Monday, 1 April 2019

Awas dengan 3S Ini!

3s yang melalaikan manusia terutamanya remaja masa kini...

1. Seks. 
Setiap hari boleh dikatakan ada saja kes pembuangan bayi kan... Nauzubillah... 😢

2. Sukan
Sukan yang melalaikan... Bola sepak pun boleh mencetuskan pergaduhan... Dengan tak tutup auratnya lagi dengan alasan sukan... Agama letak ke tepi. 

3. Song (lagu) 
Lagu yang sentiasa melalaikan dah cinta yang melampau kepada manusia. Kalau dulu zaman MF, lagu nasyid sama naik je dengan lagu-lagu cintan cintun ni... Tapi zaman sekarang.. Mana ada lagi... Kalau tanya kumpulan Hijjaz, Rabbani, Raihan... Tak tau pun anak-anak zaman sekarang.. Sedangkan kumpulan nasyid banyak lagu yang berunsurkan pendidikan dan sememangnya mendekatkan diri kepada Allah. Memang menyedihkan. 

Dari pengamatan MF sendiri... Memang 3S boleh jauhkan manusia dengan Tuhan kalau tanpa dibatasi dengan iman dan kawalan ibu bapa. 

Jadi, hati-hati semua... Buat ibu bapa, jom kita Didik anak sebaiknya... Jagakan aurat mereka... Mantapkan diri dengan iman dan akidah Islam.. Dan kawal Gadjet dan pergaulan. Dan selebihnya, mohon lah perlindungan dari Yang Maha Esa dan Penyayang. Insha Allah... 

2 comments:

  1. insyallah. sama2 jadikan peringatan.
    yang song tu memang nak kena kurangkan.. slowly get rid dengar lagu2 kpop especially..

    ReplyDelete
  2. perkongsian yang baik.. song n sport tu, kena berjaga, boleh sekadar nya, jangan melebih hingga melalauikan.. sex, yang penting education..

    ReplyDelete

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^