09 November 2018

CARA MUDAH NAK TAUBAT!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


CARA MUDAH NAK TAUBAT! | Taubat, maknanya minta ampun dengan Allah. Menyesal sebab buat dosa.

Tak payah nak tunggu buat dosa besar baru nak taubat. Dosa kecil pun kalau dibiarkan lama, nanti boleh jadi bertambah dan besar.

Jadi, kalau kita sentap, terasa dan rasa nak berubah dan bertaubat.. segerakan... jangan tangguh sebab mati pun takde tangguh-tangguh...

Ada orang tanya, macam mana nak taubat...

Taubat ni mudah... dosa kita direct dengan Allah, jadi secara direct tanpa wayar juga kita mohon Allah ampunkan dosa kita.

Cara nak taubat mudah sahaja... Yang penting, ianya betul datang dari lubuk hati kita... tanda penyesalan kita dengan dosa kita.


CARA MUDAH NAK TAUBAT!

Beristighfarlah...

Istighfar kalimat yang sangat pendek, tapi memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita

Istighfar memiliki dua makna.

Pertama, setiap kali kita mengucapkan astaghfirullahal’adzim,
bererti kita minta ampun kepada Allah,
minta dimaafkan kesalahan kita, minta ditutupi segala aib kita.

Semakin kerap kita beristighfar maka semakin bersih diri kita daripada dosa.
Allah sangat menyukai hambanya yang suka beristighfar.

Kerana tidak ada satu pun antara kita yang terlepas dari melakukan dosa,
maka istighfar adalah kewajipan dan keperluan bagi kita agar Allah mengampuni dosa kita,
memaafkan kesalahan kita dan menutupi aib kita.



Kedua setiap kali kita mengucapkan astaghfirullahal’adzim,
bererti kita minta kepada Allah, mohon agar Allah memperbaiki hidup kita dengan menguatkan akidah kita,
memberi kita nikmat dalam ibadah yang khusyuk dan menjadikan akhlak yang mulia.

Rasulullah s.a.w bersabda, ” Barangsiapa yang membiasakan dan selalu beristighfar kepada Allah,
maka Allah memudahkan saat ia sulit,
Allah gembirakan saat ia sedih dan
Allah beri rezeki dari jalan yang tidak pernah ia duga.”

Kemudian, di dalam al-Quran surah Nuh ayat 10, 11,dan 12, Allah s.w.t berfirman, maksudnya

"Beristighfarlah kepada Tuhanmu,
sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun.
Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat,
dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai”.

Jadi, adalah kewajipan bagi kita sebagai hambaNya, perlu sentiasa beristighfar.

Rasulullah s.a.w tidak akan bangun dari tempat tidur baginda kecuali setelah beristighfar sebanyak 70 kali, dalam hadis lain menyebut sebanyak 100 kali.

Walaupun Rasulullah maksum,
bebas daripada dosa,
dijamin masuk syurga tapi begitu hebat istighfarnya kepada Allah..
apatah lagi kita yang banyak dosa.

Beristighfarlah kepada Allah,
nescaya Allah akan permudahkan urusan kita,
mengurniakan generasi yang soleh dan memberikan kehidupan yang sejahtera kepada kita. InsyaAllah

Kredit: Facebook Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan - JAWI

Jadi, mudahnya nak taubat... mulakan dengan istighfar... 
lazimi dengan lidah kita... 
bila nampak maksiat, nampak dosa atau kita sendiri buat dosa, segeralah beristighfar. 

Ibarat kata.. baju kena kuah kari, cepat-cepat kita basuh, 
supaya kuah tu tak melekat terus kat baju kita yang menyebabkan baju kita susah nak disental. 

Kalau kita biarkan baju dengan kuah kari tu kering melekat kat baju, 
kena guna sabun yang power untuk sental kan. 

Macam tu lah dosa kita ni.. 
Bila kita biarkan dosa kita yang kecil, 
lama-lama hati kita susah dah nak disental... 

Jadi, istighfarlah sentiasa.. kerana kita kadang tak sedar buat dosa.

Peringatan buat diri sendiri dan semua... 

Semoga kita sentiasa mendapat keampunan Allah.

2 ulasan:

  1. Astaghfirullahalazim... Banyaknya dosa LeYa bila dikenang kembali. Moga Allah mengampuni dosa-dosa hambamu yang kerdil ini. Terima kasih Kak Maria atas perkongsian bermanfaat ini... Sedihnya mengenangkan dosa silam

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^