungkin telah hampir.

Tanda 2 hari sebelum hari mati.

Pada masa ini, biasanya seseorang itu akan dapat melihat dan bertemu dengan roh orang yang telah meninggal dunia, terutama roh orang yang mereka sayangi.

Di samping itu, seluruh bahagian dahi akan akan rasa berdenyut dan bergerak-gerak. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah supaya perut tidak dipenuhi najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan beransur jatuh, ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari sebelum hari mati.

Seseorang itu akan berasa denyutan di kawasan ubun-ubun yang berlaku selepas waktu Asar, di mana ini menandakan tidak akan sempat lagi untuk menemui waktu Asar  hari berikutnya.

Tanda akhir.

Seseorang itu akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang hingga ketulang sulbi (di bahagian belakang badan) dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan dan jemputan malaikat maut untuk kembali kepada Allah سبحانه وتعالى Yang Maha Menghidupkan dan Maha Mematikan.


Rasulullah ﷺbersabda: “Janganlah seseorang itu meninggal dunia, melainkan dalam keadaan berbaik sangka terhadap Allah سبحانه وتعالى.” (Hadis riwayat Muslim)
Sumber: Shafiqolbu

Jadi, camne rasa? Korang nak rasa ke tak nak? Rasanya, biarlah kita perasan dengan tanda ini supaya ada persediaan walaupun rasa gerun tu ada kan... Siapa tak takut mati... Perpisahan antara roh dan jasad... Perpindahan dari alam dunia ke alam barzakh... Seram bila fikirkan... Sebab fikirkan amalan tak banyak lagi... 

Namun, rasa risau dan rugi jika kita tak perasan dengan tanda ini... Sebab kita sia-siakan peluang yang Allah bagi kita rasa... 

Macam telemovie semalam yang MF tonton.. seorang ahli maksiat yang kaya .. dia merasai tanda kematian tapi dia tak endahkan... Dia anggap itu perkara biasa... Tapi bagi orang baik itu, dia persiapkan diri dengan melipatgandakan amalan kebaikan yang dia buat... Alhamdulillah... Dua keadaan mati yang berbeza walaupun mati dengan cara yang sama... 

Moga kita sama-sama dapat ambil pengajaran dan jadikan satu ilmu berguna untuk hidup kita juga... 

Setiap yang hidup pasti akan merasai mati... 

13 Julai 2017

Julai 13, 2017

Terjebak Pula Dengan Drama Adaptasi Novel Semusim Rindu

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Terjebak Pula Dengan Drama Adaptasi Novel Semusim  Rindu | Konon dah insaf dah.. tak layan drama bersiri... Tapi akhirnya terjebak juga... 

Memula teman mak mentua je tengok... Sekali dah tertengok rasa best Pula... Drama adaptasi novel ingatkan macam kisah cinta biasa.. sebab memula drama ni memang tak best... Tapi.. lama-lama semakin mencabar pula.. 


Sinopsis drama Semusim Rindu


Mengisahkan Hajar Adira yang kehilangan kedua ibu bapanya sejak berumur 5 tahun, sejak itu dia tinggal bersama ibu saudaranya, Nazimah. Hajar selalu didera oleh Nazimah. Tidak tahan dengan penderaan fizikal dan mental yang terpaksa dilalui selama 5 tahun, Hajar nekad melarikan diri ke Johor untuk bertemu dengan Mak Ngah Nasriah. Namun, setibanya di Johor Bahru Hajar hilang punca tanpa mengetahui arah untuk dituju. Pertemuannya dengan Firdaus yang sedang menunggu ketibaan isterinya, Fauziah telah membawa Hajar ke dalam kehidupan suami isteri itu yang masih belum dikurniakan zuriat.

Bagaimanapun, nasibnya bertambah malang apabila ibu angkatnya meninggal dunia, manakala bapanya pula lumpuh. Situasi itu secara tidak langsung membuatkan segala tanggungjawab terletak di bahunya untuk membesarkan adik-beradiknya yang lain.

Muncul pula Ikhman, lelaki yang suka sangat meyakitinya. Ikhman telah jatuh hati pada Hajar, namun keegoannya menjadi penghalang untuk berterus-terang. Pertemuaan mereka itu juga membuka jalan untuk Hajar bertemu dengan keluarga kandungnya. Kehadiran Pak Usu Halil selepas 15 tahun mencarinya masih sukar dimaafkan Hajar.

Hajar dan Ikhman pula setuju disatukan walaupun, Hajar masih sangsi akan perasaannya. Perkahwinan mereka berlangsung dengan syarat, mereka takkan tinggal sebumbung selepas berkahwin.  Bagaimanapun, satu demi satu konflik muncul sehingga membuatkan mereka bergolak dengan perasaan masing-masing apabila bersikap ego.
Sumber: kbergetar.com

Semakin seronok layan tu sebab drama ni banyak konflik keluarga bukan hanya sekadar cinta... 

Jadi, memang ketagih gak dok layan... Ditayangkan di Astro Prima dan Maya HD setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6.00 hingga 7.00 malam.... 


Tu lah.. kalau dah mula memang kena gak layan sampai akhir... Tu bahayanya drama bersiri ni... Mulanya nak tanya adik je... Tapi adik MF tak ingat pula dia baca ke tak novel ni... Jadi, kena gak la layan sampai habis... 

Dah lama dah.. minggu depan habis dah drama ni... Tapi rasanya drama ni agak panjang dari drama novel yang MF dok layan sebelum ni... Sampai 40 episod tu... Bagi yang tak tengok boleh la nak cuba layan online... Best juga... Tapi agak emosional juga layan drama ni sebab watak-watak antagonis memang menjadi... Hehe... 

Harap lepas ni tak nak layan dah drama bersiri... Harap nya lah.. berjaya ke tak azam tak nak layan drama bersiri ni... Hehe... 


12 Februari 2017

Februari 12, 2017

Bila Suami Pandai Shopping Online

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Bila Suami Pandai Shopping Online | Satu kisah di mana si suami yang dari tak pernah kenal dunia Online... Akhirnya terjebak dengan shopping online....

