Memaparkan catatan dengan label Blogger. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Blogger. Papar semua catatan

24 November 2018

November 24, 2018

Tips Blog - Saiz dan Format Gambar Yang Terbaik Untuk Blog

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Tips Blog - Saiz dan Format Gambar Yang Terbaik Untuk Blog | Lama tak bercerita pasal blog... Kali ni saja la nak kongsikan tips pasal gambar dalam blog.

Gambar memang penting bila up entry dalam blog... sebab orang sekarang, nampak gambar menarik baru berminat nak baca.... Kalau takde gambar... kurang sikit orang nak klik baca.

MF kengkadang, suka jenjalan... dan tengok blog orang...

Kadang ada beberapa la yang buatkan MF rasa perlu perbetulkan bab gambar ni...
terutama gambar dalam entry...

Pemilihan format, saiz dan kapasiti gambar menentu loading blog kita juga.

Jadi, MF share ye, beberapa tips yang boleh kita gunakan bila nak letak gambar dalam entry blog..


sumber: google images

Tips Blog - Saiz dan Format Gambar Yang Terbaik Untuk Blog

Format imej yang ideal untuk blog


Terdapat pelbagai jenis format imej yang tersedia seperti JPEG (JPG), PNG dan GIF. Kebanyakannya, kita menggunakan format fail JPEG tetapi kadang-kadang kita menggunakan PNG dan GIF juga.

Format JPEG - Format JPEG yang terbaik digunakan untuk jenis blog fotografi digital dan format ini adalah yang paling banyak digunakan kerana imej dalam bentuk foto, tetapi tidak jarang juga digunakan untuk blog dan portal selain daripada fotografi. 

Sebagai contoh, banyak blog yang menggunakan format JPEG ialah blog perjalanan, perjalanan, blog resipi dan sebagainya.


Format PNG - Format PNG yang paling biasa digunakan pada blog secara amnya, kerana format imej PNG jenis boleh diedit dan dimampatkan kepada saiz terendah (sekitar 70%) tanpa mengurangkan kualiti imej asal. 

Format PNG biasanya digunakan untuk blog yang mengutamakan prestasi dan kelajuan pemuatan, seperti blog tutorial.


Format GIF - Format jenis ini biasanya menyokong saiz imej kecil, seperti logo dan sebagainya.

Saiz yang sesuai

Untuk saiz imej pos (dimensi) kita boleh menyesuaikannya ke setiap templat blog, sedangkan saiz yang paling ideal adalah seperti berikut.

Template 1 Lajur  Boleh menggunakan gambar atau imej dengan saiz 700 x 360 piksel atau 600 x 400 pixel

2 template kolum  
Boleh menggunakan gambar atau imej dengan saiz 600 x 400 piksel atau 600 x 320 pixel

3 ruangan template  
Boleh menggunakan imej atau gambar 300 x 250

Bagaimana jika dimensi imej tidak sepadan dengan saiz di atas? 

Boleh mengedit imej menggunakan editor imej softare seperti Photoshop atau Microsoft Office Picture Manager atau perisian editor imej lain, buat saiz yang sepadan dengan template anda. 

Nak mudah, guna saja photoscape. 
Kalau kat smartphone MF biasa guna apps Pixlr dan kalau imej tu besar compress dengan apps imej compress. 

Saiz kapasiti imej adalah baik untuk blog

Sebelum kita upload imej dalam entry blog, lebih baik untuk memampatkan imej terlebih dahulu. Tujuannya tak nak bagi Blog jadi slow loading. 

Kaedah ini boleh diatasi melalui alat mampatan imej, saiz kapasiti imej yang ideal ialah 65 - 115 kb. 

Tetapi jika mungkin untuk saiz yang lebih kecil, lebih baik, selagi imej masih jelas.


Itulah penjelasan ringkas tentang saiz imej post blog yang ideal. 

Selain mempercepatkan loading Blog kita, kita dapat mengoptimumkan imej menjadi mesra SEO dan mudah dijejaki oleh enjin carian.

Foto atau imej menghasilkan hampir 35% carian di enjin carian, dengan menggunakan dan mengoptimumkan imej, ia juga akan meningkatkan trafik / pengunjung ke blog kita. 


Jadi, gambar yang korang tangkap tu jangan lupa buat 3 langkah ni sebelum upload masuk entry... 

1. Letakkan watermark pada tempat yang sesuai dalam gambar... Jangan letak besar sangat samapi lindung gambar pula. 

2. Resize gambar guna apa sahaja software yang sesuai. Saiz yang biasa MF guna ialah dengan kelebaran (width) 640 pixel.

3. Compress kan atau kecilkan kapasiti gambar... Kalau satu gambar sampai beratus MB tau ratus KB itu yang buatkan  blog kita lambat loading... Sebaiknya... Compress je bagi jadi puluh-puluh KB je..

Ada apps kalau kat phone... Kalau kat desktop atau pc, ada boleh buat secara online. 

Ini 3 benda MF akan buat sebelum upload ke dalam entry... untuk entry peribadi atau review... atau gambar sendiri...

Kalau gambar google ... just copy aje.. dan kredit kan kepada google images.

Dan tambahan...

Tips SEO dengan Gambar

Jangan lupa juga untuk rename kan ikut tajuk entry kita...

Bila dah upload jangan lupa letakkan title dan alt image Pada property gambar... 

OK.. Itu je MF dapat kongsikan... 

Takde lah pandai mana... MF cuba kongsikan apa yang MF buat dan tahu je... 

Semoga bermanfaat.

01 Julai 2018

Julai 01, 2018

10 Keping Mask Muka Free Hasil Menang Giveaway

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

10 Keping Mask Muka Free Hasil Menang Giveaway | Bila bosan, ada kelapangan, ada jemputan MF akan cuba join mana-mana giveaway yang munasabah anjuran mana-mana Blogger. Tak kira lah Blogger baru atau Blogger otai...

