Memaparkan catatan dengan label Akhir Zaman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Akhir Zaman. Papar semua catatan

01 Disember 2018

Disember 01, 2018

27 TANDA KITA SUDAH MENJADI HAMBA DUNIA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

27 TANDA KITA SUDAH MENJADI HAMBA DUNIA | Koreksi diri... adakah kita ada diantara tanda ini?

Jika ada, sudah tiba masa untuk taubat segera...

kerana ... menjadi hamba dunia... buruk padahnya di akhirat sana,


tanda jadi hamba dunia

Antara tanda kita telah jadi hamba dunia.


1. Anda tidak bersiap-siap ketika waktu solat akan tiba.

2. Anda melalui hari ini tanpa sedikit pun membuka lembaran Al-Qur'an kerana Anda terlalu sibuk.

3. Anda selalu berfikir setiap waktu bagaimana caranya agar harta Anda semakin bertambah.

4. Anda marah ketika ada orang yang memberikan nasihat bahawa perbuatan yang Anda lakukan adalah haram.

5. Anda terus menerus menunda untuk berbuat amal soleh. “Aku akan mengerjakannya besok, nanti dan seterusnya.”

6. Anda sangat kagum dengan gaya hidup orang-orang kaya.

7. Anda selalu bersaing dengan orang lain untuk meraih cita-cita duniawi sehingga terabaikan amal ibadah

8. Anda tidak merasa bersalah saat melakukan dosa-dosa kecil.

9. Anda tidak mampu untuk segera berhenti berbuat yang haram, dan selalu menunda bertaubat kepada Allah.

10. Anda tidak kuasa berbuat sesuatu yang diredhai Allah sekiranya perbuatan itu boleh mengecewakan orang lain.

11. Anda sangat menumpukan perhatian terhadap harta benda yang sangat ingin Anda miliki.

maksud istidraj
sumber: google images


12. Anda merancangkan kehidupan hingga jauh ke hadapan.

13. Anda menjadikan aktiviti belajar agama sebagai aktiviti pengisi waktu luang saja, setelah sibuk bekerjaya.

14. Anda memiliki rakan-rakan yang kebanyakannya tidak mengingatkan Anda kepada Allah.

15. Anda hanya menilai orang lain berdasarkan status sosialnya di dunia.

16. Anda melalui hari ini tanpa sedikit pun memikirkan kematian, bahkan anda benci pada mati dan tidak ingin memikirkannya

17. Anda meluangkan banyak waktu sia-sia melakukan sesuatu yang tidak bermanfaat bagi kehidupan akhirat.

18. Anda merasa sangat malas dan berat untuk mengerjakan suatu ibadah.

19. Anda tidak kuasa mengubah gaya hidup Anda yang suka berpoya-poya, walaupun Anda tahu bahawa Allah tidak menyukai gaya hidup seperti itu.

20. Anda diberi nasihat tentang bahaya memakan harta riba, akan tetapi Anda beralasan bahawa beginilah satu-satunya cara agar tetap bertahan di tengah kesulitan ekonomi.

21. Anda ingin menikmati hidup ini sepuasnya-puasnya

22. Anda sangat pentingkan dengan penampilan luaran Anda.

23. Anda meyakini bahawa kematian dan hari kiamat masih lambat lagi dan lama datangnya.

24. Anda ikut menguburkan orang lain yang meninggal, tapi Anda sedikit pun tidak mendapat pengajaran dari kematiannya.

25. Anda mengerjakan solat dengan tergesa-gesa agar segera menyambung buat kerja.

26. Anda tidak pernah berfikir bahawa hari ini boleh jadi hari terakhir Anda hidup di dunia.

27. Anda merasa mendapatkan ketenangan hidup dari berbagai kemewahan yang Anda miliki, bukan merasa tenang dengan mengingati Allah.

21 Julai 2018

Julai 21, 2018

Zaman Bodohkan Diri Sendiri

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Zaman Bodohkan Diri Sendiri | Jika dulu, orang bodoh malu dia bodoh... Bahkan marah kalau orang panggil dengan panggilan "bodoh".

Tapi zaman sekarang, bodoh tu takde makna dah... biasa saja.

Kalau tengok budak sekolah zaman sekarang, memang panggil kawan dia bodoh... dan si kawan tu tak marah sedikit pun... Bahkan rela dipanggil dengan panggilan sebegitu.

Inilah bukti ringkas, dunia sekarang ni teruk sangat dah...

Anak remaja kita dah terlalu sakit dah...

Sanggup bodohkan diri sendiri untuk popular...

Macam-macam perangai pelik ada zaman sekarangnya...

Dengan tittok nya, dengan menari yang pelik-pelik... huhu...Nauzubillah... minta dijauhkan.

Sebenarnya, dalam Islam sendiri pun melarang perbuatan sebegini... Kerana ianya satu aib... Aib diri sendiri...

Wajib pelihara aib sendiri...

Jangan sengaja bodohkan diri... Takde untung pun... huu...

Popular kat dunia, tapi azab kat Akhirat...

Zaman Bodohkan Diri Sendiri
Kredit: Instagram #artortoise

Zaman Bodohkan Diri Sendiri

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، يَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: كُلُّ أُمَّتِي مُعَافَاةً إِلَّا الْمُجَاهِرِينَ، وَإِنَّ مِنَ الْإِجْهَارِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ فِي اللَّيْلِ عَمَلًا، ثُمَّ يُصْبِحَ، وَقَدْ سَتَرَهُ رَبُّهُ، فَيَقُولُ: يَا فُلَانُ قَدْ عَمِلْتُ الْبَارِحَةَ كَذَا، وَكَذَا، وَقَدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ، وَيَبِيتُ فِي سِتْرِ رَبِّهِ وَيُصْبِحُ يَكْشِفُ سِتْرَ اللَّهِ عَنْهُ

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu, ia berkata: Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Setiap ummatku diampuni kecuali mujahir (orang yang membuka aib sendri), dan termasuk perbuatan membuka aib, seperti seorang hamba yang melakukan sebuah perbuatan pada malam hari kemudian keesokan harinya ia berkata, ‘Wahai, fulan ! Tadi malam aku telah melakukan ini dan itu,’ padahal malam harinya Allah menutupkan perbuatannya, akan tetapi keesokan harinya dia membuka penutup yang Allah telah berikan”. [HR. Muslim]

Ketika ini ramai orang suka membuka aib diri sendiri di media sosial. Jika kita tergelincir maka bertaubatlah itu lebih baik. Membuka aib sendiri ini akan mendapat celaan manusia malah yang lebih takut lagi ialah murka Allah.

Mengapa perlu kita bercerita aib kita kepada orang? Membuka aib kita kepada orang akan merosakkan kita. Kita akan dimalukan, kita akan di hina dengan pelbagai celaan dan yang yang paling parah lagi kita akan semakin menjauhkan diri kita kepada agama seolah-olah diri kita ini teruk dan tidak layak lagi hidup dan dengan itu kita akan berfikiran yang bukan-bukan dan kita akan membuat yang bukan-bukan itu seperti membunuh diri.

Dan kepada yang mendengarnya pula, berhati-hatilah ketika memberi komen. Kerana ditakuti apa yang kita katakan akan berbalik kepada kita pula. Ingatlah setiap apa yang kita perkatakan dan tulis akan menjadi saksi kita di akhirat nanti. Wallahualam.

Kredit: Page Jalan-Jalan Cari Ilmu

Moga Allah pelihara zuriat keturunan kita dari sifat tercela sebegini... RIsau memikirkan masa depan anak-anak nanti... Moga Allah lindung dan pelihara anak-anak kita semua. 

Buat yang dah terlanjur buat perkara yang memperbodohkan diri sendiri tu, bertaubatlah... 

Takde faedah pun buat video ke, gambar ke dengan gimik sebegitu tambah pula dengan imej bertudung yang melambangkan agama Islam. Sedangkan Islam itu datang dengan penuh sopan, akhlak mulia dan cantik budinya... Jangan cemarkan agama dan diri sendiri sebab nak popular di mata manusia... 


Sekian... 

12 Jun 2018

Jun 12, 2018

Malulah Sikit!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Miliki Cabang-Cabang Iman


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْإِيمَانُ بِضْعٌ وَسَبْعُونَ أَوْ بِضْعٌ وَسِتُّونَ شُعْبَةً فَأَفْضَلُهَا قَوْلُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَدْنَاهَا إِمَاطَةُ الْأَذَى عَنْ الطَّرِيقِ وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنْ الْإِيمَانِ

Dari Abu Hurairah RA dia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Iman itu ada tujuh puluh tiga sampai tujuh puluh sembilan, atau enam puluh tiga sampai enam puluh sembilan cabang. Yang paling utama adalah perkataan, LAA ILAAHA ILLALLAHU (Tidak ada tuhan yang berhak disembah selain Allah). dan yang paling rendah adalah menyingkirkan gangguan dari jalan. Malu itu adalah sebahagian dari iman." (HR Muslim No: 51) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Iman itu memiliki lebih 60 cabang

2.  Cabang Iman yang paling utama ialah ucapan kalimah syahadah

3.  Iman yang paling rendah ialah membuang sesuatu di jalan raya yang boleh menjadi gangguan atau mudarat kepada orang lain

4.  Sifat malu adalah sebahagian daripada iman.

إِنَّ لِكُلِّ دِينِ خُلُقًا وَخُلُقُ الإِسْلاَمِ الْحَيَاءُ
“Setiap agama memiliki  akhlak dan akhlak utama Islam adalah sifat malu”  Riwayat Ibn Majah

Semoga kita memiliki sifat malu yang merupakan cabang Iman.

Kredit: telegram.me/hadisharian_ikram

Malulah sikit! 

Malu tanda iman
Malulah Sikit! 

