Memaparkan catatan dengan label Bisnes. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bisnes. Papar semua catatan

03 Disember 2018

Disember 03, 2018

Panduan Shopee - Cara Tutup Kedai di Shopee Semasa Bercuti

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Panduan Shopee - Cara Tutup Kedai di Shopee Semasa Bercuti | Online seller di Shopee .. Seronok bekerja.. Tapi sesekali nak reward diri dengan bercuti tenangkan diri dari bisnes kan...

Jadi, kalau ada bisnes di Shopee camne kan.. Tak kan nak usung barang kan.. Kacau mood cuti... 

Jadi, kita boleh je setting tutup kedai waktu kita bercuti... 


Tak susah pun...

Panduan Shopee - Cara Tutup Kedai di Shopee Semasa Bercuti 


Pergi kat akaun selling atau jual. 


KLIK pada manage my shop... 


KLIK shop setting...



Kemudian... On kan mode Vacation mode. 

Siap dah tutup kedai... 
Kalau nak setting auto reply chat pun boleh buat juga. 

Senang kan.. 

Takpe lah. Income tak masuk waktu cuti kan..sesekali happy kan keluarga kan.. Insha Allah.. Lagi lapang rezeki... 

14 Oktober 2018

Oktober 14, 2018

Bisnes Ais Krim Malaysia

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Bisnes Ais Krim Malaysia | Minat berniaga dari kecil hingga dewasa. Dari sekecil-kecil perniagaan hingga sekarang ada syarikat sendiri. Walaupun begitu, tak suka masa terluang, jadi Mr. Firdz jadikan minat tu sebagai duit.

Dok saja di rumah... dia buat ais krim. Memula jual... orang macam tak nak beli.

Kali pertama buat takde sambutan... Banyak terjual sebab beli sendiri... sendiri buat sendiri beli.

Buat lagi untuk kali kedua...

Alhamdulillah... ada orang beli...

Seronok jadinya walaupun untung tak seberapa...

Bisnes Ais Krim Malaysia


Permulaan buat, hanya 4 perisa... Coklat, jagung susu, honeydew dan juga bandung. Sebab plastik kecik je, kami jual 30 sen je...

Alhamdulillah... perisa coklat dan jagung habis dijual. Tinggal dua perisa lagi...

Jadi, semalam buat lagi untuk restok.

Bisnes Ais Krim Malaysia


Peti sejuk beku dah tak guna letak susu... habis dah fasa kumpul EBM... jadi, manfaatkan sebaiknya.

Semalam buat lagi 3 perisa.

Jagung dan coklat serta ditambah perisa baru... Ais krim asam boi.

Saiz plastik aiskrim besar dari yang biasa... Jadi, tak boleh jual 30 sen... jadi kami naikkan 10 sen.

Bisnes Ais Krim Malaysia


Untuk perisa coklat mahal sikit 50 sen... yang lain-lain 40 sen je.

Buat bisnes ni seronok-seronok je... untuk latih anak kumpul duit.

Anak-anak nak makan pun kena beli... ada tabung khas untuk ais krim ni...

Jadilah... buat bisnes kecilan macam ni...

seronok walaupun tak untung banyak pun...

tapi seronok tengok orang beli dan makan...

Ada yang nak beli... kena datang sendiri la ke rumah kami...

Tiada perkhidmatan COD atau pos... hehe... 

05 September 2018

September 05, 2018

Senang Je Nak Jual Barang di Shopee

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Senang Je Nak Jual Barang di Shopee | Dulu join Shopee hanya untuk membeli.. Tapi bila tau kat Shopee boleh jual barang MF jual barang di Shopee. 


Barang pertama MF jual ialah ink printer Epson. Banyak tak guna sebab MF dan suami beli printer tapi guna ink untuk print baju... Jadi, ink yang dapat masa beli ink tu tak digunakan la..


So, dari terbiar baik jual.

Masa mula jual tu tak tau pun prosedur kat Shopee... Belasah je orang kata... 


Follow je flow yang dia bagi... 

Mudah je rupanya nak jual barang kat Shopee...

Bagi yang dah ada akaun... Ada dua side kan.. Kiri buyer, kanan seller... Klik kat bahagian seller... 


Lepas tu klik je kat Add New Product... 


Lepas tu korang pilih lah produk yang nak dijual sama ada dari camera, photo atau Instagram. 

Lepas pilih dia terus je masuk... 


Lepas tu isi pula maklumat produk sampai lah ke proses pos... 



Kalau korang nak jual barang preloved... Tukar kat condition tu.. Klik Used. 


Lepas isi semua.. Klik kat simbol right kat belah kanan atas.  

Bila klik tu terus akan keluar simbol untuk kita share terus batang kita jual tu.. 

Share lah kat mana yang kita rasa nak share... 


Pastu korang boost je post produk tu hari-hari... 


Sebab tu kat kategori kena pilih betul-betul... 


Bila orang beli, Shopee akan bagi notifications... 


Kita settle order... Masukkan no tracking... Dan duit tu kita tak dapat terus... 


Shopee akan masukkan duit kat wallet kita bila pembeli sahkan terima barang. Selagi dia tak sahkan.. Kita tak dapat la duit.. 


Alhamdulillah.. Seronok menjual kat Shopee... 


Ramai orang dah guna Shopee sekarang ni kan.. Jadi, geng jual barang mesti cuba jual kat sini... Ada yang jadi agen dropship je pun boleh dapat income mudah di Shopee.. 


Nak menjual di Shopee lebih mudah la dari di Lazada... Lazada banyak term... Kena ada nombor company bagai la juga... 


Nak senang di Shopee lah.. Dan ramai orang percaya kat Shopee kan sekarang... Sebab dia jaga dua pihak... Jadi, tu buatkan ramai pilih beli online di Shopee... 


Try lah jual produk di Shopee... Senang... Tak payah nak PM, PM lagi... Hehe.. Habis sangat chat je kat Shopee tanpa WhatsApp.. Kan senang tu... 

17 Januari 2018

Januari 17, 2018

Pentingnya Penggunaan #Hashtag Di Laman Sosial

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Pentingnya Penggunaan #Hashtag Di Laman Sosial | Hashtag... Semua orang tau... Simbol silang pangkah berpagar yang menjadi tanda penting zaman sekarang.

Zaman telefon dulu hashtag tu orang guna untuk buat lagu dan ringtone polifonik je... Tapi zaman sekarang, hashtag jadi satu simbol yang penting.

Hashtag ni satu simbol yang penting untuk cipta rangkaian atau pengaruh yang besar.

Ibarat tag atau label, kita boleh gunakan hashtag untuk cari semula info atau maklumat yang kita hendak.

Contoh kita nak cari semula info tentang resepi atau petua yang pernah kita upload di laman sosial, tapi tak ingat apa.. Jadi guna kan sahaja hashtag tu untuk cari semula.

Jadi, bagi blogger contoh setiap post kita buat hashtag tersendiri... Macam MF buat hashtag #mariafirdzdotcom jadi, bila cari di Facebook atau Instagram akan jumpa semula post yang pernah guna hashtag tersebut.

Bagi yang buat bisnes penting guna hashtag tertentu untuk mudahkan pelanggan mencari apa yang mereka nak beli...

Contoh, MF jual cetak baju... Jadi segala yang berkaitan dengan cetak baju dan pakaian MF akan gunakan hashtag.

Hashtag yang bertujuan untuk branding, positioning atau marketing seeloknya perlu konsisten dan mempunyai strategi tertentu.