Aktiviti join giveaway ni macam satu terapi diri dalam berblog...

Untuk rehatkan minda dari menaip Entry yang mencabar minda, MF akan join giveaways atau segmen di blog. Tapi segmen dan giveaways di Facebook atau Instagram jarang join sebab nak kena share, like komen yang kadang potensi nak menang tu rendah.

Jadi, blog best... Walaupun ramai tapi insha Allah . Ada rezeki menang lah...

Yang terbaru MF join giveaways anjuran blogger aerillhassan.blogspot.com.

MF ni kalau join giveaways ke segmen ke, join je pastu  dah tak ingat dah menang ke hapa...

Jadi, bila diberitahu baru akan tau...

Jadi, bila semak dan tau je dah umum pemenang, terkejut sebab menang first prize... Tak tau pun menang apa.. 

Sekali baru tau menang mask muka... Tapi tak la banyak mana..

Alhamdulillah .. Rezeki kan..

10 Keping Mask Muka Free Hasil Menang Giveaway


Lepas dah send detail semua. . Tunggu je la.. Tak lama pun... Dua tiga hari dah terima barangnya. 



Banyak rupanya .. Ada 10 Keping Mask Muka...  Hadiah ni ditaja oleh Blogger Asyiqin. Terima kasih... Moga lapang rezeki.. 

Puas pakai la kan...

Dalam gambar tinggal 8 keping sebab dah pakai 2 keping dah...

Satu suami pakai, satu lagi MF pakai..  😁

Ni tengok la bila sempat dapat pakai lagi.

Maklumlah #makanak4 mana nak dan jaga muka sangat la ni...

Sedih tengok muka sendiri...

Memang nak kena rawat muka ni sebelum teruk...

Ni berpunca burn sebab 4 jam berjemur tengah padang ajar budak kawad kaki... Mujur menang... Tak sia-sia la muka macam ni.. Haha..

OK.. Done bebel...

Lambat entry hari ni sebab uruskan rumah seorang diri bila suami kurang sihat... Jadi, mana sempat nak berblog daaa...

Tapi sayang blog ni... Gigih up juga satu entry hari ni walaupun lambat...

Sekian... 

03 Januari 2018

Januari 03, 2018

Pencapaian Blog mariafirdzdotcom 2017

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Pencapaian Blog mariafirdzdotcom 2017 | Alhamdulillah.... bertambah lagi setahun pencapaian blog mariafirdzdotcom ini...

Bila masuk tahun baru, masa untuk lihat semula apa yang telah dicapai sepanjang berblog tahun 2017.

MF akan rujuk Google Analytic untuk lihat perkembangan blog. Ini antara view yang dapat dilihat pencapaian blog selama setahun sepanjang 2017. MF bandingkan pencapaian ini dengan tahun lepas.




Pencapaian Blog mariafirdzdotcom 2017

Alhamdulillah, dari GA ini blog mariafirdzdotcom menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dan MF kira sangat baik berbanding tahun lepas. Jumlah pageview setahun meningkat 63.85% iaitu dari 1.6 juta kepada 2.6 juta pengunjung tahun 2017. Uniq PV juga meningkat dari 1.06 juta kepada 1.4 juta tahun 2017. Bounce Rate juga makin mengecil angkanya... Tahun 2016 51.41% menurun kepada 24.47%. Banyak juga tu pengecilan angka tu... dan semestinya Adsense 100% la sebab tahun 2016 Adsense tak lulus pun.


Alhamdulillah, bulan April AdSense diluluskan tapi bulan Ogos baru dapat ternak jumlahnya kerana masalah teknikal. Ikutkan hujung tahun 2017 dah boleh dah cashout tapi sebabkan 4 bulan delay takpe lah kan... Insha Allah akan boleh cashout sikit masa lagi.

Dan tahun 2017, dengan rasminya MF jadi salah seorang ahli dari group AFBdotmy... Seronok dalam group AFB sebab banyak ilmu pasal blog dan rasa macam satu family.. Moga ukhwah ini terjalin hingga akhir hayat... insha Allah.. dan dari group AFB kami sama-sama kongsi ilmu dan rezeki.


Tahun 2017 juga MF tukar template sebanyak 2 kali.. Pertama pada bulan Mac, tapi sebab template tu kurang mesra dan nampak tak menarik.. bulan September MF tukar lagi... dan harap kekallah template ni untuk setahun dua... Bukan mudah nak cari template berkenan di hati serta responsive ni.

Tahun 2017, tak banyak entry MF tulis dan terbitkan... hanya 951 entry berjaya dipublish.. tahun-tahun sebelum tu seribu lebih juga... mungkin sebab tahun 2017 MF tak banyak join segmen dan giveaway kot... Entry 2017 lebih kepada menjaga kepentingan Google Adsense... Adsense ni dia nak entry yang panjang dan berkualiti... sebab entry kurang... Tapi mujur PV dan UV naik... Alhamdulillah...

2017, agak kurang berblogwalking... mungkin kekangan masa.. tapi alhamdulillah... masih ada sahabat blogger datang jenguk dan komen dengan setianya.. terima kasih MF ucapkan.

Harapan Berblog Tahun 2018

Tiada harapan yang menggunung... Cuma moga tahun 2018 diberikan kesihatan, idea dan kekuatan untuk terus berkongsi pengalaman dan ilmu yang bermanfaat untuk pembaca mariafirdzdotcom. Dan semoga tahun ni lebih banyak rezeki datang dari blog ini.. sayang sangat blog ni... Selain berkongsi ilmu, blog ni juga jadi rezeki sampingan untuk MF sekeluarga... Moga dia terus berbakti untuk MF dan semua warga pembaca diluar sana. Inilah harta dan bekalan akhirat untuk MF ... Insha Allah... 

