GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Pesan Ustaz, Jangan Sesekali Tinggal Amalan Ni Kalau Nak Kaya

Mengapa Solat Dikaitkan Dengan Rezeki?
============== 


Cara murah rezeki


1. Dalam Surah Taha, Allah menyebutkan hubungkait antara solat dengan rezeki. Seolah, kedua elemen ini saling berkaitan. Firman Allah:

وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا ۖ لَا نَسْأَلُكَ رِزْقًا ۖ نَّحْنُ نَرْزُقُكَ ۗ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَىٰ

“Dan perintahkanlah keluargamu untuk mengerjakan solat, hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.” (Surah Taha: 132)

2. Ketika menghuraikan ayat ini, al-Imam Ibn Kathir menyebutkan:

يعني إذا أقمت الصلاة أتاك الرزق من حيث لا تحتسب

“Iaitu sekiranya engkau bersabar mendirikan solat, Allah akan mengurniakan kamu rezeki dalam keadaan yang kami tidak sangka-sangka”. (Ibn Kathir)

3. Kenyataan Ibn Kathir ini seakan memberikan gambaran bahawa sabar dalam menunaikan solat akan membuka pintu rezeki. Kita juga seharusnya faham bahawa rezeki tidak semestinya datang dalam bentuk wang ringgit. 

Adakalanya rezeki datang dalam bentuk kurniaan anak-anak yang soleh, ia adalah anugerah yang tidak ternilai. Adakalanya ia datang dalam bentuk ketenangan jiwa, satu anugerah yang tidak diperoleh dengan wang. Adakalanya rezeki datang dalam bentuk kesihatan.

4. Atas sebab itu al-Imam al-Zamakhshari merekodkan kisah Bakar ibn Abdullah al-Muzani, seorang Tabie yang soleh yang memerintahkan ahli keluarganya mendirikan solat ketika ditimpa ujian. Kata al-Zamakhshari:

بكر بن عبدالله المزني – رحمه الله تعالى - إذا أصاب أهله خصاصة قال : قوموا فصلوا, ثم يقول: بهذا أمر الله تعالى ورسوله

“Sesungguhnya Bakr ibn Abdillah al-Muzani, sekiranya beliau ditimpa kesusahahan, maka dia akan meminta ahli keluarganya mendirikan solat lalu berkata: Dirikanlah solat, kerana beginilah yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya.” Lalu dibacanya ayat dari surah Taha tadi.

5. Begitulah al-Muzani mendidik ahli keluarganya tentang solat. Apabila kita memerlukan sesuatu, maka mohonlah kepada Allah. Dirikanlah solat dan mengadu kepada Allah. Bukan mengadu dalam facebook.

6. Urwah ibn al-Zubayr melihat ayat ini dari sudut pandang yang berbeza. Apabila beliau melihat ahli keluarganya tidak memiliki kemewahan dunia seperti orang lain, dia lalu membacakan ayat dari Surah Taha di atas mengingatkan mereka agar sentiasa mendirikan solat dan pada Allah lah segala ketentuan rezeki mereka.

7. Begitu juga dengan Saidina Umar al-Khattab yang dikatakan sentiasa mendidik ahli keluarga beliau mendirikan solat, tidak kira saat susah atau senang. 

8. Didiklah anak-anak kita untuk mendirikan solat dalam apa jua keadaan. Apabila ditimpa kesusahan, dirikanlah solat dan mohonlah bantuan dari Allah. Apabila dikurniakan kesenangan, bangun dan tunaikanlah solat, lambang syukur hamba kepada Allah. 

Kredit :
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

Lagi banyak rezeki, sepatutnya lagi banyak solat sunat kita kena buat sebagaimana para Sahabat dulu.

Makin kaya makin tunduk dan tawaduk. 

Bukan makin kaya makin lupa diri, makin sombong hingga tak boleh ditegur. Bangga diri seolah-olah rezeki tu dari dia bukan dari Allah.

Nauzubillah... Biarlah tak cukup kaya, tapi cukup rezeki.

Semoga bermanfaat... 

1Ulasan

  1. Itulah kadang-kadang kita terlepas pandang atau ambil remeh solat-solat sunat semua tu

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