GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Kitaran haid yang normal bagi wanita

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Kitaran haid yang normal bagi wanita | Haid adalah satu tanda akil baligh bagi wanita. Senang je nak tau kan... Haid ni berkaitan dengan kitaran untuk menandakan kesuburan setiap wanita.

Memang masalah kalau kitaran ni tak tentu atau jangka waktu yang tak sama setiap bulan.

Haid adalah pendarahan bulanan bagi setiap wanita. Apabila anda mendapat haid, tubuh badan akan akan menggugurkan lapisan rahim. Darah haid akan menggugur dari dinding rahim dan keluar melalui pembukaan kecil di serviks dan seterusnya melalui vagina. Kebiasaannya haid berlaku selama 3 hingga 5 hari.

Kitaran haid yang normal bagi wanita

Apabila haid datang secara teratur, ini dipanggil sebagai kitaran haid. Kitaran haid secara tetap menandakan bahawa tubuh badan berfungsi dengan normal. Kitaran haid menyediakan bahan kimia yang penting, yaitu hormon, bagi menjaga kesihatan. Ia juga membantu badan bersedia untuk mengandung pada setiap bulan kitaran haid berlaku.

Kitaran haid dikira dari hari pertama haid hingga hari pertama haid seterusnya.

Kitaran haid yang normal bagi wanita

Purata kitaran haid adalah 28 hari. Kitaran boleh berlaku antara 21 hingga 35 hari pada wanita yang berdewasa dan 21 hingga 45 hari pada remaja muda

Kenaikan dan kejatuhan tahap hormon akan mengawal proses kitaran haid pada setiap bulan.

Jadi, kalau di luar waktu itu dikira darah istihadhah atau darah penyakit.

Jika dikira dari aspek hukum, waktu haid ada perkara yang dilarang. Tapi kalau waktu istihadhah tiada larangan untuk solat bahkan wajib solat, Puasa dan buat ibadah yang lain.

Tempoh panjang haid juga diambil kira juga. Menurut mazhab Syafie, tempoh minimum haid ialah sehari semalam... Dan maksimumnya ialah 15 hari. Lebih dari 15 hari dikira darah istihadhah juga.

Kitaran haid yang normal bagi wanita

Itulah serba sedikit bab fiqh wanita yang wajib semua wanita ketahui dan pelajari.

Kadang kita keliru dengan darah yang kita lalui setiap bulan kan... Sebab bila ianya melibatkan hormon ni lain macam... Sebab banyak faktor boleh jadikan haid kita terlalu awal atau terlalu lewat... Antaranya stress, pemakanan dan faktor-faktor persekitaran yang lain.

Jadi, kalau keliru juga boleh rujuk doktor untuk tentukan status darah itu... Dan rujuk ustaz ustazah untuk dapatkan status hukum darah itu...

Sekian, semoga bermanfaat... 

3Ulasan

  1. Salam Kak Maria.

    Terima kasih untuk perkongsian ni.

    Syukur alhamdulillah. Period Ruby normal.

    Pernah juga lalui situasi darah istihadah. Lepas berhenti pil perancang. Memang seksa sangat tiap kali nk solat nk tukar pad. Hehe #pengalaman.

    Bab fiqh wanita ni memang wajib semua wanita ketahui dan pelajari.

    Tq for sharing 😊

    BalasPadam
  2. terima kasih atas perkongsian. nampak macam isu biasa je kan tapi sebenarnya amat penting untuk tahu dan faham.

    BalasPadam
  3. Ada ramai anak2 gadis yang tak peka soal kitaran haid ni. Bagus entri ni .. semoga ia dibaca oleh mereka yang mahu pencerahan mengenai kitaran haid ni.

    HasrulHassan

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