Seram Dengan Penyakit Difteria

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Seram Dengan Penyakit Difteria | Difteria, tak pernah dengar penyakit ni satu ketika dulu... Tapi sejak dua tahun ni ada semula...

Difteria

Sebenarnya bagi yang vaksin ada diterangkan pasal. Penyakit ni.. Tapi kita tak cakna pun pasal penyakit ni sebab memang takde berlaku kes hingga berlaku kematian... Tapi, kembali ada atas sebab-sebab yang tertentu.


Bila group ibu bapa kat WhatsApp diingatkan wabak ni.. Memang rasa seram juga. Sebab simptom penyakit ni bermula dengan batuk dan sakit tekak.

Simptom difteria

Mengapa Difteria Amat Berbahaya!

❗Difteria adalah penyakit berjangkit yang amat serius dan boleh mengancam nyawa.

❗Ia sangat mudah menular dan boleh disebarkan dengan mudah antara orang.

❗Walaupun dengan rawatan perubatan penuh diberikan oleh para doktor, ia boleh menyebabkan kematian sehingga 1 dalam 10 orang!

❗Difteria adalah berbahaya kerana bakteria yang menyebabkan penyakit ini menghasilkan toksin yang kuat (racun).

❗Toksin ini akan membunuh sel-sel di dalam mulut, hidung dan tekak.

❗Sel-sel mati dengan cepat terbina, terkumpul dan membentuk membran yang boleh melekat pada tekak dan menyebabkan kematian akibat tersedak ‘chocking’!

❗Difteria juga boleh menjejaskan jantung (menyebabkan kegagalan jantung dan kematian) dan saraf (menyebabkan kerosakan neurologi termasuk kelemahan dan kebas kelamin anggota).

❗Sebelum vaksin diperkenalkan pada tahun 1942, difteria menjadi penyakit biasa di kalangan kanak-kanak yang membunuh dengan purata 3,500 kanak-kanak setahun di UK! Kini Ia amat jarang atau hampir tidak dapat dilihat di negara-negara seperti UK lagi kerana vaksinasi.

❗Walau bagaimanapun, penyakit ini masih boleh ditemui di beberapa bahagian dunia (contohnya, Rusia, India, Afrika, Asia Tenggara dan Amerika Selatan). Kini di negara kita!

❗Anda yang akan ke kawasan-kawasan ini adalah berisiko dan boleh membawa jangkitan difteria kembali ke sini. Oleh itu, sila update status vaksinasi anda.

Hati-hati.


Cara Difteria Berjangkit

Nota kaki :
Jangkitan disebarkan oleh titisan air yang terbatuk atau bersin ke udara oleh orang yang dijangkiti. Ia juga boleh diperoleh dari barang-barang seperti pakaian, tempat tidur atau mainan yang bersentuhan dengan seseorang yang mempunyai difteria. Orang yang mempunyai difteria boleh berjangkit sehingga 4 minggu atau kadang-kadang lebih lama.

#SEBARKAN info ini supaya lebih ramai antara kita cakna tentang bahaya penyakit ini.

Kredit:
Dr Ezairy M.Sallih
Doktor Otorinolaringologi
Telinga, Hidung & Tekak
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Via telegram


Jadi, bagi yang vaksin masih boleh dicegah. Insha Allah dengan izin Allah...


Post a Comment

4 Comments

  1. Bila dengar di negara kita pun sudah ada kes..Allahu.Risau sebenarnya.

    ReplyDelete
  2. mmg seram la bila baca kt paper banyak kes difteria nih....
    apa yg akak penah baca, penyakit nih adalah penyakit yg penah ada dulu tp lama dh tak ada sbb ada nya pengambilan vaksin, tp sejak2 ada anti vaksin ni.... kembali semula penyakit nih...

    risau betul klu kene kt anak2 kita kn

    ReplyDelete
  3. semoga ahli keluarga kita dijauhi penyakit ini

    ReplyDelete

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^