GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Dah Jadi Pelupa? Cuba Amalkan 6 Perkara Ni Supaya Jadi Pengingat Yang Setia

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Dah Jadi Pelupa? Cuba Amalkan 6 Perkara Ni Supaya Jadi Pengingat Yang Setia | Makin berusia, makin pelupa. Tapi adakah faktor usia kita jadi pelupa...

Orang kata plak.. Makin ramai anak makin pelupa.. Urat banyak putus masa bersalin.. Hahaha... Habis lelaki yang tak pernah beranak tu... Pelupa juga kan.. Ok.. Itu mitos saja.

Pelupa ni banyak sebab, antaranya stress, pemakanan yang tak seimbang dan gaya hidup yang tak sihat.

Kalau dalam Islam.. Orang yang mengamalkan zikir, solat dan al-Quran boleh jauhkan penyakit ni tapi tak bermakna tak lupa. Cuma mungkin terkawal dan tak teruk.

Apa pun.. Kita boleh usaha untuk elak dari pelupa yang kronik.


Dah Jadi Pelupa? Cuba Amalkan 6 Perkara Ni Supaya Jadi Pengingat Yang Setia. 


1. KOPI

Kopi boleh meningkatkan penampilan mental dan memori kerana kopi mampu merangsang banyak daerah dalam otak, dan boleh mengaturnya tetap berjaga, ransangan, mood dan kosentrasi. Mengikut kajian, orang dewasa yang meminum kopi sebelum ujian memori menunjukkan perkembangan yang signifikan dibandingkan mereka yang minum kopi tanpa kafein.

2. LATIHAN MENTAL


Kajian menunjukkan bahawa rangsangan mental boleh menjaga otak sihat dan meningkatkan kekuatan daya ingatan. Orang yang memiliki daya ingatan yang bagus dan cemerlang, cenderung mempunyai pelbagai keinginan dan boleh mengatasi tantangan latihan mental. Latihan mental boleh menggunakan teknik seperti puzzle, teka-teki dan minat pada bidang sosial dan budaya.

3. LATIHAN FIZIKAL

Setengah jam melakukan latihan fizikal sebanyak 3 kali dalam seminggu amat memberi kesan terhadap peningkatan kekuatan otak. Olahraga atau senaman pula boleh memperbaiki kemampuan jantung utk mengepam darah lebih efektif.

4. CHEWING GUM

Mengunyah gula-gula getah boleh meningkatkan denyut jantung sehingga memperbaiki oksigen yang dikirim ke otak dan meningkatkan kekuatan kognitif.

5. GINGKO BILOBA

Ginkgo Biloba digunakan sebagai ubat menguatkan daya ingat sejak beribu-ribu tahun yang lalu. Ginkgo boleh memperbaiki perjalanan darah ke otak dangan membesarkan pembuluh darah sehingga meningkatkan bekalan oksigen.

6. MINYAK IKAN

Minyak ikan banyak mengandungi asid lemak Omega 3 yang merupakan komponen penting dari membran sel otak dan boleh memperbaiki kekuatan daya ingatan.

Tambahan
Al-Quran boleh menjadikan kita pengingat yang setia. Memang ada kajian barat... Bacaan ayat al-Quran boleh tingkatkan daya ingatan kita.

Orang yang selalu melazimi bacaan al-Quran juga dapat mencegah penyakit nyanyuk dan lupa.


Yang penting... Jaga pemakanan, amalkan gaya hidup sihat dan kawal stress... Insha Allah... Semuanya baik-baik sahaja.

2Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