Jadi, untuk blogger juga digalakkan untuk buat hashtag sendiri sebagai branding diri kita sebagai blogger yang professional dan berjaya... Insha Allah...

Pentingnya Penggunaan #Hashtag Di Laman Sosial

Tips penggunaan hashtag untuk bisnes online.


1. Hashtag Instagram umum / popular

Hashtag umum / popular adalah perlu untuk anda gunakan walaupun sengit kerana anda akan mendapat kelebihan yang tersendiri. Antaranya anda akan mendapat jumlah likes yang lebih banyak dan jika posts anda mendapat kategori TOP POSTS itu adalah bonus bagi anda.

Saya syorkan anda perlu pilih 15 ke 20 hashtag untuk kategori ini.

Antara kriteria yang perlu anda pilih adalah untuk kategori ini adalah :

Menggunakan hashtag yang memgambarkan anda sebagai penjual seperti #sayajual , #bazaarpaknil

Adakah anda membuat COD untuk jualan anda? Boleh gunakan kawasan anda COD seperti #kualalumpur , #sgbesi

Adakah produk anda mempunyai duta / artis. Sebagai contoh untuk jualan produk dexandra anda bolehlah menggunakan #nabilzira

Adakah akaun anda ada membuat swapreview atau paidreview? Jika ada boleh menggunakan #swapreview #paidreview

Apakah personaliti akaun anda? Jika anda menjual produk kecantikan anda boleh menggunakan #cantik #jelita 

Untuk paparan gambar di atas, akaun tersebut menjual produk kecantikan dan saya boleh berikan contoh himpunan hashtag yang sesuai seperti di bawah:

#sayajual #sayajualmurah #sayajualonline #bazaarpaknil #bazaaronline #lokalah #visitmyig #igshopmalaysia #instashopmalaysia #malaysia #selangor #kualalumpur #sgbesi #cantik #wanita #putihgebu #jerawat #jeragat #kulitkusam #flawless

Untuk kategori hashtag ini saya sudah memilih 20 hashtag. Ada 10 hashtag lagi yang perlu saya cari untuk melengkapkan pemilihan 30 hashtag.

2. Hashtag Instagram khusus pada niche / keperluan produk

Untuk kategori ini anda harus fokus tentang niche / keperluan produk anda. Apa yang anda jual itulah yang perlu anda letakkan.

Untuk paparan gambar di atas, kategori ini saya boleh berikan contoh hashtag seperti di bawah :

#sayajualkosmetik #jualkosmetik #kosmetik #kosmetikmurah #kosmetikkorea 

Untuk kategori hashtag ini saya sudah memilih 5 hashtag. Ada 5 hashtag lagi yang perlu saya cari untuk melengkapkan pemilihan 30 hashtag.

3. Hashtag Instagram khusus pada jenama anda terus

Untuk kategori ini adalah terus kepada jenama anda. Username Instagram anda adalah jenama anda. No talifon adalah jenama anda juga.

Untuk paparan gambar di atas, kategori ini saya boleh berikan contoh hashtag seperti di bawah :

#dermags2u #0125959600 #dermagsskincare #dermags #dermagscosmetic

Untuk kategori hashtag ini saya sudah memilih 5 hashtag. Maka cukuplah pemilihan 30 hashtag untuk akaun Instagram saya.

Kredit : Yuskhalilie Yunus atau dengan nama pena Jeneral Insta merupakan seorang yang terlibat dalam servis pengiklanan di Instagram sejak tahun 2014. Boleh follow beliau di https://www.facebook.com/yuskhalilie atau website http://www.jeneralinsta.com

27 Oktober 2017

Oktober 27, 2017

Boleh Tak Jual Beli Dengan Letak Deposit?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Boleh Tak Jual Beli Dengan Letak Deposit? | Pernah terjadi beberapa kes viral, peniaga ditipu pembeli. Terutama bisnes jenis tempahan. Kes ini terjadi sebab tak letak deposit. Jadi, penjual sesuka hati batal tempahan sedangkan barang ditempah dah siap.

Kesian kan bila terjadi macam ni. Bisnes suami MF pernah juga sekali kena tipu. Konon percaya sebab rakan sekerja, tapi tak sangka juga kena tipu. Sejak itu, apa sahaja tempahan kami ambil deposit.. tak kira sikit atau banyak... asalkan ada bayaran pendahuluan.

Namun, adakah jual beli ini sah disisi Islam? dan kebanyakan deposit dan wang pendahuluan ini akan hangus dan tak dipulangkan jika pembeli tidak ikut syarat perjanjian pembelian. Apakah harus kita makan duit tu?



Ikuti penjelasnnya:

HUKUM JUAL BELI SECARA URBUN (DEPOSIT)


SOALAN:
Saya merupakan salah seorang broker tanah. Baru-baru ini, saya telah mengambil sebahagian daripada wang pembelian/deposit sebidang tanah, kemudian dia tidak meneruskan pembelian tersebut. Jadi, bagaimanakah dengan kedudukan duit pendahuluan tersebut? Adakah saya boleh mengambilnya.

JAWAPAN:
Isu ini berkaitan dengan hukum-hakam tentang jual-beli Urbun. Sebelum dibincangkan dengan lanjut tentang permasalahan ini dibentangkan terlebih dahulu pengertian berkenaan jual beli urbun.
Perkataan urbun adalah perkataan asing kemudian dipakai oleh bangsa Arab. Ia merujuk kepada sesuatu yang mengikat akad jual beli. Fuqaha mengambil perkataan ini untuk digunakan dalam perundangan dengan memberi pengertian yang khusus iaitu seseorang yang ingin membeli sesuatu dan menyerahkan wang pendahuluan dua dirham atau lebih dengan perhitungan jika dia meneruskan akad jual beli itu, maka wang pendahuluan itu menjadi sebahagian daripada harga barang dan jika tidak meneruskan jual belinya itu maka wang pendahuluan itu menjadi hak penjual.
Para fuqaha telah berbeza pandangan tentang jual beli urbun. Hal ini boleh dilihat dengan lebih lanjut seperti yang berikut:

1. Jumhur fuqaha yang terdiri daripada mazhab Hanafi, Maliki dan Syafie berpandangan jual beli ini tidak sah kerana terdapat hadis yang melarang jual beli seumpama ini.  Ia adalah satu cara makan harta secara batil da nada unsur gharar di dalamnya. Terdapat dalam satu hadis Rasulullah SAW:

نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ بَيْعِ الْعُرْبَانِ
Maksudnya: Rasulullah SAW melarang jual beli secara Urbun.

2. Mazhab Hanbali pula mengharuskan jual-beli seumpama ini. Namun perlu ditentukan batasan tempoh khiyar (tempoh pembelian) kepada pembeli. Ini kerana ia bagi mengelakkan kerugian yang ditanggung oleh pihak penjual.

3.  Namun, menurut Dr. Wahbah al-Zuhaili dalam kitab al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuh (3/120), jual beli secara urbun adalah diharuskan berdasarkan kepada uuruf semasa. Selain itu,  hadis yang melarang jual beli ini juga adalah tidak sahih.

Melihat kepada senario masyarakat Islam pada hari ini, jual beli secara urbun ini dilihat sudah menjadi keperluan dan uruf kepada masyarakat khususnya di zaman sekarang ini sebagai tanda atau bentuk komitmen dalam melakukan perjanjian jual beli. Ia bertujuan bagi mengelakkan kerugian bagi pihak-pihak yang bertransaksi dan sudah tentu menyusahkan masyarakat.

