بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Bubur Ayam ala McD Mudah | Minggu lepas suami sakit tekak... Nak menelan makanan pun susah. Tambah dengan anak-anak pun batuk juga...

Jadi, resepi yang sesuai bubur.

Teringat bubur ayam yang sedap dan lama tak makan sejak boikot... Iaitu bubur ayam McD. Jadi, MF cubalah buat untuk keluarga.

RESEPI BUBUR AYAM ala McD

Bubur Ayam ala McD Mudah

Bahan-bahannya 

Beras 1 cwn ( cuci / toskan )
Air ( 5 cawan )
Halia ( hiris )
Bawang merah ( hiris )
Bawang putih ( hiris )
Air rebusan ayam
Kiub pati ayam
Minyak masak ( 3 sudu )
Garam / perasa

Caranya : 

Masak beras macam biasa atas api. kacau sampai lembik. Kalau kurang air tambahkan air rebusan ayam sampai jadi bubur. Tapi MF guna periuk yang memang ada fungsi untuk masak bubur. Jadi, lebih mudah la.

Panaskan kuali masukkan minyak , masukkan bawang merah , bawang putih & halia . Masakkan sampai betul-betul garing .

Kemudian tuangkan bahan yang digoreng tadi ke dalam periuk bubur , masukkan ayam & kiub pati ayam dan kacau sampai masak serta masukkan perasa .

Tutup api , letak bubur dalam mangkuk , hiaskan dengan daun bawang , daun sup dan bawang goreng .

Kalau nak pedas letak lada sulah & cili merah.

MF juga buatkan sup untuk bubur ini.. Sebab nak bagi macam ada kuah sikit.

selamat mencuba !

3 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

  1. Nampak sedap sangat dah tu..yumsssss

    BalasPadam
  2. sedap nih.... yg takde masalah pun blh abis 2 mangkuk nih hehehhe

    BalasPadam
  3. nampak macam senang je nak buat..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Terbaru Lebih lama