Kisah bermula apabila si isteri yang mula Shopping Online sejak aktifkan perbankan Internet... Kemudian Si suami mula mengikuti jejak langkah isteri apabila melihat isterinya mudah uruskan kewangan dan pembayaran bil bulanan.

Minat Shopping online si suami ini semakin bertambah bila dia juga buat perniagaan sampingan secara Online...

Bila semakin bertambah ahli keluarga membuatkan si suami ni lagi asyik Shopping Online.. Hinggakan setiap minggu ada sahaja barang Online yang dibelinya...

Tapi minat itu masih dalam kawalan... Si isterinya tidak pula menghalang minat kerana ada sahaja barang kejutan yang si suami belikan kepada si isteri...


Terbaru.... Si isteri menerima set beg galas 3 in 1 dari Lazada.... Ini sebab si isteri pernah merungut penat galas beg tangan kerana Macam-macam barang dibawa selepas beranak 3...

Begitulah kisah hidup suami isteri dan keluarga yang suka Shopping Online ini..

Moralnya... Shopping online itu tak salah.  Malah memudahkan... Asalkan tahu batas dan kemampuan yang ada... Beli ikut keperluan bukan kehendak...


P/s: Kisah dan watak dalam cerita ini terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu...  Hehe...  Tiada kena mengena antara yang hidup atau yang mati...

08 Januari 2017

Januari 08, 2017

Kisah Poligami dan Kehidupan Indah Bermadu dalam Drama Diari CInta Kita

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Kisah Poligami dan Kehidupan Indah Bermadu dalam Drama  Diari CInta Kita

Salah satu slot drama bersiri yang MF suka tengok ialah slot Azalea di TV9. Tapi tak semua MF layan.. tengok juga kisah dan perjalanan kisah tu sendiri... Kalau kisah kekeluargaan dan kisah suami isteri tu ada la juga la layan. 

Semalam baru habis tengok drama slot ini.. Drama Diari Cinta Kita selama 20 episod habis dilayan... 

Memula macam bosan... tapi lama kelamaan macam best... 


Sumber: Google images

Drama kisah Dr. Aqilah yang jatuh hati dengan suami pesakitnya sendiri... Hakim dan Iman... dia boleh jatuh hati sebab selalu tengok Hakim dan Iman yang sangat sweet...sedangkan dia dah bertunang dengan Suffian yang kaki perempuan. 

Akhirnya diorang berkahwin juga.. dan Aqilah dibuang keluarga dan Iman mula memberontak.. Tapi akhirnya dia redha dan terima Aqilah selepas Aqilah benar-benar menyesal sebab buat Iman macam tu... tambahan pula Hakim buktikan yang walaupun dia kahwin lain tapi kasihnya kepada Iman tak berubah.. 

Memang seronok la kan... kehidupan poligami yang indah.. dan sebenarnya dalam drama ni nak paparkan mesej yang poligami tu indah sebenarnya. Tapi semuanya bergantung kepada suami sebagai ketua... 

Drama ni juga nak kisahkan kehidupan rumahtangga ni kena adanya tolak ansur... selain tu, ibu bapa berilah peluang kepada anak untuk mengemudikan hidup dan rumahtangga sendiri... 

Bagi MF seronok la juga drama ni... cuma suspennya dalam drama ni bila part akhir tu..ingatkan Iman meninggal... rupanya tak... dia masih hidup dan mereka hidup bahagia bertiga... 

Tak rugi tonton drama ni sebab ianya berkisar rumahtangga dan suami isteri... sedikit sebanyak memang boleh ambil pengajarannya. 

Drama ni ada Ulangan di TV3... Yang tak tengok boleh tonton... Fahami kisah poligami dan rencah suami isteri,,,

27 Disember 2016

Disember 27, 2016

Cikgu Dina Pakai Prada: Drama Pencetus Semangat Cikgu Untuk 2017

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Cikgu Dina Pakai Prada: Drama Pencetus Semangat Cikgu Untuk 2017

Semalam ada drama di TV9... Slot Skrin D9... Best la juga... Kisah ringkas pasal cikgu...

MF anggap drama ni sebagai penaik semangat untuk cikgu-cikgu yang bakal kembali beraksi di sekolah minggu depan...

Kisah ringkas tentang cabaran seorang anak gadis muda yang jadi guru sandaran... Cabaran dari ibunya jika dia inginkan beg Prada dia perlu jadi cikgu selama 6 bulan di sebuah sekolah rendah di luar bandar...

Demi beg Prada dan impiannya nak ke Paris... Demi cita-citanya nak jadi Fashion Designer...dia sahut cabaran ibunya...

Dia kena ajar dan tingkatkan prestasi bahasa Inggeris...

Sumber: google images

Apa yang MF nampak dalam drama ni memang boleh diambil pengajaran juga...

Salah satunya... Sebagai guru kena kena kelihatan kemas dan bergaya.. Asalkan tak langgar syariat la... Janganlah ikut pula gaya cikgu Dina tu...

Selain tu MF nampak... Dalam pengajaran hari ni cikgu kena kreatif dalam mengajar... Macam cikgu Dina dia ajar anak murid dia kuasai bahasa Inggeris dari nyanyian dan lagu...

Selain tu tak boleh putus asa dan kena teruskan kuat semangat sahut cabaran yang ada...

Dalam drama ni juga diselit sedikit hal suami isteri..

Isteri mestilah kelihatan cantik... Ini juga MF nak combine pengajaran dari Movie Mat Motor Otai... Dalam movie ni pun ada pengajaran pasal ni..

Orang lelaki bila makin berusia dia makin manja tapi orang perempuan ni bila berusia dia lagi matang dan kurang fikirkan nak manja dan merajuk dah...

Jadi pengajaran juga buat MF dan para isteri di luar sana...

Drama yang santai camni pun ada pengajaran juga... Jadi dalam gelak ketawa ada pengajarannya...

Moga tahun ni lebih bersemangat untuk didik anak didik yang serba serbi mencabar nih... Tahun lepas kurang semangat sebab tempat baru dan suasan baru dan tengah mengandung pula kan... Apa pun semua rasa tu hilang bahkan buatkan MF bersemangat bila lihat prestasi untuk mata pelajaran yang MF ajar meningkat banyak dalam PT3 2016... Alhamdulillah... Tu yang buat lagi semangat tahun ni.. Moga dipermudahkan dan diberikan kesihatan serta kekuatan.. Insha Allah... 

