GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Hanya kerana status aku difitnah pengadu domba

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Hanya kerana status aku difitnah pengadu domba | Sedih aku pedih… itu lah ku lalui sekarang… lepas ni korang layan je lah blog ni… sebab lepas ni aku dah tak wujud kat alam nyata, tapi banyak berinteraksi dengan manusia di dunia maya… sebab rasanya lebih selamat, lebih aman…

Hanya kerana status aku difitnah pengadu domba

two faced

Saja MF nak kongsikan pengalaman kali kedua jadi mangsa pengadu domba. Kes sentap dengan status yang MF kongsikan di whatsapp status.

Seperti yang semua orang tau, MF suka kongsi tazkirah, potongan kata-kata, ayat-ayat peringatan dan nasihat secara umum di media sosial… Tak terkecuali di status whatsapp..

Rupanya ada yang sentap, dan terasa status tu untuk dia.. Malangnya, bila ada yang baca dan bertanyakan… "eh, maria tegur siapa tu"… "maria tu kenapa up status macam tu?"

Memang geram, sebab orang yang baca status tu tak tanya sendiri kat MF, tapi tanya orang lain.

Ya Allah… sedih ni bila tau…

Status tu secara umum, tegur nasihat dan ingat kat diri sendiri dan semua orang. Tapi bila ada yang salah faham… terasa dan sentap… perkara ni jadi rumit…

Tambah parah bila ada yang bawa mulut tabur fitnah pasal MF dok kata orang itu, orang ini… Allahu… sedih weyhhh…

Sedih bila sekali lagi jadi mangsa pengadu domba nih…

Semalam MF cuba tenangkan diri… sujud mohon ampun… mungkin dosa MF banyak sangat… Redha dan anggap ni ujian Allah…

Pernah dulu, perkara begini terjadi juga… Tapi itu melibatkan entry blog… Dia terasa entry MF ni dok kata kat dia.. status tu untuk dia.. dok kata MF hasut orang jangan kawan dengan dia… Hangpa rasa?

Sedih sangat…

talam dua muka

Tapi sebab dah ada pengalaman tu, kali ni MF cuba cool… bezanya, kali ni berlaku di alam realiti… kesannya, nampak macam MF ni berdosa dan bersalah… Tapi apa pun MF yakin, MF tak bersalah… Niat MF cuma nak kongsi status… untuk peringatan diri sendiri… Tapi bila berlaku macam ni… Allahu.. tak tau nak describe macam mana… siapa pernah kena, tau la pedih dia camne…

Apa pun, pembaca blog, yang telah lama kenal blog ni faham MF lagi kan… siapa aku disebalik nama Maria FIrdz…

Hmmm… doakan MF kuat ye… doakan segalanya kembali ok… MF tak suka nak gaduh masam muka dengan orang… MF pun cuba pujuk hati maaf kan orang yang buat kat MF ni…

Lepas ni MF akan jadi bisu… hanya bercakap di rumah, blog, wasap blogger, dan facebook serta instagram… MF akan zip mulut ketat-ketat… buat hal sendiri…

Itulah… layan blog lagi bagus dari layan manusia yang punyai 2 muka kan…


Itulah pengalaman kehidupan… untuk jadikan kita kuat… Apa pun MF redha dan pasti ada hikmah disebaliknya. Insha Allah…

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