16 April 2017

Kerja 2 Minggu Saja Dalam Bulan Puasa Tahun Ni!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Kerja 2 Minggu Saja Dalam Bulan Puasa Tahun Ni! | Semakin menghampiri dah bulan yang penuh berkat dan penuh Rahmah... Iaitu bulan Ramadhan... Kat Facebook dan media sosial yang lain pun mula sebut pasal bulan puasa...Cuma bab berniaga je la mula sebut pasal promosi raya... Hmmm... Biasa la... Tapi rasa macam awal sangat pula belum Rejab dah sebut raya... 

Rasa seronok sikit tahun ni...Puasa tahun ni banyak dok di rumah... Kerja hanya dua minggu je.. tapi ni bagi yang bergelar guru je la ye... Maaf bagi yang kerja lain... sebab puasa mula bila mula cuti sekolah... Kerja dua minggu, lepas tu cuti lagi seminggu untuk sambut hari raya... 




Cuti??? Kami cikgu cuma cuti tak pergi kerja di sekolah.. tapi MF yakin... Cuti sekolah pertengahan tahun ni majoriti cikgu akan bekerja di rumah iaitu tanda soalan pereksa... Itu memang rutin biasa bila cuti sekolah... 

Cuma tahun ni mungkin tak de yang bercuti sini sana melainkan balik kampung untuk berpuasa bersama orang tua sekeluarga... MF Tahun Ni memang raya kat Utara, jadi memang tak balik la awal puasa... Sebab perjalanan utara selatan yang jauh kan... Jadi kami balik raya je nanti... Insha Allah... Moga Allah permudahkan perancangan... 

Bagi mak-mak yang ada anak sekolah dah boleh plan la nak buat apa untuk anak-anak sempena cuti sekolah ni dalam bulan puasa pula tu... Cadangan MF biasakan mereka dengan tadarus, kelas mengaji dan aktiviti yang bermanfaat... Bila mereka terbiasa insha Allah terisi masa diorang... Takdelah asyik tengok tv, tidur dan lain-lain aktiviti yang membosankan mereka... Sekadar cadangan je la... MF pun dah mula fikir juga ni aktiviti untuk anak-anak MF ni.... Tahun ni kakak dah 6 tahun, dah boleh latih dia puasa sikit-sikit... Insha Allah... 

Tu dia... Macam-macam plan haaa... Tak tau la Jadi ke tak.. tawakal aje la kan..  moga Allah permudahkan... 

03 April 2017

Cara Mudah Nak Dapat Pahala Masa Tidur...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Adab Tidur

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا أَوَى أَحَدُكُمْ إِلَى فِرَاشِهِ فَلْيَأْخُذْ دَاخِلَةَ إِزَارِهِ فَلْيَنْفُضْ بِهَا فِرَاشَهُ وَلْيُسَمِّ اللَّهَ فَإِنَّهُ لَا يَعْلَمُ مَا خَلَفَهُ بَعْدَهُ عَلَى فِرَاشِهِ فَإِذَا أَرَادَ أَنْ يَضْطَجِعَ فَلْيَضْطَجِعْ عَلَى شِقِّهِ الْأَيْمَنِ وَلْيَقُلْ سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبِّي بِكَ وَضَعْتُ جَنْبِي وَبِكَ أَرْفَعُهُ إِنْ أَمْسَكْتَ نَفْسِي فَاغْفِرْ لَهَا وَإِنْ أَرْسَلْتَهَا فَاحْفَظْهَا بِمَا تَحْفَظُ بِهِ عِبَادَكَ الصَّالِحِينَ

Dari Abu Hurairah bahwasanya Rasulullah SAW telah bersabda: "Apabila seseorang hendak berbaring, maka hendaklah ia mengambil alat pembersih untuk membersihkan alas tidurnya dan sebutlah nama Allah, kerana ia tidak tahu apa yang terdapat di atas tempat tidurnya. Apabila seseorang hendak tidur, maka hendaknya ia tidur dengan mengiring ke kanan dan mengucapkan doa: 'Maha suci Engkau ya Allah, Tuhanku. Dengan nama-Mu aku baringkan tubuhku dan kerana-Mu lah aku bangun dari tidur. Apabila Engkau mematikanku, maka berilah ampunan dan apabila Engkau menghidupkanku, maka peliharalah sebagaimana Engkau memelihara hamba-hamba-Mu yang soleh.'  (HR Muslim No: 4889) Status: Hadis Sahih


sumber: google images

Pengajaran:

