GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Halia Boleh Jadikan Wanita Cantik, Amalkan 5 Petua Mudah Ini

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Halia Boleh Jadikan Wanita Cantik, Amalkan 5 Petua Mudah Ini | Halia boleh jadikan wanita cantik... Percaya tak?

Kena percaya sebab halia bukan sahaja baik untuk kesihatan tapi juga untuk jadikan wanita cantik kalau selalu amalkan 5 petua ringkas ini.


Halia Boleh Jadikan Wanita Cantik, Amalkan 5 Petua Mudah Ini

Petua halia
Sumber : Google image 

1. Merahkan Bibir

Kupas halia muda , kemudian tumbuk separuh hancur. Sapu halia tumbuk ini pada bahagian bibir. Amalkan petua ini sekali sehari .


2. Buang Angin & Toksin

Hiris halia dalam satu atau dua inci dan rendamkan di dalam air panas bersama uncang teh (kalau teh hijau lagi bagus). Biarkan selama dua minit dan boleh minum setiap hari. Amalkan ini setiap hari pasti angin dalam badan bebas terbuang dan badan pun kembali segar.


3. Langsingkan Badan.

Ini pasti ramai yang suka kan, sebut sahaja nak langsingkan atau cara untuk kuruskan badan jadi isu hangat. Halia boleh membantu memecahkan lemak dan menurunkan berat badan secara semulajadi.

 Hiris halia halus kemudian campurkan dengan air panas , madu dan juga sedikit perahan air limau nipis, amalkan setiap hari pasti ketika perut kosong dijamin akan merasai perbezaan.


4. Menghilangkan Bau Badan

 Untuk atasi masalah bau badan, amalkan minuman halia bersama teh setiap hari, atau pun kunyah halia yang ditumbuk hancur.


5. Menaikkan Seri Wajah.

Ketuk halia separuh hancur, rendamkan bersama sesudu madu dan air panas dalam 300ml. Minumlah setiap pagi, ini akan membantu melancarkan perjalanan darah dan membuatkan tubuh berasa panas. Ia sekaligus menaikkan seri wajah.

Edited dari : Telegram Channel

Petua mudah je nak buat.. Bahan pun mudah je... Antara sanggup dengan tak je nak amalkan. Tapi petua meriahkan bibir tu memang menarik. . 

3Ulasan

  1. pernah try yg da siap serbuk dengan teh.. bancuh je
    tapi x kena ngan tekak. yang natural sedap lagi =)

    BalasPadam
  2. Banyaknya khasiat halia. Selalu untuk buangkan angin dalam badan jer..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