GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Hukum Memijak dan Menghina al-Quran

Hukum Memijak dan Menghina al-Quran | Tular video pasal seorang perempuan mengaku zina dan Memijak sebuah kitab berwarna hijau yang dikatakan kitab Al-Quran. 

Video tu pastilah mengundang kemarahan ramai umat Islam. 

Alhamdulillah... Umat Islam kita masih sensitive bab macam tu. 

Dan bila ada yang tanya bab hukum... Ini jawapannya dari orang yang berilmu... 


Hukum menghina alQuran

Larangan Menghina al-Quran

=========== 
1. Mencintai al-Quran adalah salah satu tanda kecintaan seorang hamba kepada Allah. Kata al-Imam Sahl al-Tustari:

علامة حب الله حب القرآن

“Tanda-tanda kecintaan seseorang itu pada Allah (dan Allah mencintainya) adalah dengan mencintai al-Quran.”

2. Perkara ini turut dijelaskan oleh Saidina Abdullah ibn Mas’ud. Beliau berpesan:
 
لا يسأل أحدكم عن نفسه إلا القرآن فإن كان يحب القرآن فهو يحب الله وإن كان يبغض القرآن فهو يبغض الله ورسوله

“Janganlah seseorang itu sibuk bertanya perkara-perkara lain tentang dirinya melainkan al-Quran. Sekiranya dia mencintai al-Quran iaitu Kalamullah, maka sesungguhnya dia mencintai Allah.” (Ibn Abid/Ubayd, Fadail al-Quran)

3. Atas sebab itu sebahagian sarjana Muslim meletakkan hukuman yang keras terhadap mereka yang mempermainkan, atau menghina al-Quran. Kata al-Imam al-Syarbini:

والفعل المكفر ما تعمده صاحبه استهزاء صريحا بالدين أو جحودا له كإلقاء  بقاذورة لأنه صريح في الاستخفاف بكلام الله تعالى والاستخفاف بالكلام استخفاف بالمتكلم

“Dan salah satu perbuatan yang boleh menyebabkan seseorang itu kufur adalah dia dengan sengaja menghina agama secara terang-terangan, atau mengingkari agama seperti mencampakkan kotoran kepada Mushaf al-Quran. Ini kerana perbuatan tersebut seolah menghina Kalamullah.” (al-Syarbini, Mughni al-Muhtaj)

4. Pandangan yang sama disuarakan oleh al-Imam Qadi Iyyad yang menyebutkan:

"اعلم أنّ من استخف بالقرآن أو بشيء منه أو سبَّه أو جحده أو حرفاً منه أو آية أو كذب ….. فهو كافر عند أهل العلم بإجماع

“Ketahuilah barangsiapa yang dengan sengaja merendahkan al-Quran (menghinanya) dengan sesuatu seperti mencacinya, mengingkarinya samada satu huruf atau satu ayat, atau mendustainya… maka dia boleh jatuh kufur.

5. Malah menurut Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986, menghina al-Quran adalah satu kesalahan undang-undang yang boleh menyebabkan seseorang itu didenda atau dipenjara.

Semoga Allah mendidik anak-anak kita mencintai al-Quran.

Kredit :
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

Kesimpulannya, boleh jatuh hukum kufur jika perbuatan tu adalah atas kesedaran sendiri... Bukan dipaksa oleh orang lain.

Bawa al-Quran dengan tangan kiri pun dah boleh dikategorikan sebagai tidak beradab dengan al-Quran, apatah lagi perbuatan Memijak, meletakkan di kaki dan sebagainya.

Nauzubillah... 

Al-Quran adalah kalamullah... Petunjuk buat kita..  Tanpa al-Quran manusia akan sesat kerana itulah wasiat yang agung ditinggalkan oleh Nabi Allah untuk kita.

Sekian.


P/s: Tak sanggup nak buh gambar orang pijak al-Quran.. Apatah lagi tengok video yang tular tu... Rasa sedih geram semua ada... Nauzubillah...

Rasanya isu ni tenggelam dek faceapps yang lebih dirasakan penting tu... Huhu..  Akhir zaman... 

2Ulasan

  1. Ada yang send video tu pada ruby. Tapi ruby tak bukak.hanya baca sinopsis yang ditulis.

    Kenapalah sanggup pijak Al quran? :(

    Baru tahu pegang Al quran dgn tangan kiri dikira tak beradab

    Tq sharing

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