GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

5 Guru Yang TERBAIK Dalam Hidup

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


5 Guru Yang TERBAIK Dalam Hidup| Hari ini 16 Mei 2019, sekali lagi hari ulang tahun untuk meraikan para guru di Malaysia khasnya.

Guru atau popular dengan panggilan cikgu, dikenali sebagai seorang yang bertugas mendidik di sekolah tak kira sekolah tadika, taska, sekolah rendah hinggalah sekolah menengah.

Semua daripada kita dewasa hasil didikan guru. Apa pun jadi kita hari ini sedikit sebanyak hasil didikan guru sekolah.

Namun, dalam mendidik kita menjadi dewasa ada guru yang terbaik mendidik kita menjadi dewasa yang baik.

Siapa guru yang terbaik dalam hidup kita?


5 Guru Yang TERBAIK Dalam Hidup

1. Rasulullah s.a.w

Rasulullah s.a.w adalah guru dan murabbi yang terbaik bagi seluruh umat manusia.

Memang tiada yang terbaik melainkan Rasulullah s.a.w yang terbaik. Bahkan Rasulullah digambarkan sebagai sebuah al-Quran yang sangat lengkap dari semua aspek kehidupan.

Rasulullah SAW mengajar kita dari sekecil-kecil hal seperti adab nak buang air hinggalah sebesar-besar hal seperti menjadi pemimpin negara.

Rasulullah SAW adalah yang terbaik. Jadi, sepatutnya Rasulullah SAW adalah role model yang semua orang kena contohi..

Dan Rasulullah S.A.W juga tinggalkan 2 benda yang paling penting untuk kita iaitu al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w untuk jadi panduan sepanjang hidup kita. Pegang 2 ni, in sha Allah tak kan sesat hidup kita.

2. Ibu bapa

Ibu bapa adalah guru yang terawal dalam hidup kita. Sebelum kita berjumpa dengan pendidikan yang formal di sekolah, kita akan dididik oleh ibu bapa.

Sebab itu banyak pepatah Melayu dan pesanan Rasulullah SAW tentang didikan ibu bapa kepada anak.

Jadi, kemenjadian seseorang itu asasnya adalah dari ibu bapa. Ibu bapa kena jadi contoh yang baik untuk anak-anak.

Jika anak tak menjadi selepas kita memberikan didikan yang terbaik itu adalah ujian untuk kita. Tapi jika kita tak mendidik dengan baik, itu adalah salah kita sendiri sebagai ibu bapa.

Jadi, jika anak bermasalah sama-sama kita muhasabah diri sebagai ibu bapa. Di mana salah dan silap kita.

3. Guru sekolah

Selepas ibu bapa, guru sekolah adalah guru yang terbaik untuk mendidik kita. Memberi seluruh ilmu yang diperlukan dalam hidup di dunia dan di akhirat.

Bermula dari tadika hingga ke peringkat universiti, merekalah guru yang terbaik untuk kita.

Didikan mereka menjadikan kita dewasa dan berjaya hari ini. Jangan pernah lupa jasa mereka menjadikankita dewasa.

4. Pengalaman hidup.

Pengalaman itu adalah guru terbaik dalam hidup kita. Bila kita dah habis alam pembelajaran formal, Pengalaman hiduplah mengajar kita menjadi matang dan dewasa dalam hidup.

Segala liku kehidupan itulah pengalaman yang menjadikan kita semakin dewasa dan belajar sesuatu dalam hidup.

Jadi, berterima kasih lah kepada pengalaman hidup yang penuh berliku itu... Kerana itulah guru untuk menjadikan kita dewasa.

5. Rakan dan keluarga

Rakan sekeliling kita adalah guru untuk kita. Kalau baik kawan yang kita pilih, baiklah kita begitulah sebaliknya.

Namun, keluarga sentiasa menjadi guru terbaik kita sepanjang hayat kita. Tak kiralah keluarga angkat, keluarga kandung atau di rumah perlindungan itulah keluarga kita yang sentiasa mendidik kita menjadi baik.

Berterima kasih lah kepada 5 Guru terbaik dalam hidup kita.

Dan walaupun kita ada guru dalam hidup kita guru dalam diri kita iaitu iman dan akal kita tetap penting untuk memandu diri kita.. Kerana sebab itulah adanya dosa pahala dan syurga neraka. 

1Ulasan

  1. Terima kasih kerana mengingatkan. Sesungguhnya takda hadiah yg mampu membalas segala jasa golongan ni

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