GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Ini Doa Minta Murah Rezeki yang diamalkan Neelofa

Ini Doa Minta Murah Rezeki yang diamalkan Neelofa

Doa murah rezeki

Ya Allah, 
Yang Maha Pemurah,
Yang Maha Perancang,

Berikanlah aku rezeki seluas langitMu, 
Rezeki yang berkat, 
Rezeki yang tidak pernah putus seperti air Zam-Zam Mu, 
Rezeki yang bertebar ke seluruh dunia seperti bertebarnya air Zam- Zam Mu,
Rezeki yang membawa kebaikan, yang membawa aku ke syurgaMu.
Rezeki yang tak disangka, 
Rezeki yang menjangkau akal fikiran, 
rezeki yang membantu aku untul berdakwah, 
rezeki yang boleh membawa aku, keluarga, sahabat, guru-guru dan semua yang mengenali ku ke syurga.

Doa ni nampak biasa... Tapi ianya boleh jadi luar biasa jika cukup 5 syarat ni...

Syarat 5 doa makbul:

1. Doa dengan penuh khusyuk dan merendah diri 
2. Doa dengan bersungguh-sungguh
3. Doa dengan penuh sifat kehambaan
4. Sentiasa berdoa bukan doa hanya ketika susah dan nak minta sesuatu. Tapi doa dilazimi dalam kehidupan  dan sebagai amalan tetap.
5. Doa yang diiringi dengan usaha yang bersungguh.


Doa, mintalah dengan penuh kesungguhan dan mintalah dengan penuh rasa rendah diri... 

Doakan juga untuk diri kita untuk istiqamah untuk melakukan dan melaksanakan perintah Allah. 

Tambahan doa, 

Ya Allah... 
Rezeki kan aku dengan sifat kehambaan
Istiqamah kan aku dengan jalan takwa
Berikan aku kekuatan untuk melaksanakan perintah Mu dengan sempurna. Seperti solat di awal waktu dan menutup aurat dengan sempurna. 

Ya Allah, 
Aku insan yang lemah... 
Bantu aku, 
Kuatkan semangat ku... 

Tunjuki aku jalan yang diredhai Mu... 
Bantulah aku untuk mencari syurga Mu... 

Ampunkanlah dosa ku, dosa kedua ibu bapaku, dosa guru-guru ku, dosa sesiapa sahaja yang berbuat baik kepada ku, dosa sesiapa sahaja yang kenal aku...

Sejahtera kan lah Nabi Muhammad SAW dan keluarga baginda seluruhnya. 

Ameen... Ya Rabbal 'alamin... 

0Ulasan