Tulis Apa Yang Dimakan Dapat Kuruskan Badan! Biar Betul?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Tulis Apa Yang Dimakan Dapat Kuruskan Badan! Biar Betul?

credit : google images

Blogger tengok tajuk ni mesti senyum,,, haha... sebab blogger mesti suka menulis kan... Tapi korang, jangan nak senyum dulu... baca dulu artikel ni bagi habis... 


Kajian daripada sekumpulan penyelidik dari University of Vermont dan University of South Carolina telah mengumpulkan sebanyak 142 dewasa dan meminta mereka terlibat dalam satu ujian mingguan.

Kajian terbaru buktikan tulis apa kita makan boleh kurangkan berat badan

Ujian berkenaan meminta mereka untuk merekodkan ambilan makanan mereka setiap hari seperti bilangan, saiz dan cara penyediaan selama 2 minggu.

Kajian yang telah diterbitkan dalam jurnal Obesity menunjukkan, mereka yang memperuntukkan sebanyak 23.2 minit sehari untuk merekodkan apa yang mereka makan seharian, telah turun berat badan sebanyak 10%.

Kajian terbaru buktikan tulis apa kita makan boleh kurangkan berat badan

Ketua penyelidik berkenaan, Jean Harvey juga berharap agar mereka yang ingin menurunkan berat badan agar mencuba kaedah ini, tambah lagi masa kini sudah ada banyak aplikasi pada telefon bimbit yang boleh digunakan untuk merekodkan pengambilan makakan sehari-harian.

Sumber: Jurnal Obesity via era fm

Ada logik juga kajian ni sebenarnya. Sebab bila kita tulis banyak bila masa nak makan... haha... masalahnya sekarang, kita kurang menulis tapi banyak makan itu yang naik lagi berat badan.. haha

Post a Comment

0 Comments