Oleh itu, kami berpandangan jual beli seperti ini diharuskan bedasarkan kepada syarat-syarat berikut:

1. Objek barang hendaklah jelas dan sesuatu yang diharuskan syarak.

2. Tempoh masa (bagi tujuan pembelian sepenuhnya) diberikan secara jelas, agar terhindar dari unsur gharar. Misalnya jangka masa 1 hari, 2 hari, atau 3 hari, yang disepakati oleh kedua belah pihak yang berakad.

3. Wang pendahuluan sebagai tanda jadi atau tanda komitmen harus berdasarkan kesepakatan.

4. Wang pendahuluan yang akan menjadi milik penjual, ketika pembeli tidak jadi membeli barangnya merupakan wang ganti rugi (ta’widh), atas kerugian yang ditanggung oleh penjual. Namun, jika masih terdapat lebihan wang pendahuluan daripada kerugian sebenar penjual, maka ia hendaklah dipulangkan kepada pembeli.

Wallahua’lam.

Sumber: Mufti WP

Jadi, hukumnya harus kita guna bersarkan uruf dan keperluan pada zaman sekarang. 

16 Januari 2017

Januari 16, 2017

NAK IKLAN BAGITAU BLOGGER, TAK PAYAH TINGGALKAN KOMEN KAT POST ORANG!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


TAK SUKA, TAK SUKA, TAK SUKA!!!
tak suka orang tinggalkan komen camni...



Nampak sangat terdesak tu... post aje kat wall facebook sendiri takpun buat blog sendiri kalau rasa takde modal nak bayar...

Geram betul orang bisnes camni...

Kat Facebook lagi bersepah orng begini... terdesak sangat... sampaikan post tentang kematian pun dok post iklan dia... memang rasa itulah peniaga yang biadap...

14 Disember 2016

Disember 14, 2016

BENARKAH HUJAH 9/10 REZEKI ITU DARI BERNIAGA HADIS SAHIH???

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Bila berhujah dengan peniaga zaman ini, pasti akan sebut "9/10 Rezeki adalah dari berniaga"... Yang berniaga atau yang tak pernah berniaga pasti pernah dengar ayat tu kan... Tapi, sejauh mana hadis tu??? Sebelum nak amalkan sesuatu hadis, kena pastikan status sesuatu hadis tu... sahih ke, dhaif ataupun maudu'(palsu)... Kalau sahih, memang itu hujah yang kuat kita amalkan, tapi kalau dhaif, boleh amal tapi tak boleh dijadikan hujah... jika maudu' wajib tinggalkan dan tak boleh langsung digunakan untuk beramal dan berhujah... 

Jadi, MF nak kongsi sikit pasal status hadis ni... Mungkin ada yang tahu, tapi mungkin juga tak tahu... 

1. Hadis tersebut datang dengan lafaz:

حَدَّثَنَا خَالِدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ ثنا دَاوُدُ بْنُ أَبِي هِنْدَ عَنْ نُعَيْمِ بْنِ عَبْدِ الرحمن قال بَلَغَنِي أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تِسْعَةُ أَعْشَارِ الرِّزْقِ فِي التِّجَارَةِ. وقال نُعَيْمٌ: كسب الْعُشْرِ الْبَاقِي فِي السَّائِمَةِ يَعْنِي الْغَنَمَ

Maksudnya: Kata Nuaim bin Abd Rahman: telah sampai kepadaku bahawa Nabi saw bersabda: 9/10 daripada rezeki (datangnya) dari perniagaan. Kata Nuaim: 1/10 yang berbaki (dari rezeki) datang dari pengembalaan yakni gembala kambing.

Lafaz ini diriwayatkan oleh Musaddad dalam musnadnya (Lihat: Ibn Hajar, al-Matalib al-'aliah, jld. 7, hal. 352)

Abu Ubaid juga menyebut hadis ini dalam kitabnya Gharib al-hadith (jld. 1, hal. 299)

Komentar terhadap hadis:
  • Al-Busiri menyatakan bahawa sanad hadis ini lemah disebabkan Nuaim itu tidak dikenali. (Rujuk: Ithaf al-Khiarah, jld. 3, hal. 77)
  • Abu Hatim al-Razi menyatakan bahawa beliau meriwayatkan hadis dari Nabi secara mursal (terputus sanad), ini bermakna beliau adalah tabi'in dan bukannya sahabat. Ini bermakna sanadnya terputus. (Rujuk: Ibn Abi Hatim, al-Jarh wa al-Ta'dil, jld. 8, hal. 461)
  • Dakwaan Ibn Mandah bahawa beliau adalah sahabat tidak benar kerana al-Bukhari (rujuk: al-Tarikh al-Kabir, jld. 8, hal. 97) Ibn Hibban (rujuk: al-Thiqat, jld. 5, hal. 477) dan Abi Hatim al-Razi  (Rujuk: Ibn Abi Hatim, al-Jarh wa al-Ta'dil, jld. 8, hal. 461) menyatakan beliau adalah tabi'in.  Pandangan inilah yang disokong oleh Ibn Hajar. (rujuk: al-Isabah fi Tamyiz al-Sahabah, jld. 6, Hal. 510)

Kesimpulan: Hadis ini daif kerana mursal (sanadnya terputus)

Hadis ini juga diriwayatkan dari jalur Yahya bin Jabir al-Taii riwayat Said bin Mansur dalam sunannya seperti yang disebut oleh al-Suyuti dalam kitabnya al-Jami' dan ia juga daif disebabkan mursal (sanadnya terputus). (Rujuk: al-Suyuti, al-Jami' al-Saghir, jld. 14, hal. 55)

2. Terdapat juga hadis lain dengan makna yang lebih kurang sama dengan hadis di atas:

- يا معشر قريش لا يغلبنكم الموالي على التجارة فإن الرزق عشرون بابا تسعة عشر منها للتاجر وباب واحد منها للصانع وما أملق تاجر صدوق إلا فاجر حلاف مهين

Maksudnya: Wahai sekalian Quraisy, jangan biarkan bangsa asing menguasai perniagaan, sesungguhnya rezeki itu mempunyai 20 pintu, 19 daripadanya adalah daripada perniagaan dan satu pintu (rezeki) lagi daripada pembuat (manufacturer). Sekali-kali peniaga yang bercakap benar tidak akan menjadi miskin kecuali jika dia jahat (penipu) selalu bersumpah dan hina.

Hadis ini riwayat Ibn al-Najjar (rujuk: kanz al-Ummal, jld. 4, hal. 60) dan al-Dailami (rujuk: al-Firdaus, jld. 5, hal. 287) daripada Ibn Abbas.

Komentar terhadap hadis:

al-Dailami meriwayatkan hadis ini secara ta'liq (tanpa menyebut sanadnya) manakala sanad Ibn Najjar pula terdapat perawi yang bernama Mindal bin Ali dan Imam Ahmad, Yahya ibn Ma'in dan Abu Zur'ah mengatakan bahawa dia lemah (daif). (Rujuk: al-Uqaili, al-Dhu'afa', jld. 4, hal. 266, al-zahabi, Mizan al-I'tidal, jld. 4, hal. 180)

Terdapat Ibn Juraij dalam sanad ini dan dia merupakan mudallis yang meriwayatkan secara al- 'an'anah (العنعنة) menyebut 'an sahaja tanpa menyatakan dia mendengar hadis ini secara jelas. Maka hadis ini daif. 