04 November 2017

November 04, 2017

9 Ciri Blog Yang SEO Responsive

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

9 Ciri Blog Yang SEO Responsive | Seiring dengan perkembangan terkini blog, ramai dah blogger sekarang bertukar kepada blog yang simple dan trendy mengikut perkembangan blog. Blog yang mesra SEO dan Responsive menjadi pilihan.

Jika dilihat template blog masa kini, tak kira yang disediakan secara percuma ataupun berbayar, semuanya menyatakan template mesra SEO dan Responsive... Tapi sebenarnya jangan terpedaya. Pengalaman MF dalam download, tukar dan edit template blog di blog sendiri... ada template hanya responsive pada nama, tapi bila diaplikasikan pada blog kita, tak menjadi, bahkan kesannya blog makin merudum dan hingga dari data google... Sedihkan... Apa pun, itu bukan masalah, masalah itu dapat diatasi dengan main coding... Tambah beberapa coding untuk jadikan ianya betul-betul responsive.

Apa pun secara asasnya.. MF nak kongsikan beberapa tips dan semakan untuk anda kenal pasti adakah blog anda menepati ciri blog yang SEO dan Responsive sebenar.

Jom Semak...

9 Ciri Blog Yang SEO Responsive

Ciri Blog Yang SEO Responsive

1. Memiliki score SEO 100 %.

Score SEO sebuah blog atau template blog ini dapat kita analisa dengan  bantuan chkme.com, sebuah site khusus yang sangat baik digunakan untuk menganalisa score SEO sebuah template blog.

Caranya mudah sahaja. Buka website chkme.com. Kemudian masukkan URL Blog anda.. dan klik Check SEO Score... Akan terpampang hasil dari semakan itu. Tahniah jika blog anda dapat markah 100%.

Ini hasil semakan bagi blog MF:



2. Mobile Friendly

Salah satu ciri blog yang responsive ialah, ianya sesuai dilihat dengan semua peranti... sama ada melalui PC, tablet, mobile dengan semua jenis bentuk paparan. Maknanya kita tak perlu nak scroll kecil dan besarkan sesuatu blog bila buka sesuatu blog.

Kebanyakan Responsive Template memang dah tersedia setting untuk Mobile Friendly ni... Cuma sedikit teknikal dan setting untuk menjadikan blog kita Mobile Friendly.

Cara untuk setting:

Pergi ke Dashboard blog >>> Theme >>> Klik pada simbol setting Mobile >>> Tick pada "No. Show desktop theme on mobile devices." dan tekan Save. Rujuk gambar di bawah ni..



Kemudian, anda juga boleh semak adakah blog anda betul-betul mobile friendly di Mobile Friendly Test.

Klik link di atas, masukkan URL blog dan semak.

Jika blog MF ini hasilnya.


Ya, blog MF memang mesra mobile... sebab itu boleh dilihat oleh semua jenis gadjet dan teknologi yang ada.

3. Cepat Loading (Blog Ringan)

Blog yang responsive ialah blog yang ringan. Mudah loading walaupun banyak iklan, banyak widget... Ini kelebihan blog yang responsive. Ciri ini juga menyebabkan lebih ramai pembaca baru melekat di blog tersebut.

Jadi, penting untuk timbang berat blog untuk lihat sejauh mana blog kita ambil masa untuk loading.

Timbang berat blog boleh buat di Timbang Berat Blog

Caranya:
Klik link Timbang Berat Blog, masukkan URL Blog dan semak.

Ini hasilnya bagi blog MF:


Blog MF peroleh 4.66 seconds untuk loading keseluruhan blog. Maknanya ringan... JIka boleh kena jaga berat ni jangan lebih dari 10 atau 15 second ke atas...


Itu 3 ciri utama blog yang SEO dan Responsive.

ada beberapa ciri tambahan lain untuk menjadikan blog itu Responsive.. antaranya:

4. Heading H1 setiap artikel pada tiap halaman boleh membaca kata kunci dengan tepat.

5. Tajuk blog cepat terbaca oleh mesin pencari (search engine).

6. Iframe dihilangkan atau hidden

Cukup dengan warna yang lembut, pilihan jatuh pada warna polos seperti warna putih, penggunaan iframe yang merwarna-warni boleh menjadikan loading berat. Biasanya blog yang responsive tiada bunga, kerawang dan hiasan-hiasan untuk mencantikkan blog. Hanya warna yang lembut dan reka bentuk yang simple.

7. Seboleh mungkin Template Blog SEO Friendly harus mengaitkan 20 kata kunci.

8. Di kotak komentar bersifat nofollow.

9. Ada Breadcrumbs

Breadcrumbs disisipkan kerana membantu pengunjung untuk mengenali dan boleh membantu robot mengetahui kelengkapan struktur blog. Apa itu breadcrumbs? Ok, rujuk gamabr di bawah.



Jadi, bagi blog yang takde breadcrumbs tu boleh buat bagi ada.. Jika tak reti main coding, boleh request dengan mana-mana blog designer untuk setupkan. Tapi jika template itu memang dah sedia responsive, tak perlu dah ubah atau tambah coding... kerana dah siap tersedia.

Cukuplah 9 ciri ini MF perkenalkan untuk rujukan blogger baru... juga blogger yang sedang mencari blog yang responsive untuk dijadikan template... Jadi, ikuti ciri-ciri ini, Insha Allah, blog anda pasti meletop PV dan UV nya setiap bulan... Apa yang penting selepas pasang blog yang responsive ialah update entry secara konsisten dengan entry yang melebih 300 patah perkataan ke atas...

