GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Ini Harga Oksigen Yang Kita Sedut Setiap Hari!


Nikmat Allah Yang Maha Hendak Kau dustakan


Tahukah kita harga Oksigen di hospital?
= RM10/liter..

Tahukah kita harga Nitrogen di hospital ?
= RM3/liter..

Tahukah kita bahawa dalam sehari manusia menyedut sebanyak
2.880 liter Oksigen, dan 11.376 liter Nitrogen ?

Jika dinilai dengan ringgit, Oksigen & Nitrogen yang kita hirup, ia bernilai RM56,060/hari untuk setiap manusia.

Jika jumlah RM56,060 X 365 hari, maka jumlah kos untuk oksigen & nitrogen untuk seorang manusia ialah RM20,461,900

Orang yang paling KAYA sekalipun tidak akan sanggup membayar nilai nafas sendiri untuk hidup, jika nikmat Allah SWT dirumus dalam bahasa perniagaan.

Masihkah kita MALAS BERSYUKUR ?

Untuk nikmat pernafasan sahaja ia bernilai RM20,461,900 secara tahunan jika di kira purata umur 63 tahun berpandu umur Nabi Muhammad saw RM20,461,900 x 63 tahun =RM 1,289,099,700 (hampir 1.3 billion ringgit) perlu di belanjakan, Namun ia PERCUMA!

Maka benarlah pertanyaan Allah berkali-kali dalam al-Quran :

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? (Surah Ar-Rahman)


Dah la tak bersyukur bahkan tak ingat nikmat ni hingga sanggup buat maksiat dan kemungkaran...

Lepas tu bila Allah murka, Allah hukum kata Allah kejam... Huhu.... Sedangkan kita yang menzalimi diri kita sendiri.

Pelbagai peringatan dan panduan untuk hidup kita telah diberi dan disampaikan Allah melalui Rasulullah SAW. Tapi tak ramai yang ambil peringatan dan pengajaran. Tetap ikut nafsu dan kehendak sendiri tanpa berlandaskan syariat Allah.

Nauzubillah...

Kejamnya kita kat diri kita... Membiarkan diri dalam kebinasaan dan menuju hukuman Allah di neraka...

Tapi.. Jangan risau..

Andai kata cepat tersedar...

Cepat-cepat taubat dan istighfar... Allah tu Maha Pengampun dan Maha Penyayang... Salah berkali pun, Allah tetap ampunkan kalau kita benar-benar taubat...

Sayangnya Allah kat kita kan... 

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