Saturday, 20 April 2019

Sambal Hijau Ikan Kerisi

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Sambal Hijau Ikan Kerisi | Hujung minggu, mula buntu fikir resepi. Semalam suami beli ikan kerisi... Sambil siang ikan, sambil fikir nak masak apa.

Nak masak kari, memang sedap, tapi nanti isinya hancur habis... Nak buat sambal merah, cili pula pedas berapi... Ntah kenapa cili kering sekarang, bukan main pedas berapi kan..


Teringatkan pokok cili dengan buah yang tengah menghijau... dalam hati terdetik nak buat kari hijau... sebab memandangkan daun kari yang segar merendang kat pokok.


Siap siang ikan, terus ke halaman rumah tengok cili hijau yang boleh dipetik... Geram tengok buah lebat... terus petik lebih kurang 10 biji yang besar-besar. Siap pakej dengan buah tomato yang bantut...


Siap petik, terus ke dapur meneruskan resepi yang diidamkan. Hajat nak buat kari hijau terbantut sebab tak cukup bahan, akhirnya bertukar resepi kepada resepi Sambal Hijau Ikan Kerisi.

Sambal Hijau Ikan kerisi

MF kongsikan resepinya yang sungguh mudah ni.

Sambal Hijau Ikan Kerisi

Bahan-bahan

Ikan kerisi yang siap digoreng garing.
*10 biji cili besar hijau
*3 biji bawang merah @ 1/2 biji bawang besar
*7 ulas bawang putih (MF memang suka letak bawang putih banyak-banyak)
*1/2 inci halia
*2 tangkai daun kari
Sedikit asam keping (dalam 1/2 inci)
1 batang serai (diketuk)
Gula dan garam sebagai perisa

Cara memasak

1. Kisar semua bahan yang bertanda *
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan serai yang diketuk.
3. Kemudian masukkan bahan yang dikisar dan asam keping. Masak hingga pecah minyak.
4. Kemudian, masukkan garam dan gula.
5. Akhir sekali, masukkan ikan kerisi goreng dan gaul rata.
6. Siap untuk dihidang!

Resepi Sambal hijau

Senang je kan... Memang wangi dan sedap. Rasa sambal ni tak pedas sangat tapi rasa manis-manis cili dan ikan tu cukup sebati.

Selamat mencuba!

3 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  2. Cantik hijau dia, rasa menarik pulak nak makan haha

    Jemput singgah https://www.farhanajafri.com/

    ReplyDelete
  3. wah...sedap nie... boleh cuba nanti

    ReplyDelete

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^