Malu tu cabang iman...
Malu tanda kita orang beriman...

Kalau takde malu...

Dah tak fikir maruah suami...
Tergedik buat video dengan lelaki bukan mahram
Buat conference dengan lelaki lain tanpa pengetahuan suami...
Lupa status sebagai isteri orang...
Gambar buka aurat, tayang body di sana sini...

Tak malu ke???

Fikir lah sendiri...
Tambah bulan puasa ni...

Nanti raya lagi lah galak tengok..
Lelaki boleh cuci mata percuma...
Sebab malu bukan lagi utama...

Malu tu satu tanda iman paling lemah...
Kalau itu pun kita tak boleh jaga...
Di mana bukti iman kita?

Tak rasa malu dengan manusia...
Malu lah dengan Allah yang sentiasa melihat kita..
CCTV Allah tak pernah rosak... Tak pernah shutdown walaupun seketika hingga kiamat nanti...

Allah bukan ada ketika kita solat saja.
Allah sentiasa ada lihat kita...
Tak malu kah dengan Allah???

Sama-sama muhasabah diri..
Salam 27 Ramadhan... 

26 Mac 2018

Mac 26, 2018

Hidup Bukan Untuk Kecam dan Dikecam Orang

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Hidup Bukan Untuk Kecam dan Dikecam Orang | Di akhir zaman ni, nampak sangat rupanya wujud orang dengan istilah "BAWANG"... Kesian kat bawang kan... Bawang ni mungkin sebab selalu buatkan orang pedih mata tu yang dapat istilah bawang tu... kesian betul kat bawang yang tak bersalah.

Sumber: Facebook

Memang ada manusia begitu, kerjanya asyik nak kecam orang... Sampai dalam hati ni, tak kan tak boleh nak nampak kebaikan orang sampai kerjanya asyik nak kecam orang aje...

Kalau lah mereka tahu hakikat singkatnya hidup, pasti tak sempat nak kecam orang lain...

Bacalah nasihat hati ini:

1. Apabila meninggal dunia ayah kamu , maka matilah pimpinan dan nasihatnya...

2. Apabila meninggal dunia ibu kamu, maka terpadamlah cahaya kelembutan belaian dan tunjuk ajar nya...

3. Apabila meninggal dunia abang kamu, maka longlailah cita2 yg dikongsi bersama...

4. Apabila meninggal dunia kakak kamu, maka hilanglah senyuman kasihnya...

5. Apabila meninggal dunia adik2 kamu, maka hilanglah tempat tumpang kasih, nakal, gurauan dan keceriaanya...

6. Apabila meninggal dunia pasangan kamu, maka pudarlah perkongsian harapan, perasaan dan keceriaannya...

7. Apabila meninggal dunia sahabat kamu maka pudarlah sinar nasihat dan doa tulus dari bersih hatinya...

Ketahuilah.... hidup ini sangat singkat utk kedengkian, kemarahan, kebencian dan memutuskan hubungan kerana ESOK semuanya hanya tinggal kenangan.

Maka..
senyumlah, berlapang dadalah, maafkanlah sesiapa yang menyakitkan kamu lantaran kita tidak tahu.... bila kita akan berangkat ' meninggalkan' dunia yg fana ini....

Andai kamu melihat kanak-kanak yang sedang bermain, itulah masa silam kita.

Andai kamu melihat orang tua yang berjalan menggunakan seluruh kudrat kerana tidak larat. Maka, itulah masa depan kita.

Andai kamu melihat pula jenazah yang sedang diusung ke tanah perkuburan. Maka, ingatlah itulah nanti pengakhiran hidup kita didunia ini.

(Manfaatkanlah masa yg mulia ini...sebelum kesempatan berlalu pergi....)

Kredit: FB Bahagian Dakwah JAKIM

22 Mac 2018

Mac 22, 2018

Dosa ScreenShots

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Dosa Screen Capture | Di akhir zaman perkara dosa itu biasa. Bahkan orang tak tau sesuatu perkara yang dibuat itu adalah dosa, ini termasuklah dosa screen capture atau dosa screenshot.

Kenapa dikatakan screen capture tu dosa?

Ya, ianya jadi dosa jika sesuatu yang kita screenshoot tu untuk sebarkan aib orang... untuk fitnah orang. Ada juga yang screenshot kesilapan seseorang dan sebarkan serta dijadikan bahan lawak.


Kata Dr. Zaharuddin:

Antara DOSA SIBER yang meriah hari ini adalah screen capture facebook orang yang sedang mengata, mengumpat dan mengutuk seorang yang lain, kemudian diberikan screen capture itu kepada yang dikutuk agar bertindak balas atau kononnya 'membantu' mangsa. Itu sebenarnya namanya 'Nammam' atau juga 'Qattaat' iaitu pengadu domba yang dosa. Nabi sebut ( لا يدخل الجنة نمام) ertinya "Tidak masuk syurga orang yang mengadu domba". (Hadis sohih riwayat Muslim) 
Moral : Jika sekadar seorang umpat, kutuk dan mengata. JANGAN sebarkannya khususnya kepada mangsa. Nasihatlah pengumpat & pengutuk, itu cukup. Selanjutnya balasan kelak nanti di barzakh & akhirat. 
Namun jika seorang memfitnah atau mencipta cerita bohong terhadap seseorang, itu barulah boleh 'screen capture' dan diserahkan kepada mangsa untuk tindakan lanjut yang sesuai seperti saman.

Kita diberi akan oleh Allah, boleh fikir kot perkara tu baik atau buruk. Sebelum nak sebarkan sesuatu aib orang, fikirkan jika orang buat kita begitu juga, apa kita rasa?

Jadi, hati-hati nak screenshot atau nak sebarkan screenshot orang lain... sebab apa yang kita buat sentiasa di "screenshot" oleh Allah... Renungkan...

15 Mac 2018

Mac 15, 2018

15 Fenomena Yang Dah Berlaku Bukti Dunia Akan Berakhir

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


15 Fenomena Yang Dah Berlaku Bukti Dunia Akan Berakhir

Renungan untuk kita... Sila baca kalau anda rasa anda rasa anda ni makhluk atas dunia.

kiamat

FENOMENA-FENOMENA YANG BERLAKU TANPA KITA MENYEDARI DUNIA SUDAH SEMAKIN HAMPIR KE PENGHUJUNGNYA


1. Ramai memiliki rumah  besar tetapi anggota keluarga semakin kecil.

2. Anak-anak ramai semakin bijak tetapi akhlak semakin rendah.

3. Perubatan semakin canggih tetapi penyakit semakin banyak.

4. Melancong keliling dunia tetapi tidak kenal tetangga berdekatan.

5. Pendapatan semakin meningkat tetapi ketenteraman jiwa semakin kurang.

6.  Kualiti ilmu semakin tinggi tetapi kualiti emosi semakin rendah.

7. Manusia semakin banyak tetapi rasa kemanusiaan semakin menipis.

8. Pengetahuan semakin luas tetapi adab semakin tidak terkawal.

9. Ramai kawan di dunia maya      tetapi tidak mempunyai teman sejati.

10. Minuman semakin banyak jenisnya tetapi air bersih semakin kurang.

11. Jam tangan pelbagai jenama tetapi tidak pernah tepati masa.

12. Ilmu semakin tersebar tetapi fikiran semakin sempit.

13. Pembelajaran semakin mudah tetapi guru tidak lagi dihargai.

14. Teknologi dan informasi semakin canggih tetapi fitnah dan aib semakin berleluasa.

15. Orang yang rendah ilmunya banyak bicara tetapi yang tinggi ilmunya banyak terdiam.

Renung-renungkanlah...

Kredit: Facebook Majlis Ilmu

Moga kita sedar... Dunia ni dah nak hamoir ke penghujung dah... hidup dah tak lama... Kiamat makin dekat dah... Dekat sangat... Janganlah leka lagi .  Jom kita Berusahalah cari bekalan akhirat sebanyak... moga kita dapat syurga Allah dan dipermudahkan urusan kita di padang Mahsyar.   InshaAllah .

28 Februari 2018

Februari 28, 2018

Promosi Tudung di Kelab Malam, Tanda Kiamat Dah Dekat Sangat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Promosi Tudung di Kelab Malam, Tanda Kiamat Dah Dekat Sangat | Sejak kembali beraksi di sekolah, dah kurang masa nak bersosial di media sosial dah... Memula buka whatsapp, apa kebenda yang orang kecoh pasal Zouk... Sekali, buka pula Facebook... penuh timeline pasal Neolofa, tudung dan Zouk... Selepas baca, barulah faham... Isu terbaru pasal artis Neolofa.

Setahu MF, Neolofa ni baru lepas kena "bash" dengan kumpulan doktor di Facebook sebab dia promosikan produk untuk putihkan kulit bagi bayi... Tak reda lagi isu tu, kini dia buat kontroversi lagi... Hmmm...

Kali lebih dahsyat sebab dia mempermainkan hukum ... Bahkan tak kisah kena hentam dengan netizen... Hmmm... MF takde apa bila isu ni timbul... Marah memang marah dengan dia ni... Tapi rasa gerun lebih menguasai hati ini, sebab inilah bukti kebenaran Hadis-hadis Nabi s.a.w tentang tanda kiamat kecil yang semakin jelas kelihatan...

Neolofa Promosi Tudung di Zouk

Tanda Kiamat Berdasarkan Hadis Nabi s.a.w

Melimpahnya Harta Benda Dan Luasnya Perniagaan Serta Banyak Media Massa;- 

Dari Umar bin Tsa’lab r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sebahagian dari tanda-tanda dekatnya Hari Kiamat, adalah tersebarnya (melimpahnya) harta benda dan luasnya perniagaan. Dan pena-pena akan bermunculan yang menunjukkan banyaknya bacaan dan tulisan;- (Riwayat An-Nasae’i).

