Friday, 22 March 2019

Logo dan Tema Hari Guru 2019

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Hari Guru, disambut setiap tahun, tapi tahun ni, hari guru jatuh dalam bulan puasa. Dan sebab itu, sekolah kami sambut awal sebelum puasa. Tak tau la sekolah lain.


Hari Guru bukan disambut di sekolah je, tapi satu Malaysia... Dan setiap tahun ada logo dan tema khas untuk hari guru.

Tahun ni, Tema dan Logo hari guru berubah.... dan MF suka sebab logonya simple tapi penuh makna.

Logo dan Tema Hari Guru 2019



"Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi"

Tema Obor Hemah itu sempena sama dengan sajak yang diilhamkan oleh Tokoh Sasterawan terkenal, iaitu A. SAMAD SAID, pada 2 APRIL 1988.

Jom hayati Sajak yang berjudul OBOR HEMAH.

OBOR HEMAH
Guru adalah awan indah terbang rendah, 
melimpahkan hujan pada musim gersang, 
menyegarkan benih ilmu, berbuah hikmah; 
ia renjis embun pada tanah bakat, 
suara ihsan ketika manusia kalah, 
sepi yang syahdu dalam dunia resah. 


Guru - atap ganti ketika pondok bocor, 
ketika sejarah dalam bilik darjah, 
senyum penyembuh bagi wabak sengsara, 
ia - sungai rangsang sentiasa tenang, 
menghantar bahtera ke segara dharma, 
memesan angin menghikmahkannya. 


Guru adalah penelaah yang tekun, 
mewariskan dunia sebagai kutubkhanah, 
menyediakan kutubkhanah sebagai dunia, 
ia mengemudi biduk, melepaskannya, 
atas lambungan laut, 
merangsangkan manusia menyelami rahsia khazanahnya. 


Guru - minda segar dan kukuh akar, 
menghidupkan batin yang bersih di daerah dunia cemar kasih, 
dan pada ketika tak tersangkakan, 
walau diambilnya kembali semua buku, 
sempat ditinggalkan asas i1mu. 

Guru adalah batin suci hatinurani, 
penjunjung budi, 
manusia yang takwa, 
obor hemah kehidupan bangsa.

Mendalam sangat maksud sajak ni kan... Tapi Guru memang ibarat Obor dah sekarang ni... Bukan macam lilin lagi... sebab macam-macam cikgu buat sebab nak pastikan yang terbaik untuk anak bangsanya.

Mencabar jadi guru akhir zaman, tapi Allah sentiasa ada andai kita cuba zahirkan keikhlasan kerana Dia... Insha Allah.. #TERIMAKASIHCIKGU

2 comments:

  1. boleh masuk ni hantar pernyertaan. kot2 berjaya kan

    ReplyDelete
  2. Determinations, imaginative thoughts, and authority contact are required to structure progressively informatory and fulfilled logo planning. To get this, you should approach a logo configuration firm. logo design service

    ReplyDelete

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^