Hadis ini diriwayat juga dari jalur yang lain:

عمر بن حفص ، نا ابن جريج ، عن عطاء عن ابن عباس قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : يا معشر قريش لا يغلبنكم الموالي على التجارة ، فإن البركة في التجارة فصاحبها لا يفتقر (1) ، إلا تاجر حلاف مهين

Riwayat Ibn al-A'rabi dalam mu'jamnya (jld. 3, hal. 232)

Hadis ini juga daif (lemah) disebabkan umar bin Hafs. al-Baihaqi mendaifkannya. (rujuk: al-Zahabi, Mizan al-I'tidal, jld. 1, hal. 566)

Terdapat Ibn Juraij dalam sanad ini dan dia merupakan mudallis yang meriwayatkan secara al- 'an'anah (العنعنة) menyebut 'an sahaja tanpa menyatakan dia mendengar hadis ini secara jelas. Maka hadis ini daif.

Hadis ini juga tidak menyebut tentang bilangan pintu rezeki seperti hadis sebelum ini. Ini bermakna hadis ini tidak boleh menguatkan hadis di atas.

Hadis ini diriwayatkan juga dari Ibn Mas'ud:

 ( الرزق عشرون بابا فتسعة عشر بابا للتاجر وباب للصانع بيده )

Maksudnya: Rezeki itu ada 20 pintu, 19 daripadanya untuk peniaga, dan satu untuk pembuat (manufacturer) dengan tangannya.

Hadis ini riwayat Ibn Abi al-Dunia dalam kitab Islah al-Mal (hal. 73)

Tetapi hadis ini daif jiddan (terlalu lemah) kerana dalam sanadnya terdapat Juwaibir bin Said dan dia dihukum matruk. (Rujuk: al-zahabi, al-kasyif, jld. 1, hal. 298)

Kesimpulan:
Tidak ada satu riwayat pun sahih atau hasan dalam bab ini. Manakala hadis-hadis ini juga tidak boleh dinaiktaraf menjadi hasan lighairih kerana sebahagiannya daif jiddan dan sebahagian lainnya pula tidak mempunyai lafaz bilangan pintu rezeki yang dinyatakan. Maka semua riwayat dalam bab ini daif. Wallahua'lam.

Ini ulasan dari Dr. Rozaimi Ramlee



Berikut pula adalah petikan dari penulis al-ahkam.net iaitu Ali Tantawi:

KOMENTAR AL-IRAQI TERHADAP HADITH '9/10'
Apa kata al-Iraqi? Beliau telah menyatakan bahawa hadith ini telah diriwayatkan oleh: Ibrahim al-Harbi dalam bukunya Gharib al-Hadith melalui jalan Nu'aim Bin Abd. Rahman dan kesemua periwayatnya thiqat (dipercayai). Seterusnya beliau menyatakan kata-kata dari tiga imam hadith iaitu: Abu Hatim, Ibnu Hibban dan Ibn Mandah menyatakan bahawa Nu'aim Bin Abd. Rahman bukanlah seorang sahabat tetapi seorang tabi'i (sempat bertemu sahabat dan tidak sempat bertemu Rasulullah s.a.w.), maka kata al-Iraqi: Hadith ini mursal.

Maksud al-Iraqi dengan kata-katanya: 'mursal' ialah hadith ini dinyatakan oleh Nu'aim Bin Abd. Rahman sebagai 'Nabi s.a.w. bersabda' sedangkan beliau tidak pernah bertemu dengan Rasulullah s.a.w. bahkan beliau merupakan seorang tabi'i. Hadith dalam kategori sebegini diistilahkan sebagai mursal dan ia adalah antara kategori hadith yang belum dipastikan sahih atau dhaif. Untuk lebih lanjut, sila rujuk mana-mana buku ilmu hadith dan cari perbincangan tentang kategori hadith yang diistilahkan sebagai 'mursal'.

KESIMPULAN DARIPADA KATA-KATA AL-IRAQI
Apa yang dapat kita fahami daripada ulasan al-Iraqi - bagi sahabat-sahabat yang memahami bahasa Arab, boleh baca ulasan beliau dalam jilid dan muka surat yang telah disebut di atas - ialah:
  • Hadith ini sumber asalnya ialah buku Gharib al-Hadith hasil susunan Ibrahim al-Harbi.
  • Di dalam hadith ini, didapati Nu'aim Bin Abd. Rahman telah menyebut bahawa ia berasal daripada Rasulullah s.a.w.
  • Namun dalam periwayatan hadith, hanya seorang sahabat (sempat bertemu Rasulullah s.a.w.) yang boleh menyatakan demikian.
  • Setelah dikaji oleh al-Iraqi, didapati Nu'aim bukan seorang sahabat, tetapi seorang tabi'i.
  • Ini menjadikan hadith tersebut terputus. Dalam hal ini, ia diistilahkan sebagai 'mursal'. Seluruh ulama hadith sepakat bahawa hadith 'mursal' bukanlah salah satu kategori 'hadith sahih' . Ia perlukan kepada banyak syarat dan keadaan untuk menaikkan kedudukannya ke tahap 'sahih'. Bukalah mana-mana buku Mustolah al-Hadith, pasti akan ada perbincangan panjang tentang kategori hadith yang diistilahkan sebagai 'mursal'. Kebanyakan pengkaji juga menyebutkan bahawa 'mursal' pada penggunaan ulama awal ialah lebih luas dan ia membawa maksud kedhaifan.

SUMBER LAIN
Namun begitu, hadith ini juga ditemui dalam sumber yang lain. Mari kita lihat bersama. Hadith ini ditemui antaranya di dalam :

a) Buku Sunan Sa'id Bin Mansur - Ia dinyatakan oleh Markaz Fatwa dari laman web islamweb.net (fatwa no.61297), namun saya tidak dapat menemui ia dalam buku tersebut untuk mengesahkan kedudukannya dan nombor serta kedudukannya yang lebih terperinci. Namun Markaz Fatwa menyatakan ia berasal dari riwayat Nu'aim Bin Abd. Rahman dan Yahya Bin Jabir al-Tooi.

b) Buku Islah al-Mal, Ibnu Abi al-Dunya (wfat 281H) (cetakan Muassasah al-Kutub al-Thaqafiyyah, tahun 1993) - ia meriwayatkan hadith ini yang bersumberkan Nu'aim Bin Abd. Rahman (hadith no.213) . Maka ia sama juga seperti yang disebutkan di atas tadi. Ia hanya pengulangan rantaian periwayatan yang sama.

c) Buku al-Jami' al-Shaghir, al-Suyuti (wafat 911H)- dalam buku ini, hadith tersebut disebutkan (bukan diriwayatkan) dan seterusnya kita dapati al-Suyuti membuat ulasan yang amat ringkas iaitu - daripada Nu'aim Bin Abd. Rahman dan Yahya Bin Jabir al-Too'i secara 'mursal'. Kita dapati al-Suyuti menambah seorang lagi tabi'i yang meriwayatkan hadith tersebut. Tetapi beliau masih menyatakan ianya 'mursal' dan ia kembali kepada perbincangan panjang tentang kedudukan hadith 'mursal' dalam ilmu kajian hadith atau mustolah al-hadith.

d) Buku Gharib al-Hadith karya Abu Ubaid al-Qaasim Bin Sallaam (wafat 224H) (cetakan Darul Kutub al-Ilmiyyah, tahun2003) - di dalam jilid pertama, muka surat 80, didapati Abu Ubaid telah menyebut hadith ini dan didapati jalannya juga melalui jalan periwayatan Nu'aim Bin Abd. Rahman.

KESIMPULAN PENTING
1- Hadith ini walaupun popular, ia tidak disebutkan atau diriwayatkan di dalam buku-buku hadith utama seperti: Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, buku-buku Sunan, Musnad-musnad dan lain-lain lagi. Ini merupakan di antara (salah satu) petunjuk tentang kedhaifan sesebuah hadith.

