GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Ini Azam 2019 | 6 Tips Untuk Mencapai Cita-cita dan Azam Yang Berjaya

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Ini Azam 2019 | 6 Tips Untuk Mencapai Cita-cita dan Azam Yang Berjaya | Alhamdulillah... 1.1.19 dah... Dah masuk tahun baru dah kita.

Bertambah lagi satu angka..

Sebut pasal tahun baru... Mesti sana sini sebut pasal azam.

Apa itu azam?
Azam ni satu tekad atau matlamat yang kita nak cuba capai...

Azam ni biasa orang letak target 1 tahun, tapi boleh kalau nak letak azam setiap minggu, bulan atau pun setiap hari.

Sebaiknya azam setiap hari... Untuk jadikan diri kita lebih baik.

Rasulullah SAW berpesan yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Setiap tahun, MF tak pernah bersungguh dengan azam.

Tahun ni rasa macam nak target sesuatu... Sampai berjaya...

Azam 2019

Azam Ku 2019

Mestilah nak jadi yang lebih baik dari yang terbaik...

Nak cemerlang dalam segala hal di dunia dan di akhirat...

Usaha untuk settle kan hutang...
Nak buat duit simpanan tetap
Nak travel satu Malaysia
Nak amalkan pemakanan sihat #sukusukuseparuh
Nak kurangkan makan dan banyak kan puasa
Nak kurangkan marah
Nak jadi lebih penyabar
Nak jadi cantik dan gojes
Nak lebihkan amalan sunat sepertiga malam
Nak tadabbur al-Quran
Nak lebarkan sayap bisnes

Untuk blog
Nak mantapkan income adsense
Nak maintain kan PV dan UV
Nak maintain update Blog setiap hari

Untuk diri sendiri
Tak mau malas-malas lagi
Tak mau sentap lebih2
Mohon lebih matang
Mohon kerja on time
Solat on time and overtime
Nak Kurangkan cakap
Tak mau buang masa lagi
Dan paling penting... Nak bersihkan hati dari sifat mazmumah....

Hah... Banyak betul wishlist 2019...

Dan rangkuman segala dari wishlists di atas ialah.. Moga dipermudahkan segala perancangan dan urusan...

Semoga ianya selari dengan perancangan Allah jua...

Tapi macam mana nak pastikan azam dan cita-cita ni tercapai...

MF kongsikan tips dan cara nak capai azam dan cita-cita.. Perkongsian ini MF petik dari catatan Mufti Wilayah Persekutuan...

Jom kita lihat... Macam mana nak capai cita-cita.

Cara capai Azam baru

Azam 2019 | 6 Tips Untuk Mencapai Cita-cita dan Azam Yang Berjaya

#1. Buat Keputusan untuk Tingkatkan Tahap yang Ingin Dicapai

Kehidupan seseorang boleh berubah sepenuhnya selepas membuat keputusan untuk menaikkan tahap yang ingin dicapai ke peringkat yang lebih tinggi.

Tulis dengan jelas apa yang diingini, dan beri komitmen sepenuhnya untuk mencapainya.

Masukkan juga, apakah kualiti diri yang sepatutnya dimiliki untuk mencapai perkara tersebut seperti sikap positif dan tidak menangguhkan kerja.

#2. Bersama Tekad, Binakan Keazaman yang Utuh

Seperti yang dinyatakan di atas, keazaman dalam meraih cita-cita hendaklah disusun dengan penuh strategi dan pengalaman. Maka insya Allah, sebaik-baik natijah akan digapai. Pujangga menyatakan:

إذا كُنتَ ذا رأيٍ فَكُنْ ذا عَزيمَةٍ                فإنَّ فَسادَ الرأيِ أنْ تَترددا

                             “Jika kamu mempunyai pemikiran yang baik, maka sertakan dengan azam
  Ini kerana rosaknya pemikiran apabila kamu tidak tetap pendirian.”

#3. Tulis Impian dan Cita-Cita yang Ingin Dicapai

Jadikan setiap apa yang ingin dicapai dalam bentuk bertulis. Begitu juga semua perkara yang boleh menghalang dan cara mengatasinya.

Tulis secara terus menerus setiap perkara yang dibayangkan. Curahkan semua idea berkaitan impian dan cita-cita yang ingin dicapai.

Susun dalam bentuk garis masa, mungkin sehingga 5 atau 10 tahun akan datang. Jangan sekali-kali berfikir bahawa impian kita tersebut tidak realistik.

