30 November 2018

Ini 8 Makanan Terbaik Untuk Hilangkan Perut Buncit

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)





Ini 8 Makanan Terbaik Untuk Hilangkan Perut Buncit | Buncit satu igauan ngeri bagi wanita. Bagi lelaki, sesetengahnya Nampak seksi.

Tapi kalau perempuan… euwww… buruk rupa… Memang kalau boleh nak sorok sebaiknya.

Cara terbaik nak kuruskan perut adalah senaman secara berkala… Tapia da juga boleh diusaha dengan makan, makanan tertentu untuk kuruskan perut buncit.


Ini 8 Makanan Terbaik Untuk Hilangkan Perut Buncit

1. Tembikai

Tembikai terdiri daripada 91 peratus air. Ini boleh menjadi makanan pembuka selera yang baik. Makan tembikai menjadikan kita kenyang dengan cepat tanpa mengambil sejumlah besar kalori.
American Dietetic Association mendedahkan bahawa tembikai adalah makanan yang sempurna untuk mengurangkan lemak pada perut.
Selain itu, tembikai juga menjadikan kita kenyang lebih lama dan membantu mencegah dehidrasi sebab buah ni banyak air.
Tembikai mengandungi banyak vitamin B1, B6, dan C, potasium, dan magnesium. Jadi, tembikai adalah satu buah yang baik untuk diet rendah kalori dan lemak.

2. Badam

Badam atau almond mengandungi sejumlah lemak yang sihat yang boleh membantu kita makan secara sederhana dan tak makan  terlalu banyak.
Satu kajian dalam American Journal of Clinical Nutrition telah membuktikan bahawa makan badam boleh menahan kelaparan.
Badam mengandungi banyak magnesium yang merupakan komponen penting untuk membina otot.
Badam juga katanya boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.
Dan lagi, badam mempunyai kurang kalori, jadi tidak akan menambah lemak ke perut. Oleh itu, makanan ini sangat sesuai untuk dinikmati sebagai makanan ringan.

3. Daun Saderi

Sebut saderi teringat kartun Wonder Pet… hehe…
Saderi adalah salah satu sayuran yang rendah kalori.
Saderi juga mengandungi kalsium dan vitamin C yang boleh mengurangkan berat badan.
Kalau tak suka daun saderi dalam salad atau sup, boleh memprosesnya menjadi jus. Jus daun saderi sangat bagus, terutama sebelum makan tengahari atau makan malam. Tapi MF pilih makan dalam sup atau buat sayur campur… wangi dan sedap…

4. Timun

Timun adalah makanan rendah kalori yang disukai ramai orang.
Setiap 100 gram timun mengandungi kira-kira 96 peratus air dan hanya mempunyai 45 kalori.
Dikatakan makan timun setiap hari adalah satu cara yang sihat yang berkesan untuk membersihkan racun berbahaya dalam tubuh badan. Kira macam detox la kan…
Timun mengandungi banyak mineral, serat, dan vitamin yang baik untuk sistem pencernaan dan secara tidak langsung adalah baik untuk mengurangkan berat badan.

5. Tomato

Tomato yang masak dan mentah baik untuk dimakan setiap hari.
Tomato mengandungi sedikit kalori, tetapi menyimpan sebatian 9-oxo-ODA. Ini dapat membantu mengurangkan lipid dalam darah dan mengawal lemak perut.
Antioksidan kuat yang dipanggil lycopene yang dimiliki oleh tomato juga mempunyai pelbagai manfaat tambahan iaitu mengurangkan kedutan, melawan kanser, dan mengurangkan tahap kolesterol.

6. Alvakado

Alvakado kaya dengan serat yang mampu membantu kenyang lebih lama.
Buah ini merupakan sumber dari asam amino bernama lecithin yang berguna untuk mengendalikan berat badan.
Alvakado juga mengandungi lemak yang sihat, sehingga mampu meningkatkan proses pembakaran lemak perut.
Dan lagi buah ini mempunyai khasiat anti penuaan awal, anti kulat, dan anti-bakteria yang bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan.
Tapi buah ni boleh tahan juga mahal kalau nak amal selalu…

7. Epal

Epal mempunyai limpah serat, flavonoid, fitosterol, dan beta-Karoten, yang akan menjadikan perut terasa kenyang.
 Satu kajian di Brazil, seseorang yang makan tiga biji epal atau lebih setiap hari beratnya berkurangan berbanding yang tidak.
Serat pektin dalam epal dikenali berguna untuk menurunkan berat badan. Malah, pektin ini dapat mengurangkan risiko terkena kanser usus besar.

8. Nenas

Nanas mengandungi enzim bromelain yang mempunyai keupayaan anti-radang. Enzim yang memetabolisma protein berkaitan secara langsung dengan saiz ukuran perut.
Penyelidikan di University of Maryland mendedahkan keupayaan anti-bakteria pada bromelain membantu melawan bakteria yang menyebabkan cirit-birit.
Dan, ia sangat berkesan untuk menyembuhkan gangguan usus. Oleh itu, saiz perut boleh menjadi lebih kecil kerana perut kita bebas dari aduan perut kembung.

8 jenis makanan ni biasa-biasa je… tapi khasiatnya luar biasa..

Lepas ni boleh la penuhkan peti sejuk dengan makanan ini selalu…
Tapi ingat, makan makan juga, tapi senaman tetap kena buat… baru lah dapat kesan yang lebih maksima…

Semoga bermanfaat…


3 ulasan:

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^