بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Kembali Semangat Berblog | Target 4 entry 1 hari | Alhamdulillah, bila rasa semangat berblog kembali. Semangat dah datang semula. Rasa nak tumpu semula kepada blog ni. Dah malas nak fikir pasal job, pasal income... Yang penting update blog macam selalu.


Bila tengok performance blog bulan lepas... menurut report Google Analytic, lebih 20% pengunjung yang lalu kembali semula mengunjungi blog mariafirdz.com, rasa semangat tu kembali semula macam dulu.


Sekarang slow slow pujuk diri, untuk blogwalking... Ziarah mana yang sempat... Ziarah balas yang pernah ziarah blog ni.


Dan matlamat blog, letakkan satu target untuk dicapai.

Untuk permulaan semangat ni, ialah target untuk update 4 entry dalam satu hari.

MF kira itu sikit, sebab masa tengah semangat dulu, sehari 10 entry MF mampu update.

Sejak setahun dua kebelakangan ni, otak macam jammed... idea kurang... dah matlamat asal macam dah hilang.

Alhamdulillah... setelah difikirkan, buat apa nak kejar benda yang kita tak tau dapat ke tak.. Baik kongsi ilmu.. sekurang-kurangnya orang boleh guna dan amal.

Jadi, bila semangat tu datang.. kena ada target untuk tak hilang semangat tu.

Cadangan 4 entry dalam 1 hari tu meliputi 4 fasa:


  • 1 entry waktu pagi, lingkungan jam 7:00 pagi hingga 9:00 pagi.
  • 1 entry waktu tengah hari , lingkungan jam 11:00 pagi hingga 1:00 petang
  • 1 entry waktu petang, lingkungan jam 3 petang hingga jam 6 petang
  • 1 entry waktu malam, lingkungan jam 8 malam hingga 11 malam. 


Kembali Semangat Berblog | Target 4 entry 1 hari

Fokus Pengisian Blog

Entry waktu pagi, fokus isi entry lebih kepada kisah motivasi, semangat, doa dan tazkirah pagi. Ye lah waktu pagi kita kena wake up dengan semangat baru yang positif.

Entry tengah hari pula, lebih kepada resepi, tips masakan, tips dapur, menu sihat sesuai dengan mood orang makan tengah hari.

Entry petang, lebih santai mungkin berkisar tentang lifestyle, pengalaman penulis, parenting, rumahtangga, suami isteri, kisah teknologi dan blog, fesyen dan kewanitaan.

Entry malam, mungkin entry muhasabah diri, tips dan info yang bermanfaat sebelum tidur.


Itu antara cadangan entry yang MF akan muatkan dalam masa sehari. Fuhh... bukan mudah ni.. rancang bukan main kan.. tapi nak buat tu mencabar.

Antara cabarannya ialah masa... sebab terhad sangat main dengan anak empat ni kan. dan satu lagi semestinya kekangan internet.

Apa pun, moga perancangan ni seiring juga dengan matlamat yang utama.

Doakan MF dapat terus menulis berkongsi ilmu dengan semua selagi hayat dikandung badan. Insha Allah.

4 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

  1. semoga terus bersemangat mengupdate blog :)

    BalasPadam
  2. waahh.. semangat betul akak.. semoga berjaya ~ :D

    BalasPadam
  3. Satu ketika PC tetapkan sasaran ..satu hari mesti kena ada 4 entri..mesti!Perah otak..lama kelamaan..sedar..apa sebenarnya yang PC nak..apa yang PC cari..kualiti atau kuantiti..nafsu dan laknat Allah..atau sedikit tapi lapang fikiran dan hati..kerana ianya melibatkan masa..terus PC kurangkan satu hari satu..kalau mampu dan nak mungkin sesekali satu hari 2 entri.
    Sungguh PC kagum dengan sahabat-sahabat blogger yang boleh update lebih daripada 1 entri sehari..Allahu..itu juga nikmat dan rezeki.Selagi Allah izin mengapa tidak..bismillah.

    BalasPadam
  4. saya sangat suka jenguk entry sis, sentiasa ada info/ilmu di dalamnya :D

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Terbaru Lebih lama