14 Ogos 2016

Ogos 14, 2016

Review Cerekarama TV3: Gerimis Hati Asyikin

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Semalam, dapat juga layan drama kat tv... Sambil layan anak-anak main... Sambil teman suami layan customer dan cetak baju... Memang tertunggu-tunggu sebabnya tengok iklan banyak kali. Macam best je... Tu yang teruja nak tengok tuh..

Gerimis Hati Asyikin, drama yang hebat dan mengekalkan konsep islamik. ..sebab tiada langsung aksi berpegang dan bersentuhan antara pelakon lelaki dan pelakon wanita yang memegang watak utama... Alhamdulillah...

Telemovie slot Cerekarama TV3 ini dilakonkan oleh Ashraf Muslim sebagai Zamri dan watak utama Asyikin yang dilakonkan oleh Wawa Zainal...

Sumber: Google Images

Drama ini mengisahkan perjalanan hidup sepasang suami isteri, Zamri (Ashraf Muslim) dan Asyikin (Wawa Zainal) serta dua anak mereka yang masih kecil. Hidup mereka secara sederhana, Asyikin bekerja sebagai pembantu farmasi berdekatan dengan kawasan perumahan mereka dan Zamri pula bekerja sebagai kerani biasa. Keadaan berubah apabila Asyikin hamil buat kali ketiga yang mana benar-benar mengganggu emosi dan mentalnya. Dia bimbang kedudukan mereka kala kegawatan ekonomi yang semakin hari tidak ubah seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. 
Asyikin tertekan dengan perjalanan hidupnya. Semasa kandungan Asyikin berusia lapan bulan, Zamri ditimpa musibah ketika bekerja, menyebabkannya mengalami patah kaki yang memerlukan masa untuk sembuh. Situasi bertambah sulit apabila Zamri terpaksa mengambil cuti tanpa gaji sehinggalah sembuh sepenuhnya. Keadaan di rumah pula menjadi tidak terurus. Asyikin yang sarat mengandung terpaksa menguruskan kedua-dua anak mereka dan berkerja keras untuk menampung kos kehidupan mereka sekeluarga. Akhirnya, Asyikin membuat keputusan bersalin di kampung halamannya memandangkan ibunya mampu membantu menguruskan anak-anaknya pada kala Asyikin boleh menumpukan kepada kelahiran bayinya. 
Pulang saja ke kampung, Asyikin bertemu dengan kawan sekolah lamanya, Manja (Zarina Zainoordin). Alangkah gembiranya Asyikin kerana beban di bahunya semakin berkurangan. Bersama Manja, Asyikin dapat kongsikan kepayahan yang sedang dialaminya. Manja pula bijak menambat hati Asyikin sehingga mereka kini kembali rapat. Kerana kekusutan dalam pengurusan rumah tangga, Asyikin menawarkan kepada Manja agar bayinya dijaga Manja sementara Asyikin mendapatkan penjaga bayinya serta menguruskan segala kesulitannya sebaik saja dia pulang ke Kuala Lumpur. Segala keputusan dibuat Asyikin tidak dikongsikan dengan Zamri menyebabkan Zamri kecewa dan hubungan mereka semakin renggang. 
Sayang sekali, apa yang dijanjikan Manja adalah dusta belaka apabila Manja dan bayi Asyikin hilang tidak dapat dikesan. Rupa-rupanya Manja terbabit dengan sindiket jual bayi dan menipu Asyikin. 
Kebenaran ini diketahui Asyikin apabila dia gagal menghubungi Manja. Malah, pihak berkuasa turut berusaha mengesan Manja serta mengawasi aktiviti haram berkenaan. Sehinggalah pada satu hari, tanpa diduga Manja dapat dikesan dan pihak berkuasa berjaya menumpaskan Manja. Bayi Asyikin dan Zamri ditemui dalam keadaan sihat dan selamat.
Asyikin amat kesal dengan sikapnya yang tidak bersyukur dengan rezeki pemberian Tuhan. Kesungguhan Asyikin yang mahu mencari keredaan Allah membuatkan Asyikin leka mengikut matlamat sebenar. Bagaimana pun, musibah yang melanda Zamri sekeluarga tidak sedikit pun menjauhkan Zamri daripada Asyikin, sebaliknya Zamri sebagai ketua keluarga menerima ujian itu dengan penuh tanggungajwab. 
Setelah Zamri sihat sepenuhnya, dia akhirnya menerima pampasan yang banyak dan itulah hikmah di sebalik kesulitan yang mereka alami.

Apa yang MF lihat dalam telemovie ni ... Banyak sangat pengajaran dan input serta ilmu yang hendak disampaikan... Antaranya ialah:

Isteri wajib taat kepada suami... Walaupun rendah macam mana pun taraf pekerjaan suami... Isteri wajib taat. Sebagaimana lihat dalam drama ni.. Asyikin mula lupa untuk taat kepada suaminya sewaktu suaminya tidak bekerja. Dia rasa dia yang tanggung keluarga hingga lupa nak taat kepada suaminya. Hal ini, buatkan suaminya tersinggung dengan perbuatan isterinya sendiri.

Musyawarah dalam rumahtangga satu keperluan untuk kekalkan kerukunan rumahtangga. Jika ada masalah apa sekali pun berbincang dan cari jalan penyelesaian bersama. Jangan buat keputusan sendiri.

3. Jangan belakangkan suami dan jangan ketepikan hak suami
Seperti Asyikin yang buat keputusan sendiri dan ketepikan hak suami... Dia serahkan anak kepada orang lain.. tanpa berbincang dengan suami dan emaknya sendiri. Bahkan semasa dia ambil keputusan untuk bersalin di kampung pun atas keputusannya sendiri bukan perbincangan dengan emak dan suaminya.

Isteri jangan ketepikan hak suami.. dan kenapa isteri kena berbincang dalam buat keputusan...sebab kebanyakan isteri buat keputusan mengikut emosi...bukan rasional. Sebab tu kena ada perbincangan bersama dalam buat keputusan.

