GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

4 Cara Redakan Demam, Batuk, Kahak dan Selesema Anak Dengan Lemon

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat

Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer




4 Cara Redakan Demam, Batuk, Kahak dan Selesema Anak Dengan Lemon | Lemon adalah natural remedy yang tak ramai orang tahu... Orang ingat lemon untuk kuruskan badan je..

Tapi sebenarnya, Allah jadikan lemon sebagai penawar dan anti bakteria yang bagus. Jadi tak mustahil lemon dijadikan satu Essential Oil yang berguna untuk kesihatan.

Bila cuaca tak menentu, mengundang virus dan bakteria dalam rumah. Bagi anak kecil, inilah masanya imun badan bekerja. Akhirnya, jadilah demam, batuk dan kahak pada anak-anak.

Sekarang ni lagilah.. Tengah musim virus dan bakteria aktif nih.. Ramai anak-anak demam dan batuk.

Kat klinik penuh orang... Tak cukup kat klinik kerajaan, klinik swasta pun sama. MF tak terkecuali. Minggu ni sangat berkejar-kejar dengan kerja dan anak-anak yang tak sihat.

Dah usaha pelbagai cara, akhirnya MF back to natural remedy... Selain bawang putih, MF suka guna lemon untuk bantu imun badan anak melawan bateri dan virus. Kita usaha ja.. Allah Yang punya kuasa menyembuhkan. Dah ubat tak berkesan.. Kita guna lah alternatif lain.

Tak susah nak redakan demam dan batuk dengan lemon.. Ada 4 cara nak guna lemon sebagai agen penyembuh semula jadi.

Ini MF kongsikan...

4 Cara Redakan Demam, Batuk, Kahak dan Selesema Anak Dengan Lemon

Salah satu cara nak turunkan suhu badan anak adalah dengan menggunakan lemon. Ini kerana lemon membantu untuk menurunkan suhu badan yang panas dengan cepat.

Cara nak buat pun senang sahaja. Bahan-bahan yang kita perlukan hanyalah lemon dan air. Lemon boleh dihiris mahupun diperah untuk mengambil jusnya.

4 Cara Redakan Demam, Batuk, Kahak dan Selesema Anak Dengan Lemon

1. Air perahan lemon + air (Nisbah 1:1)

– Perah lemon ke dalam mangkuk dan campurkan dengan air.
– Masukkan ke dalam botol spray dan semburkan di kepala anak kita supaya sentiasa basah. Boleh juga di rendam dengan kain dan diletakkan di kepala si manja.

2)Rendam sarung kaki (stokin)

Selain itu, basahkan sarung kaki anak di dalam campuran air lemon sekejap.Angkat sarung kaki, perah sedikit bagi lembab. Pakaikan sarung kaki kepada anak pada waktu malam.

3)Hirisan lemon

– hiriskan lemon dan lekatkan di tapak kaki mereka dan selotapekan lemon itu supaya tak tanggal. Ni kalau nak buatlah time anak dah tidur.. Kang ditanggalnya kang...

– Spray kan kaki dan kepala si manja dengan air perahan lemon juga supaya kaki mereka sentiasa basah. In sya Allah cepatlah turunnya suhu yang panas tu.

4)Mandi air lemon

1- Penuhkan bekas mandian dengan air suam
2- Potong 1-3 biji lemon dan letakkan di dalam air
3- Biarkan lemon terendam di dalam air selama 2 minit
4- Siap boleh mandikan bayi.

Kalau anak dah besar... Bilasan terakhir bilas dengan air perahan lemon ni... Hirisan lemon tu buat gosok pada kepala dan tapak kaki...

Itulah caranya kalau nak guna lemon sebagai remedi ni takde lah tindak balas cepat.. Slow tapi berkesan... Kena buat banyak kali... Tapi insya Allah... Buat sambil selawat.. Ulang 3 kali... Insha Allah dengan izin Allah... Akan reda demam, batuk dan kahak.

Untuk jangka masa panjang... Diffuse lah rumah dengan essential oil lemon.. Insha Allah.. Rumah pun bau segar je.. Bakteria dan virus pun lari... Insha Allah...

Semoga bermanfaat...

2Ulasan

  1. Saya selalu amalkan madu dan perahan lemon jika selesema atau batuk. Jikatak reda,baru ambil ubat batuk dan selsema.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