بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Rasa Nak Marah? Cepat-cepat Ucap Ayat Ini | Marah adalah dari syaitan.

Marah lawannya sabar.

Tapi kadang bila berlaku sesuatu yang mencabar kesabaran itu yang buatkan kita hilang sabar.

Tapi, marah ni boleh dikawal. Nabi s.a.w ajar kita untuk kawal marah.


عَنْ عَدِيِّ بْنِ ثَابِتٍ حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ صُرَدٍ قَالَ اسْتَبَّ رَجُلَانِ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَنَحْنُ عِنْدَهُ جُلُوسٌ وَأَحَدُهُمَا يَسُبُّ صَاحِبَهُ مُغْضَبًا قَدْ احْمَرَّ وَجْهُهُ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنِّي لَأَعْلَمُ كَلِمَةً لَوْ قَالَهَا لَذَهَبَ عَنْهُ مَا يَجِدُ لَوْ قَالَ أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ فَقَالُوا لِلرَّجُلِ أَلَا تَسْمَعُ مَا يَقُولُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنِّي لَسْتُ بِمَجْنُونٍ

Dari Adi bin Tsabit telah menceritakan kepada kami Sulaiman bin Shurd dia berkata; "Ada dua orang yang saling mencerca dihadapan Rasulullah, sementara kami duduk di sisi baginda, salah seorang darinya mencerca temannya sambil marah, hingga wajahnya merah, maka Nabi SAW bersabda: Aku akan ajarkan satu kalimah dimana jika dia membacanya, kemarahan itu akan hilang daripadanya. Baginda membaca (istiazah – aku berlindung daripada syaitan yang direjam). Lalu salah seorang lelaki yang mendengar, bangun mendapatkan lelaki tersebut sambil berkata: Apakah kamu tahu apa yang diperkatakan Nabi tadi? Lalu beliau mengulangi apa yang disebutkan Nabi. Lelaki itu berkata kepadanya: Apakah engkau tengok aku seperti orang gila?" (HR Bukhari No: 5650) Status: Hadis  Sahih

Cara kawal marah

Pengajaran:

1.  Marah itu dipengaruhi oleh syaitan. Mengikut Imam al-Ghazali, berlakunya sifat marah itu kerana urat saraf manusia ditarik oleh syaitan.

2.  Orang yang sedang marah, jika tidak dikawal, boleh menyebabkan hilang pertimbangan seperti orang hilang akal. Dia boleh bertindak diluar kewarasan.

3.  Caranya... Tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan... Kemudian bacalah ayat ni. Iaitu Istiazah
أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيم

Firman Allah:

وَإِمَّا يَنْزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Dan jika Engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka hendaklah Engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. Fussilat: 36

Kawallah kemarahan kita dengan sentiasa membaca istiazah memohon perlindungan dari hasutan Syaitan.

Jadi, kita tukar... Biasa kita sebut istighfar bila nak marah...

Salah tu... Kena sebut istiazah sebab belum terlepas marah.

Tapi kalau dah terlepas tanpa sempat dikawal... Baru lah sebut istighfar...

Jom kita jadi sabar...

Ya Allah, jadikanlah aku ibu yang penyabar... 

1 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Catat Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Terbaru Lebih lama