Menggadaikan Agama Kerana Dunia;- 

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah s.w.t. berfirman kepada mereka: “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)”;- (Riwayat Tirmidzi).

Penyakit Umat-umat Dahulu;- 

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah s.a.w. bersabda: “Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu”. Sahabat bertanya, “Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalimi”;- (Riwayat Hakim).

Orang yang rosak akhlak;- 

Abu Hurairah r.a. berkata, Nabi s.a.w. bersabda: “Dunia ini tidak akan Qiamat selagi orang yang paling seronok ialah orang yang rosak akhlak anak kepada orang yang rosak akhlak.”;- [Riwayat Ahmad, Musnad, 2/358.].

Zaman Di Mana Halal Dan Haram Dianggap Sama Oleh Manusia;- 

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Akan datang kepada manusia suatu masa, di mana kala itu seseorang tidak lagi mempedulikan dari mana ia memperolehi hartanya, apakah dari yang halal atau haram” – (Riwayat An Nasa’i).

– Tersebarnya perzinaan kerana memperolehi izin rasmi untuk mendirikan tempat pelacuran/perzinaan dari setiap pemerintah yang bersangkutan.

-) Segala minuman keras seperti khamr (arak) sama diminum dengan berleluasa dan bebas, peminumnya sudah tidak lagi mengenal dosa, bahkan sebagai kebanggaan.

Dikatakan manusia halalnya riba, arak, perzinaan, pakaian dari sutera dan kecapi-kecapi (alat-alat muzik);- Sabda Rasulullah s.a.w: “Nanti pada akhir zaman akan terjadi gempa bumi dan penyakit kolera dan perubahan-perubahan ini terjadi apabila muzik-muzik, biduanita-biduanita telah maharajalela dalam kehidupan umat manusia dan minuman keras (arak) telah dihalalkan” – (Riwayat Thabrani).

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya nanti akan benar-benar terjadi; akan ada suatu kaum dari Umatku (Islam) yang mengatakan halalnya perzinaan, pakaian sutera, arak dan kecapi-kecapi (alat-alat muzik).” (Riwayat Thabrani)

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sungguh akan ada beberapa orang dari umatku yang meminum khomr (arak), mereka namakan dengan nama lain. Kepala mereka itu dilalaikan dengan bunyi-bunyian (muzik) serta nyanyian, lalu Allah tenggelamkan mereka ke dalam bumi dan akan menjadikan mereka itu seperti kera dan babi” – (Riwayat Ibnu Majah).

Rasulullah s.a.w bersabda: “Kelak pada akhir zaman akan ada dari umat ini suatu kaum yang tingkah lakunya akan jadi seperti kera dan babi. Para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah! Tidakkah mereka bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan sesungguhnya Muhammad utusan Allah?” Rasulullah menjawab: “Betul, mereka juga berpuasa, sembahyang dan haji.” Mereka bertanya lagi: “Lalu mengapa keadaan mereka menjadi begitu?” Rasulullah menjawab: “Mereka mengadakan nyanyian-nyanyian, menabuh gendang disertai para biduanita dan penari, lalu pada malam harinya mereka mengadakan pesta minum-minuman dan bermain-main maka pada pagi harinya mereka berubah menjadi tingkah lakunya seperti kera dan babi. Dan sungguh akan ada seorang yang pergi berbelanja ke kedai atas suruhan temannya, setelah ia kembali kepadanya, lalu ia berubah tingkah lakunya seperti menjadi kera dan babi” – (Riwayat Ibnu Abi Dunia).

Orang sudah tidak mempedulikan halal dan haram –

“Akan datang suatu masa kepada manusia, di mana orang tidak lagi mempedulikan apa yang diperolehnya apakah itu usaha yang halal atau yang haram”;- (Riwayat Nasae’i).

Dalam riwayat lain Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan datang kepada manusia suatu zaman, yang tidak peduli lagi seseorang di zaman itu dari mana harta diambil, (apakah yang diambilnya itu halal atau haram)”;- (Riwayat Nasae’i).

Ini sebahagian hadis sahih tentang tanda kiamat dan perkaitannya dengan apa yang berlaku viral hari ini. Apa pun Mufti Wilayah Persekutuan dengan pantas, membuat teguran terbuka kepada Neolofa mengenai apa yang terjadi ni. Harap Neolofa, mohon maaf secara terbuka dan sedar dengan kesilapan besar yang dia buat.

Point yang ditegur oleh Mufti WP untuk teguran dan pesanan kepada yang lain juga... Terutama artis dan peniaga yang jual pakaian atau produk yang berkait dengan agama supaya:
(i) Tanyalah ulama' sebelum bertindak
(ii) Sentiasa memelihara imej wanita bertudung
(iii) Carilah rezeki yang diberkati Allah swt

Untuk baca surat terbuka dari Mufti Wilayah kepada Neolofa secara penuh, boleh baca >>>DI SINI<<<

Point ketiga tu jelas... Carilah rezeki yang diberkati Allah... kalau kaya, banyak duit, ada nama tapi tak berkat memang menempah azab jika tak sedar dan taubat. Nauzubillah... Apa pun, perkara yang terjadi ini, renungan untuk kita dan pengajaran untuk yang lain. Usah dihentam dan dihitung dosa Neolofa... Dia tersalah landasan, tapi kita? belum tentu landasan kita tepat dan betul... Sama-sama kita juga perbaiki diri...



Ini ujian untuk Neolofa, ujian untuk kita tak tau lagi... Moga kita sentiasa berada dalam iman yang benar... Jadikan ianya sebagai pengajaran, jangan dihentam orang yang tergelincir.. sebaliknya doakan semoga dia kembali ke pangkal jalan dan doakan diri kita sendiri supaya tak tersesat di jalan terang.

DOA TETAPKAN IMAN


P/S: Ramai juga blogger yang buat perkara yang terkandung dalam hadis-hadis diatas... Dalam promosi dan reviewkan produk, tayang aurat, jadi model tanpa rasa malu...(ramai blogger perempuan, bahkan ada yang bergelar isteri lagi...) mungkin tak sedar... Neolofa sebab artis, sebab tu jadi viral sedangkan ramai sahaja blogger dan seller online pun ada yang begitu.... Moga kita sama-sama muhasabah diri... Jangan hitung dosa orang lain, tapi cermin diri sendiri... Takut jadi seperti pepatah melayu "PAKU DULANG, PAKU SERPIH, KATA ORANG DIA YANG LEBIH". Pesanan untuk diri penulis juga.. sama-sama muhasabah diri...

14 Februari 2018

Februari 14, 2018

Tak Kisah Halal Ke Haram

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Tidak Kesah Soal Halal dan Haram 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيَأْتِيَنَّ عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ لَا يُبَالِي الْمَرْءُ بِمَا أَخَذَ الْمَالَ أَمِنْ حَلَالٍ أَمْ مِنْ حَرَامٍ

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW bersabda: "Akan datang pada suatu  zaman, manusia ketika itu tidak peduli lagi dari mana dia mendapat sumber harta sama ada halal atau haram". (HR Bukhari No: 1941) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Keimanan seseorang berkait rapat dengan segala amal sama ada oleh lisan mahupun perbuatannya.

2.  Apabila iman pada seseorang telah hilang, soal halal dan haram tidak dihiraukan lagi.

3.  Akan ada pada suatu masa, manusia tidak kesah soal halal dan haram dalam pemilikan harta.

Allah S.W.T. berfirman dalam mencari dan menggunakan harta:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ إِلَّا أَنْ تَكُونَ تِجَارَةً عَنْ تَرَاضٍ مِنْكُمْ وَلَا تَقْتُلُوا أَنْفُسَكُمْ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا

“Wahai orang-orang beriman! Janganlah kalian saling memakan harta sesama kalian dengan jalan yang batil. Tetapi dihalalkan mendapatkan harta dengan cara jual beli secara suka rela. Janganlah kalian membunuh diri kalian sendiri. Sungguh Allah Maha Penyayang kepada kalian.” (QS. An-Nisa [4]: 29)

Ibnu Katsir:  cara batil yang dilarang dalam mencari harta adalah cara-cara yang tidak sesuai dengan syariah. Antaranya melalui riba, perjudian, rasuah, mencuri, menipu dalam jual beli dan sebagainya.

Ketahuilah setiap sen yang kita perolehi dan kita belanjakan akan ditanya oleh Allah di hari akhirat nanti.

Kredit: telegram.me/hadisharian_ikram

Tak Kisah Halal Ke Haram
Sumber: Google images

Tak Kisah Halal Ke Haram


Zaman yang Nabi s.a.w sebutkan dalam hadis di atas adalah zaman yang sedang kita hadapi sekarang.

Zaman sekarang, orang alami tekanan ekonomi... Semua benda guna duit... menyebabkan orang dah tak fikir soal halal haram asalkan dapat duit.

Orang sibuk sana sini nak kaya.. nak ada duit, nak puaskan tuntutan nafsu, nak berlumba kumpul aset dan harta benda.

Hal ni jelas kelihatan dalam laman sosial sendiri... Jika dulu blogger berblog kerana minat dan lebarkan silaturrahim... Tapi kini tak lagi, berblog sebab nak duit... Nak jana pendapatan sampingan. Hinggakan isi dan konten blog diketepikan dan setiap sudut blog penuh iklan...

Sama juga kalau lihat di Facebook dan Instagram... Sana sini orang berniaga. Yang tak pernah berniaga pun mula berniaga... Mudah terikut bila orang tunjuk perniagaan itu banyak income... Terus pakat menjual...