Ini antara ilmu dan pengalaman MF dalam berblog ya... MF takde rahsia.. sesiapa nak belajar pasal blog, boleh aje terus tanya MF di kotak komen atau email ye... Insha Allah apa yang MF tahu, akan MF kongsikan... sebab MF belajar bab blog ni pun sendiri.. Jadi tak salah MF kongsikan untuk kita sama-sama berjaya... Insha Allah... 

20 Oktober 2017

Oktober 20, 2017

Pentingnya Lantik Penasihat Blog

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Pentingnya Lantik Penasihat Blog | Setiap organisasi ada seorang penasihat.. Tapi jangan tak tahu.. Dalam berblog sepatutnya ada seorang penasihat blog.

Kenapa perlu ada penasihat blog? Penting penasihat ni.. Sebagai orang yang boleh memberi idea, nasihat, komen untuk menambah baik dan teguran kepada seorang blogger. Tujuannya untuk menjaga blog, dan kandungan entry blog supaya tidak bercanggah dengan hukum Allah dan undang-undang manusia.



Bagi seorang isteri yang bergelar blogger, sewajarnya suami adalah orang yang paling berhak dan layak dilantik sebagai penasihat Blog sekalipun suami tak tahu dan hal dalam blog. Namun, suami wajib pantai, baca, tapis sesuatu entry yang isteri keluarkan. Tak kira entry review, info atau entry peribadi.

Namun, malangnya apa yang perhatikan.. Tak ramai blogger jadikan suami sebagai penasihat Blog nya... Suami izinkan tapi melepaskan si isteri berblog suka hati... Tanpa penasihat, tanpa tapisan... Kesannya di dunia, isteri mungkin akan terdera emosi kerana entry blog tapi lagi dahsyat kesan di akhirat bila suami tak ambil peduli apa isteri tulis ni... Tambah kalau ada gambar yang tak menutup aurat... Tanggung jugalah dosa tu di akhirat nanti...

Itu bagi si isteri... Jika suami pula, sebaiknya lantik isteri sebagai penasihat... Tapi blogger lelaki yang MF kenal kebanyakan menulis yang baik-baik... Jarang kisahkan hal peribadi... Apa pun... Suami tetap kena alert jika gambar isteri atau anak yang tak menutup aurat dengan sempurna yang didedahkan di blog.

Bagi blogger wanita yang belum berkahwin, ibu bapa adalah penasihat yang baik. Atau boleh juga lantik rakan baik yang dipercayai serta boleh dijadikan teladan untuk menjadi penasihat dan pengomen Blog.

Blogger lelaki yang bujang, penasihat blog terbaik ialah ibu ayah... Tapi jika tidak kawan karib yang boleh dipercayai boleh dilantik sebagai penasihat Blog.

Kita perlukan  penasihat blog sebenarnya... Sebab hidup kita ni tanpa nasihat dan teguran akan terus hanyut dan leka... Jadi, dalam berblog dan update entry perlukan komen yang membina... Bagi si isteri yang berblog.. Janganlah abaikan suami anda.. Mintalah pandangan dan komen.. Si suami pula jangan terus melepaskan isteri berblog sesuka hati... Pantau lah aktiviti isteri di laman sosial... Jika tidak.. Anda sebagai suami turut terima "bala" di akhirat sana.. Na'udzubillah...

Sekian sahaja nasihat MF untuk Blogger semua... Jika belum ada penasihat blog, lantik lah... Carilah... Bagi isteri... Berblog atas izin dan redha suami tapi suami tak boleh redha aje dengan apa isteri buat..  Perlu pantau dan nasihat juga sekali sekala jika rasa tak mau tanggung dosa dalam tak sedar...

Coretan ini sebagai ingatan kepada diri sendiri juga... Supaya tak terleka dengan keindahan dan nikmat dunia yang sementara.. Moga Allah merahmati dan memberkati blog kita dan apa sahaja yang kita lakukan.. Insha Allah... 

03 Ogos 2017

Ogos 03, 2017

Tak Perlu Cemburu Income Blogger Lain

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Tak Perlu Cemburu Income Blogger Lain | Bermula tahun 2016 nampak gaya dan rentak blogger di Malaysia dah berubah... Mungkin sebab desakan ekonomi... Menjadikan blogger bukan lagi medan untuk bersosial dan berkongsi ilmu semata-mata tapi juga medan untuk cari rezeki sampingan.. 

Sumber: Google Images


Gaya ini beri kesan juga... Iaitu budaya kunjung-mengunjung (blogwalking) antara blogger semakin berkurangan... Mungkin sebab faktor masa dan sebagainya... 

Tapi MF masih juga kekal momentum blog sebagai medan perkongsian ilmu dan jana pendapatan sampingan melalui blog itu bukan satu yang utama MF kejar... 


Apa pun sebabkan perubahan ini Mf belajar juga banyak benda dan ilmu buat pendapatan pasif melalui blog... 

Banyak cabang sebenarnya untuk jana pendapatan melalui blog sama ada jadi blog sepenuh masa atau separuh masa... 

Antara cabangnya ialah melalui:
1. Blog post review
2. Sewa tapak iklan di blog
3. Pasang iklan dari pengiklan seperti:
- Nuffnang
- Innity
- Google Adsence
4. Affiliate program seperti klikjer, Lazada, Zalora, Involve Asia, Dan banyak lagi... 
5. Join group atau pasang widget tertentu disamping jana income dalam unit USD. 

Ini sikit je yang MF sebut ni... Tapi sebenarnya banyak lagi... 

Namun, dalam persaingan ini pasti ada yang beriri hati juga... Ada yang kata itu dan ini... Sedangkan tak semua blogger jana income dengan kelima-lima cabang rezeki di atas... 

Ada blogger, dia ada bakat bercerita... Jadi dia mampu buat blog post review tapi tidak pasang iklan dari pengiklan terkenal... Itu rezeki dia... 