4. Jangan mudah percaya kepada orang
Manja ambil kesempatan atas masalah asyikin... Asyikin pula sebab banyak berfikir sendiri... Kerana tu dia sanggup korbankan anak dia sendiri... Manja pancing dia dengan duit.. dan mereka cerita kononnya dia tak dapat anak selepas berkahwin... Tanpa usul periksa mudahnya Asyikin percaya.

5. Rendahkan suara ketika berbual
Ini pengajaran juga.. manja sendiri sebut, "lain kali bila bercakap tu pandang-pandang" maknanya... Kawal suara ketika berbual sama ada ketika bercakap di telefon ataupun secara terbuka... Kisah hidup kita, kadangkala jadi kesempatan pada orang untuk buat aniaya.

Luqman al-Hakim menasihatkan anak-anaknya sebagai berikut:-
“Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.” [Luqman: 19]

Di atas ujian dan dugaan itu, buatkan hubungan suami isteri ini yang mula renggang kembali kuat... Semuanya atas hikmah sabar dan redha..terutama suami sebagai nakhoda rumahtangga.

Memang Zamri kecewa dengan Asyikin... Tapi akhirnya dia redha dengan dugaan Allah... Dan hikmahnya dapat dilihat diakhir kisah ini.. apabila suaminya dapat pampasan dan anaknya di temui dengan selamat.

7. Jadilah majikan yang prihatin
Boss bukan sekadar Boss... Tapi juga jadilah bos merangkap kawan kepada pekerja... Majikan Asyikin yang begitu perihatin dengannya... Sentiasa ambil tahu dan bertindak cepat dengan masalah yang menimpa pekerja bawahannya.

8. Carilah kawan dikala susah dan senang
Seperti Khairul yang sentiasa menemani Zamri waktu susah dan senang. Walaupun dia belum berkahwin tapi mampu memberi nasihat yang baik kepada Zamri supaya memaafkan kesalahan isterinya dan berbaik dengan isterinya serta redha dengan ujian yang melanda keluarganya.

9. Ibu yang memahami
Ibu Asyikin seorang ibu yang prihatin dan faham tentang kehidupan rumahtangga. Dia marah betul bila Asyikin balik ke kampung dan tinggalkan suami ketika suaminya sakit. Bahkan Asyikin dimarahinya kerana buat keputusan tanpa berbincang dengan suami. Inilah contoh ibu yang patut kita contohi. Faham dengan rumahtangga dan tanggungjawab sebagai isteri.

10. Ilmu yang berguna - cara berwuduk ketika sakit
Dalam telemovie ni, ditunjukkan cara mengambil wuduk bagi Orang yang patah kaki dan kakinya berbalut. Iaitu dengan cara menyapu air di atas balutan.

11. Solat tonggak utama kerukunan rumah tangga.
Jika dilihat dalam drama ini.. disampaikan juga.. walaupun mereka diuji..solat mereka tak tinggal.. bahkan di ajar anak-anak supaya solat terutamanya solat Subuh. Mereka juga amalkan solat berjemaah.. kerana itu, walau besar ujian melanda... Keluarga masih kuat... Sebab tonggak utama rumahtangga iaitu suami seorang yang jaga solat.

12. Jangan tanya soalan sensitif
Jika dilihat.. mesej yang nak disampaikan juga... Jaga lidah dan jangan tanya soalan sensitif pada seseorang terutama orang yang dah berkahwin... Iaitu anak... Jangan bandingkan kehidupan kita dengan kehidupan orang lain...

Sebagaimana Manja yang menceritakan dia yang kononnya sering ditinggalkan suami...banyak duit tapi tiada anak buatkan kehidupan dia kosong... Tak rapat dengan kawan sebab sering di tanya dengan soalan yang sama.

Manakala di Asyikin pula hidup sederhana dan adakala susah...tapi punyai suami yang penyayang sentiasa di sisi dan dikurniakan cahayamata.

13. Setiap Anak Ada Rezekinya
Yakinlah setiap Anak Ada Rezekinya yang telah tertulis untuknya. Jangan fikirkan bagaimana rezeki itu akan datang... Tapi yakinlah Allah akan beri rezeki itu tanpa kita sangka pun. Jangan takut miskin kerana anak yang ramai. Asyikin tidak yakin dengan rezeki Allah ini..kerana itulah dia ambil tindakan dan keputusan drastik begitu..dan akhirnya menyesal sendiri dengan perbuatan dia.

Itulah antara pengajaran dan moral yang boleh dipetik daripada telemovie ini... Rasanya, yang semalam tu ulangan sebab pernah ditayangkan dah sebelum ni. Apa pun.. tahniah kepada krew penerbitan telemovie ini... Kerana jalan cerita yang menarik serta up To date... Dan juga kekalkan konsep Islam tu... Takde aksi pegang-pegang walaupun berlakon sebagai suami isteri...

Kisah dan telemovie mengenai isu kemasyarakatan ini patut diperbanyakkan di kaca tv kita..bukannya kisah cinta manusia yang tak berkesudahan...

15 Mac 2015

Mac 15, 2015

Review Drama: 7 Petola Cinta!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Semalam lepaking je kat rumah.. layan drama dan movie download dari youtube...
Salah satunya drama yang MF tonton semalam tajuk "7 Petola Cinta".

Drama ni pernah ditayangkan di Skrin Di 9 kat TV9..tapi biasalah MF, mana sempat nak layan TV sejak ada anak yang pandai tengok TV ni... Tengok je lah ulangannya.. kat youtube atau kat Tonton.com.my.


Drama ni seakan meniru tajuk filem 7 Petala Cinta tu kan.. tapi beza kot jalan ceritanya... Banyak pengajaran drama ni.. Jalan cerita yang mudah.. tapi penuh makna tersirat.

7 Petola Cinta mengisahkan Habibullah, seorang anak orang kaya yang mencari cinta sejati... Enjoy sana sini dengan perempuan... tapi semua perempuan yang dia kenal bukan nak kat dia tapi, nak kat harta dia je... Bapa dia risau dengan keadaan dia merancang sesuatu untuk ubah sikap anaknya itu.