Itulah realitinya.. zaman yang Nabi s.a.w sebut tu sedang berlaku... Obsesi dengan duit hingga tak fikir halal haram.. bukan bab duit je.. bab makan, bab nak cantik semua tak kisah.. tak selidik dah.  Asalkan dapat capai apa yang dikehendaki..

Nauzubillah.. sama-sama kita muhasabah diri.  

05 Februari 2018

Februari 05, 2018

Reda Dengan Maksiat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Reda Dengan Maksiat | Zaman sekarang, orang buat maksiat pun redha. Maksiat bukan sekadar couple dan bercinta, tapi segala perbuatan atau perkataan yang Allah tak suka itulah maksiat. Contoh lain seperti meredakan orang yang tak tutup aurat. Bersentuhan antara lelaki dan anak perempuan bukan mahram... seperti gambar bertunang zaman sekarang ni kan.. ada photoshoot pre-wedding la katanya...  itu semua maksiat ye... Dan banyak lagi dosa maksiat yang orang anggap biasa dan ikut trend zaman sekarang. Bila ada yang tegur dikatakan jumud, kuno tak ikut perkembangan zaman dan sebagainya.

Sumber: Google images

Reda Dengan Maksiat Itu Berdosa


عَنْ الْعُرْسِ ابْنِ عَمِيرَةَ الْكِنْدِيِّ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا عُمِلَتْ الْخَطِيئَةُ فِي الْأَرْضِ كَانَ مَنْ شَهِدَهَا فَكَرِهَهَا وَقَالَ مَرَّةً أَنْكَرَهَا كَانَ كَمَنْ غَابَ عَنْهَا وَمَنْ غَابَ عَنْهَا فَرَضِيَهَا كَانَ كَمَنْ شَهِدَهَا

Dari Al 'urs bin Amirah Al Kindi dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Apabila ada satu maksiat dikerjakan dimuka bumi, maka orang yang melihat lalu membencinya, dalam riwayat lain, "lalu ia mengingkarinya, maka ia sama seperti orang yang tidak melihatnya. Barangsiapa tidak melihatnya, namun ia reda dengan maksiat tersebut, maka ia seperti orang yang melihatnya."  (Abu Daud No: 3782)  Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Barangsiapa melihat kemungkaran lalu ia membencinya atau mengingkari dengan berusaha mencegahnya maka ia seperti orang yang tidak melihat mungkar tersebut (seorang yang beriman).

2.  Barangsiapa mengetahui suatu maksiat yang berlaku dan dia reda dengannya (tidak berusaha mencegah dengan kuasa, lisan atau benci dengan hati) sesungguhnya dia telah melakukan dosa.

3.  Muslim yang tidak melihat kemungkaran tetapi reda dengannya, maka dosanya adalah sama dengan orang yang melihat dan tidak mengingkarinya.

4.  Reda terhadap maksiat akan menghilangkan perasaan ingin mengingkarinya dengan hati. Sedangkan mengingkari maksiat dengan hati adalah fardhu ain.

5.  Jadilah Mukmin yang berjaya. Firman Allah:

وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٞ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۚ وَأُوْلَٰئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ ١٠٤ 

Dan hendaklah ada di antara kamu sekumpulan yang menyeru (berdakwah) kepada kebaikan  dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (Ali Imran: 104).

Semoga kita sentiasa memiliki sifat mukmin dengan tidak meredhai kemungkaran yang berlaku.

Kredit: telegram.me/hadisharian_ikram

Jadi, setiap perbuatan atau aktiviti yang ada maksiat di dalamnya cegahlah... Tak mampu cegah guna kuasa ,gunalah lidah dengan memberi nasihat, jika tak mampu juga cegahlah guna hati kerana itu selemah-lemah iman.

Jangan anggap dosa itu biasa. Orang yang meredhakan dia sama juga berdosa.

Kadang MF lihat je situasi ni tapi sungguh tak mampu nak tegur... Jadi berdoa je lah moga mereka berubah dan yang paling penting kita tak meredhakan perkara itu berlaku. 

19 April 2017

April 19, 2017

Kemalangan di Baling, 5 Beradik Jadi Yatim Piatu

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Allahu... Sedih betul baca berita kemalangan yang menyebabkan empat anak menjadi yatim piatu... Walaupun tak kenal tapi melibatkan anak-anak kecil buatkan hati ini cepat tersentuh... 

Tengok berita di TV9 semalam terasa sebak sangat... Lihat anak-anak arwah yang masih kecil.. bertambah sedih, dikatakan dalam berita semalam arwah isterinya sedang mengandung pula tu... 


Baling: Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Baling dan isterinya maut manakala empat anak mereka cedera selepas kereta mereka terbabit dalam kemalangan di Kampung Teluk Teduri Jalan Baru Kupang-Baling, hari ini. 
Dalam kejadian 7 pagi itu, Asisten Superintendan Mohd Noor Mat Yaub, 38, memandu kereta Toyota Passo bersama isteri Suriya Abdul Rahman, 37, serta empat anak berusia antara enam hingga 11 tahun. 
Difahamkan ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan menghantar isterinya yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Teluk Teduri. 
Menurut sumber, setiba di lokasi kejadian, mangsa memberhentikan keretanya untuk membelok ke kiri apabila tiba-tiba sebuah pikap Toyota Hilux dari arah Baling, merempuh belakang kereta mangsa. 
“Akibat rempuhan itu kereta mangsa melungsur masuk ke laluan bertentangan dan dilanggar kereta Honda City yang datang dari arah Kupang ke Baling. 
“Pertembungan itu menyebabkan pasangan suami isteri terbabit cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta Honda City turut cedera parah dan dihantar ke Hospital Baling untuk rawatan," katanya. 
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Penguasa Bomba Nur Hafizah Muhammad Lukman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 7.13 pagi dan jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat Baling tiba 7.32 pagi. 
Menurutnya, kemalangan membabitkan tiga kenderaan dan operasi menyelamat dan membersihkan kawasan kemalangan dijalankan.
Sumber: Harian Metro Online

Itulah risiko bila berada atas jalan raya.. macam mempertaruhkan nyawa di hujung tanduk dah rupanya... 

Kita dah berhati-hati, tapi orang lain pula yang tak beringat... Tapi terkejut juga, rupanya pemandu Hilux tu perempuan dan berita terbaru MF baca katanya pemandu tu positif dadah... Hmmm... Agaknya wanita ni p telan ubat kot pepagi kan... 

Tapi memang tak dinafikan seram betul tengok pemandu perempuan memandu zaman sekarang.. dah tu kita hon, buat muka tak puas hati pula tu... Bukan nak mengaku salah... 
Patut la kerajaan Arab Saudi haramkan wanita memandu... Agaknya kalau kat Malaysia buat camtu, mau mengamuk pompuan kat Malaysia ni... Tapi tu lah, bila wanita dapat stereng mulalah memandu ikut emosi... Akibatnya...Orang yang tak bersalah menjadi mangsa...

Update:
Tapi MF tak kata salah perempuan 100% yang mengakibatkan kemalangan jalan raya... Ada je lelaki.. tapi lelaki ni memang tak dinafikan dah bawa kereta macam mana... Tapi wanita kan lembut lembut sifatnya, tapi bila dapat stereng tu dah hilang kelembutannya... Faham dak... Jangan la nak sentap pula... Bukan nak hukum semua... Ada ja yang bawa berhemah tak kira lelaki ke perempuan tapi ye lah.. kita yang berhemah ni kadang jadi mangsa keadaan dek mereka yang tak ingat dunia bila memandu... Tapi maaf kata... Yang MF jumpa jenis tu memang perempuan la... Sebab tu MF geram sebab MF pun perempuan juga.

Salam takziah dan al-Fatihah buat arwah... Moga Allah Pelihara anak-anak yatim piatu ini... Moga mereka menjadi anak-anak yang kuat dan tabah dalam kehidupan.... 😔😔😔

14 April 2017

April 14, 2017

Saja Nak Tayang Body...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Zaman sekarang... Jalan tak larat nak tunduk, bahkan tak larat nak tutup mata.. kalau keluar rumah je memang tak lepas dari buat dosa... Sebab perempuan tambah isteri digalakkan sangat selfie cantik-cantik dan whatsapp kat suami suami suami tengok gambar yang berpahala bukan dosa... 

Bukan nak kata, tapi bab aurat ni... Auchhh... Susah betul nak kata... Rakan setugas pun kadang tak mampu nak tegur... Apatah lagi saudara... Mampu nasihatkan secara umum saja... Adoii.. lemahnya iman kita... 


Kadang tertanya... Orang perempuan yang suka pakai baju ketat, seksi ni sebab memang tak tau hukum atau buat tak tau.. atau memang saja nak tayang body.. Sebab dia rasa body dia cantik... Tapi tak juga kan... Tengok zaman sekarang... Badan tak cantik mana pun tetap pakai menonjol juga kan.. 

Tapi andai​ yang tak tau.. meh sini nak bagi tau..  baca sikit la hukum yang dikeluarkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan ni.

sumber: google images


HUKUM PEREMPUAN BERPAKAIAN MENAMPAKKAN BENTUK TUBUH DAN HUKUM BAGI ORANG YANG SENGAJA MELIHAT AURAT ORANG LAIN

SOALAN

Apakah hukumnya di sisi Islam bagi orang perempuan berpakaian menampakkan bentuk tubuh dan apakah hukumnya bagi orang yang sengaja melihat aurat orang?



JAWAPAN

Dalam menjawab persoalan ini, saya kemukakan beberapa noktah:

Menampakkan tubuh dengan berpakaian seperti itu tidak dibolehkan dalam Islam kerana melanggar adab berpakaian yang yang sepatutunya longgar bagi perempuan.

