GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Siapkan Hadiah Untuk Cikgu Sekolah Anak-anak

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Siapkan Hadiah Untuk Cikgu Sekolah Anak-anak | Hari guru disambut awal tahun ni... Sebabnya tarikh 16 Mei itu kena betul tengah bulan Puasa. Jadi tak sambut la kan bagi menghormati bulan Ramadhan.


Jadi, dah banyak sekolah sambut hari guru awal. Dan terakhir bakal di sambut sehari sebelum puasa.

Sebagai cikgu, takde rasa kalut apa sangat dengan hari guru sebab semua pelajar yang buat, sebab sekolah menengah kan.

Tapi sejak anak sekolah, memang kalut... sebab nak sediakan hadiah untuk cikgu yang mengajar anak sendiri.

Memang cikgu tak meminta, tapi sebagai tanda penghargaan cikgu yang mendidik anak kita kan... sabar mengajar di sekolah... Jadi, apa salahnya berikan sedikit penghargaan.


Tahun lepas, suami buatkan button badge kat cikgu, tahun ni nak berikan yang simple je la, tapi bermakna.

Akhirnya tercetus idea nak bagi goodies ringkas untuk cikgu.

Sebagai cikgu, antara hadiah yang MF suka ialah alat tulis sebab memang kami sebagai cikgu guna alat tulis. Jadi, memang sangat berguna hadiah begitu. Bukan tak boleh nak bagi yang lain.. Tapi hadiah alat tulis dah confim cikgu akan guna.. insha Allah.


jadi, ke kedai mencari bahan, dan terus siapkan ringkas.

Hadiah Untuk Cikgu
Siapkan Hadiah Untuk Cikgu Sekolah Anak-anak

Untuk ustazah di sekolah Pasti pula.. tak tau nak bagi apa... MF hadiah kan shawl labuh... kebetulan ada stok tudung yang tak terjual tu.

j
Alhamdulillah... moga cikgunya suka lah dengan hadiah tu. Tapi MF suka je hadiah apa sahaja datang dari pelajar walaupun sebatang pen murah. Sebab hadiah paling besar MF harapkan anak-anak didik ni jadi insan yang soleh/solehah dan berjaya dunia akhirat. Maklumlah MF mengajar subjek yang bawa sampai ke mati kan... Jadi, berat tanggungjawab tu. Tapi kalau anak didik kita boleh amalkan apa yang kita ajar,.. Allahu.. happy sangat dah,,.

apa pun... settle dah satu part untuk hal esok.

Bagi yang nak sediakan hadiah hari guru, beli je pen dan letakkan reben... pun sudah memadai... insha Allah, cikgu suka je walaupun hadiah tu kecil... asalkan ikhlas kan. 

3Ulasan

  1. i would give my teachers a pen or a mug (with writing on it)back in the days. hehe

    BalasPadam
  2. Tiba tiba rasa nak jadi cikgu....dapat hadiah banyakkk...hehee.... Rindu zaman sekolah..... Selamat Hari Guru Cikgu Maria! Semoga semua guru terus tabah dalam mendidik anak anak murid sampai berjaya .... Amin...Amin...

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