2- Di dalam semua buku utama hadith seperti di atas, terdapat bab-bab dan hadith-hadith tentang perniagaan. Sekiranya ia sahih dan penting - berdasarkan maksudnya - pasti ia akan berada di dalam buku-buku utama tersebut dan dijadikan dalil utama dalam menggalakkan perniagaan.

3- Tidak kita temui kenyataan dari mana-mana ahli hadith utama yang menyatakan kesahihan hadith ini. Apa yang ada hanyalah sebahagian ulama menyebutnya di dalam buku mereka dengan rantaian periwayat yang mana ia (rantaian periwayat itu) difahami - oleh pengkaji hadith - bahawa ia merupakan petunjuk kepada kedhaifannya. Ahli hadith moden juga didapati menilainya sebagai dhaif.

4- Untuk menyatakan bahawa perniagaan adalah baik dan Islam menggalakkannya, sudah memadai dengan ayat-ayat Al-Quran - contohnya ayat 275 surah Al-Baqarah - dan hadith-hadith yang penuh dengan panduan dalam perniagaan. Lagipun, hakikat bahawa Nabi s.a.w. pernah berniaga semasa mudanya dan para sahabat juga ramai yang menceburi bidang ini juga sudah cukup menggalakkan kita untuk melakukannya. Kita tidak perlukan lagi hadith yang dhaif atau tidak pasti sebagai dalil. Begitu juga kita boleh mengetengahkan fakta-fakta sahih tentang para Nabi selain Rasulullah s.a.w. yang juga berniaga dan bekerja sendiri. Islam kata sebaik-baik pekerjaan adalah kerja hasil tgn sendiri seperti riwayat Bukhari:
( ما أكل أحد طعاما قط خيرا من أن يأكل من عمل يده وإن نبي الله داود عليه السلام كان يأكل من عمل يده )
Maka dapat difahami secara umum semua pekerjaan hasil tangan sendiri (seperti tukang besi, ukiran, khat, bercucuk tanam) adalah baik di sisi Islam. Tak semestinya berniaga sahaja... 

5- Hendaklah kita berhati-hati dengan populariti sesuatu hadith atau kata-kata, kerana ia mungkin tidak sahih atau tidak tepat.

6- Bagi mereka yang tetap ingin menyebut hadith ini sekadar menggunakan maknanya, adalah dinasihatkan mengikuti saranan imam-imam hadith seperti al-Nawawi, Ibn Hajar dan lain-lain yang mana mereka menyarankan agar membezakan antara 'cara menyebut' sesuatu hadith yang sahih atau dhaif. Seeloknya hendaklah digunakan ayat-ayat seperti - "terdapat sebuah riwayat menyatakan bahawa...", "sebagaimana di dalam sebuah hadith dhaif...", agar masyarakat tidak terkeliru.

Jadi, jelaskan... hadis ni ni bukan hadis sahih... boleh kita nak amal tapi tak boleh dijadikan hujah... Jadi, boleh guna ayat al-Quran dan dalil yang lebih sahih... Tak salah nak berniaga, tapi nak berhujah dengan dalil yang daif untuk mengajak orang join perniagaan kita patut dielakkan. 

14 Oktober 2016

Oktober 14, 2016

Kos Pos Laju Naik Harga Mulai 15 Oktober 2016!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Kos Pos Laju Naik Harga Mulai 15 Oktober 2016! | Berita tak baik ni namanya... terutama buat pembeli online tegar macam MF dan juga merangkap pengusaha perniagaan online macam syarikat MF dan suami..

Terkejut bila dapat berita ni.. dari web pos laju dan Facebook juga. Minggu lepas kami pos dua kotak besar dari Johor ke KL hampir RM200 kena cas... Tambah dengan GST lagi kan... Sebab GST dah dilaksanakan pada 1 Oktober yang lepas... Nasib la kan...

Ni tambah dengan pengumuman kenaikan harga pos laju lagi... Naik tak banyak tapi tambah GST rasa banyak dan terbeban juga kalau pos banyak-banyak...

Sumber: Pos Laju

Nak kata tak banyak.. banyak juga naik t.. dari harga RM6.90 kepada RM7.31  Biasa cas pelanggan RM7 je kos pos... lepas ni confirm la depa bising kalau kena kan cas pos lebih... hadoii... kena maklumkan kat pelanggan dan kena sebarkan info ni... terutama yang buat bisnes online.. kalau tak depa bising nanti... 

Sumber: Facebook

Huhu... Ni yang rasa nak buka syarikat penghantaran ni... Memang perkhidmatan bisnes ni dah register.. tapi modal takde nak buat bisnes ni... Kalau tak.. memang buka dah syarikat camni.. 

Tapi tu la kan... Nak merungut lebih tak leh juga sebenarnya... Dengan zaman GST, minyak mahal... Nak bayar gaji minimum kepada pekerja... Kena la faham juga kita ni... Terbeban dan terpaksa.. nak tak nak telan jela kan... Kalau tak nak guna pos laju boleh guna khidmat penghantaran lain seperti Skynet, Gdex, Citylink, Nationwide dan macam-macam lagi... Tak pun p hantaq sendiri... 

Adakah kos ini akan buatkan MF bakal hentikan hobi shopping online... Hehe... Mungkin tidak.. sebab kebanyakan seller tak guna pos laju.. hehe... Selamat sikit la.. 


30 Ogos 2016

Ogos 30, 2016

Ciri Pembeli MUNAFIQ!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

"Kak, saya nak tempah kek 10 tingkat, fondant dengan bunga 10 kuntum setiap tingkat.."

Maka gembiralah si pembuat kek mendapat mesej begitu, bergesa pergi membeli belah barangan yang bukan murah dan tidak lama kemudian dia mendapat mesej semula.

"Kak, sorrylah saya cancel orderlah kak.."

Maka terkedulah si pembuat kek.

Barang sudah dibeli. Walau kek belum dibuat tetapi belum pasti siapa pula yang akan order kek 10 tingkat selepas ini?

-----

"Kak, saya nak jubah yang merah jambu ni, size XS, Selasa ini saya bank in duit.."

Maka sepenjual ini gembiralah dengan janji tu dan bila tiba hari Selasa, senyap sunyi, bila tiba hari Jumaat tidak ada bunyi. Penjual pun hantar mesej tanya khabtar. Bila di tanya maka jawapannya

"Sorrylah tak jadi ambik.."

-----

Perkara ini biasa terjadi kepada penjual online. Kena reda saja. Nak marah, marah tembok sajalah. Nak tumbuk orang, tumbuk tembok sajalah dan paling tidak kita akan berkata, " Tak ada rezeki, Allah tak bagi kita rezeki lagi. InsyaALLAH nanti adalah rezeki kita. "
(biasa ayat pujuk dirikan)

Tetapi yang berjanji, jangan sewenang-wenangnya berjanji.

Jangan sewenang-wenang jari tu menaip nak itu nak ini tetapi tidak membeli.

Janji tidak ditunaikan.

Ini ciri-ciri ORANG MUNAFIK.

Nabi mengatakan bahawa di antara ciri-ciri munafiq adalah “Apabila dia berjanji dia memungkiri, apabila diberi amanah dia khianat.”

Orang munafik biasanya tidak akan berjaya dihujung kehidupannya kecuali dia bertaubat.

Allah menyatakan ciri-ciri orang yang berjaya, salah satunya adalah,

وَالَّذِينَ هُمْ لأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ

“Dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya.” (surah Al-Mukminun, 23:8)

Sumber: Facebook

****************
MF biasa kalau beli Online akan bagitau semula bila nak membeli... Biasanya akan tanyakan harga dulu... Jika tak jadi nak beli, memang bagitau awal...

