بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Sup Ayam Resepi Ibu | Salah satu nikmat terindah balik kampung ialah dapat menikmati air tangan ibu. Memang sejak kahwin ni sentiasa rindukan masakan mak.

Masakan mak adalah yang tersedap kan sepanjang kita hidup. Walaupun masakan tu cuma tak seberapa pun.

Ada beberapa resepi yang MF akan buat sendiri bila teringatkan mak..

Rasanya memang tak kan sama walaupun resepinya sama.

Antara yang mak banyak masakkan bila kami balik kampung ialah sup ayam.

Sup Ayam je pun... Tapi yang mak masak memang sedap. Boleh habis nasi sepinggan.

Ni resepi sup ayam mak kami...

Sup Ayam Resepi Ibu

Bahan-bahannya 

Ayam
Bawang merah 
Bawang Putih 
Halia
Sup bunjut
Serai
Cili besar
Saderi
Kentang
Asam keping
Air
Gula dan garam sebagai perasa

Resepi sup ayam simple
Sup Ayam Resepi Ibu


Cara membuat 

  1. Didihkan air dalam periuk. 
  2. Masukkan ayam dan semua bahan kecuali kentang, saderi dan cili hingga mendidih... 
  3. Kemudian, dah mendidih barulah masukkan kentang dan saderi.
  4. Dah agak nak empuk, masukkan cili, asam keping, gula dan garam. 
  5. Kacau dan biarkan mendidih hingga semuanya masak. 

Siap untuk dihidang... 

Senang je... Istimewa sebab takde guna minyak tumis... 

4 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

  1. Kalau dapat guna ayam kampung pun best kan..nak cuba la style ni..

    BalasPadam
  2. perghhh terliur tengok sup kaki ayam tergolek dalam tu. :p

    BalasPadam
  3. tak tumis kan, saya pun biasa buat macam ni , sup sihat katanya

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Terbaru Lebih lama