Monday, 4 February 2019

Nikmati Cendol Sedap dan Murah di Johor Bahru

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Nikmati Cendol Sedap dan Murah di Johor Bahru | Lama tak jenjalan cari makan. Sejak anak empat ni pergerakan memang terbatas sikit la... Bukan senang nak kepung anak bagi diam.

Tapi si kecik tu dah setahun... Dah mula jenjalan juga tambah-tambah time cuti panjang ni.

Simple vacation kami hanya pergi Johor Bahru je.

Lepas main pasir di pantai Lido, esoknya kami Jalan-jalan Cari makan di JB.

Suami teringat satu tempat makan cendol murah dan sedap yang pernah dia makan dengan jiran kami dulu.

Cari-cari di Google.. Jumpa lah tempatnya.

Nikmati Cendol Sedap dan Murah di Johor Bahru

Tak jauh dari Danga Bay... Terus je kami ke sana. Gerai Sofie Cendol di Taman Suria, Johor Bahru.

Tak susah... Cari je kat Google Maps... Jumpa lah...

Gerai buka jam 11 pagi... Kira kami sampai tu baru je buka.

Tengok tak ramai orang.. Terus je ajak anak-anak turun...

Suami terus order 2 cendol jagung dan 2 cendol aiskrim spesial untuk 2 anak dara tu..

Cendol sedap JB

Cendol sedap JB

Kejap je ordernya....

Fuhh.. Nampak menarik.. Terus je ngap.... Eh.. Bismillah dulu...

Mmmm.. Memang sedap... Rasa cendol buatan sendiri... Paling penting kurang manis.

Semangkuk cendol tu dah cukup buatkan rasa mengah..

Cendol aiskrim memang tak habislah. . Bungkus je bawa balik... Memang banyak... Tapi memang sedap.

Kalau korang peminat cendol durian atau cendol pulut pun ada di jual di sini..

Cendol sedap JB
Sumber : Google images

Harga tak mahal pun.. Ikut jenis dan rasa... Paling mahal pun RM5 je..

Bagi yang terasa nak makan cendol area JB. . Boleh cuba di Sofie Cendol, Taman Suria Johor Bahru. 

7 comments:

  1. Waaa datang JB ke ..
    Orang Jb kat Paka ni hehehe..

    ReplyDelete
  2. Terpikat dengan cendol aiskrim tu.

    ReplyDelete
  3. memang murah ni cendol durian pun baru rm5

    ReplyDelete
  4. sedapnya makan cendol waktu tengah panas ni

    ReplyDelete
  5. nasib baik baru makan cendol jugak. hihi. tapi sedih sebab bila takeaway dorang letak dalam gelas kecik. padahal bila dine in cendol tu banyak pulak dlm mangkuk. harga tetap sama. lain kali better makan di kedai je. huhu.

    ReplyDelete
  6. Cuaca skrg agk pns, mg sdap dpt pekena cendol

    ReplyDelete
  7. cendol durian 5 hengget, memang murah sangat :D

    ReplyDelete

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^