Ada orang jana income dari program affiliate semata-mata... Ada juga yang hanya sewa tapak iklan sahaja... 

Apa pun cabangnya tak perlu kita rasa cemburu... Tapi kita ni kadang takde rasa cemburu, tapi bila ada kata AdSense adalah income terbaik seorang blogger... Pasti blogger yang tak merasa income AdSense sentap juga kan sedikit sebanyak... Sedangkan Kita percaya rezeki Allah itu Maha Luas... 
Kita usaha ikut cara kita asalkan Allah redha ... 

Apa pun caranya kita dapat rezeki itu, pastikan halal sahaja... Tiada unsur syubhah dan ragu-ragu... 

Bersaing secara sihat... Tak perlu caras dan cantas Rezeki orang lain ... Ingatlah rezeki Allah itu luas... Carilah rezeki yang halal lagi baik.. semak selidik dahulu sesuatu sumber rezeki..jangan terpengaruh dengan orang lain dan ikut tanpa usul periksa... 

MF dulu berblog dah 2 tahun tapi tahun ketiga baru berani join Nuffnang selepas semak selidik hukum dan info sebanyaknya... Lepas tu baru faham dan belajar konsep iklan macam nuffnang dan cabang rezeki yang lain... 

Jangan taksub nak buat duit dengan blog tanpa fikir halal haram dah... Hati-hati ya blogger... Moga Allah berkati dan lapangkan rezeki kita selalu... 

Dan jangan lupa.. nikmat rezeki utama bagi seorang blogger ialah idea!! Tanpa idea menulis blog... Takde makna kita aplikasikan semua jenis cabang rezeki di atas.. kerana kekuatan rezeki Allah seorang blogger ialah bermula dengan blognya juga... 

Semoga maju jaya buat semua blogger terutama sahabat blogger yang mengenali Maria Firdz... 😊


P/s: Insha Allah...next entry MF Akan kongsikan sumber lain buat income USD selain Adsence... Blogger luar negara banyak guna iklan ini...kita kat Malaysia dok nampak AdSense aje lah yang bagus sedangkan...banyak peluang lain jana income USD selain AdSense... Jadi, bagi blogger trafik rendah.. jangan risau ye... Nanti MF kongsikan... 

11 Julai 2017

Julai 11, 2017

Moga Dipermudahkan Urusan Kes Saman Blogger Suria Lekat Lekit

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Suria Lekat Lekit siapa yang tak kenal.. blogger outspoken yang selalu kupas isu-isu trending Dan terkini..

Namun, atas kelantangan dia itu... Allah uji dia... Dia disaman fitnah oleh founder pengasas kecantikan kerana isu produk kecantikan yang pernah diharamkan KKM...



Korang boleh baca entry ni...

Bila baca entry tu takde keterlaluan pun tapi itulah.. Allah nak uji dia...

Tak mampu nak tolong... Tapi kita tolong doakan dia.. moga dipermudahkan urusan dia... InshaAllah...

Walaupun MF pernah ada selisih faham suatu ketika dulu dengan dia... Tapi dia masih rakan blogger MF... Kes kami tu... Biasalah... Mungkin kami tak sesuai jadi rakan Facebook... Tapi tak bermakna kami bukan lagi rakan Facebook...

Moga Allah permudahkan urusan Suria Lekat Lekit... InshaAllah...

Sedikit perkongsian... 

Menolong Saudara Yang Zalim dan Dizalimi

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنْصُرُهُ إِذَا كَانَ مَظْلُومًا أَفَرَأَيْتَ إِذَا كَانَ ظَالِمًا كَيْفَ أَنْصُرُهُ قَالَ تَحْجُزُهُ أَوْ تَمْنَعُهُ مِنْ الظُّلْمِ فَإِنَّ ذَلِكَ نَصْرُهُ

Dari Anas RA mengatakan, Rasulullah SAW bersabda: "'Tolonglah saudaramu baik ia berbuat zalim atau dizalimi." Ada seorang laki-laki bertanya; 'ya Rasulullah, saya maklum jika ia dizalimi, namun bagaimana saya menolong saudara yang  melakukan kezaliman? ' Nabi menjawab; "engkau mencegahnya atau menahannya dari kezaliman, itulah cara menolongnya." (HR Bukhari No: 6438) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Seorang Muslim wajib membantu muslim yang lain.

2.  Jika saudara kita dizalimi, menjadi tanggungjawab untuk menolong dengan  membela dan mempertahankannya.

3.  Jika saudara kita melakukan kezaliman, menjadi tanggung jawab kita untuk membantunya agar tidak berterusan melakukan kezaliman. Contohnya jika saudara kita menganiaya orang atau binatang, kita wajib menghalangnya agar tidak berterusan membuat dosa. 

Sebenarnya... MF sendiri pernah nak up isu tu di blog tapi atas kekangan masa dan isu lain ... Entry tu tersimpan dalam draft aje.. 

Apa pun think positive... Ada hikmah Allah sediakan.. dalam ramai blogger... Kenapa Allah pilih blogger Suria Lekat Lekit... Sebab Allah dah kata... 


“ ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG MELAINKAN APA YANG TERDAYA OLEHNYA, IA MENDAPAT PAHALA KEBAJIKAN YANG DIUSAHAKANNYA DAN IA JUGA MENANGGUNG DOSA KEJAHATAN YANG DILAKUKANNYA…     ( AL-BAQARAH: 286)

Ingatlah sahabat, setiap orang diuji olah Allah berbeza-beza mengikut tahap kemampuannya. Dan ujian yang Allah beri untuk hapuskan dosa dan meningkatkan darjat kita... 

Sama-sama kita doakan.. moga Allah permudahkan dan lindungi kita dari dosa fitnah.. dan Suria Lekat Lekit memang kes saman tersebut... 