Sebab tu juga, MF lebih suka beli dari webshop... Boleh pilih sendiri... Klik-klik, payment dan tunggu je barang sampai... Tak berjanji dengan sesiapa... Selamat dan senang...

Dalam berniaga.. Inilah ragam pelanggan.. Pernah juga dapat pelanggan macam ni... Tapi redha dan anggap je bukan rezeki kita... Apa pun, isunya...jika kita sebagai pembeli elakkan beri harapan palsu kepada peniaga... Jika ada masalah maklumkan segera...jangan biarkan peniaga tertunggu...

Apa pun... Solusi masalah seperti ini ada.. Iaitu wang deposit... Pelanggan yang dahulukan deposit, baru kita proses... Jika tidak... Tak perlu nak tunggu harapan sangat... Sebab kengkadang pelanggan yang banyak tanya tu lah tak jadi... Tapi yang sekali whatsapp, tanya harga dan tanpa banyak tanya tu lebih mudah berurusan...

Moga kita menjaga adab berniaga dan bermuamalah... Agar beroleh barakah... Insha Allah... 

26 Julai 2016

Julai 26, 2016

Doa Pelaris Jualan dan Perniagaan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Ramai yang buat bisnes online dan setiap hari ada sahaja yang buat bisnes kan... Dalam bisnes selain meletakkan matlamat utama untuk kaya dan berjaya di dunia... jangan lupa untuk berdoa... Usaha sahaja tanpa doa maknanya kita adalah hamba yang sombong sedangkan Dialah yang memberi kita rezeki itu.

Antara amalan dan doa pelaris jualan dan perniagaan yang boleh diamalkan ialah doa daripada ayat al-Quran... kerana al-Quran tu sendiri adalah penawar kan...





إِنَّ الَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَأَقَامُوا الصَّلاةَ وَأَنْفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلانِيَةً يَرْجُونَ تِجَارَةً لَنْ تَبُورَ (٢٩
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang Yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa Yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan Yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan Yang tidak akan mengalami kerugian;

لِيُوَفِّيَهُمْ أُجُورَهُمْ وَيَزِيدَهُمْ مِنْ فَضْلِهِ إِنَّهُ غَفُورٌ شَكُورٌ (٣٠
Maksudnya: Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas Dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang Yang bersyukur kepadanya).

Boleh amalkan doa dari Surah al-Faathir ayat 29-30... Hayati maknanya, doa seikhlas hati dan penuh kesungguhan... Tak perlu buat mentera jampi serapah... gunakan ayat al-Quran sebagai penawar mujarab dan terbaik kerana ianya adalah kalam Allah... dan Allah lah yang memakbulkan doa dan harapan permohonan setiap hamba-Nya. 

14 Julai 2016

Julai 14, 2016

[Review] Baju Melayu Kanak-kanak Cotton Tshirt dari CBE!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Kisah baju raya yang kami dapat tempahan last minit raya..

Alhamdulilah dapat siapkan dalam masa satu hari... sebab nak kejar duedate pos laju... pulunlah en.somi dan mak mentua siapkan baju Melayu ni.


Dan Alhamdulillah ... tempahan dapat feedback positif dari pelanggan... 


Istimewanya baju Melayu ini...

100% cotton tshirt
 Dijamin anak anda akan selesa dan serap peluh.. sesuai dengan anak-anak yang tak tahan panas, kuat berpeluh dan aktif.

Custom made, baju ini bukan readymade 
Kami buat, potong dan jahit serta ikut design pelanggan mengikut saiz dan ukuran yang diberi pelanggan... jadi tak kan ada isu terbesar terkecil terpendek dan sebagainya...sebab kami buat ikut ukuran yang diberikan. Macam kita tempah baju kat tailor gitu.. itulah konsep baju buatan CETAK BAJU EKSPRESS.

Cepat dan murah
Kami jamin, tempahan kami siap dalam masa sehari (ikut kuantiti) dan lebih murah dari harga pasaran... tapi kami tak mampu nak nyatakan harganya di sini... sebab ianya Custom made dan bergantung kepada design dan saiz yang dikehendaki oleh pelanggan.


Menarik kan????

Jadi, kalau ada yang nak tempah... baju Custom made untuk anak-anak... nak design lain dari yang lain... boleh roger2 kami ya...

WHATSAPP sahaja di:
0192732794

Atau PM di page kami...
www.facebook.com/cetakbajuekspress

23 Jun 2016

Jun 23, 2016

PERINGATAN BUAT PENIAGA ONLINE | JANGAN JADI PENIAGA TERDESAK!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Entry ni bukan nak aibkan mana-mana peniaga online... Tapi sekadar luahan hati sebagai pelanggan dan pesanan kepada peniaga online dan juga diri sendiri yang bergelar peniaga online...

Minta tolong wahai peniaga online, jangan jadi peniaga yang terdesak sangat ye...
Terdesak sangat cari pelanggan sampai sehari dan tiap-tiap hari anda whatsapp pelanggan anda dengan pelbagai promosi produk anda...


Inilah yang MF hadapi... rasa geram sangat dah ni sampai terpaksa balas whatsapp macam kat atas tu... Nasibnya gambar tu bukan autodownload je.. kalau tak mau penuh album dengan gambar produk dia je... 

Inilah antara punya MF malas...malas... malas... sangat nak bagi no whatsapp kat mana-mana peniaga online nih... macam nilah jadinya bila kita bagi... 

MF ni, kalau nak MF akan cari peniaga.. ibarat kata.. kalau kita nak beli, kita pergi pasaraya, bukan pasaraya yang datang kat kita... 

Sebab tu bila ada yang minta no whatsapp, MF say NO! sebab biarlah urusan permulaan pembelian tu melalui Facebook Massenger dulu... jika confirm nak beli, baru guna whatsapp pula... Kalau tak, jadi macam nilah... setiap masa dok promote kat kita... rimas jadinya... terdesak sangat gayanya... 

Dah, MF reply macam tu, tak reti pula dia nak balas minta maaf ke hapa kan... whatsapp ni tak semua orang suka tau... MF guna whatsapp bila perlu sahaja.. kalau tak, memang takdenya nak mengadap whatsapp tu... 

Lagi satu, peniaga online ni... gunakan medium perhubungan yang pelanggan suka... kalau dia lebih selesa PM kat Facebook, guna je lah Facebook... tak payah nak minta pelanggan whatsapp pula.. kebanyakan dan survey MF dok buat... ramai yang lari bila jumpa peniaga cerewet macam ni tau... Dah PM pastu suruh kita whatsapp dia pula... pastu bila dapat no kita, habislah dia dok promo kat kita segala update produk dia kan... 

MF rimas, MF tak tahu lah orang lain kan... sebab MF shopping barang yang perlu  dan sesuai serta berkenan dengan MF sahaja... Yang MF betul rasa nak beli.. kalau tak MF tengok saja... 

Jadi, buat peniaga online termasuk MF sendiri, jangan jadi peniaga terdesak.. kejar pelanggan sana sini... Kalau itulah ilmu yang dicedok dari guru-guru FB Ads anda, tak semua ilmu tu boleh kita aplikasi dan orang suka cara tu... Aplikasi ilmu ikut kesesuaian yang ada... 

Semoga, kita menjadi peniaga yang dirahmati dan rezeki kita diberkati Allah.. insha Allah.. 

