GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Ikuti 11 Cara Yang Betul Ini Untuk Merebus Speghatti (Pasta)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ikuti 11 Cara Yang Betul Ini Untuk Merebus Speghatti (Pasta) | Pasta bukan makanan Malaysia. Tapi sebab Malaysia ni negara majmuk, segala jenis makanan negara lain dia akan makan.


Pasta yang paling popular ialah speghati. Walau apa pun bentuknya, pasta diperbuat dari bahan yang sama. Dan cara memasaknya juga hampir sama.

Pasta sebenarnya diperbuat daripada tepung semolina iaitu sejenis tepung gandum daripada spesies durum.

Tepung ini mempunyai kandungan protein yang tinggi dan berwarna kuning. Adunan untuk membuat pasta adalah tepung, telur, minyak dan air.

Terdapat dua jenis pasta iaitu yang segar dan kering. Pasta segar adalah basah dan tidak tahan lama dan perlu digunakan segera. MF tak pernah jumpa lagi la pasta ni.. Mungkin tak mudah nak dapat kat Malaysia.

Pasta kering pula boleh tahan lebih daripada dua tahun jika disimpan di tempat kering. Ini memang senang dapat kat kedai runcit dan pasaraya.

Terdapat pelbagai resipi makanan berasaskan pasta boleh disajikan namun resipi daripada Itali merupakan resipi yang paling popular.

Jenis-jenis Pasta

Terdapat pelbagai jenis dan nama pasta seperti spageti (seperti mi); lasagne (nipis empat segi); fettuccine (tiub dan silinder); fusilli (berpintal) dan bermacam-macam lagi.

Kebiasaannya pasta dimakan bersama sos. Walaupun hidangan pasta seakan mudah disediakan namun ada beberapa teknik dan cara memasak pasta.

Cara betul rebus pasta

Ikuti 11 Cara Yang Betul Ini Untuk Merebus Speghatti (Pasta)

1. Air untuk merebus

Air perlulah banyak dan jika pasta yang direbus adalah 500 gram gunakan satu liter air untuk merebus.

2. Periuk untuk Merebus pasta

Gunakan periuk yang dalam dan besar agar dapat memberi ruang kepada pasta semasa merebus dan air yang banyak pula dapat mengelakkan pasta daripada melekat.

3. Letak garam dalam air rebusan

Letak garam dalam air rebusan untuk memberikan rasa masin pada pasta dan pasta akan berasa lebih enak dimakan bersama sos.

4. Didihkan air sebelum Merebus pasta 

Sebelum merebus pasta pastikan airnya mendidih kerana pasta yang dimasukkan ketika air mendidih akan menurunkan suhu air rebusan. Jadi untuk mengelakkan proses merebus terhenti terlalu lama air perlu dididihkan dahulu.

5. Jangan kacau pasta sebelum pasta lembut

Semasa merebus pasta biarkan pasta lembut seketika dan barulah dikacau untuk meleraikan pasta yang melekat dan supaya pasta masak sekata.

6. Jangan kerap kacau

Jangan terlalu kerap dan kuat mengacau kerana pasta akan patah dan putus. Untuk mengelakkan pasta daripada melekat, letakkan sedikit minyak zaitun atau jagung semasa merebus terutamanya pasta seperti spageti dan fetucine.

7. Tapis dan gaulkan dengan minyak

Selepas menapis pasta gaulkan dengan sedikit minyak supaya pasta tidak mudah kering dan melekat.

8. Jangan campurkan pasta yang berlainan saiz dan jenis

Jangan campurkan pasta yang berbeza saiz semasa merebus kerana tahap kemasakannya tidak sama.

9. Tahap masak pasta 

Pasta yang direbus perlu dimasak sehingga mencapai tahap kemasakan al dente iaitu teksturnya masih kenyal apabila digigit.

10. Jangan rebus terlalu lama

Jika ia direbus terlalu lama pasta anda akan menjadi lembik. Simpan air rebusan untuk memanaskan pasta yang telah direbus sebelum anda curahkan dengan sos pasta yang panas.

11. Tabur keju untuk lebih enak

Ini pasti lebih menyelerakan kerana dimakan ketika panas. Taburkan atas pasta anda dengan keju parmesan bagi menyemarakkan lagi selera anda.


Tak susah nak rebus, tapi kalau salah teknik pasta jadi keras sangat, lembik sangat, liat bila sejuk dan sebagainya.

Jadi, Tips ni untuk elakkan semua masalah bab pasta.

Sebagai orang Melayu, biasanya MF akan masak pasta ikut selera Melayu... Jarang masak guna sos pasta. Kalau speghati buat goreng ala-ala mee goreng mamak je. Dan kalau makaroni buat makaroni cheese baked tapi cara Melayu...


2Ulasan

  1. yeahh ini la cara yang saya guna lebih kurang nak rebus spageti. terima kasih atas perkongsian

    BalasPadam
  2. pasta/spaghetti makanan pantas disediakan :D

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