Jom amalkan doa ini...

10 Mei 2017

Mei 10, 2017

Blogger Tahu Ke Apa Itu Blog?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Blogger tahu ke apa itu blog??? MF rasa majoriti blogger yang ada ni tahu create, login, Dan update entry serta ping entry je... Blogwalking, komen ... Tapi sejauh manakah kita faham dan tahu apa itu blog??? Tapi tak ramai dari kita tahu asal usul blog dan bagaimana blog berkembang kan... 

Jadi, blogger kena la Tahu apa itu blog... Kalau orang tanya boleh la jawab nanti... 


 Apakah sebenarnya blog dan bagaimanakah ia berkembang.

Blog adalah singkatan bagi ‘web’ dan ‘log’ yang diperkenalkan oleh Jorn Barger pada 17 Disember 1997. Sehingga kini belum ada istilah yang tepat dalam bahasa melayu untuk menterjemahkan blog. Barger menggunakan istilah weblog untuk merujuk kepada kelompok laman-laman web maya peribadi yang dikemaskini secara berkala oleh pemiliknya. Peter Merholz pula menggunakan istilah ‘we blog’ pada laman webnya Peterme.com yang merujuk kepada aktiviti ‘blogging’ yang terdiri daripada mengemaskini laman web, menyunting, memasukkan maklumat terbaru, mengirim artikel dan sebagainya. Akhirnya beliau lebih selesa menggunakan istilah ‘blog’ bagi menggambarkan segala aktiviti berkaitan dengannya. Di situlah munculnya blog dan pemiliknya pula dikenali dengan nama ‘blogger’.



Kini blog telah menjadi trend baru kehidupan manusia setelah meledaknya teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Pada awalnya jumlah blog di seluruh dunia tidaklah sebanyak yang wujud sekarang yang dianggarkan sebanyak 112 juta menurut statistik terkini yang dikeluarkan oleh enjin carian blog terkenal Technocrati. (Sekarang dah bertambah dah ni)   waktu ia mula tercipta dan sebelum terkenal, untuk menghasilkan blog memerlukan sedikit kemahiran teknikal dalam bidang penulisan kod-kod html (hypertext markup language). 

Pada tahun 1999, sebuah syarikat teknologi maklumat PyraLabs melancarkan website www.blogger.com yang memberi kemudahan secara percuma di atas talian kepada sesiapa sahaja untuk memiliki blog tanpa perlu memiliki kemahiran teknikal dalam bidang teknologi maklumat. Apa yang perlu ialah kemudahan talian internet dan keinginan untuk mempunyai blog sahaja. Sejurus selepas itu, jumlah blog di ruang maya meningkat secara dramatik. Tema blog yang muncul merangkumi pelbagai topik bermula dari filem, politik, kesihatan, sukan, hobi dan juga blog berkaitan dengan buku. Daripada blog, pembaca dapat menyelami apa sahaja lontaran idea, pendapat dan buah fikiran blogger. Pada tahun 2003, Blogger.com telah diambilalih oleh syarikat enjin carian internet terkenal Google. Selain blogger.com, terdapat beberapa perkhidmatan penyediaan layanan blog yang lain seperti wordpress, livejurnal, blogsome, weebe dan sebagainya.


Sumber: Google images

Bila ramai orang guna mesti akan timbul masalah lain juga kan... Biasalah yang guna tu manusia yang pelbagai ragam, faham dan moral. Bila blog ikut rasa, ia boleh jadi satu ancaman besar pada pemilik blog dan juga negara. Di Singapura, dua rakyatnya telah dipenjarakan di bawah undang-undang antihasutan kerana menyiarkan kenyataan antiislam di laman blog mereka. Di Mesir, seorang blogger, Abdul Kareem Suliman Amer atau Kareem Amer ditahan pada November 2006 dan dipenjarakan tiga tahun atas kesalahan menghina Presiden Hosni Mubarak. Di Malaysia, seorang penulis blog Raja Petra Kamaruddin telah ditahan polis dan dibebaskan selang beberapa hari kerana menyiarkan artikel berunsur hasutan di blog beliau yang terkenal Malaysia-Today. Walau apapun isu yang berlaku sekitar blog, masih banyak blog yang positif yang dapat dimanfaatkan seperti blog yang berkaitan dengan agama, motivasi, promosi buku dan juga bisnes.


Dari blog wujudnya komuniti maya antara blogger. Ini kerana, setiap blog yang bersifat interaktif adalah saling menghubungkan antara satu sama lain dan dapat merapatkan hubungan sesama bloggers. Setiap blog dapat menggambarkan persahabatan, perdebatan, permusuhan dan juga hubungan perniagaan. Pemilik blog dan juga pembaca bebas melontarkan pandangan masing-masing bagi setiap artikel yang diterbitkan. Tambahan pula, setiap artikel dan komen bebas disalurkan tanpa ada sebarang sekatan kecuali pemilik blog yang menjadi editor utamanya. Oleh itu blog menjadi medium utama penulis dan pembaca blog yang bersifat interaktif serta dapat memaparkan idea dan wacana segar antara keduanya.


Di Malaysia, telah wujud pelbagai komuniti maya yang menghimpunkan penulis-penulis blog antaranya yang terkenal ialah www.jurnal.biz, www.minggupenulisremaja.blogspot, www.petalingstreet.org dan sebagainya. Komuniti ini sentiasa mengadakan aktiviti yang berbentuk ilmiah dan juga santai dalam usaha untuk merapatkan ahli-ahli mereka. Komuniti ini juga mewujudkan anugerah kepada pemilik blog terbaik dalam pelbagai kategori yang dipertandingkan. Dan sekarang ni dah ada kelab-kelab blogger tertentu yang diwujudkan oleh blogger yang berpengalaman dan berpengaruh untuk tujuan komuniti dan bisnes.

