GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Rahsia Surah al-Fatihah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Rahsia Surah al-Fatihah

Rahsia Surah al-Fatihah

Antara beberapa nama dan rahsia surah Al Fatihah

#1 Dinamakan juga as-Solat

Surat Al-Fatihah  dinamakan pula Alhamdu (الْحَمْدُ) ,  juga disebut As-solat (الصَّلَاةُ) kerana berdasarkan sabda Nabi Shallallahu'alaihi Wasallam dari Tuhannya yang mengatakan:

" قَسَمْتُ الصَّلَاةَ بَيْنِي وَبَيْنَ عَبْدِي نِصْفَيْنِ، فَإِذَا قَالَ الْعَبْدُ: الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ، قَالَ اللَّهُ: حَمِدَنِي عَبْدِي "

Aku bagikan solat antara Aku dan hamba-Ku menjadi dua bahagian. Apabila seorang hamba mengucapkan, "Alhamdu lilldhi rabbil 'dlamlna" (Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam), maka Allah berfirman, "Hamba-Ku telah memuji-Ku." [Hadis Riwayat Muslim]

Surat Al-Fatihah disebut pula Salat, kerana ia merupakan syarat di dalam solat.

#2 As-Syifa'

Surat Al-Fatihah dinamakan pula Syifa (الشِّفَاءُ) , seperti yang disebutkan di dalam riwayat Ad-Darimi melalui Abu Sa'id secara marfu, yaitu:

" فَاتِحَةُ الْكِتَابِ شِفَاءٌ مِنْ كُلِّ سُمٍّ"

Fatihatul kitab (surat Al-Fatihah) merupakan ubat penawar bagi segala jenis racun.

#3 Rukyah

Surat Al-Fatihah dikenal pula dengan nama Ruqyah (الرُّقْيَةُ), seperti yang disebutkan di dalam hadis Abu Sa'id yang sahih. iaitu ketika dia membacakannya untuk mengubati seorang lelaki sihat (yang tersengat kalajengking). Selepas itu Rasulullah Shallallahu'alaihi Wasallam bersabda kepada Abu Sa'id (Al-Khudri):

" وَمَا يُدْرِيكَ أَنَّهَا رُقْيَةٌ؟ "

Siapakah yang memberi tahu kamu bahwa surat Al-Fatihah itu adalah ruqyah? [Hadis Riwayat Al Bukhari]


Olahan dari Sumber : Aplikasi Tafsir Ibn Kathir
Ustaz Muhammad Amin Ismail via telegram channel



Kesimpulan

Surah al-Fatihah boleh jadi penawar dan juga jadi pendinding untuk kita. Memang banyak rahsia surah ini, kerana itu ianya merupakan rukun dalam solat. Tak solat tanpa baca al-Fatihah. 

Jadi, apa-apa sakit, tak tau nak baca apa... baca al-Fatihah dengan sepenuh hati dan niat serta doa bersungguh-sungguh kepada Allah. Insha Allah akan dipermudahkan dan dimakbulkan. 

Ajar juga anak-anak kita lazimi baca al-Fatihah.. biar lekat dibibir dan sentiasa bermain di hati sebagai zikir lazim. insha Allah... 

Sama-sama kita amalkan.

2Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