GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Hukum Berjaga Malam

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Hukum Berjaga Malam | Korang pernah berjaga hingga lewat malam?

Semestinya pernah kan...

MF sendiri pernah tak tidur langsung satu malam...

Kalau zaman universiti sebab study, layan citer Korea dengan kengkawan kolej.. Tak pun saja berjaga sebab main game.. Ahaks..

Dah kahwin ada anak, of course lah berjaga Sebab anak berjaga sekali.

Dan MF juga pernah berjaga malam tak tidur langsung sebab buat blog... Haha... Mujurlah blog ni mendatangkan hasil lumayan sekarang ni.. Berbaloi juga berjaga malam dulu kan..

Tapi, rupanya dalam Islam ada hukum berjaga malam..

MF sendiri tak tau pun ada hukum ni...

Cuma yang pasti... Memanglah berjaga malam dan tidur siang hari adalah melanggar fitrah yang Allah dah tentu kan...

Tapi tak tau lah pula hukum secara detail.

Tapi lepas baca penjelasan hukum dari Mufti Wilayah, rasa insaf nak berjaga malam dah kecuali sebab anak.

MF tak ambil detail... Tapi cut off part tertentu tentang penjelasan hukum berjaga malam.

Hukum Berjaga Malam

Hukum Berjaga Malam


Persoalan berkaitan isu ini hendaklah dilihat kepada faktor yang membawa kepada berjaga malam tersebut.

Ini kerana terdapat beberapa riwayat yang menyatakan berkenaan hal ini, dan ia berkait rapat dengan aktiviti atau perbuatan apakah yang dilakukan pada masa itu.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Mas’ud R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:

 لاَ سَمَرَ إِلاَّ لِمُصَلٍّ أَوْ مُسَافِرٍ

Maksudnya: Tidak ada perbualan pada waktu malam melainkan untuk orang yang menunaikan solat atau bermusafir.

Riwayat Al-Tirmizi (2730)

Syeikh Muhammad bin Abd al-Rahman Al-Mubarakfuri Rahimahullah dalam mensyarahkan maksud perkataan سَمَرَ beliau berkata: Ia adalah perbuatan berbual-bual pada waktu malam. Lihat Tuhfah Al-Ahwazi, Al-Mubarakfuri (1/433).

Berdasarkan hadis ini, perbuatan berjaga malam untuk berbual-bual selepas solat isya’ adalah tidak dibolehkan kecuali bagi orang yang solat ataupun sedang bermusafir.

Larangan ini secara lebih jelas dapat dilihat berdasarkan hadis yang diriwayatkan turut diriwayatkan oleh Ibn Mas’ud bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

جَدَبَ لَنَا رَسُولُ اللَّهِ ـ صلى الله عليه وسلم ـ السَّمَرَ بَعْدَ الْعِشَاءِ

Maksudnya: Rasulullah S.A.W melarang kami dari perbuatan berjaga malam (berbual-bual) selepas dari solat isya’.

Riwayat Ibn Majah (703)

Imam Ibn Majah dalam komentar ringkasnya terhadap maksud perkataan جَدَبَ beliau berkata: ‘’Iaitu memberi amaran dan melarang kami’’.

Namun larangan di dalam beberapa riwayat di atas ini tidaklah datang dalam bentuk yang mutlak. Ini kerana terdapatnya beberapa riwayat yang menunjukkan bahawa Rasulullah S.A.W dan para sahabat sendiri melakukan hal ini (berjaga malam) iaitu dengan adanya hajat keperluan dan juga manfaat.

Antaranya adalah seperti yang ditunjukkan oleh sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Umar bin Al-Khattab R.A beliau berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَسْمُرُ مَعَ أَبِي بَكْرٍ فِي الأَمْرِ مِنْ أَمْرِ الْمُسْلِمِينَ وَأَنَا مَعَهُمَا

Maksudnya: Rasulullah S.A.W pernah berbual-bual pada waktu malam bersama dengan Abu Bakar bagi membincangkan urusan-urusan umat Islam dan aku turut serta bersama mereka berdua.

Riwayat Al-Tirmizi (169)

Imam Al-Syaukani Rahimahullah menukilkan sebuah pandangan yang amat baik dari Imam Al-Tirmizi dalam mengulas isu ini dengan katanya: Para ahli ilmu dari kalangan sahabat-sahabat Nabi, para tabiin, dan golongan selepas mereka telah berbeza pendapat berkenaan perbuatan al-samar (berjaga malam untuk berbual-bual) selepas dari solat isya’.

Sebahagian mereka menghukum makruh akan perbuatan tersebut, manakala sebahagian lainnya memberikan keringanan sekiranya pada perkara membincangkan ilmu, dan perkara-perkara lain yang ada keperluan padanya.

Kebanyakan hadis menunjukkan kepada rukhsah (keringanan terhadap perbuatan tersebut). Dan hadis ini menunjukkan kepada tidak makruhnya perbuatan berbual-bual pada waktu malam selepas isya’ sekiranya ia untuk keperluan agama sama ada bersifat umum atau khusus.

Manakala hadis daripada Abi Barzakh dan Ibnu Mas’ud menunjukkan kepada kemakruhan.

Cara untuk dihimpunkan antara keduanya (hadis yang menunjukkan kepada makruh dan hadis yang menunjukkan kepada keharusan) adalah dengan mentaujihkan hadis-hadis yang melarang, merujuk kepada ucapan-ucapan yang harus namun tidak ada faedah padanya.

Manakala hadis-hadis yang membenarkan merujuk kepada ucapan yang terdapat padanya faedah. Rujuk Nail al-Authar, Al-Syaukani (2/19).

Kesimpulan

Sebagai penutup, kami menyatakan bahawa berjaga malam dengan tujuan untuk kebaikan seperti berbincang tentang sesuatu yang boleh mendatangkan maslahah untuk ummah, menuntut ilmu, menunaikan tanggungjawab kerja, dan selainnya adalah diharuskan.

Sebaliknya, berjaga malam untuk mencuri, melakukan maksiat, dan pelbagai kejahatan lain adalah haram hukumnya.

Manakala berjaga sehingga lewat malam untuk berbual-bual kosong, menonton wayang gambar (movie), melihat perlawanan bola sepak, dan seumpamanya sekiranya ia membawa kepada pengabaian terhadap solat subuh, maka ia membawa hukum makruh.



Jadi jelaslah...

Lepas ni back to niat kita lah.. Nak berjaga malam sebab apa.

Bagi Mak-mak yang berjaga malam jangan risau.. Tak jatuh haram pun.. Bahkan berpahala lagi sebab berjaga untuk anak kan. Dan ajak suami jaga anak sekali untuk raih pahala bersama... 😁😁😁

Bagi bapa-bapa yang berjaga sebab lepak Kat kedai mamak malam minggu, harap insaf lah lepas ni. Walaupun tak haram tapi makruh yang sebaiknya kita elakkan. 

2Ulasan

  1. jarang shu berjaga malam melainkan anak meragam. hehehe

    BalasPadam
  2. Baru tahu jugak pasal ni. Selalu jugak berjaga malam kadang2. Huhu. Terima kasih share ya.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