Melihat aurat orang lain secara sengaja hukumnya adalah berdosa dengan nas al-Quran dan hadis. Mengikut pendapat yang rajah dan sahih suara perempuan bukanlah aurat. Ia hanya dikira sebagai aurat jika suara berkenaan digunakan untuk perkara yang boleh menarik perhatian kaum lelaki.

Kami menukilkan pendapat Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya al-Halal Wa al-Haram Fi al-Islam berkenaan dengan ciri pakaian yang sepatutnya dipakai oleh wanita, antara lain katanya:

 *-Pakaian wanita muslimah hendaklah bersopan sebagaimana yang diajarkan oleh Islam. Manakala pakaian ala Islam ialah kesemua pakaian yang terkumpul padanya sifat-sifat ini:

  -Pakaian itu hendaklah menutup aurat semua badan wanita keuali apa yang dibolehkan oleh al-Quran dan anggotanya yang ternampak yang menurut qaul yang diberatkan, iaitu wajah dan kedua tapak tangan sahaja.

  -Pakaian itu bukan dari jenis yang jarang, sehingga dapat menampakkan apa yang dibelakangnya kerana Nabi SAW bersabda:
صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا، قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ، وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلاَتٌ، مَائِلاَتٌ رُؤُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ المَائِلَةِ ، لاَ يَدْخُلْنَ الجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيحَهَا، وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا 

 Riwayat Muslim (2128).

Maksudnya: “Dua golongan termasuk ahli neraka ialah wanita-wanita yang berpakaian separuh bogel (kerana memakai pakaian yang nipis atau yang menampakkan susuk badan), yang berjalan dengan berlenggang lenggok (seperti perjalanan seorang pelacur), yang kepalanya terhuyung-hayang laksana kelana unta yang bergoyang-goyang, wanita-wanita itu tidak akan memasuki syurga, sedangkan bau syurga itu akan tercium dalam jarak sekian dan sekian.”

Ini kerana pakaian wanita itu tidak berfungsi menutup tubuhnya kerana terlalu nipis sehingga ternampak badannya yang berkeadaan seperti dia tidak berpakaian sama sekali.

Satu peristiwa datang serombongan kaum wanita dari suku Bani Tamim untuk menziarahi Saidatina Aisyah RA dengan berpakaian nipis, maka Saidatina Aisyah RA secara terang-terangan berkata kepada mereka: “Jika kamu sekalian dari wanita mukmin iaitu beriman dengan sebebar-benar iman, maka pakaian-pakaian yang kamu pakai ini bukanlah dari pakaian orang yang beriman.”

Dalam peristiwa lain, datang beberapa orang wanita membawa seorang pengantin perempuan yang memakai tudung yang nipis, sehingga kelihatan perhiasan kepalanya, maka Saidatina Aisyah RA berkata: “Wanita yang memakai seperti ini, ialah wanita yang tidak beriman.”

 *-Pakaian itu tidak terlalu sempit sehingga melekat pada semua anggota badan, dan kerana itu ternampaklah susuk badan wanita itu, meskipun pakaian itu tidak nipis seperti pakaian moden masa kini. Maka pemakai pakaian seperti ini tidak terlepas dari maksud hadis di atas sebagai wanita-wanita yang separuh bogel bahkan pakaian seperti ini tidak terlepas dari maksud hadis di atas sebagai wanita-wanita yang separuh bogel bahkan pakaian seperti ini lebih mudah memberi fitnah kepada pemakainya.

 *-Pakaian itu bukan dibuat khusus untuk kaum lelaki seperti pakaian pantelon atau seluar ketat dan sebagainya yang sudah terkenal pada masa kini, kerana Rasulullah SAW pernah melaknat wanita-wanita yang menyerupai lelaki sebagaimana Baginda melaknat lelaki yang menyerupai wanita. Demikian Baginda melarang wanita memakai pakaian lelaki dan lelaki memakai pakaian wanita.

 *-Jangan sampai pakaian itu sudah terkenal sebagai
pakaian orang-orang kafir dari kaum Yahudi, kaum Nasrani dan kaum Wathani penyembah api dan berhala kerana keinginan hendak meniru atau menyerupai orang-orang ini sangat dilarang oleh Islam yang mahukan lelaki dan wanitanya berlainan dari mereka dan bebas dalam bentuk dan rupa. Kerana itulah Islam memerintahkan kita supaya bersikap berbeza daripada orang-orang kafir itu dalam banyak hal yang mana disimpulkan oleh Rasulullah SAW:
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

Maksudnya: “Siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka samalah dia seperti mereka.”

Riwayat Ahmad (8/44), Abu Daud (4031) dan al-Tabarani (8/179)

 *-Wanita muslimah hendaklah bersopan santun dalam perjalanannya dan dalam bicaranya menjauhi minat orang dalam segala gerak geri badannya dan penonjolan wajahnya kerana sikapnya bergaya dan menggoda itu adalah tabiat perempuan lacur dan bukan dari tingkah laku wanita muslimah. Firman Allah SWT:

فَلا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلاً مَعْرُوفاً

Maksudnya: Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (sentiasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu). (Surah al-Ahzab: 32)

 *-Jangan sekali-kali wanita muslimah itu sengaja menarik perhatian lelaki kepada apa yang disembunyikan dari perhiasan dirinya dengan memakai wangian macam mana sekalipun atau memakai benda-benda yang berbunyi dalam rentak langkah kakinya atau seumpamanya. Allah SWT berfirman:

وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا

Maksudnya: Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka. (Surah al-Nur: 31)

Pada zaman jahiliah, apabila seseorang wanita itu berjalan dengan menghentak-hentak kaki supaya menarik perhatian orang ramai agar mereka memperdengarkan gelang kakinya, maka perbuatan seperti itu boleh menghidupkan khayalan lelaki yang menyimpan gelora nafsu syahwat yang jahat terhadap wanita itu. Perbuatan seperti itu menunjukkan bahawa wanita itu menyimpan niat buruk untuk menarik dan minat golongan lelaki terhadapnya.

Dalam maksud ini juga, dari segi hukumnya apabila seorang wanita memakai wangian dan bau-bauan yang mengharumkan sesiapa sahaja yang menghidunya untuk membangkitkan nafsu dan menarik perhatian lelaki kepadanya. Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا اسْتَعْطَرَتِ المَرْاةُ فَمَرَّتْ عَلَى الْقَوْمِ لِيَجِدُوا رِيحَهَا فَهِيَ كَذَا وَكَذَا

Maksudnya:  “Apabila seseorang wanita itu memakai wangian, lalu dia melintas tempat perkumpulan (lelaki), maka dia begini dan begini..” -Riwayat Abu Daud (4713)-

Dan riwayat yang lain menyebut:

كُلُّ عَيْنٍ زَانِيَةٌ وَالمْرَاْةُ إِذَا اسْتَعْطَرَتْ فَمَرَّتْ بِالْمَجْلِسِ فَهِيَ كَذَا وَكَذَا يَعْنِي زَانِيَةً

Maksudnya: “Setiap mata melakukan zina. Apabila wanita memakai wangian, lalu dia melintasi tempat duduk sekumpulan orang lelaki supaya mereka tercium baunya, maka dia samalah seperti wanita pelacur.” -Riwayat al-Tirmizi (2786)-

Kesimpulannya, kita tahu bahawa islam tidak memaksa kaum wanita supaya duduk di dalam rumah sahaja dan tidak keluar dari rumahnya melainkan kubur, sebagaimana yang didakwakan oleh sesetengah orang.

Bahkan wanita Islam membenarkan wanita keluar untuk menunaikan solat, mencari ilmu serta memenuhi keperluan dirinya serta kepentingan agama dan dunianya dibolehkan. Sebagaimana contoh, yang dilakukan oleh isteri-isteri para sahabat dan generasi yang akan datang selepas mereka dikira dari sebaik-baik zaman. Di antara mereka, ada yang keluar untuk menyertai kaum lelaki dalam peperangan dalam penaklukan yang dipimpin oleh Rasulullah SAW sendiri berterusan kepada zaman para khalifah yang empat dan pemimpin-pemimpin Islam yang lain. Rasulullah SAW bersabda kepada isterinya Saudah RA:

قَدْ أَذِنَ الله لَكُنَّ أَنْ تَخْرُجْنَ لَحِوَائِجِكُنَّ

Maksudnya: “Sebenarnya Allah telah membenarkan kamu (kaum wanita) keluar untuk memenuhi urusan-urusan kamu.”
- Riwayat al-Bukhari (5237) -

Dan sabdanya lagi:

إِذَا اسْتأذَنَتْ اِمْرَأَةُ أَحَدِكُمْ إِلَى المَسْجِدِ فَلاَ يَمْنَعَهَا

Maksudnya: “Apabila salah seorang isteri kamu meminta izin pergi ke masjid, maka janganlah melarangnya.” -Riwayat al-Bukhari (5238) -

Dan sabdanya lagi:

لاَ تَمْنَعُوْا إِمَاءَ اللهِ مَسَاجِدَ اللهِ

Maksudnya: “Janganlah kamu melarang hamba-hamba Allah (iaitu kaum wanitanya) dari pergi ke rumah-rumah Allah (masjid).” -Riwayat Muslim (442)-

Akhukum fillah,

Sumber: 
Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan


Moga kita lebih faham dan ambil berat bab aurat nih... Selain rukun Islam yang 5 ...Aurat juga wajib hukumnya... Nak tak nak kena ikut selagi kita hidup di dunia yang menumpang... Orang kata, kita ni menumpang di bumi Allah je.. jadi buatlah cara orang menumpang ye dak... 

Harap dapat faham dengan jelas... Islam suruh tutup aurat sebab nak jaga kita juga... Tapi itulah kita... Tak nak ikut hukum, tapi bila dah jadi salahkan orang lain... Sebelum nak salahkan orang, baik muhasabah diri dulu kan... 