Di Malaysia, setiap tahun dianjurkan perhimpunan blogger Malaysia yang terbesar iaitu Sepetang Bersama Blogger #SBB setiap tahun... Program ini bertujuan menghimpunkan semua blogger di Malaysia di atas satu dasar dan platform yang sama iaitu blog...untuk berkomunikasi, berkongsi ilmu dan pendapat selain mengeratkan silaturahim antara blogger di Malaysia. Setiap tahun Sepetang Bersama Blogger ini dianjurkan oleh Denai Hati Network dan beberapa pengajur bersama. 


Fenomena blog ini wujud dan berkembang pesat selepas kepesatan pembangunan teknologi maklumat dan internet di Malaysia... 

Blog ini juga jadi platform untuk jadi saham akhirat kita juga jika kita bijak menggunakannya ke arah yang bermanfaat dan baik untuk semua. 

Jadi, kongsikan dan tulis yang baik-baik... Moga sedikit kebaikan itu akan jadi bekalan di akhirat nanti... 

Olahan dan sumber rujukan: majalah sains

31 Mac 2017

Mac 31, 2017

iPrice Blogger Competition – 11street.my

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

iPrice Blogger Competition – 11street.my | Satu lagi pertandingan blog yang di anjurkan oleh pihak iPrice.my yang merupakan sebuah online mall yang membandingkan harga bagi beberapa online mall. Jika website untuk perbandingan harga hotel ialah traveloka dan trivago, dan iPrice.my pula online mall untuk membandingkan harga barangan bagi produk harian dan keperluan kita yang ada seperi lazada.com.my, zalora.com.my, 11street.my dan sebagainya.




MF mendapat jemputan dari pihak iPrice.my untuk menyertai iPrice Blogger Competition. Hanya perlu membuat artikel mengenai sebuah online mall yang ada di pasaran sekarang dan cuba memberi cadangan untuk membaiki kelemahan yang ada dengan idea dan pengalaman sendiri dan ini bertujuan memudahkan lagi para pelanggan untuk terus membeli belah secara online tanpa ke kedai-kedai mahupun shopping mall. Semuanya dihujung jari sahaja sekarang. 

Untuk iPrice Blogger Competition ini MF memilih online mall 11street.my yang merupakan salah satu online mall  sentiasa MF dan suami MF pernah shopping suatu ketika dahulu sehinggalah berlaku masalah demi masalah buatkan MF serik nak membeli di 11street.my lagi. 


Pilih sebuah kedai e-dagang (online mall) pilihan MF

MF memilih 11street kerana online mall ini yang selalu MF berurusan suatu masa dahulu dan ada beberapa idea yang bernas MF nak kongsikan berdasarkan pengalaman MF yang pernah gila membeli belah di 11street.

Kenapa MF memilih 11street.my? Ini kerana barang-barang yang ada di online mall ini kerana harga yang ditawar juga cukup murah dan mengoda nafsu membeli belah sesiapa sahaja. 

Selain itu, 11street.my juga sentiasa memberi tawaran harga barangan yang tidak masuk akal seperti mana gambar di bawah ini.

 


Beg tangan jenis sandang biasa boleh dapat diskaun harga hingga 90% menjadikan harganya bawah RM10 ringgit... Maunya tak rambang mata bila masuk ke 11street.my ni...Jadi, tidak dinafikan lagi 11street.my ini merupakan online mall yang cukup hebat dalam memberi tawaran harga barangan yang menggugat jiwa kaki shopping online.


Masalah Yang Dihadapi oleh Online Shopper
Masalah.. mana-mana online mall mempunyai kelemahan masing-masing dan MF bukanya mencari kelemahan 11street.my tetapi sebagai jalan kepada permasalahan yang mungkin dihadapi oleh MF atau sesiapa sahaja yang pernah membeli online menerusi 11street.my

Ini kerana MF pernah mengalami satu masalah yang tidak sepatutnya terjadi dengan 11street.my ni.

Dulu, kiranya hujung tahun 2016, MF masih membeli di 11street.my sehingga terjadinya dua kali tertipu dengan barangan yang dibeli. MF ni biasanya bila beli online, akan refer review pelanggan, jadi kita yakin nak beli disitu... MF beli sejenis handbag, bergantung penuh kepada gambar yang diberi dan detail produk hanya menulis, produk tu merupakan produk baru... dan memang anggap takde masalah bila sebab seller tu hanya dari Pulau Pinang... Jadi paling lambat 7 hari bekerja boleh sampai barangnya. 

Selepas 7 hari tak kunjung tiba barangnya dan bila semak tracking number yang diberikan, dah seminggu tiada dalam sistem pos laju, terus adukan kepada 11street... menunggu lagi, 11street contact seller, lepas 3 empat hari macam tu, baru terima meseg, katanya barang yang MF nak beli tu habis stok kena tukar dengan warna lain... Akhirnya, tukar la... malas nak panjang cerita... keesokannya seller SMS lagi, katanya pilihan warna tu habis pula, dan last choice, kena pilih yang lain... Jadi, pilih aje lah... Disebabkan masalah tu, hampir sebulan barulah MF terima barangannya... dah terima kecewa juga sebab ingatkan materialnya kain ke hapa, rupanya beg getah... Memang rasa rugi juga dengan kos pos lagi, rasa baik beli kat pasar malam aje... memang menyesal masa tu... 

Tapi itu takpe lagi... Kali kedua, buatkan MF dan suami terus tak beli dengan 11street ni, sebabnya kecewa dengan kualiti barang... sebab ada seller jual barang lama yang tak laku, antaranya MF pernah beli stokin baby, harga nak kata murah biasa je la.. Tapi kotak atau packaging tu lusuh dan berhabuk teruk... Nampak la.. barangn lelong gayanya... Suami juga pernah beli cable USB, akhirnya terbuang sebab langsung tak boleh guna, dah la takde warranty. patut la murah sangat katanya... memang ada la barang rasa membazir beli tak guna dengan 11street.my ni.