Bapa dia menyuruh berjumpa dengan seseorang yang dikenali dengan nama En. Meow  disebuah kampung untuk berguru tentang cinta dan mencari cinta sejati. Selepas berjumpa dengan En.Meow tu, maka bermulalah misi "7 Petola Cinta".

Habibullah kena lengkapkan misi... Cukupkan 7 petola di tujuh kebun petola.. dan setiap petola tu ada password serta surat yang tersirat maknanya... Di setiap Check Point juga, dia akan belajar sesuatu.

Memang best drama ni... Sebab pengajaran yang tersirat..

1. Rahsia dilapangkan rezeki ialah Solat Dhuha dan berbuat baik.
2. Selalu Solat Sunat Taubat untuk hati tenang, mudah urusan dan dilapangkan rezeki.
3. Bangun malam atau Qiamullail...

dan seterusnya..tonton la sendiri untuk amik pengajaran ya...

Drama ni juga memberi maksud.. Kejarlah cinta Ilahi, sebelum cinta makhluk... Cari cinta Allah dulu, sebelum cari cinta manusia...kerana Allah sentiasa cinta kan kita, tapi kita je yang lupa..

Setiap check point dia dapat password iaitu berupa gambar kaki, tangan. perut, mata. lidah, dahi.....

Drama ni memang mudah faham.. lepas selesai misi tu.. memang berjaya lah cara bapa dia.. dia terus berubah...rajin solat, baca quran, zikir, sedekah... dan sering ke masjid...

Dan kerana itu...dia temui cinta yang sejati.. akhirnya dia kahwin dengan anak kawan bapa dia... Memang happy ending la.... tapi banyak pengajarannya..

MF bagi 5 bintang untuk drama ni.... Takde yang kelakar..... tapi sangat berguna untuk yang sedar mencari cinta sejati...

Nak tonton boleh tengok kat sini:

25 Oktober 2014

Oktober 25, 2014

Haramkan Upin Ipin Sementara Waktu!

Sumber: google images

Sudah tiga hari aku haramkan Upin Ipin buat si kakak dan si adik... aku gantikan kepada kartun Pada Zaman Dahulu, atau kartun-kartun luar negara. 

Kenapa aku haramkan??? sebabnya kakak dah besar... Sebenarnya kartun dan watak-watak serta dialog tu ada juga yang tak sesuai untuk anak-anak yang tengah membesar... Si kakak sangat mudah mengingat dan mengikut... kadang dia terbawa-bawa gaya dan watak dalam cerita Upin Ipin tu... Biasalah budak cepat mengikut, bukan dia tahu apa yang dia ikut tu salah... 

Jadi, dari aku marah dan toucher dia atau bagitau dia itu tak boleh, tak baik lebih baik aku sekat buat sementara waktu nih... Tunggu dah reda sikit baru bagi tengok semula... 

Sekarang ni, aku bagi tengok cerita Pada Zaman Dahulu, kisah pasal binatang... Walaupun cerita dongeng, tapi dia masih belum boleh nak relate dengan apa yang dia tengok.. cuma dia ikut dialog-dialog yang baik... 

Itulah zaman sekarang ni, anak nak tengok kartun pun kena pilih, kena tapis sebab tak semua sesuai... Kebanyakan program kartun kat Astro lagilah kena pilih... Ada rancangan tu dah bagus, tapi dari segi perwatakan dan pemakaian pula tak bagus.. pakai ketat, berjoget-joget... eee... memang tak lah aku nak bagi tengok... 

Lebih baik aku ulang tayang cerita Frozen atau kartun-kartun luar negara tuh lagi bagus kot... Sebab kalau nak kata seksi, seksi lagi filem dan drama Malaysia... 

Kadang-kadang rindu dengan kartun-kartun kita dulu kan... A.L.O.N.G, Barney, Teletubbies, Anak-anak Sidek... seronok zaman dulu, semua kartun yang membina dan mendidik.. zaman sekarang kebanyakan kartun lawan-lawan dan ganas... watak kartun pun ganas-ganas... tu yang tak hairan kalau anak-anak sekarang tak tahu adab sopan... 

Panjang pula berleter... ea lah, bab kartun pun memang boleh berleter... memang aku cerewet sikit bab teknologi nih... biorlah orang kata kuno pun... janji anak aku tahu tatasusila dan adab sopan... bukan senang nak didik anak zaman sekarang... jadi, kena mula dari kecil jangan dah jadi rebung baru nak bentuk, masa tu dah tak guna dah la kalau apa-apa jadi pun kan... 

Buat pihak pengeluar kartun Upin Ipin, harap perbaiki dialog dalam watak-watak cerita Upin Ipin, penggunaan kata ganti nama "Aku-Kau", dan beberapa dialog yang kurang sopan dikurangkan... Bukan apa, cerita dan kartun ni memang bagus, cuma perlu ditambahbaik, supaya sesuai juga untuk anak-anak yang tengah membesar... 

18 Oktober 2014

Oktober 18, 2014

Layan Oh My Ganu!

Takde apa nak buat... Sesekali melayan tv dipetang hari... Hujan pula tu... Layan je la... Seronok juga layan #OhMyEnglish...

Ulangan pun tapi boleh la layan... Dari layan drama entah pape kan..

Watak Zizan dan Izzue Islam penyeri lagi buat pelakon-pelakon #OhMyGanu...

Paling best dengar slang Ganu tu... Hehe... Best in the world... Aku pahang, tapi dok bape gheti nok ajok... Hehe... Serenok wase... Hehe... Jadi dok ambe kecek ganu... Haha...

P/s: mengarut di petang hari...


Posted via Blogaway: Entry Autopublish

15 Julai 2014

Julai 15, 2014

Review Drama: Bibir Tanpa Zikir!

Alhamdulillah... di bulan yang barakah ni, aku berkesempatan menonton satu drama yang buatkan aku terfikir, insaf dan menyentuh jiwa... Aku tak pasti drama ni, diulang tayang, tapi aku sendiri belum pernah menontonnya.. Drama "Bibir Tanpa Zikir". 

