بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Doa Agar Terlepas Dari Hutang | Hutang sangat membebankan walaupun sedikit. Tak boleh tenang hidup dengan hutang tapi pelik juga orang boleh tambah hutang.

MF cukuplah dengan hutang rumah dan kereta... ni ada hutang AEON rasa tak sabar nak habiskan cepat.

Rasa rimas dengan hutang. tidur pun tak tenang. Jadi ini Nabi s.a.w ajar cara uruskan hutang dengan amalkan doa ini.


Doa Agar Terlepas Dari Hutang


Doa Agar Terlepas Dari Hutang


Dari Ali bin Abi Thalib radhiyallâhu ‘anhu, beliau berkata kepada seorang lelaki,

“ Aku akan mengajarimu beberapa kalimat yang diajarkan oleh Rasulullah shallallâhu ‘alaihi wa sallam kepadaku.

Andaikata engkau memiliki hutang sebesar gunung Shîr, Allah akan melunasinya untukmu.

Ucapkanlah, "

اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلَالِكَ عَنْ حَرَامِكَ، وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ 

“ Ya Allah, cukupilah aku dengan (rezeki) yang halal, (sehingga aku tidak memerlukan) yang haram, dan perkayalah aku dengan kurnia-Mu, (sehingga aku tidak memerlukan) siapa pun, selain diri-Mu. ”

[Diriwayatkan oleh Ahmad, At-Tirmidzy, dan Al-Hakim. Dihasankan oleh Al-Albany dalam Ash-Shahîhah no. 266]


Moga berkat doa dan amalan ini kita dipermudahkan untuk selesaikan hutang.

Hutang wajib dibayar walaupun tidak dituntut.

Kalau dah nama pinjam itu adalah hutang, jadi wajib bayar... Jangan dipaksa kepada pemberi hutang untuk halalkan hutang, sebab kita sebagai pemiutang wajib langsaikan hutang kita.


Sekian.

2 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

  1. Alhamdulillah.. Terima kasih atas perkongsian ini. LeYa pun kalau boleh nak langsaikan hutang-hutang yang ada ni sekarang je. Nak free hutang. Tapi belum mampu lagi untuk cashkan kesemuanya serentak.. Cukuplah bayar sedikit demi sedikit kan

    BalasPadam
  2. Jangan pula dah berjaya bayar hutang, kemudian berhutang lagi kan. Hehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Terbaru Lebih lama