Memanglah menutup aurat tu bukan bermakna orang itu baik... Tapi orang yang baik mesti menutup aurat kan... Sebab kalau kita baik dengan Allah kita mesti dengar perintah Dia kan... 

Moga bermanfaat... 

16 Disember 2016

Disember 16, 2016

WANITA TAK PERASAN 15 DOSA NI ADA KAT KEPALA DIA!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ada hadis Nabi s.a.w tentang penghuni neraka… Antara yang banyak menghuni neraka adalah wanita… 

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)

Wanita ni mudah masuk syurga, tapi senang juga nak masuk neraka… Dosa paling banyak wanita dok buat kat kepala je… Kat kepala wanita ada 15 dosa dah… belum lagi anggota badan yang lain… 


Sumber: google images

Jom..kita koreksi apa dia dosa-dosa yang ada di kepala
Beberapa dosa yang dilakukan manusia terhadap kepalanya, antara lain:

#1. Tidak bertudung/berhijab (menutup aurat)
Allah Swt berfirman, yang ertinya: "Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min:" Hendaklah mereka menjulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka ". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang. "(QS. Al-Ahzab: 59).

Allah Ta'ala juga berfirman, yang ertinya: "Katakanlah kepada wanita yang beriman:" Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. "(QS. An Nuur: 24) .

#2. Menyambung rambut / memakai sanggul.
Dari Asma 'binti Abi Bakr, ada seorang perempuan yang menghadap Rasulullah shallallahu' alaihi wa sallam lalu berkata, "Telah kunikahkan anak gadisku setelah itu dia sakit sehingga semua rambut kepalanya gugur dan suaminya memintaku segera mempertemukannya dengan anak gadisku, apakah aku boleh menyambung rambut kepalanya . Rasulullah lantas melaknat perempuan yang menyambung rambut dan perempuan yang meminta agar rambutnya disambung "(HR Bukhari no 5591 dan Muslim no 2122).

#3. Mewarna / menggilap rambut dengan warna hitam.
Dari Ibnu 'Abbas radhiyallahu' anhuma berkata, bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Pada akhir zaman nanti akan muncul suatu kaum yang menggilap dengan warna hitam seperti tembolok merpati. Mereka itu tidak akan mencium bau syurga. "(HR. Abu Daud, An Nasa'i, Ibnu Hibban dalam shahihnya, dan Al Hakim. Al Hakim mengatakan bahawa sanad hadis ini sahih. Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wa At Tarhib mengatakan bahawa hadis ini sahih).

Dari Jabir radhiyallahu 'anhu, dia berkata, "Pada hari penaklukan Mekah, Abu Quhafah (ayah Abu Bakar) datang dalam keadaan kepala dan janggutnya telah memutih (seperti kapas, ertinya beliau telah beruban). Lalu Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Ubahlah uban ini dengan sesuatu, tetapi hindarilah warna hitam." (HR. Muslim).

#4. Mencabut uban.
Dari 'Amr bin Syu'aib, dari ayahnya, dari datuknya berkata bahawa Rasulullah shallallahu' alaihi wa sallam bersabda, "Janganlah mencabut uban. Tidaklah seorang muslim yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, melainkan uban tersebut akan menjadi cahaya baginya pada hari kiamat nanti. "(HR. Abu Daud dan An Nasa'i. Syaikh Al Albani dalam Al Jami 'Ash Shagir mengatakan bahawa hadis ini sahih).
      
#5. Memakai bulu mata palsu.
    
#6. Bersolek/berhias berlebih-lebihan bukan untuk suaminya
    
#7. Merenggangkan / mengikir gigi.
      
#8. Membuat tato
     
#9. Memakai kerudung yang tidak memenuhi syarat hijab.

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bahkan telah memperingatkan kita dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah:
"Ada dua golongan penghuni Neraka yang belum pernah aku lihat sebelumnya, iaitu suatu kaum yang membawa cambuk seperti ekor-ekor lembu betina yang mereka pakai untuk mencambuk manusia; wanita-wanita yang berpakaian (tetapi) telanjang, yang kalau berjalan berlenggak-lenggok menggoyang- goyangkan kepalanya lagi durhaka (tidak ta'at), kepalanya seperti punuk-punuk unta yang meliuk-liuk. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya, padahal bau wanginya itu sudah tercium dari jarak sekian dan sekian. "(Hadits shahih. Riwayat Muslim (no. 2128) dan Ahmad (no. 8673).
    
#10. Memakai rambut palsu.
    
#11. Mencukur rambut menyerupai lelaki atau wanita kafir.

Potongan yang menyerupai potongan lelaki maka hukumnya haram dan dosa besar, sebab Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam melarang kaum wanita yang menyerupai kaum lelaki. Sebagaimana disebutkan dalam hadis, dari Ibn Abbas radliallahu 'anhuma, bahwa beliau berkata: "Rasulullah shallallahu' alaihi wa sallam melaknat kaum lelaki yang menyerupai wanita dan para wanita yang menyerupai lelaki." (Hr Bukhari)
    
#12. Mencukur / mencabut bulu kening.
     
#13. Memakai contact lens berwarna untuk berhias.
Syaikh Muhammad shalih Al-Munajjid hafidzahullah berkata: "... memakai lensa kontak berwana untuk perhiasan (untuk bergaya). Maka hukumnya sama dengan perhiasan, jika digunakan untuk berhias bagi suaminya maka tidak mengapa. Jika digunakan untuk yang lain maka hendaknya tidak menimbulkan fitnah. Dikehendaki juga tidak menimbulkan bahaya (misalnya iritasi dan alergi pada mata, pent) atau menimbulkan unsur penipuan dan kebohongan misalnya menampakkan pada laki-laki yang akan melamar. Dan juga tidak ada unsur mensia-siakan harta (israaf) kerana Allah melarangnya. "[Sumber: http://islamqa.info/ar/ref/926]

    
#14. Pembedahan plastik untuk kecantikan.
Syeikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin ditanya, "Bagaimana hukum melaksanakan pembedahan kecantikan dan hukum mempelajari ilmu kecantikan?" Jawapan beliau, "pembedahan kecantikan (plastik) ini ada dua jenis. Pertama, Pembedahan kecantikan untuk menghilangkan cacat akibat kemalangan atau yang lainnya. Pembedahan seperti ini boleh dilakukan, kerana Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam pernah memberikan keizinan kepada seorang lelaki yang terpotong hidungnya dalam peperangan untuk membuat hidung palsu dari emas. Kedua, pembedahan yang dilakukan bukan untuk menghilangkan cacat, namun hanya untuk menambah kecantikan (supaya bertambah cantik). Pembedahan ini hukumnya haram, tidak boleh dilakukan, kerana dalam sebuah hadis (disebutkan), 'Rasulullah melaknat orang yang menyambung rambut, orang yang minta disambung rambutnya, orang yang membuat tatu, dan orang yang minta dibuatkan tatu.' (HR Bukhari). (Fatawa Al-Mar'ah Al-Muslimah, hlm. 478-479). Sumber: Majalah As-Sunnah, edisi 5, tahun IX, 1426 H/2005 M.

   
#15. Memakai kawat gigi untuk kecantikan / tabarruj.
Syaikh Ibnu Utsaimin pernah ditanya, "Apa hukumnya memperbaiki gigi?" Syaikh menjawab, "Memperbaiki gigi ini dibahagikan kepada dua kategori:
Pertama, jika tujuannya supaya bertambah cantik atau indah, maka ini hukumnya haram. Nabi shalallahu 'alaihi wa sallam melaknat wanita yang menata giginya agar kelihatan lebih indah yang merubah ciptaan Allah. Padahal seorang wanita memerlukan hal yang demikian untuk estetika (keindahan), dengan demikian seorang lelaki lebih layak dilarang daripada wanita.

Kedua, jika seseorang memperbaikinya kerana ada kecacatan, tidak mengapa ia melakukannya. Setengah orang ada suatu kecacatan pada giginya, mungkin pada gigi serinya atau gigi yang lain. Cacat tersebut membuat orang merasa jijik untuk melihatnya. Keadaan yang demikian ini dibenarkan. Hal ini dikategorikan sebagai menghilangkan aib atau cacat bukan termasuk menambah kecantikan. Dalilnya, Nabi shalallahu 'alaihi wa sallam memerintahkan seorang lelaki yang hidungnya terpotong agar menggantikannya dengan hidung palsu dari emas, yang demikian ini termasuk menghilangkan cacat bukan bertujuan untuk mempercantik diri.

Sumber: http://mayapas.blogspot.my

Sumber: Google images

Wahai wanita sekalian, jom muhasabah diri… dalam 15 senarai di atas, mungkin ada yang kita buat… Jadi, tinggalkanlah dan bertaubatlah sebelum terlambat. Dan dalam 15 senarai di atas, lelaki pun ada buat juga… jadi lelaki pun tak terlepas buat 15 dosa di atas. Jadi, sama-sama kita muhasabah diri tak kira lelaki atau perempuan jangan kita jadikan diri kita sebagai bahan bakar api neraka.

Allah s.w.t. berfirmanyang bermaksud :
“Peliharalah dirimu dari Neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu yang disediakan bagi orang-orang kafir.” (Surah Al Baqarah ayat 24)


Dalam amalkan trend dan berfesyen gaya ikut zaman, jangan ketepikan hukum hakam agama... 

04 Disember 2015

Disember 04, 2015

Siapa Sebenarnya Lelaki DAYUS!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

MF pernah menulis beberapa entry pasal lelaki dayus. Antara bab auratlah yang MF selalu mention bab dayus ni... Namun, MF perasan ada yang tersentap dengan perkataan DAYUS tu... Kononnya, entry tu nak kata MF suka-suka nak men'dayus'kan suami orang... Takpe lah.. demi nak sampai ilmu dan dakwah... Jom, MF nak ajar semua pembaca, kenali SIAPA SEBENARNYA LELAKI DAYUS!!!