19 Jun 2016

Jun 19, 2016

49 Nasihat Syed Mokhtar Al-Bukhary Khas Buat Para Usahawan & Bakal Usahawan.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Siapa yang tak kenal Syed Mokhtar al-Bukhary??? Ok, bagi yang tak kenal... Meh baca sedikit info mengenai beliau:

Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary merupakan seorang ahli perniagaan dan jutawan Melayu yang terkaya [perlu rujukan] di Malaysia. Beliau ialah Pengerusi Yayasan Albukhary. Pada 2008, beliau diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah sempena sambutan Maal Hijrah 1429H peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Beliau seorang yang suka berahsia serta pernah dipilih sebagai Tokoh Melayu Terbilang 2009.

Menurut majalah Malaysian Business beliau mempunyai harta bernilai RM8.84 bilion pada 2005 seterusnya menjadi orang ketujuh terkaya di Malaysia pada 2005 hingga 2011.  Menurut majalah Forbes, beliau orang ke-32 terkaya di Asia Tenggara, selepas pengerusi Berjaya Corp, Vincent Tan. Syarikatnya mempunyai 67,700 tenaga pekerja.Beliau juga 'Wira Dermawan Asia' selain Datuk Mohd Zaid Ibrahim, Leonard Linggi Tun Jugah, dan Hishamudin Ubaidulla.

Beliau juga berasal dari keluarga yang susah, bahkan tak ambil peperiksaan SPM sebab tak mampu nak bayar yuran. Namun, hasil usaha gigih dan dari kesusahan tulah, beliau jadi jutawan berjaya hari ini. Berikut, beliau kongsikan 49 Nasihat berguna untuk pada usahawan dan bakal usahawan yang cita-citanya nak jadi jutawan... Jom baca...


1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

30. Kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan. Tambahan Kalau pun tak mahu membantu orang melayu, lebih lebih lagi Islam jangan lah kita tergulong atau bertanggung jawab menyumbang pada pembunohan kegiatan amal orang Melayu dan Islam.

Sumber: Facebook

Rasa menusuk ke jiwa bila baca nasihat nih.. rasa dekat sangat dan sampai ke hati... Insha Allah.. berniagalah kerana redha Allah, bukan untuk kaya semata-mata... Insha Allah... Moga kita dapat jadi jutawan dunia dan akhirat yang diredhai Allah....

09 April 2016

April 09, 2016

Tips Bisnes Online: Nak Panggil Pelanggan Kita Dengan Panggilan Apa Ye?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Berlaku viral baru-baru ni... Kes peniaga online yang menggunakan perkataan dan panggilan "awak" ketika berurusan dengan seorang pelanggan. Pelanggan tersebut ialah Dr Harlina iaitu Pakar Sakit Puan di PPUM.. dan ramai orang kenal Doktor tu... seronok jika dia bagi ceramah dan berkongsi info.

Yang jadi viral tu sebabnya peniaga tu rasa tak puas hati ditegur begitu... katanya panggilan "awak" tak sesuai digunakan ketika berurusan dengan pelanggan. Bahkan Doktor tersebut sarankan gunakan panggilan "puan" atau pangkat yang ada pada seseorang jika tahu.

Sumber: Google images

Disebabkan viral tu, ada yang menyokong dan tak kurang juga yang komen negatif dengan kata-kata nampak macam doktor tu berlagak dan sebagainya...

MF nak kongsikan sikit la pengalaman MF sebagai peniaga online dan juga pernah dan selalu jadi pelanggan online.

Apa kata ganti nama atau panggilan nama yang sesuai digunakan ketika berurusan dengan pelanggan kita. Pelanggan online ni biasanya datang dari pelbagai latar belakang dan sememangnya kita tak tahu sama ada dia dah berkahwin ke, teruna ke, dara ke, janda ke, pangkat datuk ke, datin ke dan sebagainya. Jadi nak guna panggilan apa???

Pengalaman MF dan suami berurusan dengan peniaga online... Kami biasa gunakan kata panggilan 'BOS' bagi pelanggan lelaki tak kira bangsa atau agama apa.. Panggilan 'bos' ni biasa digunakan oleh peniaga Cina... Tak percaya pergi ke bengkel kereta atau aksesori kereta, biasa akan dengar panggilan ni. Ini kerana panggilan ni sebagai tanda hormat kita dan bagi pangkat yang lebih tinggi kepada dia. Ibarat kata, kita ni kerja dengan dia... Jadi, pelanggan rasa lebih dihargai dan dihormati.

Bagi pelanggan perempuan, kami gunakan panggilan CIK atau PUAN. Panggilan ni biasanya bagi pelanggan yang bahasakan dirinya 'saya'. Tapi jika pelanggan tu bahasakan dirinya 'akak', kami akan guna panggilan 'akak' juga supaya lebih mesra.

ELAKKAN
Bagi MF sendiri. tak suka sangat orang panggil dengan panggilan SIS, DEAR ATAU YUNK. Rasa geli geleman je.. Tambahan jika kita tahu peniaga tu adalah perempuan juga... Mungkin sesetengah orang rasa macam kemesraan, tapi MF tak selesa dengan panggilan dan tak kan panggil pelanggan dengan panggilan tuh... SERIUS! GELI TELINGA...

Itu pengalaman MF untuk guna kata panggilan yang sesuai..
perkataan dan panggilan AWAK tidak sesuai digunakan ketika berurusan dengan pelanggan walaupun kata ganti nama diri tu betul.. cuma tidak tepat penggunaannya.. Jika dalam bahasa Inggeris diterjemahkan 'YOU' tapi kita orang Melayu, ada adat resam dan budaya dan keunikan bahasa sendiri. Penggunaan kata nama AWAK digunakan ketika bercakap dengan kawan atau orang biasa yang kita tak kenal dan baru nak berkenalan.

Jadi, gunakan kata nama panggilan yang sesuai. Jangan cepat melatah jika ditegur. Banyakkan belajar tentang teknik komunikasi berkesan ketika berurusan dengan pelanggan. Berniaga bukan sekadar cari duit tapi membina keyakinan diri dan tajamkan komunikasi kita dengan orang lain. 

25 Februari 2016

Februari 25, 2016

Jubah ala Dress A Cut Cotton Untuk Kanak-kanak!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Satu lagi hasil tangan en.somi...
Potong dan cantum baju-baju yang reject...

Jubah kanak-kanak dari kain cotton...



Jubah ni untuk percubaan si adik la ni.. 
suka pula dia pakai... tak nak tanggalkan pula dia... 

Dan kami ambil tempahan sesiapa nak buat jubah ala dress A cut macam ni... 
Dijamin selesa sangat untuk kanak-kanak... 
Boleh request kombinasi warna yang dikehendaki... 

Kalau berminat...
boleh je PM di 
WHATSAPP: 0192732794

27 Disember 2015

Disember 27, 2015

Perkhidmatan Pasang Tinted Lampu Kereta!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Nak jaga mata, kita pakai cermin mata atau spek mata hitam.. Kereta pun camtu juga, nak bagi lampu tahan lama, kena pasang "cermin mata" atau "contect lens" pada lampu kereta.

Jadi, caranya, pasang tinted pada lampu kereta... Pernah pergi pasang kat kedai kena cas RM60 untuk kereta viva... Kenapa pasang tinted lampu??? bukan untuk aksesori, tapi untuk pastikan cover lampu tahan lama.. sebab biasanya cover tu plastik.. lama kelamaan akan pudar dan kelabu.. Jadi, kalau dah kelabu dan kabur tak nampak... kena la tukar lain.. Pernah dah tukarkan untuk Viva tu dulu RM300 ++ sepasang... kalau tak silap MF... suami beli kat Mudah.my... tu kira murah la tu.