Jangan meletakkan batas pada diri kita. Yakinlah, jika orang lain boleh mencapainya, mengapa tidak kita?

Dengan menulis impian, daripada itu kita dapat mengetahui secara terperinci berkaitan cita-cita kita serta mendapat gambaran yang jelas. Jadikan diri kita tidak dapat hidup tanpa impian dan matlamat tersebut.

#4. Beri Komitmen Sepenuhnya

Menulis impian sahaja masih belum mencukupi. Bulatkan tekad dan beri komitmen sepenuhnya untuk mencapai impian tersebut.

Beri komitmen sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi untuk merealisasikannya. Bertindak untuk mengubah strategi jika perlu.

Tanamkan pemikiran bahawa sekiranya kita berhenti dan menyerah bermakna kita telah menjual impian kita. Yakinlah, sekiranya kita betul-betul memberi komitmen, pasti ada jalan untuk mencapainya.

Untuk melakukan perubahan, hakikatnya ia bukanlah soal kemampuan. Sebaliknya ia adalah berkaitan kemahuan dan motivasi. Cari alasan atau sebab yang kuat untuk berubah, dan setelah itu beri komitmen sepenuhnya bagi mencapainya.

#5. Tempohkan Cita-cita yang Hendak Dicapai

Dengan hanya bercita-cita sahaja untuk menggapai dan mencapai sesuatu matlamat, namun tidak diberikan tempoh dan had masa untuk mencapainya, ia biasanya tidak tercapai. Kalau tercapai sekalipun, ia akan mengambil sejumlah masa yang besar.

Makanya, kejayaan yang sepatutnya diraih hanya sia-sia dan habis begitu sahaja. Malang sekali jika kejadian seperti ini sering kali berulang saban tahun dengan cita-cita yang tak pernah kunjung tiba sekalipun ditekad dan diazamkan pada permulaan tahun.

Jadikanlah cita-cita sebagai tangga yang perlu dinaiki di mana melangkah semestinya dari satu tahap ke satu tahap yang seterusnya agar kehendak cita-cita dapat direalisasikan dalam kehidupan kita. Amin.

#6. Bersahabatlah dengan Orang yang Berjaya Meraih Cita-cita

Ini kerana sahabat menjadi cerminan kejayaan seseorang. Cerdik pandai pernah menyebut: “Beritahu kepadaku siapa sahabatmu, nescaya aku boleh memberitahu siapa diri kamu sebenar.” Hal ini berbetulan dengan hadis Nabi SAW:

الْمَرْءُ عَلَى دِينِ خَلِيلِهِ فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُخَالِلْ

Maksudnya: Seseorang itu mengikut agama rakannya. Maka lihatlah seorang kamu siapa yang dia berkawan.

Riwayat Abu Daud (4833), al-Tirmizi (2378)
dan Ahmad (8398)

Sejarah membuktikan orang yang berjaya biasanya mempunyai rakan-rakan yang telah berjaya.

Dengan sebab itu gandingan antara yang berjaya dengan yang berjaya menghasilkan kejayaan yang lumayan dan berganda. Justeru, pilihlah rakan-rakan yang telah berjaya dan bukannya yang kecewa dan gagal dalam kehidupan.

Moga tahun ni lebih bersemangat... Tak mau malas-malas dan lebih tersusun dalam segala hal.

Insha Allah... Moga dipermudahkan Allah segala urusan kita semua.

Moga tahun ini lebih diberkati Allah dan dilapangkan rezeki dalam segala hal.. Insha Allah..

Selamat tahun baru 2019 buat semua pembaca setia dan pembaca baru Blog www.mariafirdz.com ini...

Moga anda semua juga diberkati dan dirahmati Allah sentiasa... 😊😊😊

5Ulasan

  1. selamat tahun baru! mari kita berusaha ! hee

    BalasPadam
  2. Banyaknya tapi nak kurangkan marah, nak banyakkan bersabar tu sebenarnya azam setiap hari hehe tapi macam biasalah asyik tak dapat kawal je sebelum ni. Moga tahun ni berjayalah kurangkan sikit. In Shaa Allah. Tang blog pula harap juga dapat up kan pv blog ni..

    BalasPadam
  3. semoga tercapai semua azamnya.. selamat tahun baru 2019

    BalasPadam
  4. selamat tahun baru kak . moga dipermudahkan segala urusan:)

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