GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Tips Jimat Masa Memasak Untuk Berbuka

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Tips Jimat Masa Memasak Untuk Berbuka | Hari pertama berpuasa.. Tapi percaya tak orang perempuan dah fikir juadah seminggu sebelum tu lagi... Haha...

Memang bulan puasa kita kurang makan... Tapi tetap kena makan. Dan bulan puasa ni kita kena cari menu yang memang sedap sebab kita makan paling kurang sekali kan... Dan selera pun tak seperti selalu.

Tu sebab orang perempuan pening fikir menu berbuka. Lagi pening kalau setiap lain-lain selera.


Bab nak masak pun satu hal. Bagi yang bekerja lagilah kan.. Melawan rasa penat bekerja.. Balik nak masak pula... Rasa lemah badan kan... Tapi gagahkan diri juga sebab dah tanggungjawab... Kang tak makan anak-anak.

Jadi, kena cari inisiatif untuk jimatkan masa kita memasak di dapur terutama bila dah nak berbuka atau waktu berbuka dah nak sampai.


Atas inisiatif tu, MF ambil langkah prepare semua barang masak seawal mungkin.

Antaranya sediakan bahan mentah yang siap diperap dengan bahan dan rempah untuk jimatkan masa di dapur.

Tips Jimat Masa Memasak Untuk Berbuka

Bahan perapan tu mudah je bahannya, bawang, serai, halia, cili, kicap. Ini yang paling asas.

Boleh buat perap ikan, ayam, sotong, udang dan juga daging.

Awal pagi dah boleh keluarkan dari pembeku ke bahagian sejuk sahaja. Bila dah petang, dekat nak berbuka boleh je terus letak dalam tray dan bakar dalam oven.

Dan mungkin kita cuma tambah bahan untuk mencicah je sebagai penyedap rasa.

Jadi, tak payah nak bersilat kat dapur lama-lama.

MF buat untuk minggu pertama cuma yang asas ni.. Maybe minggu kedua perapan dengan lada hitam pula.

Lagipun bulan puasa ni tak selera sangat nak makan yang berminyak dan pedas kan.. Jadi, jenis bakar dan berkuah sup sangat sesuai untuk menu berbuka puasa.

Cuma hujung minggu je la kita masuk dapur lama sebab nak siapkan bahan. Tapi hari-hari lain tak perlu buang masa yang lama di dapur untuk memasak.

Itu cara MF la.. Mungkin, ada tips dan cara lain juga yang bersesuaian dengan keluarga orang lain pula. 

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