Follow us on Facebook

Orang Yang Ada Penyakit Darah Tinggi, Wajib Patuhi 4 Tips Ni Kalau Nak Sihat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Orang Yang Ada Penyakit Darah Tinggi, Wajib Patuhi 4 Tips Ni Kalau Nak Sihat | Darah tinggi, penyakit biasa, tapi boleh jadi luar biasa kesannya.

Suami MF dah mewarisi penyakit ni... memang dah mula makan ubat dah pun setiap hari.

Apa pun, penyakit ni perlu dikawal. Supaya badan sihat dan tak mudah diserang sakit darah tinggi.

Ini dia cara penyediaan makanan sihat untuk pesakit darah tinggi.

Orang Yang Ada Penyakit Darah Tinggi, Wajib Patuhi 4 Tips Ni Kalau Nak Sihat

Orang Yang Ada Penyakit Darah Tinggi, Wajib Patuhi 4 Tips Ni Kalau Nak Sihat

1.  Garam

Aspek yang paling penting yang perlu diubah dalam tabiat pemakanan pesakit adalah MENGEHADKAN PENGAMBILAN GARAM.

Secara saintifik, garam dikenali sebagai sodium atau natrium. Pengambilan sodium berlebihan menyumbang kepada tekanan darah tinggi. Diet rendah sodium akan dapat membantu untuk mengawal tekanan darah pesakit.

Anda boleh menerima pakai Pendekatan Pemakanan Untuk Hentikan Hipertensi (DASH) untuk memerangi tekanan darah tinggi.

Pelan DASH boleh diikuti dengan 2 peringkat iaitu :

  • Pelan pengambilan natrium 1500 miligram (mg) sehari
  • Pelan pengambilan natrium 2300 mg sehari.
  • Berbincanglah dengan pegawai dietetik atau doktor anda untuk mendapatkan nasihat pengambilan natrium yang sesuai untuk anda.

Orang Yang Ada Penyakit Darah Tinggi, Wajib Patuhi 4 Tips Ni Kalau Nak Sihat


Antara contoh makanan tinggi kandungan garam yang perlu dielakkan adalah :

  • Makanan diproses dan yang ditinkan
  • Makanan yang diawet (contoh : belacan)
  • Ikan/telur masin
  • Makanan segera.


Orang Yang Ada Penyakit Darah Tinggi, Wajib Patuhi 4 Tips Ni Kalau Nak Sihat

Selain mengamalkan diet rendah sodium, individu yang mempunyai tekanan darah tinggi mungkin perlu mengurangkan pengambilan kalori dan mengekalkan berat badan normal.

Individu yang mempunyai berat badan berlebihan perlu menurunkan berat badan.
Berat badan berlebihan merupakan satu lagi faktor yang menyumbang kepada tekanan darah tinggi.
DASH merangkumi makanan yang tinggi serat dan protein dan kaya dengan kalium, magnesium dan kalsium – semua nutrien ini  diperlukan untuk membantu mengurangkan tekanan darah tinggi.

2.  Lemak

Pesakit perlu mengawal pengambilan makanan yang mengandungi lemak terutamanya jenis lemak tepu.

Lemak tepu adalah lemak yang boleh dijumpai dalam makanan sumber haiwan seperti ayam, daging, hasil tenusu serta makanan yang menggunakan santan.
Lemak tak tepu boleh diambil bagi menggantikan lemak tepu.

Lemak tak tepu adalah lemak yang terdapat dalam ikan, kekacang, biji-bijian dan minyak daripada sumber tumbuhan (seperti minyak zaitun, minyak jagung dan minyak bunga matahari).

3.  Serat

Pesakit digalakkan untuk mengambil makanan yang tinggi serat (fibre). Dalam sehari, pesakit perlu mengambil sekurang-kurangnya 4-5 hidangan sayur dan 4-5 hidangan buah.


4.  Tabiat Makan Di Luar

Pesakit juga perlu mengurangkan tabiat makan di luar terutamanya di restoran makanan segera. Pengambilan garam dan lemak untuk pesakit adalah lebih mudah dikawal jika kita memasak di rumah.
Sumber: MyHealth

Bukan mudah nak control makan orang yang biasa makan... Tapi itulah kalau dah ada penyakit ni kena banyak pantang. Setakat ni, 3 dan 4 tu memang usaha untuk buat... cuba masak kat eumah... sebab anak ramai kan.. riuh sangat kalau nak makan kat luar..  Jadi, selamat lagi dapat kawal yang tu... 

Post a Comment

3 Comments

  1. Semalam checkup tekanan darah saya naik. Semua gara-gara tak cukup tidur. Huhuuu. Kalau pregnant ni pantang penat sikit, mmg kacau kat blood pressure.. Stress betul bila kena pantau bp dgn doktor.. Tapi utk kebaikan kita jugakk.. Hehehee

    ReplyDelete
  2. garam gula benda paling utama kene di jaga... betul lah makanan segera atau dlm tin atau dlm bekas msti ada garam lebih... sbb tu paling bagus kita msk sndiri... supaya boleh kawal

    ReplyDelete

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^