Sumber: google images

Drama ringkas, tapi sungguh terkesan dihati... sebagai ibu bapa, dan sebagai isteri drama ni sungguh terkesan dan penuh pengajarannya. Drama lakonan Adam Corie Abdullah (Bakhtiar) dan Lisdawati (Mira) sebagai tonggak utama. Kisah Mira seorang isteri yang menipu suaminya... di depan suami dan ibu bapanya, Mira nampak sopan dan bertudung litup tetapi sebenarnya dia seorang isteri yang liar dan sosial. Dia sanggup curang dan berzina dibelakang suaminya. Bakhtiar seorang suami muallaf tetapi sangat taat dengan perintah Allah dan Rasul. 

Kecurangan Mira akhirnya terbongkar bila dia "kantoi" selepas dia balik dari bersosial sewaktu suaminya ada di rumah. Tetapi itu tidak menginsafkan Mira, malah dia semakin jauh hanyut dibuai dosa. Mira semakin keterlaluan hingga biadap dan derhaka kepada ibu bapa kandungnya sendiri. Dia diuji Allah dengan diberi sakit pada mulut dan badannya. Tapi itu sedikit pun tak menginsafkannya untuk bertaubat. Dia makin tertekan hingga hampir membunuh diri... tetapi masih selamat. Namun, takdir Allah, nyawanya diregut dengan dasyat dan mati tanpa bertaubat apabila lari keluar rumah ditengah malam dan akhirnya dia disambar petir tanpa sempat mengucap.. 

Pengajaran dari kisah ni... adalah punca kenapa Mira jadi begitu??? Ibu bapanya sangat taat pada agama, mereka didik Mira dengan agama yang cukup, cuma cara didikan mereka salah. 

Sewaktu usia kanak-kanak dan remaja, Mira disuruh solat oleh ibu dan bapanya, tanpa diajar bagaimana untuk solat dan tutup aurat. Ibu bapa Mira terlalu ketat dalam beri peraturan beragama. Ibunya menyuruhnya solat, tapi tak dididik bagaimana solat yang betul, segalanya diserahkan bulat-bulat pada ustaz di sekolah. Bapa Mira juga terlalu ketat mengajarnya, pantang salah dalam menjalankan didikan agama, Mira akan dipukul. Keadaan ini, membuatkan Mira memberontak apabila dia dewasa. Dia berkahwin dengan muallaf, kononnya muallaf itu tak kuat agama, dan dia bebas dari peraturan ketat ibu bapanya, tetapi dia silap, kerana itu dia memberontak dalam diam. tambahan pula jumpa kawan yang bawa jalan yang salah dan sosial. 

Dari sinilah aku belajar, cara mendidik anak perempuan atau lelaki dalam mengikut perintah Allah dan Rasul. Kesimpulan dan pengajaran yang boleh diambil:
  • Sebagai ibu bapa, didiklah anak-anak dengan berhemah dan lemah lembut, bukan menghukum tanpa didikan. Nabi s.a.w sendiri berlemah lembut dalam mendidik. Pukulan kepada anak-anak bukanlah sebagai denda tetapi sebagai pengajaran. 
  • Ibu bapa perlulah ceritakan kenapa kita diwajibkan solat dan tutup aurat (perkara asas dalam mendidik anak kecil). Bukan menyuruh, tetapi ceritakan kenapa kena buat begitu.
  • Kepimpinan melalui teladan. Anak-anak akan ikut apa yang ibu bapanya buat. Jika baik akhlak ibu bapanya, insha Allah baik juga anak-anaknya. 
  • Sebagai suami, sabar dan teruskanlah berdoa dalam mendidik isteri. Jangan putus asa dan jangan putus harap untuk isteri berubah ke jalan Allah. Sebagaimana Bakhtiar, tetap sabar dan berserah kepada Allah moga Allah buka pintu hati isterinya.
  • Sebagai orang Islam, jangan tinggal untuk menuntut ilmu dan ke majlis ilmu. Dari situlah iman kita akan utuh pabila diuji. Ilmu, membezakan martabat seseorang di sisi Allah. 
  • Dari Abu Hurairah R.A berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Berpesan baiklah terhadap para wanita, kerana wanita itu diciptakan dari tulang rusuk, dan tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas. Jika engkau paksa meluruskannya dengan kekerasan akan patah dan jika engkau membiarkannya pasti akan tetap bengkok, oleh kerananya berpesan baiklah terhadap para wanita”. (Hadits Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim).
  • Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Iman itu kadang naik kadang turun, maka perbaharuilah iman kalian dengan la ilaha illallah.” (HR Ibn Hibban)
Memang sesiapa yang menonton drama ni, juga adalah yang terpilih... kerana memberi pengajaran yang bermakna, dan cara mendidik anak yang betul dalam beragama... Hatiku risau juga, bila melihat dua anak perempuan anugerah Allah. Amanah Allah, yang kami pikul untuk beri didikan yang terbaik.. Moga Allah permudahkan dan tunjukan jalan serta kesabaran dalam mendidik anak-anak demi agama dan ummah... Insha Allah....

14 Jun 2014

Jun 14, 2014

Review Drama: Fitrah Rezeki

Semalam, lepas layan Halaqah TV9 tukar ke tv al-Hijrah pula... Biasa memang aku suka layan drama memalam lepas adik tidur... Kakak memang susah nak tidur kalau tak masuk bilik tidur.

Drama semalam kat al-Hijrah sangat menarik. Banyak ilmu banyak pengajaran yang aku dan suami dapat. Drama ni ringkas, tak ramai pelakonnya, tapi pengajaran dan manfaat yang sangat berkesan terutama bagi orang Islam yang ingin berjaya dalam perniagaan.

Kisah seorang lelaki tapi aku lupa pula nama wataknya... Hehe... Watak utama ni dilakonkan oleh Norman Hakim dan heroinnya ialah isterinya sendiri Memey ( kedua-duanya duta Ephyra tu... Tu yang bertambah semangat nak tengok tu... Haipp tapi bukan sebab utama ea...) ok... Back to our topik...

