Sunday, 7 October 2018

Tak Boleh Pakai Baju Berfesyen Lagi, Ikut Peraturan Pemakaian Penjawat Awam Negeri Johor 2018

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Peraturan Pemakaian Penjawat Awam Negeri Johor 2018 | Penjawat awam yang bekerja di Johor mesti sedia maklum dengan pekeliling baru di negeri Johor ni...

Peraturan pemakaian bagi penjawat awam di Negeri Johor.

Surat siaran ni baru dikeluarkan... dan memula tu kecoh juga la...

Sebab... peraturannya menekankan cara pemakaian yang lengkap untuk 5 hari bekerja.

Mulanya ingat untuk Penjawat Awam Negeri je.. tapi rupanya penjawat awam persekutuan juga kena ikut pekeliling ni...



Rujukan penuh: KLIK SINI

Empat hari kena pakai baju kurung johor...

Macam mana baju kurung Johor?

Baju Kurung Johor


Sumber: google images

Baju kurung Johor atau lebih dikenali sebagai Baju Kurung Teluk Belanga adalah labuh hingga bawah lutut dengan alas lehernya halus dan tidak berkocek. Terdapat berbagai bentuk sulaman yang dipadankan pada bahagian leher seperti mata lalat, tulang belut dan insang pari. Baju Kurung Teluk Belanga menjadi sinonim dengan baju kurung tradisional yang standard dengan mengenakan kain yang disusun di sebelah kiri – termasuk pakaian rasmi pelajar sekolah rendah dan menengah.


Senang kata pakai baju kurung yang ada pesak je la lepas ni...

Baju kurung moden ke, kebaya ke, kebarung ke minta maaf... Dah takde dalam senarai boleh pakai pergi kerja...

Baru ingat nak beli kebarung... sekali keluar pekeliling ni... simpan aje lah niat nak beli tu...

Lepas ni kena cari baju kurung biasa je lah... yang ada pesak... Hmm... susah juga sebab baju tu dah tak banyak dijual online...

Nak kena cari kain la la jahit tempah kalau nak beli kan... hmm...

Nasib la baju kurung pesak masih banyak dan boleh dipakai... Tapi ada kawan MF dah biasa pakai kurung moden.. memang ber huhuhu jugalah dia... nak kena buat baju baru...

Bagi lelaki takde masalah sangat... perempuan la kan...

Dari segi positifnya... bagus la.. aurat terpelihara sikit pakai baju kurung pesak ni... Takde lah nampak aurat orang perempuan lagi di pejabat kerajaan lepas ni... sopan sikit kan. 

6 comments:

  1. Kita ambil mana yg positif, inshaAllah moga dipermudahkan urusan oleh Allah Taala. InshaAllah aamiin :)

    ReplyDelete
  2. Dekat kota banyak sis. Baru tahun lepas beli 4 rm100.00. Corak dia memang ketinggalan zaman sikitlah. Tapi bolehlah kalau nak pakai pegi keje :)

    ReplyDelete
  3. Oo..baju kurung ni lawa. Suka tengok dan suka pakai tapi kita tak banyak koleksi huhu

    ReplyDelete
  4. huhu jugak sebab kita suka berfesyen pi kerja..baju kurung pun byk jenis moden..tak minat baju yg mcam ni..adeh...

    ReplyDelete
  5. dari sudut postif tu memang sangat bagus lah menutup aurat

    ReplyDelete
  6. Lepas ni makin melonjak permintaan untuk baju kurung pesak :)

    ReplyDelete

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^