1.  Islam adalah agama yang sempurna dan menyeluruh termasuk perkara yang kecil seperti adab ketika tidur.

2.  Rasulullah mengajar cara terbaik ketika seseorang hendak tidur:

a.  Membersihkan tempat tidur terlebih dahulu, seperti membersihkan cadar yang digunakan.

b.  Menyebut nama Allah paling kurang kalimah Basmallah

c.  Berbaring dengan mengiringkan lambung ke sebelah kanan

d.  Membaca doa, antara contoh doa:

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبِّي بِكَ وَضَعْتُ جَنْبِي وَبِكَ أَرْفَعُهُ إِنْ أَمْسَكْتَ نَفْسِي فَاغْفِرْ لَهَا وَإِنْ أَرْسَلْتَهَا فَاحْفَظْهَا بِمَا تَحْفَظُ بِهِ عِبَادَكَ الصَّالِحِينَ

Moga Allah menjaga, memelihara sepanjang kita tidur dan mengampunkan dosa kita.

Jom amalkan adab sebelum tidur semoga tidur kita juga beroleh pahala... Mudahkan sebenarnya nak buat pahala... Kita la pilih sendiri nak pahala ke nak dosa.. syurga atau neraka... 

Selamat malam... 

21 Mac 2017

100 DOA RASULULLAH SAW [ BAHAGIAN 2 ]

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

11- Doa
اللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالِي، وَوَلَدِي، وَبَارِكْ لِي فِيمَا أَعْطَيْتَنِي.
Maksudnya:
Ya Allah, banyakkanlah daku harta, anak dan berkatikanlah apa yang Engkau berikan padaku.



Doa ini Rasulullah (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) doakan untuk Anas bin Malik:
اللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ وَبَارِكْ لَهُ فِيمَا أَعْطَيْتَهُ[11]
Maksudnya:
Ya Allah, banyakkanlah dia harta, anak dan berkatikanlah apa yang Engkau berikan padanya.



12- Doa ketika kesedihan
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَرَبُّ الْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ[12]
Maksudnya:
Tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah Yang Maha Agong, Yang Maha Sopan. Tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah, Tuhan arasy yang agong. Tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah, Tuhan langit dan bumi dan Tuhan arasy yang mulia.



13- Doa ketika menghadapi masalah
اللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلَا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ وَأَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ[13]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku mengharapkan rahmatMu dari itu janganlah Engkau membiarkan daku menguruskan diriku sendiri walaupun sekelip mata


14- Doa
لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنْ الظَّالِمِينَ[14]
Maksudnya:
Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya daku ini terdiri daripada orang-orang zalim.

Lafaz doa Zannun (Nabi Yunus AS.) ketika baginda dalam perut ikan paus iaitu:
لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنْ الظَّالِمِينَ
Maksudnya:
(Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya daku ini terdiri daripada orang-orang zalim.) Ianya tidak didoakan oleh seorang Muslim dalam apa jua keadaan melainkan pasti dimustajabkan oleh Allah kepadanya.



15- Doa menghilangkan kedukaan.
اللَّهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ وَابْنُ أَمَتِكَ نَاصِيَتِي بِيَدِكَ مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ أَوْ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي وَنُورَ صَدْرِي وَجِلَاءَ حُزْنِي وَذَهَابَ هَمِّي[15]
Maksudnya:
Ya Allah! Sesungguhnya daku adalah hambaMu anak kepada hambaMu anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadap daku. Daku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau telah namakan dengannya diriMu atau Engkau telah turunkan dalam kitabMu atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu. Jadikanlah al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku


16- Doa keteguhan hati
اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ[16]
Maksudnya:
Ya Allah, wahai yang membolak-balikkan hati, juruskanlah hati kami kepada ketaatanMu.


17- Doa keteguhan hati
يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ[17]
Maksudnya:
Wahai yang membolak-balikkan hati, teguhkankanlah hatiku dalam agamaMu.


18- Doa agar afiat.
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ[18]
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku memohon kepadaMu kesejahteraan di dunia dan akhirat.


