27 November 2018

Keliru dengan Maksud Khalwat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Keliru dengan Maksud Khalwat | Seperti maksud samak dan sertu yang selalu kita keliru, satu lagi pinjaman kata arab, iaitu Khalwat juga satu perkataan yang jadi orang keliru.


Kalau dalam masyarakat kita, sebut je khalwat... maksudnya buat maksiat...
Tapi istilah asal khalwat ini maksudnya bersendirian untuk beribadah kerana Allah...

Khalwat

Keliru dengan Maksud Khalwat

Berkhalwat merupakan kata terbitan daripada perkataan “khalwat” iaitu perkataan pinjaman daripada bahasa Arab “khalwah" kata nama infinitif khala, yakhlu secara literal menunjukkan mahu menyendiri. 
Dalam istilah Arab, ia menunjukkan kesunyian untuk bertafakur terhadap Allah dan supaya mengingati-Nya setiap masa dengan menyebut nama Allah di dalam hati, fikiran atau secara lisan. Dalam bahasa Melayu, ia menyerupai amalan suluk/bersuluk.

Menurut Kamus Bahasa Melayu

Khalwat bermaksud perbuatan mengasingkan dan memencilkan diri, duduk seorang diri dan berdua-duaan di dalam keadaan sumbang di tempat yang terpencil di antara lelaki dan perempuan yang tidak berkahwin (Zainal Abidin Safarwan t.th). Dengan itu dapat difahami bahawa dalam istilah Melayu berkhalwat merangkumi makna pasangan lelaki dan wanita (yang akil baligh yang harus berkahwin) yang menyendiri di tempat yang terpencil. 

Istilah khalwat telah didaftarkan sebagai satu istilah undang-undang yang merujuk kepada kesalahan jenayah syariah.


Jadi, sebenarnya khalwat ni satu ibadah, tapi yang kita faham khalwat ni maksiat...

Harap lepas ni faham tentang penggunaan istilah ni...

Ada dua maksud yang berbeza fahamannya...  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^