GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Trend Makan Pedas Berapi, Tak Bahaya Ke?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Trend Makan Pedas Berapi, Tak Bahaya Ke? | Zaman sekarang, tengok makin menjadi-jadi trend makan pedas... Ayam lah, mee segera lah, ramen lah.. macam-macam lagi...

Macam-macam trademark pengeluar makanan pedas.

"Pedas gilerr"

"Pedas berapii"

dan pelbagai lagi...

Kadang seram betul tengok yang sanggup makan pedas, sampai merah muka... sampai geleng kepala.. terfikir juga... tak bahaya ke makan pedas sangat nih... Tak luka ke usus tu dok makan pedas gitu...

Ini jawapannya dari pakar kesihatan pasal makanan pedas.

megi pedas giler, mcd pedas, makanan pedas, manfaat makan pedas, viral, trend makan pedas
sumber: google images

Trend Makan Pedas Berapi, Tak Bahaya Ke?

Jawapan bagi persoalan ini adalah, makanan pedas yang mengandungi Capsaicin sebenarnya mempunyai manfaat dan baik untuk kesihatan 😍


Manfaat makan pedas

#1 Ulser Perut

Cili bukan sahaja TIDAK menyebabkan ulser (luka) diperut, malah ia berfungsi sebagai pelindung.

Capsaicin boleh menyekat rembesan asid, merangsang alkali dan rembesan mukus serta melancarkan peredaran darah di dalam perut. Ini mampu melindungi lapisan dalam perut dari terluka.

#2 Buasir

Kajian menunjukkan cili TIDAK mempunyai kesan kepada masalah buasir. Tetapi sesiapa yang mempunyai luka di dubur perlu berhati hati kerana makanan pedas menyebabkan luka menjadi pedih.😣
.
megi pedas giler, mcd pedas, makanan pedas, manfaat makan pedas, viral, trend makan pedas






KESAN MAKAN PEDAS BERLEBIHAN

Semua benda jika diambil secara berlebihan menyebabkan masalah... Setakat sekali nak cuba makan makan pedas viral takde masalah... Tapi kalau dah setiap minggu makan... Ini yang akan korang dapat.

#1 Masalah Penghadaman

Walaupun ia tidak menyebabkan ulser perut, cili boleh menyebabkan sakit perut pada sesetengah individu.

Ia boleh mengakibatkan 
- Irritable Bowel Syndrome
- Makanan tidak hadam
- Sakit perut.

Pada sesiapa yang sering mengalami sakit perut apabila makan makanan pedas, sila berhati hati.

#2 Mencederakan rongga mulut dan saluran pemakanan

Terdapat beberapa kes melibatkan peserta makan cili & selebriti YouTube yang makan cili dalam kuantiti berlebihan. Peserta pertandingan itu muntah dengan dasyat sehingga esofagusnya terkoyak 😱. Selebriti youtube itu pula pengsan dan meracau sehingga perlu diberi bantuan kecemasan. 

Kesimpulan

Walaupun pengambilan cili mempunyai manfaat kesihatan,jangan ambil dalam kuantiti yang terlalu banyak.

Khasiat cili ini TIDAK termasuk produk makanan yang telah di proses seperti Sos Cili, serbuk perasa cili dan bahan proses lain yang tinggi garam.

Owh ya, ayam goreng yang sedang viral itu pun termasuk bahan yang telah diproses. 

Jadi, berpada kalau nak makan... Dan kebanyakan makan pedas sekarang adalah makanan segera yang diproses... hehe...

Kredit info: Public Health Malaysia.

4Ulasan

  1. betul tu..jangan pula gi makan setiap hari!!

    BalasPadam
  2. batul tu..takleh makan hari2..oedih perut tu tambah kalau ada masalah gastrik tu

    BalasPadam
  3. saya ni memang suka try makanan pedas yang viral tu tapi saya limitkan sebulan dua kali je

    BalasPadam
  4. saya kalau pedas sangat sangat memang takkan makan sebab taktahan perut

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