GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Syarat Menjadi Penderma Darah

SYARAT-SYARAT MENDERMA DARAH:

Syarat Menjadi Penderma Darah
Syarat Menjadi Penderma Darah 
1. Sihat tubuh badan pada hari pendermaan.

2. Berumur di antara 18-60 tahun.

- Bagi yang berumur 17 tahun, perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga

- Bagi yang berumur 61-65 tahun, perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada doktor mengenai tahap kesihatan badan.

3. Berat badan melebihi 45 kg.

4. Tidur melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan.

5. Tiada masalah kesihatan.

6. Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan Tidak mengambil antibiotik dalam tempoh 7 hari sebelum hari pendermaan Sila rujuk pegawai perubatan bertugas untuk ubat-ubatan lain.

7. Telah mengambil makanan sebelum menderma darah (tidak berpuasa)

8. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut:

  • Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual)
  • Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
  • Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial / pelacur
  • Bertukar-tukar pasangan hubungan jenis
  • Mengambil dadah secara suntikan
  • Menjadi pasangan hubungan jenis kepada mana-mana golongan di atas.

9. Pendermaan terakhir sekurang-kurangnya 3 bulan untuk penderma darah penuh (whole blood), dan 2 minggu untuk penderma aferesis.

10.Untuk penderma wanita:

  • Tidak mengandung.
  • Tidak datang haid.
  • Tidak menyusukan anak.

11.Jangan menderma darah jika anda:

Pernah tinggal di United Kingdom (England, Northern Ireland, Scotland, Wales, Isle of Man atau Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan atau lebih
Pernah tinggal di benua Eropah dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 6 bulan atau lebih.
Sumber: Laman Web Pusat Darah Negara

3Ulasan

  1. This site was... how do you say it? Relevant!! Finally I've found something which helped
    me. Cheers!

    BalasPadam
  2. dulu masa kt U rajin jgk menderma darah, ni dh ada penyakit mampu tgk jelah... dh tak dibolehkan utk menderma lagi

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