Nabi SAW bersabda :-

ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي

Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" (Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih  : Ghayatul Maram, no 278)

Dalam sebuah hadith lain pula :

 ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي


Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" (Riwayat Ahmad)

Dayus telah disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadith yang lain iaitu :-

1)     Sabda Nabi : -

وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله

Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : "Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)


Sumber: google images
Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.


2) Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:-

قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله

Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya) 


Penerangan Ulama Tentang Lelaki Dayus

Jika kita melihat tafsiran oleh para ulama berkenaan istilah Dayus, ia adalah seperti berikut :-

هو الذي لا يغار على أهله

Ertinya : "seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya) (An-Nihayah,2/147 ; Lisan al-Arab, 2/150)

Imam Al-‘Aini pula berkata : "Cemburu lawannya dayus" ( Umdatul Qari, 18/228 )

Berkata pula An-Nuhas :

قال النحاس هو أن يحمي الرجل زوجته وغيرها من قرابته ويمنع أن يدخل عليهن أو يراهن غير ذي محرم

Ertinya : cemburu ( iaitu lawan kepada dayus ) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram" (Tuhfatul Ahwazi, 9/357)

Disebut dalam kitab Faidhul Qadir :

فكأن الديوث ذلل حتى رأى المنكر بأهله فلا يغيره

Ertinya : Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki) sehingga apabila ia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli keluarganya ia tidak mengubahnya"  ( Faidhul Qadir, 3/327 )

Imam Az-Zahabi pula berkata :-

فمن كان يظن بأهله الفاحشة ويتغافل لمحبته فيها فهو دون من يعرس عليها ولا خير فيمن لا غيرة فيه

Ertinya : Dayus adalah sesiapa yang menyangka (atau mendapat tanda) bahawa isterinya melakukan perkara keji (seperti zina) maka ia mengabaikannya kerana CINTAnya kepada isterinya, maka tiada kebaikan untuknya dan tanda tiada kecemburuan (yang diperlukan oleh Islam) dalam dirinya" ( Al-Kabair, 1/62 )


Imam Ibn Qayyim pula berkata :-

قال ابن القيم وذكر الديوث في هذا وما قبله يدل على أن أصل الدين الغيرة من لا غيرة له لا دين له فالغيرة تحمي القلب فتحمى له الجوارح فترفع السوء والفواحش وعدمها يميت القلب فتموت الجوارح فلا يبقى عندها دفع البتة

Ertinya : Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat (protective) atau kecemburuan (terhadap ahli keluarga) , dan barangsiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga terjauh dari kejahatan dan perkara keji, tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota (terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali.


Dayus adalah dosa besar

Ulama Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, sehingga disebutkan dalam satu athar :

لَعَنَ اللَّهُ الدَّيُّوثَ ( وَاللَّعْنُ مِنْ عَلَامَاتِ الْكَبِيرَةِ فَلِهَذَا وَجَبَ الْفِرَاقُ وَحَرُمَتْ الْعِشْرَةُ)

Ertinya : Allah telah melaknat lelaki dayus ( laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan diharamkan bergaul dengannya) (Matalib uli nuha, 5/320 )

Walaupun ia bukanlah satu fatwa yang terpakai secara meluas, tetapi ia cukup untuk menunjukkan betapa tegasnya sebahagian ulama dalam hal kedayusan lelaki ini.

Petikan ini pula menunjukkan lebih dahsyatnya takrifan para ulama tentang erti dayus dan istilah yang hampir dengannya :

والقواد عند العامة السمسار في الزنى

Ertinya : Al-Qawwad (salah satu istilah yang disama ertikan dengan dayus) di sisi umum ulama adalah broker kepada zina" (Manar as-sabil, 2/340 , rawdhatul tolibin, 8/186 )

Imam Az-Zahabi menerangkan lagi berkenaan perihal dayus dengan katanya :-

الديوث وهو الذي يعلم بالفاحشة في أهله ويسكت ولا يغار وورد أيضا أن من وضع يده على امرأة لا تحل له بشهوة

Ertinya : Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya dan ia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu (atau ingin bertindak), dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat" (Al-kabair, 1/45).


OK.. dah baca maksud penjelasan dayus??? Dayus ni... bukan MF yang bagi title ye.. tapi memang ada Hadith Nabi s.a.w sebut pasal lelaki dayus dan tak cium bau syurga... Memang bakal masuk neraka. Lelaki dayus juga dianggap dosa besar oleh sebahagian ulama. 

Suami Dayus ni senang kata, takde rasa cemburu dengan apa yang isteri dia buat. Isteri dia nak tayang diri dengan pakaian tak tutup aurat ke.. Nak pamer diri dikhalayak ramai ke... Nak menghampiri zina ke.. dia tak de rasa cemburu... Bahkan bangga isteri dia dok pamer diri depan khalayak ramai sama ada di alam nyata atau alam maya... 

Lelaki mesti ada rasa cemburu... Bapa mesti ada rasa cemburu (dengan iman atau dengan rasa tanggungjawab/protactive) dengan anak perempuannya... Suami mesti ada rasa cemburu (dengan iman atau dengan rasa tanggungjawab/protactive) terhadap isterinya... Lelaki yang tak rasa cemburu ni... bukan lelaki namanya.. membiarkan lelaki lain menatap aurat isterinya atau anak perempuannya, sedangkan aurat itu adalah milik mahramnya sahaja. 

Jika kita pakai tak kena, suami kita tegur tu, dia suruh pakai yang elok dan lebih menutup aurat itu tanda suami yang sayang bini dan pelihara maruah isterinya... wajib taat suami begitu. Bukan kerana cemburu, tapi kerana sayang Allah dan Rasul-Nya. 


Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.

Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi

قَالَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ : لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُ بِالسّيْفِ غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ ، فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه على آله وسلم فَقَالَ : أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ سَعْدٍ ؟ فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ مِنّي ، مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَن. 

Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi respond : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji  yang ternyata dan tersembunyi.." ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?
Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan. Jikalau WUJUD terdesak atau tiada pilihan atau ada kes khas kesihatan yang memerlukan atau tiada kemampuan kewangan sangat, ada keringanan dan bukan dayus.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati bahagian dalam kawasan aurat oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita. Tiada pula terdesaknya keadaan.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepada dirinya.

Jelas dan nyatakan... ada faham??? Jadi, isteri yang baca ni kongsi ilmu ni dengan suami... Kawan yang baca info ni, kongsi dengan rakan sekerja... Bagi faham dan jelas ye... Moga bermanfaat... dan moga kita dapat jaga maruah kita sebagai isteri dan anak perempuan. 

Maaf jika ada tersentap terasa... saya hanya nak sampaikan ilmu melalui ilmu yang saya baca, fahami dan teliti... Wallahu'alam.
Sumber rujukan: Ustaz Zaharuddin

19 November 2015

November 19, 2015

Hukum Orang Yang Sengaja Melihat Aurat Orang Lain!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Pengalaman dan perbincangan sikit bersama rakan sejawat... masa break tengah hari sembang la pasal fesyen... Ada beberapa orang rakan lain nak melawa tapi nanti geng sejawat yang lain mengata pula.. pakai baju fesyen-fesyen nanti, kena la tegur... dan datang pula yang seorang lain... dengan lagak gaya dia berkata.. "saya dah lali dengan teguran orang kata saya pakai ketat lah, itu lah, inilah.. saya buat tak tahu je... lantak lah... saya pakai je apa yang saya nak pakai... nanti penat mengata, kita buat tak tahu je, berhentilah orang yang kata tuh..."

Aduhh.. kita ni mendengar, tak mampu nak tegur... hanya mampu doa dalam hati...moga ada hidayah Allah nanti...

Jangan anggap mudah... dalam Islam ada hukum hakam... hukum sengaja berpakaian menampakkan bentuk tubuh bdan dan hukum orang yang sengaja melihat aurat orang lain. 

IRSYAD FATWA KE-73: HUKUM PEREMPUAN BERPAKAIAN MENAMPAKKAN BENTUK TUBUH DAN HUKUM BAGI ORANG YANG SENGAJA MELIHAT AURAT ORANG LAIN

SOALAN

Apakah hukumnya di sisi Islam bagi orang perempuan berpakaian menampakkan bentuk tubuh dan apakah hukumnya bagi orang yang sengaja melihat aurat orang?

JAWAPAN

Dalam menjawab persoalan ini, saya kemukakan beberapa noktah:

Menampakkan tubuh dengan berpakaian seperti itu tidak dibolehkan dalam Islam kerana melanggar adab berpakaian yang yang sepatutunya longgar bagi perempuan.

Melihat aurat orang lain secara sengaja hukumnya adalah berdosa dengan nas al-Quran dan hadis. Mengikut pendapat yang rajah dan sahih suara perempuan bukanlah aurat. Ia hanya dikira sebagai aurat jika suara berkenaan digunakan untuk perkara yang boleh menarik perhatian kaum lelaki.

Kami menukilkan pendapat Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya al-Halal Wa al-Haram Fi al-Islam berkenaan dengan ciri pakaian yang sepatutnya dipakai oleh wanita, antara lain katanya:

*-Pakaian wanita muslimah hendaklah bersopan sebagaimana yang diajarkan oleh Islam. Manakala pakaian ala Islam ialah kesemua pakaian yang terkumpul padanya sifat-sifat ini:

-Pakaian itu hendaklah menutup aurat semua badan wanita keuali apa yang dibolehkan oleh al-Quran dan anggotanya yang ternampak yang menurut qaul yang diberatkan, iaitu wajah dan kedua tapak tangan sahaja.