Owh... Ingat dah.. Namanya Hadrami... Hadrami ni bercita-cita tinggi nak jadi usahawan berjaya... Asalnya dia kerja sebagai agen insurans, kemudian dia berhenti bila dah kurang client. Pertama sekali dia buka bisnes kedai runcit. Tapi tak kekal lama, bila dia lihat ada orang buka kedai runcit sebelah kedainya. 

Lepas tu, dia berniaga pula kedai perabot, tapi tak lama selepas dia berjumpa kawan lamanya dan terikut dengan kata-kata kawan dia yang nampak berjaya dalam usahawan kereta terpakai. Tapi perniagaan itu pun tak nampak untung, apabila kawannya yang janji nak bantu dia melarikan diri...menyebabkan dia terpaksa keluarkan wang simpanan Tabung Haji bagi melabur dan buat pusingan modal. 

Dia gelisah bila lihat perniagaannya tak maju dah... Sehinggalah dia jumpa pak cik yang menjual pisang goreng di tepi jalan dalam kawasan perumahannya tu... Dari pak cik tu lah dia belajar dan mendapat nasihat untuk berubah jadi peniaga yang berjaya. 
Sumber: google images

Antara pengajaran penting dalam kisah ni... 

  • Tanyakan kepada diri sendiri kenapa kita hendak berniaga. Adakah kerana minat, nak kaya? Terikut-ikut trend terkini? 
  • Letakkan matlamat utama dalam berniaga ialah untuk membangunkan umat Islam serta mencari keredhaan Allah.
  • Jujur dalam berniaga. Hadrami pernah menipu masa berniaga kedai runcit dan kedai perabot dulu. Kerana itu perniagaannya gagal.
  • Carilah ilmu dalam perniagaan. Macam selepas dapat nasihat dari pak cik tu. Dia mula mendalami ilmu dengan menyertai kursus keusahawanan.
  • Solat! Perkara asas yang paling utama untuk berjaya. Renungan lafaz dan makna Azan (حي على الصلاة: Marilah tunaikan solat), (حي على الفلح: Marilah menuju kejayaan). Maknanya, orang yang berjaya ialah orang yang sentiasa menunaikan solat. Mantapkan solat fardhu dan lazimi solat sunat.
  • Sokongan. Hadrami ni selalu dapat sokongan dan motivasi dari isterinya. Jika dia tidak mampu nak tegur, isterinya selalu berdoa untuk suaminya. Doa seorang isteri yang solehah ...insha Allah Allah akan makbulkan.
  • Jangan kedekut dengan anak-anak. Rezeki ibu bapa itu datangnya dari anak. Jangan berkira dan kedekut dengan anak. Hadrami ni dulu sangat berkira dan selalu kata takde duit bila anaknya minta kasut baru, minta nak jenjalan bercuti bahkan anaknya nak makan ayam goreng pun dia berkira. Kerana itu, sempit rezekinya.
  • Mentor. Dalam berniaga perlu ada mentor. Mentor hadrami ialah pak cik goreng pisang tu. Banyak yang dia belajar dari pak cik tu. Walaupun tak mewah mana pak cik tu, tapi cita-cita pak cik tu tinggi.
  • Budi bahasa. Dalam berniaga wajib ada budi bahasa. Salam dan senyum jadikan amalan. Jalinkan ukhwah dan silaturrahim dengan pelanggan. Anggaplah pelanggan macam kawan, bukan sekadar pelanggan. 
  • Tips dari pak cik goreng pisang: setiap kali rezeki berniaga dia bahagikan kepada tiga sampul. Satu sampul untuk berniaga, untuk rolling modal dan simpan keuntungan. Satu sampul untuk agama, iaitu simpanan haji, dan satu lagi untuk infak iaitu sedekah sama ada ke masjid, surau atau golongan asnaf yang lain. 
Banyak pengajaran dalam drama ni. Memang terbaiklah drama terbitan Rosyam Nor iaitu terbitan Suhan Movies ni... Memang lima bingang aku bagi untuk drama ni. Ending drama ni, Hadrami pergi kursus lepas tu dia berbincang dan minta pandangan isterinya dalam berniaga, atas persetujuan bersama, mereka buka sebuah restoran. Dan walaupun begitu dia tetap belajar dan terus belajar dari pak cik jual pisang goreng tu... 

Jadi, semua orang boleh berjaya, asalkan tahu caranya, matlamat yang jelas dan letakkan matlamat utama dalam mencari redha Allah... Insha Allah kita pasti berjaya! 

Pssst: Panjang pula entry ni... Hehe... Moga beroleh manfaatnya... Sama-sama kita kongsi ilmu yang berguna ni ya... 

14 Disember 2013

Disember 14, 2013

Kisah Busu Banyak Pengajaran

Semalam... tengah hari selepas memasak, menghabiskan masa di rumah saja... Dah siap solat semua, buat lepaking anak beranak depan tv melayan drama TV3 hari Jumaat... Dulu feveret aku la layan drama TV3 di hari Jumaat ni... sebab boleh tahan juga drama nya.. ada yang best dan memberi pengajaran... 

Agak lambat aku tengok drama ni, sebab dok layan Sarjan Hassan kat Astro Prima... Memang antara kegemaran aku layan citer P.Ramlee... berkali ulang pun tak reti nak jemu, aku pun heran gak... 
Ok.. Back to our topic... Citer semalam kisah Busu, tengok kat Info, biasa aje citernya... tapi sebab bosan layan la.. dan lagi satu penarik aku rasa nak tonton citer ni, iaitu kisah budak bernama Busu, budak ni pernah menang anugerah sebab bawak citer Ahmad Muhammad satu ketika dulu... 

Lepas tonton dan hayati drama ni, rumahnya banyak pengajaran citer ni... Ok, sinopsis sikit la pasal drama ni... 

Kisah seorang budak bernama Busu iaitu anak Pak Lebai di sebuah kampung, budak ni nakal-nakal budak la kan... satu hari kehidupan si Busu ni berubah, selepas dia menjumpai seorang bayi yang ditinggalkan disebuah rumah di kampung tu... dia jaga budak tu dengan kawan dia dua orang.. dia tahu anak siapa, tapi dia ingat pesan bapa dia supaya jaga aib orang, jangan bagi orang malu... sebab tu dia rahsiakan hal tersebut... hinggalah satu hari hal tersebut kantoi... dan dia menceritakan segalanya kepada bapanya dan orang kampung... 