19- Doa
اللَّهُمَّ أَحْسِنْ عَاقِبَتَنَا فِي الْأُمُورِ كُلِّهَا وَأَجِرْنَا مِنْ خِزْيِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الْآخِرَةِ[19]
Maksudnya:
Ya Allah, baikkanlah semua kesudahan urusan kami dan jauhkanlah kami daripada kehinaan dunia dan akhirat.


20- Doa
رَبِّ أَعِنِّي وَلَا تُعِنْ عَلَيَّ، وَانْصُرْنِي وَلَا تَنْصُرْ عَلَيَّ، وَامْكُرْ لِي وَلَا تَمْكُرْ

عَلَيَّ، وَاهْدِنِي وَيَسِّرْ الْهُدَى إِلَيَّ، وَانْصُرْنِي عَلَى مَنْ بَغَى عَلَيَّ، رَبِّ اجْعَلْنِي لَكَ شَكَّارًا، لَكَ ذَكَّارًا، لَكَ رَهَّابًا، لَكَ مِطْوَاعًا، إِلَيْكَ مُخْبِتًا، لَكَ أَوَّاهًا مُنِيبًا، رَبِّ تَقَبَّلْ تَوْبَتِي وَاغْسِلْ حَوْبَتِي وَأَجِبْ دَعْوَتِي وَثَبِّتْ حُجَّتِي وَاهْدِ قَلْبِي وَسَدِّدْ لِسَانِي وَاسْلُلْ سَخِيمَةَ قَلْبِي[20]
Maksudnya:
Wahai Tuhanku, bantulah daku dan janganlah Engkau bantu yang lain ke atasku, menangkanlah daku dan janganlah Engkau menangkan yang lain ke atasku, tumpaskanlah musuhku dan jangan Engkau berikan musuhku menumpaskanku, pimpinkanlah daku, mudahkanlah pimpinan itu untukku bantulah daku terhadap orang yang membuat penganiayaan ke atas diriku. Wahai Tuhanku, jadikan daku sentiasa bersyukur kepadaMu, sentiasa zikir kepadaMu, sentiasa takut kepadaMu, sentiasa taat kepadaMu, sentiasa khusyuk dan tawadhuk, kepadaMu merendah diri dalam bertaubat. Wahai Tuhanku, Engkau terimah taubatku, bersihkan kesalahanku, terimalah permintaanku, teguhkanlah hujjahku terhadap musuhMu, berilah hidayah pada hatiku, luruskan lidahku, dan lucutkanlah dendam daripada hatiku.



.... bersambung


Sumber: Himpunan Doa

11 Mac 2017

100 DOA RASULULLAH SAW [ BAHAGIAN 1 ]

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


1- Doa Kebaikan Dunia & Akhirat:
اللَّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ [1
Maksudnya:
Ya Allah, wahai Tuhan kami, kurniakanlah kami kebaikan dunia dan akhirat dan jauhkanlah kami daripada azab apai neraka.

2- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ النَّارِ وَعَذَابِ النَّارِ وَفِتْنَةِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ الْقَبْرِ وَشَرِّ فِتْنَةِ الْغِنَى وَشَرِّ فِتْنَةِ الْفَقْرِ. اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ. اللَّهُمَّ اغْسِلْ قَلْبِي بِمَاءِ الثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّ قَلْبِي مِنْ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنْ الدَّنَسِ وَبَاعِدْ بَيْنِي وَبَيْنَ خَطَايَايَ كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ. اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْكَسَلِ وَالْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ [2.
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku memohon denganMu daripada fitnah neraka, azab neraka, fitnah kubur, azab kubur, kejahatan fitnah kekayaan dan kejahatan fitnah kefakiran. Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung denganMu daripada kejahatan fitnah al-Masih al-Dajjah. Ya Allah, bersihkanlah hatiku dengan air salji, air sejuk dan bersihkanlah hatiku daripada kesalahan sebagaimana Engkau bersihkan baju putih daripada kotoran, jauhkanlah diantaraku dan kesalahanku sebagaimana Engkau jauhkan di antara timur dan barat. Ya Allah, daku berlindung denganMu daripada kemalasan,

3- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَالْجُبْنِ وَالْهَرَمِ وَالْبُخْلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ [3
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung denganMu daripada kelemahan, kemalasan, berpenyakit ketika tua dan kebakhilan. Dan daku berlindung denganMu daripada azab kubur, daripada fitnah kehidupan dan fitnah kematian.

4- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنْ جَهْدِ الْبَلاَءِ وَدَرَكِ الشَّقَاءِ وَسُوءِ الْقَضَاءِ وَشَمَاتَةِ الأَعْدَاءِ [4
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung denganMu daripada menanggung bala yang berat, sangat sangsara, takdir buruk dan merasa selesa terhadap musuh-musuh.

5- Doa
اللَّهُمَّ أَصْلِحْ لِي دِينِي الَّذِي هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِي، وَأَصْلِحْ لِي دُنْيَايَ الَّتِي فِيهَا مَعَاشِي، وَأَصْلِحْ لِي آخِرَتِي الَّتِي فِيهَا مَعَادِي، وَاجْعَلْ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لِي فِي كُلِّ خَيْرٍ، وَاجْعَلْ الْمَوْتَ رَاحَةً لِي مِنْ كُلِّ شَرٍّ. [5
Maksudnya:
Ya Allah, perelokkanlah agamaku yang ianya pengawal urusan, perelokkanlah duniaku yang daku hidup padanya, perelokkanlah akhiratku yang merupakan tempat kembaliku, jadikanlah dunia ini sebagai tambahan bagiku terhadap semua perkara kebaikan dan jadikanlah kematian sebagai kerehatan bagiku daripada semua kejahatan.



6-Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى [6
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku memohon kepadaMu hidayah, ketaqwaan, kehormatan dan kekayaan.

7- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَالْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَالْهَرَمِ وَعَذَابِ الْقَبْرِ اللَّهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا أَنْتَ وَلِيُّهَا وَمَوْلَاهَا اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لَا يَنْفَعُ وَمِنْ قَلْبٍ لَا يَخْشَعُ وَمِنْ نَفْسٍ لَا تَشْبَعُ وَمِنْ دَعْوَةٍ لَا يُسْتَجَابُ لَهَا[7
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung denganMu daripada lemah, malas, pengecut, kedekut, terlalu tua dan azab kubur. Ya Allah, berikanlah ketakwaan pada jiwaku, bersihkanlah ia kerana Engkaulah yang sebaik-baik membersihkannya, Engkaulah pemilik dan tuan kepadanya. Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung denganMu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, jiwa yang tidak puas dan doa yang tidak mustajab.

8- Doa
اللَّهُمَّ اهْدِنِي وَسَدِّدْنِي، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالسَّدَادَ [8
Maksudnya:
Ya Allah, berikanlah daku hidayah dan keteguhan. Ya Allah, sesungguhnya daku memohonMu hidayah dan keteguhan.

9- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ زَوَالِ نِعْمَتِكَ، وَتَحَوُّلِ عَافِيَتِكَ، وَفُجَاءَةِ نِقْمَتِكَ، وَجَمِيعِ سَخَطِكَ [9
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung denganMu daripada kehilangan nikmat, berubah kesihatan, kecelakaan secara tiba-tiba dan kesemua kemurkaanMu.

10- Doa
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا عَمِلْتُ وَمِنْ شَرِّ مَا لَمْ أَعْمَلْ [10
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung denganMu daripada kejahatan yang daku lakukan dan daripada kejahatan yang tidak daku lakukan.


.... bersambung


Sumber: Himpunan Doa

09 Mac 2017

[INFO GRAFIK] 13 AMALAN YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH WANITA KETIKA HAID DAN NIFAS

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

KETIKA UZUR, KITA DIHALANG DARI SOLAT, PUASA TADARUS DAN AMALAN-AMALAN WAJIB DAN SUNAT YANG LAIN.. TAPI TAK BERMAKNA KITA JAUH DARI ALLAH. WAKTU UZURLAH LAGI BANYAK KENA DEKATKAN DIRI DENGAN ALLAH SUPAYA SYAITAN TAK KACAU... BARULAH TAK MUDAH KENA GANGGUAN SEPERTI HISTERIA ATAUPUN MEROYAN.

BERIKUT MF NAK KONGSIKAN INFO GRAFIK, 13 AMALAN MUDAH YANG WANITA BOLEH LAKUKAN KETIKA HAID DAN NIFAS. JOM BACA DAN AMAL
















Sumber: Kisah Zakat Malaysia

MOGA UZUR BUKAN MENGHALANG KITA DARI MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH.. DAN BUKAN PENGHALANG UNTUK KITA KUMPUL PAHALA DAN BEKALAN DI AKHIRAT SANA.