-Pakaian itu bukan dari jenis yang jarang, sehingga dapat menampakkan apa yang dibelakangnya kerana Nabi SAW bersabda:

صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا، قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ، وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلاَتٌ، مَائِلاَتٌ رُؤُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ المَائِلَةِ ، لاَ يَدْخُلْنَ الجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيحَهَا، وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

Riwayat Muslim (2128).

Maksudnya: “Dua golongan termasuk ahli neraka ialah wanita-wanita yang berpakaian separuh bogel (kerana memakai pakaian yang nipis atau yang menampakkan susuk badan), yang berjalan dengan berlenggang lenggok (seperti perjalanan seorang pelacur), yang kepalanya terhuyung-hayang laksana kelana unta yang bergoyang-goyang, wanita-wanita itu tidak akan memasuki syurga, sedangkan bau syurga itu akan tercium dalam jarak sekian dan sekian.”

Ini kerana pakaian wanita itu tidak berfungsi menutup tubuhnya kerana terlalu nipis sehingga ternampak badannya yang berkeadaan seperti dia tidak berpakaian sama sekali.

Satu peristiwa datang serombongan kaum wanita dari suku Bani Tamim untuk menziarahi Saidatina Aisyah RA dengan berpakaian nipis, maka Saidatina Aisyah RA secara terang-terangan berkata kepada mereka: “Jika kamu sekalian dari wanita mukmin iaitu beriman dengan sebebar-benar iman, maka pakaian-pakaian yang kamu pakai ini bukanlah dari pakaian orang yang beriman.”

Dalam peristiwa lain, datang beberapa orang wanita membawa seorang pengantin perempuan yang memakai tudung yang nipis, sehingga kelihatan perhiasan kepalanya, maka Saidatina Aisyah RA berkata: “Wanita yang memakai seperti ini, ialah wanita yang tidak beriman.”

*-Pakaian itu tidak terlalu sempit sehingga melekat pada semua anggota badan, dan kerana itu ternampaklah susuk badan wanita itu, meskipun pakaian itu tidak nipis seperti pakaian moden masa kini. Maka pemakai pakaian seperti ini tidak terlepas dari maksud hadis di atas sebagai wanita-wanita yang separuh bogel bahkan pakaian seperti ini tidak terlepas dari maksud hadis di atas sebagai wanita-wanita yang separuh bogel bahkan pakaian seperti ini lebih mudah memberifitnah kepada pemakaianya.

*-Pakaian itu bukan dibuat khusus untuk kaum lelaki seperti pakaian pantelon atau seluar ketat dan sebagainya yang sudah terkenal pada masa kini, kerana Rasulullah SAW pernah melaknat wanita-wanita yang menyerupai lelaki sebagaimana Baginda melaknat lelaki yang menyerupai wanita. Demikian Baginda melarang wanita memakai pakaian lelaki dan lelaki memakai pakaian wanita.

*-Jangan sampai pakaian itu sudah terkenal sebagai pakaian orang-orang kafir dari kaum Yahudi, kaum Nasrani dan kaum Wathani penyembah api dan berhala kerana keinginan hendak meniru atau menyerupai orang-orang ini sangat dilarang oleh Islam yang mahukan lelaki dan wanitanya berlainan dari mereka dan bebas dalam bentuk dan rupa. Kerana itulah Islam memerintahkan kita supaya bersikap berbeza daripada orang-orang kafir itu dalam banyak hal yang mana disimpulkan oleh Rasulullah SAW:
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

Maksudnya: “Siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka samalah dia seperti mereka.”
(Riwayat Ahmad (8/44), Abu Daud (4031) dan al-Tabarani (8/179)

*-Wanita muslimah hendaklah bersopan santun dalam perjalanannya dan dalam bicaranya menjauhi minat orang dalam segala gerak geri badannya dan penonjolan wajahnya kerana sikapnya bergaya dan menggoda itu adalah tabiat perempuan lacur dan bukan dari tingkah laku wanita muslimah. Firman Allah SWT:

فَلا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلاً مَعْرُوفاً

Maksudnya: Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (sentiasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu). (Surah al-Ahzab: 32)

*-Jangan sekali-kali wanita muslimah itu sengaja menarik perhatian lelaki kepada apa yang disembunyikan dari perhiasan dirinya dengan memakai wangian macam mana sekalipun atau memakai benda-benda yang berbunyi dalam rentak langkah kakinya atau seumpamanya. Allah SWT berfirman:

وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا

Maksudnya: Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka. (Surah al-Nur: 31)

Pada zaman jahiliah, apabila seseorang wanita itu berjalan dengan menghentak-hentak kaki supaya menarik perhatian orang ramai agar mereka memperdengarkan gelang kakinya, maka perbuatan seperti itu boleh menghidupkan khayalan lelaki yang menyimpan gelora nafsu syahwat yang jahat terhadap wanita itu. Perbuatan seperti itu menunjukkan bahawa wanita itu menyimpan niat buruk untuk menarik dan minat golongan lelaki terhadapnya.

Dalam maksud ini juga, dari segi hukumnya apabila seorang wanita memakai wangian dan bau-bauan yang mengharumkan sesiapa sahaja yang menghidunya untuk membangkitkan nafsu dan menarik perhatian lelaki kepadanya. Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا اسْتَعْطَرَتِ المَرْاةُ فَمَرَّتْ عَلَى الْقَوْمِ لِيَجِدُوا رِيحَهَا فَهِيَ كَذَا وَكَذَا

Maksudnya: “Apabila seseorang wanita itu memakai wangian, lalu dia melintas tempat perkumpulan (lelaki), maka dia begini dan begini..” Riwayat Abu Daud (4713)

Dan riwayat yang lain menyebut:

كُلُّ عَيْنٍ زَانِيَةٌ وَالمْرَاْةُ إِذَا اسْتَعْطَرَتْ فَمَرَّتْ بِالْمَجْلِسِ فَهِيَ كَذَا وَكَذَا يَعْنِي زَانِيَةً

Maksudnya: “Setiap mata melakukan zina. Apabila wanita memakai wangian, lalu dia melintasi tempat duduk sekumpulan orang lelaki supaya mereka tercium baunya, maka dia samalah seperti wanita pelacur.” Riwayat al-Tirmizi (2786)

Kesimpulannya, kita tahu bahawa islam tidak memaksa kaum wanita supaya duduk di dalam rumah sahaja dan tidak keluar dari rumahnya melainkan kubur, sebagaimana yang didakwakan oleh sesetengah orang.

Bahkan wanita Islam membenarkan wanita keluar untuk menunaikan solat, mencari ilmu serta memenuhi keperluan dirinya serta kepentingan agama dan dunianya dibolehkan. Sebagaimana contoh, yang dilakukan oleh isteri-isteri para sahabat dan generasi yang akan datang selepas mereka dikira dari sebaik-baik zaman. Di antara mereka, ada yang keluar untuk menyertai kaum lelaki dalam peperangan dalam penaklukan yang dipimpin oleh Rasulullah SAW sendiri berterusan kepada zaman para khalifah yang empat dan pemimpin-pemimpin Islam yang lain. Rasulullah SAW bersabda kepada isterinya Saudah RA:

قَدْ أَذِنَ الله لَكُنَّ أَنْ تَخْرُجْنَ لَحِوَائِجِكُنَّ

Maksudnya: “Sebenarnya Allah telah membenarkan kamu (kaum wanita) keluar untuk memenuhi urusan-urusan kamu.” Riwayat al-Bukhari (5237)

Dan sabdanya lagi:

إِذَا اسْتأذَنَتْ اِمْرَأَةُ أَحَدِكُمْ إِلَى المَسْجِدِ فَلاَ يَمْنَعَهَا

Maksudnya: “Apabila salah seorang isteri kamu meminta izin pergi ke masjid, maka janganlah melarangnya.” Riwayat al-Bukhari (5238)

Dan sabdanya lagi:

لاَ تَمْنَعُوْا إِمَاءَ اللهِ مَسَاجِدَ اللهِ

Maksudnya: “Janganlah kamu melarang hamba-hamba Allah (iaitu kaum wanitanya) dari pergi ke rumah-rumah Allah (masjid).” Riwayat Muslim (442)

Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
03 Zulkaedah 1436H bersamaan 18 Ogos 2015
Sumber: Majlis Agama Islam WP

Jadi, jangan jadi sombong angkuh kata begitu... setiap yang kita pakai bukan kita sahaja tanggung dosa, tapi orang lain turut terlibat sama... 

sumber: google images

Tak nak lihat aurat orang, kalau boleh memang tak nak... tapi dah macam mana di akhir zaman ni... kadang tertayang di depan mata kan... Jadi kena la minta suami selalu tundukkan pandangan. Ada rakan sejawat MF yang lain, dia lelaki muda... dah berkahwin... tapi masa memula kenal tuh, pelik kenapa dia pakai spek hitam... dan tunjuk jalannya... bila lama tu dan MF perhatikan.. baru MF faham kenapa dia pakai spek hitam je memanjang... kecuali waktu makan dan solat je dia buka spek tuh.. sampai tahap macam tu la kan... 

Buat yang baca entry ni.. moga kita istiqamah jaga aurat... sayangkan suami, sayangkan ayah, sayangkan abang dan saudara lelaki kita... Jangan biarkan mereka terheret dengan dosa sebab ego kita tak nak berubah dan nak melawa...dan jadi wanita penggoda... Nak bergaya berfesyen boleh, asalkan jaga syariat dan batas-batasnya... Islam tak tolak pun feysen dan bergaya untuk cantik, tapi ikutlah panduannya. Agar apa yang kita buat pakai, Allah redha... buat apa cantik tapi Allah murka kan...