Jadi, dari melabur lebih... baik tinted je.. sekali buat je.. Jadi suami beli material tinted tu... material ni beli sekali untuk bisnes la juga...

Semalam try la pasang kat satu kereta Proton ni.. Fuhh.. boleh tahan susah juga nak pasang.. Mula nak pasang warna pelangi.. tapi macam tak cantik, jadi pasang warna hitam...


Sebelum tinted

Proses Memasang Tinted

Dah siap sebelah... Nampak gelap kan...

Dah siap pasang...
Hampir dua jam baru siap pasang kedua-dua belah lampu depan sahaja... Patutlah mahal.. kat kedai mau beratus harganya ni... sebab pernah tanyakan nak buat kat kedai RM120 untuk tinted lampu proton Perdana... Alhamdulillah.. jimat duit bila buat sendiri..

Tapi bagi yang tiada alat nak buat tinted ni jangan risau...
Homemadesticker boleh bantu...
Hubungi je homemadesticker atau nombor ni 0192732794 untuk sebarang pertanyaan tentang sticker dan make up kereta..

Kereta pun kena cantik bergaya dan tahan lama... Barulah alah membeli menang memakai ye dak...

06 Disember 2015

Disember 06, 2015

Siapa Suruh Cari Pasal Dengan Blogger!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Semalam terkejut dapat Mesej dari satu company yang pernah MF review dalam blog sebab lambat siapkan order... Malas nak citer panjang atau throwback... Baca aje kat sini...


Dia mengadu la pasal review MF.. Rupanya ada yang share dengan dia pasal review MF tuh... Hmm... 

Boleh baca kan apa komen MF tu kan.. Bukan niat nak tutup periuk nasi orang... Tapi tu lah.. Siapa suruh cari pasal dengan blogger... MF review pengalaman sebagai peringatan dan pengajaran... 

MF juga peniaga online.. Tapi sebolehnya kami jaga pelanggan tak kisah la walau RM5 pun.. 

Kami berpindah ni pun.. Bagitau pelanggan awal-awal... Sebulan dah tutup... Tu pun masih ada yang tanya nak order...tapi kami bagitau awal, kami tak ambil order sebab dalam proses pindah... Kita tak nak pelanggan tunggu order... 

Maaf la... Saya tak kan delete entry tu... Jadikannya pengajaran la ye... Itulah akibat kalau pelanggan dah hilang kepercayaan... 

Pengajaran dan peringatan buat MF juga yang buat bisnes ni... Jaga pelanggan sebaiknya... Tirulah cara orang cina berniaga... Ambillah tokoh Islam Jutawan zaman Rasulullah s.a.w dan sahabat sebagai model... Insha Allah... Akan berjaya dunia akhirat dalam berniaga... 

24 November 2015

November 24, 2015

Kenapa Berniaga???

Letakkan matlamat utama berniaga untuk mencari redha Allah...

Kedua, untuk permudahkan dan membantu keluarga dan kerabat serta sedekah kepada yang memerlukan...

Jangan niat berniaga semata-mata nak kaya... Kerana kaya tak kan kekal lama...

Tapi, pahala tu yang akan kita bawa hingga ke akhirat sana...


21 November 2015

November 21, 2015

Tak Suka Ayat Copywriting Dalam Iklan Online!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Bisnes online terkini, dan ramai para usahawan gunakan kaedah ayat Copywriting... Apa itu Copywriting???

Copywriting ni kita teknik untuk lariskan jualan bisnes la...

Contohnya...

Panjang kan.. Berjela...

Perlu ke aplikasi teknik untuk bisnes online??? Adakah berkesan kepada pelanggan??? 

Ok.. Ini pendapat peribadi sendiri...berdasarkan pengalaman sendiri... MF TAK SUKA AYAT COPYWRITING!!!

Pengakuan ikhlas nih... Tak suka sebab letih ahh..baca berjela.. Yang paling penting MF nak tahu ialah harga...dan nombor telefon... Testimonial tu perlu juga tapi bukan dalam post yang sama... 

Bagi MF, suka peniaga yang layan pelanggan macam kawn... Takde ayat skema-skema... Letih aihh... 

Pernah tanya satu produk kesihatan untuk hilangkan perut boroi... Dia sibuk buat ayat Copywriting hingga salah sebut nama pelanggan... Tak ke malu... Padahal MF tanya harga je.. Berjela dia terangkan.. Sedangkan ayat tu dah dia bagi kat page di Facebook. 

Alhamdulillah.. Setakat ni, kami layan pelanggan kami macam kawan... Tiada ayat skema-skema... Apa yang ditanya itu yang dijawab... 

Jadi, pendapat peribadi... Kami tak suka ayat Copywriting... Post iklan seringkas mungkin... Yang pasti ada input penting... 

Boleh nak guna ayat Copywriting.. Tapi edit la sikit.. Tak payah nak skema-skema sangat... Tak semua pelanggan suka sebenarnya... Serabut baca ada... Baik-baik tengok gambar nak beli, terus tak jadi... 

14 November 2015

November 14, 2015

Tolonglah Belajar Hargai Hasil Kerja Orang Lain!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Tolonglah belajar untuk hargai usaha orang lain.... Jangan tahu komplen dan nak senang je... Itulah antara intro entry ala luahan perasaan sebagai seorang blogger dan seorang designer.

Baca pula entry kak Diana pasal pengiklan yang cari blogger murahan untuk iklankan produk dia... Adoiyaii... Pening kepala layan pelanggan camni kan....

Inilah antara rencah jadi blogger yang tawarkan iklan dan juga designer...

MF ni jadi dua-dua lagilah... Kadangkala hilang sabar tapi sabar juga sebab nama pun pelanggan... Layankan dalam hati rasa nak menyumpah tau!!!!

Macam baru ni MF design kad nama... Alaahai... Banyak pula songehnya.. Dah la harga kad tu RM5 je... Dia punya komplen macam bayar RM500...

Sama juga pengalaman orang tanya nak iklankan produk... Setakat ni ada offer dari dua pengiklan... Satu tu dari orang buat insurans... Dia nak sewa iklan tapi bayarannya adalah 1% dari jumlah insurans yang orang beli insurans dari dia.... Rasa geli hati.... Kita bayar GST pun 6% ni nak bayar komisyen 1% je... Tak berbaloi... Mentah-mentah ku tolak... Biarlah orang kata blogger demand pun...

Sama juga kes kedua... Tanya nak sewa tapak juga... MF bagi harga untuk header RM50 sebulan... Kira rate tu murah la sebab pageview MF sehari 12k hingga 15k... Kalau ikutkan dengan pageview tinggi tu boleh letak harga RM100 ke atas untuk review produk.

Belajarlah hidup untuk hargai hasil kerja orang lain.. Ucap terima kasih takpe juga... Ni komen je pandai... Tapi suruh buat sendiri tak reti... Itu juga yang sering dihadapi oleh para designer... Betul tak designer sekalian???

Kita nak nilai sesuatu tu, cuba letak diri kita pada tempat dia .. Macam blogger yang iklankan produk orang.. Kita nak murah cuba fikir orang tu..masa dia, tenaga dia, akal fikiran dia.. Dan kos lain yang tak nampak dek mata kasar...

Sumber: Google images

Susahkan jumpa orang yang tak reti nak hargai usaha orang lain.. Yang dia tahu hati dan mata dia je puas...

Kalau kita mampu, kita bayar tapi tak mampu diam sudah... Tak perlu nak komen itu dan ini kan...