Pengajarannya, kisah si Busu ni yang dapat aku katakan ialah, nilai kasih sayang Busu pada bayi.. padahal Busu ni budak lagi... mana la tahu pape kan.. tapi dia ada sifat perikemanusiaan... Drama ni juga berkisar tentang sifat buruk masyarakat kita yang suka buat cerita dan ceritakan keburukan orang... iaitu kisah mak bapak perempuan yg berzina dan lahirkan anak luar nikah tu, suka mengata orang... dan akhirnya anak dia sendiri buat onar... sama juga dengan sikap jirannya yang mempunyai perangai yang sama... pengajaran kepada ibu bapa, jangan kata pada orang lain, takut satu hari apa yg kita kata jadi kat diri kita sendiri... 

Kisah si busu ni juga pengajaran buat remaja, jangan kerana cinta gadai maruah dan harga diri, dan akhirnya yang jadi mangsa ialah anak dan bayi yang tak berdosa.. di campak dan di buang sana sini... 
Manusia ada pilihan antara nafsu dan iman... gunakan akal yang waras yang dikurniakan Ilahi untuk memilih jalan mana yg terbaik...

Dan semalam semasa Halaqah TV9 pun Dr. Danial Zainal Abidin ada sebut, letakkan matlamat hidup kita ialah mencapai Syurga Allah, supaya kita tahu jalan-jalan yang kita akan pilih menuju ke sana... jika syurga yang kita pilih, maka kita akan usaha dan cari jalan untuk ke sana... 

Sentiasa berdoa moga Allah lindungi dan pelihara zuriat keturunan kita dari memilih jalan yang dimurkai Allah... Moga dipelihara ke arah jalan yang lurus dan diredhai Allah... 

Lagi kisah bayi dibuang ditemui... 
Kisah lanjut boleh baca di SINI

17 November 2013

November 17, 2013

Poligami Tak Semudah Yang Disangka

Semalam siapa yang tonton Cerekarama TV3, tahu lah kan... Tajuk "Sarah & Hajar". Dari tajuk aku dah boleh agak cerita ni berkisar tentang poligami sebab kedua-dua nama tu, adalah nama kepada isteri Nabi Ibrahim.. mesti ada kaitan ni... Tekaan ku tepat sekali... memang berkisar pasal poligami.. ok.. sinopsis nya sikit ya..
poligami
Sumber: google images

Kisah Hajar yang sakit kanser tahap 4, dan Sarah merupakan doktor yang merawatnya. Sarah sudah berkahwin, namun selalu berlaku konflik dengan suaminya gara-gara sikapnya yang dominan dalam semua perkara... Tapi setelah Sarah faham dan tahu salahnya, diorg berbaik kembali, dan dia berkongsi kisah Hajar pada suaminya..

Suatu hari, Sarah bawa suaminya berjumpa dengan Hajar di hospital. Rupa-rupanya, Hajar ialah first love suaminya... kerana suaminya beriya nak tolong pulihkan semangat hidup Hajar, Sarah rela dimadukan dengan memberi izin suaminya berkahwin dengan Hajar dan tinggal sebumbung dengannya. 

Konflik mula berlaku, sehari ke sehari Hajar dan suaminya semakin akrab dan romantik di depan Sarah. dan ini menimbulkan cemburu pada Sarah. Tambahan pula Hajar lain dari Sarah... Hajar boleh berkomunikasi dan berkongsi apa sahaja dengan suaminya. 

Ok.. dah la tu kan... siapa tengok tahu la endingnye macam mana kan.. cuma apa yang aku nak share kat sini.. poligami tak semudah yang disangka... Ramai yang pilih poligami sebab nak ikut sunnah Nabi s.a.w.. tapi baru-baru ni aku dengar ceramah di Halaqah TV9, sebenarnya isteri pertama Nabi s.a.w, iaitu Khadijah binti Khuwailid tak pernah dimadukan. Nabi s.a.w bernikah lain selepas kewafatan Saidatina Khadijah. 

Dan dari sirah yang aku belajar, Nabi s.a.w, tidak pernah biarkan isteri-isterinya tinggal sebumbung. Rumah setiap isterinya adalah asing-asing sebab, Nabi s.a.w tahu wanita memang ada sifat cemburu. jadi cemburu tu biasa... memang sifat semulajadi wanita kan... jadi dalam drama semalam tu, kesilapan pada Sarah yang membenarkan Hajar sebumbung dengannya.. Akhirnya dia yang merana kan.. 

Banyak pengajaran dalam drama semalam.. antaranya: 
  1. Suami isteri kena bertolak ansur. Contohnya, suami Sarah banyak mengalah dengannya sebab nak jaga hati Sarah.
  2. Hargai pasangan. Sarah kurang hargai suaminya dan sifat mengalah suaminya buatkan dia makin ego dan lebih bersifat penguasa.
  3. Sesekali meraikan hobi pasangan. Sarah tidak pernah meraikan hobi suaminya yang suka mengembara bersama rakan-rakannya.
  4. Buang ego dan jangan ada sifat dominan. Sarah sepatutnya buang sifat ego dan dominannya..kena tolak ansur dan berlemah lembut.
  5. Komunikasi antara pasangan. Disebabkan kesibukan Sarah, kurangnya komunikasi dia dengan suaminya...
Kesemua kekurangan Sarah, diisi oleh Hajar yang hadir dalam rumahtangga mereka... itu yang menyebabkan konflik berlaku dengan teruk... 

Apa-apa pun, 3 watak utama tu ada salah silapnya.. manusia biasa kan.. Namun, pengajarannya untuk kita yang menonton.. Justeru, hargailah pasangan kita seadanya... Buangkan ego dan berlemah-lembutlah... Poligami tak semudah yang disangka...

Firman Allah yang bermaksud: 
“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bila mana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga, atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinilah) seorang saja,atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.” (Surah An-Nisa’:3)

P/s: tak berani nak cakap lebih-lebih la kan... sebab kita tak tahu masa depan kita camne nanti...