02 Disember 2018

Kisah Motivasi - Cuba Buat Macam Ni Untuk Buang Tabiat Buruk

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Kisah Motivasi - Cuba Buat Macam Ni Untuk Buang Tabiat Buruk | Tabiat buruk, jika tak menyusahkan orang dan merunsingkan kepala mak bapak takpe kan... Tapi kalau sampai menyusahkan orang... memang tabiat tu kena buang. contohnya suka melepak waktu malam... suka kacau anak dara orang...

Kena buang, dan usaha untuk buang...

Tapikan.. nama pun tabiat kan.. maknanya dah jadi habit... dah biasa... payah nak buang...

Tapi kalau rasa nak buang juga, meh baca kisah ini... ada caranya nak buang tabiat buruk.


Kisah Motivasi - Cuba Buat Macam Ni Untuk Buang Tabiat Buruk

Seorang hartawan runsing memikirkan anaknya yang memiliki beberapa tabiat buruk.

Walaupun belum menimbulkan masalah yang besar, beliau tetap khuatir.
Jika dibiarkan tanpa ditangani, anak lelaki tunggalnya yang akan mewarisi sebahagian besar hartanya serta mengurus perniagaannya bakal bertukar menjadi remaja bermasalah.

Lantas, hartawan tersebut meminta bantuan seorang ahli psikologi sebuah universiti tempatan, iaitu Profesor Hisyam.

Sarjana itu diminta untuk menghabiskan masa hujung minggunya bersama keluarga dan anak hartawan berkenaan di kediaman mereka di sebuah kawasan perumahan elit di pinggir bandar raya Kuala Lumpur.

Pada hari pertama, setelah menghabiskan masa berbual – bual dengan hartawan berkenaan bersama isteri serta anak mereka secara berasingan, maka Profesor Hisyam lebih jelas akan masalah yang berada di hadapannya.

Dalam usaha mengenali remaja tersebut dengan lebih mendalam lagi, Profesor Hisyam membawa remaja itu bersiar – siar di kebun bunga di sekitar rumah hartawan berkenaan.
Kebetulan taman bunganya agak semak dan kurang terurus kerana sudah dua minggu tukang kebun balik ke kampung menziarahi ibunya yang sakit.

Tiba – tiba sarjana psikologi itu menghentikan langkahnya lalu mengajak remaja itu mencabut pokok – pokok kecil yang tumbuh di situ.

Remaja itu memegang tumbuhan kecil itu antara ibu jari dengan jari telunjuknya sebelum mencabutnya.

Sarjana itu kemudiannya meminta dia menarik pokok renek. Remaja itu menarik pokok tersebut dengan kuat dan pokok itu tercabut keluar, beserta keseluruhan akarnya.

“Sekarang, tariklah pohon yang itu,” kata Profesor Hisyam sambil menuding jarinya kea rah semak di hadapan mereka. Maka, dengan menggunakan seluruh kekuatannya, remaja itu menariknya keluar.

“Sekarang tarik yang ini pula,” kata profesor itu sambil menunjukkan sepohon jambu batu. Remaja itu tercengang dan kebingungan.

Sarjana mengulang lagi saranan yang sama; meminta remaja itu memeluk batang pohon tersebut dan cuba untuk menariknya.

“ Buat betul-betul, tarik bersungguh-sungguh,” tekan profesor itu lagi. Remaja itu membuat seperti yang diminta. Namun, walaupun ia menggunakan seluruh tenaga, pohon tersebut tidak juga bergerak.

“Kuat lagi dan jangan mudah berputus asa!” kata Profesor Hisyam.

“Ini mustahil,” kata remaja itu tercungap – cungap keletihan selepas berusaha sehabis tenaga.

Sarjana itu memang menunggu saat-saat keemasan ini untuk mendidik remaja tersebut mengenai tabiat buruknya. “ Maka ia juga seperti tabiat buruk,” kata sarjana itu, “Apabila ia masih baru, maka ia senang untuk dibuang. Tetapi apabila sudah berakar umbi, maka susah untuk dicabut.”

Kata-kata yang ringkas dan tepat itu melekat pada minda remaja itu. Ia sedar akan maksud yang tersirat dan faham bahawa aktiviti sebentar tadi merujuk kepada beberapa tabiat buruknya.

Setelah mengucapkan terima kasih kepada Profesor Hisyam, anak hartawan Kuala Lumpur itu bertekad untuk mengubah kehidupannya.


Moral of the story

Pepatah Melayu ada menyebut “meletur buluh semasa rebungnya,” Ia amat bertepatan sekali dengan paparan di atas. Apa-apa jua tabiat; buruk atau baik lebih mudah dipupuk atau dihakis semasa ia masih di peringkat awal.

Namun, apabila ia sudah bertapak sekian lamanya pada seseorang, tabiat tadi menjadi perkara biasa. Si pelakunya tidak memerlukan apa-apa tenaga atau inisiatif untuk melakukannya.

Seseorang pencuri yang telah lama mencuri menganggap bahawa mencuri sebagai perkara biasa. Dia akan mencuri sebaik ada peluang.

Seseorang yang berbuat baik dan suka menolong orang, tidak akan berasa aman sekiranya peluang menolong seseorang di hadapannya tidak direbut.

Apabila kebiasaan itu (baik atau buru ) berdarah daging pada seseorang, ia sudah menjadi sebahagian daripada orang itu. Pada ketika itu, apa-apa jua perubahan bukan sahaja sukar, malah akan berhadapan dengan tentangan. Justeru, makin sukar untuk diperbaiki.

Ya, sebarang perubahan dan tabiat baik yang mahu dipupuk perlu dibuat semasa seseorang itu masih kanak-kanak lagi.

Sementara itu, apa-apa jua usaha untuk mencegah melaratnya tabiat seseorang mestilah diiktiarkan semasa ia masih di peringkat awal.

Kredit: http://www.klinikmotivasi.com , google images


Ceritakan kisah ini buat anak kita yang ada tabiat buruk. 

dan kisah ini juga pengajaran buat ibu bapa... nak didik anak biar dari kecil. 

umpamanya... bab sampah... 

didiklah anak buang sampah di tempat yang betul sejak kecil... atau..
basuh pinggan selepas makan... 
kemaskan mainan selepas main... 

Insha Allah, jika latih dan latih dan usaha untuk didik jadi baik.. baiklah jadinya... kalau tidak akan jadi sebaliknya. 

Kalau dah sebati... contoh.. dah biasa buang sampah merata-rata... itu akan jadi tabiat... maka susah dah nak bentuk.. 

Kalau dah biasa pandu kereta tak bagi signal... maka terbiasalah begitu hingga menyusahkan orang lain... kannn... 

1 ulasan:

  1. Setuju sangat2. nak mendidik tabiat baik dari masa kecil. kalau ada tabiat tak baik yang masih ada masa dah dewasa ni, atas diri sendiri nak ke tak nak

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^