Selain tu, satu lagi yang agak mengecewakan dengan 11street dengan kos penghantaran ni, setiap barang memang dicas kos yang agak tinggi, lagi banyak beli lagi banyak la kos pos kita nak kena tanggung... Pernah nak beli barang harga keseluruhan dalam RM300 sekali total kos pos hampir separuh harga barang. Terus tak jadi beli. 



Mencadangkan Penyelesaian Masalah

Dari pengalaman MF yang mengalami masalah dengan 11street.my di atas. MF ingin mencadangkan :-

Wujudkan komunikasi terus secara dua hala antara penjual dengan pembeli
Disebabkan masalah kehabisan stok dan stok yang tidak diupdate di website 11street.my, MF ingin mencadangkan pihak 11street.my wujudkan satu platform chatting supaya penjual dapat terus berhubung terus dengan lebih cepat antara penjual dan pembeli. 


Kurangkan kos penghantaran
Walaupun 11street.my selalu juga berikan kupon penghantaran percuma, tapi syaratnya ketat dan harga kupon hanya dengan potongan tertentu... sedangkan kos penghantaran meningkat sekarang ni. Jadi, mohon pihak 11street buatlah tawaran dengan diskaun penghantaran jika beli lebih 3 atau 5 barangan tertentu atau lebih had kos tertentu... Pasti ini akan lebih menarik lebih ramai pembeli online, sebab orang sekarang sangat suka beli online tapi dapat jimat dari segi kos pos. 


Pastikan penjual di 11street.my selalu kemaskini barangan mereka.
Masalah barangan kehabisan stok dan stok lama, pihak 11street.my seharusnya perlu peka dan lebih mengambil tahu penjual yang menggunakan perkhidmatan mereka. Pastikan penjual di 11street.my mengemaskini stok barang dalam kedai online mereka. Ini supaya pembeli tidak tertipu dengan barangan yang lama, lusuh atau terpilih barangan yang dah habis stok. 

MF rasa, itu sahajalah yang MF dapat kongsikan masalah dan cadangkan langkah penyelesaian kepada pihak yang berkenaan. 



Semoga perkongsian ini dapat membantu pihak 11street.my untuk terus maju ke hadapan dan dapat bersaing dengan online mall lain dan juga pihak iPrice dapat memasukkan barangan yang ada di 11street.my ke dalam website IPrice.my bagi memudahkan lagi online shopper untuk

21 Januari 2017

Januari 21, 2017

ENTRY PENGHARGAAN KHAS KEPADA 21 PENGOMEN SETIA BLOG MARIA FIRDZ SEPANJANG 2016

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


ENTRY PENGHARGAAN KHAS KEPADA 21 PENGOMEN SETIA BLOG MARIA FIRDZ SEPANJANG 2016 | Agak lewat naikkan entry... atas kekangan masa dan tanggungjawab buatkan blog agak terabai sebenarnya awal tahun ni... apa pun sekali pun tak pernah MF biarkan blog ni tak berupdate walaupun sehari... alhamdulillah.. masih dapat komit dengan blog... walaupun sibuk... demi minat mendalam pada blog kesayangan ni kan... 

Entry ini adalah entry penghargaan Khas kepada 21 orang blogger yang menjadi pengomen setia blog MF ini sepanjang tahun 2016. 

Mereka yang tersenarai ini adalah yang terbanyak... tapi tak bermakna yang tak tersenarai di sini MF tak hargai,,, MF hargai sangat komen pembaca semua termasuk anonymous... Tanpa pembaca, apalah kan makna blog ini kan.. terima kasih banyak-banyak.. 

Jom kita lihat siapakah blogger itu???

PeRdU cINta (189)




The KehalusanKelembutan (162)



paridah (126)



adianiez AIDA (115)


norhidana miswan (87)



Mas (82)




Siti Rohaida Yusof (73)



Sheila Adziz (72)



Diana Rashid (72)


Gee Lion (64)


Puan Wawa (55)



Nurfaezah Abdullah (52)


Mrs Velentine (50)


mama amir (50)


Cik Ash (50)


Nadia Johari (49)



Muhammad Khairuddin Lim (48)


Munirah Mustafar (47)


Ahmad Hasif (44)


Shahida Dzulkafli (43)



Nieyl (40)


terima kasih dan tahniah kepada 21 orang blogger ini... dan mereka ini sememangnya dah pun tersenarai di bloglist MF... 

terima kasih buat semua pembaca juga.. 
teruskan blogging dan baca... moga tahun 2017 menjadikan tahun yang lebih istimewa buat kita semua... insya Allah

04 Disember 2016

Disember 04, 2016

15 Blogger Pengomen Terbanyak Bulan November 2016!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)





Berikut adalah 15 blogger yang menjadi pengomen terbanyak untuk sepanjang bulan November 2016:



PeRdU cINta (25)

Sheila Adziz (16)


Nadia Johari (11)



mama amir (9)

Nieyl (9)


Shikin Razali (9)



norhidana miswan (8)



paridah (8)



sheAYANG (7)



Siti Rohaida Yusof (7)



Nur Zahirah (6)



Reen Johari (6)



Illya LeYa (6)



Cik Ash (5)



Along Misuari (5)


NURUL AQIDAH AZAHAR (5)



Bulan ni tak banyak sangat komen tapi PV naik... maklumlah rajin share, tapi tak sempat blogwalking... apa pun terima kasih buat semua yang datang singgah baca sama ada tinggalkan komen ataupun tidak... jasamu dikenang...