GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Seksanya Penyakit Angin Dalam Badan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Seksanya Penyakit Angin Dalam Badan | Tengah dok jenjalan dalam dewan sekali pening menonong.. Lepas tu mula sakit belakang terus ke kaki...

Picit sendiri... Terus sendawa...

Fuhh.. Angin menyerang dalam badan...

Siapa pernah kena tau la kan penyakit angin ni kan..

Penyakit ni kadang datang tanpa sebab... Tak makan makanan yang menyebabkan angin pun tetiba kena angin juga...


Kadang kena juga kembung perut dan sebu akibat angin... Tapi paling seksa angin ni serang urat saraf.

Seksanya Penyakit Angin Dalam Badan

Seksanya Penyakit Angin Dalam Badan

Macam Dr. Hafiz Sulaiman kata.. Penyakit angin ni memang takde dalam kajian saintifik tapi ada kebenarannya. Siapa yang alami je tau.

Angin ni sinonim dengan kembung perut la... Sebab tu tanda paling senang nak tau kita kena penyakit angin dalam badan.

Kembung ini biasa datang dengan masalah sistem pencernaan lain seperti gastritis, refluks dan juga perut sensitif.

Bagaimana kembung perut berlaku?


Bakteria "baik" ada di sepanjang saluran sistem pencernaan kita terutamanya banyak di usus besar. Apabila kuman baik mencukupi, gas dihasilkan untuk menolak najis keluar. Namun begitu, berlebihan kuman di usus kecil pula menyebabkan simtom kembung.

Kerosakan salur pencernaan juga menyebabkan kuman membiak di tempat tidak sepatutnya. Contohnya pengambilan makanan dan bahan kimia perosak perut, alkohol, rokok, antibiotik berlebihan mengurangkan asid perut yang sepatutnya membunuh kuman berlebihan ini.

Gangguan sistem pencernaan juga menyebabkan kulat bermaharajalela. Kulat usus berlebihan juga menyebabkan kembung.

Apabila sistem pencernaan menjadi lemah, penyerapan makanan di usus kecil menjadi terganggu. Maka makanan yang susah diserap akan menjadi santapan kuman usus kecil. Kuman usus kecil membiak dan menghasilkan gas menyebabkan kembung!

Penyakit dikaitkan kembung perut:

1) GERD.
2) Penyakit pankreas.
3) Penyakit kencing manis.
4) Penyakit keradangan usus
(IBD seperti Crohn's, UC, diverticulitis)
5) Celiac dan alahan gluten.
6) Liver cirrhosis
7) Hypotiroid.

Antara simptom lain berkait perut kembung :


- Loya dan muntah.
- Gas ( perut berbunyi, kentut, sendawa)
- Cirit.
- Malnutrisi.
- Lemah lesu.
- Berat badan turun mendadak.
- Sakit sendi. Sakit-sakit badan.
- Alahan.
- Sakit kepala.
- Kemurungan (depresi)
serta masalah kesihatan mental lain.


PENYAKIT "ANGIN"


Angin dihasilkan oleh pergerakan salur pencernaan, esofagus, perut, usus kecil dan besar..pergerakan salur ini dinamakan PERISTALSIS.

Pergerakan ni ibarat mengurut-urut jari yang dicucuk untuk cek gula darah..nak bagi keluar darah 😂😂 gitu lah usus kita ni automatik mengurut sendiri untuk keluarkan najis. Makanan pun turun salur pencernaan.

Kalau takde makanan/najis..angin lah yang diurutnya..keluar ikut punggung, jadilah kentut.. keluar ikut mulut, jadi lah sendawa..

Kerap sendawa, kentut, perut berbunyi ialah kerana peningkatan ransangan perut/usus.

Kerana sensitif..

Ransangan kerana peningkatan histamin pada reseptor H1 yang mengawal pergerakan otot usus/perut/esofagus/rahim..


SIMPTOM-SIMPTOM ANGIN BANYAK DALAM BADAN


✔ Rasa lesu , letih, tidak bertenaga
✔ Selalu rasa kebas, lenguh dan sengal
✔ Tapak tangan dan kaki sering berasa sejuk
✔ Mudah dan selalu menguap
✔ Mudah mengantuk walaupun di awal pagi
✔ Sukar bernafas atau nafas pendek
✔ Rasa tegang di bahagian tengkuk dan pinggang
✔ Kulit kering
✔ Muscle spasms ketika jaga atau tidur
✔ Perut berangin atau kembung.
✔ Bila di tepuk terasa seperti gendang.
✔ Perut yang keras dan padat
✔ Sakit kepala dan migrain
✔ Perasaan mudah marah
✔ Hilang selera makan kerana ketidakselesaan perut
✔ Ketidakselesaan badan
✔ Rasa nak muntah dan mual angin
✔ Pedih ulu hati
✔ Gastrik
✔ Ketengangan otot/cramp


JENIS MAKANAN YANG HARUS DI ELAKKAN


Makanan ni bergantung juga kepada tindak balas badan seseorang.

✖Kekacang
✖Sayuran - brokoli, kobis, taugeh, bawang, asparagus, bendi & terung
✖Buah-buahan - Pear, apple, peach
✖Bijirin - Cereal & roti gandum
✖Susu dan produk daripada susu dan keju
✖ Nangka, labu, mee kuning, daging beku, air berkafein & bersoda


Macam mana nak atasi masalah angin ni...


Jangan skip waktu makan... Tapi kalau puasa ada barakah... Tak kan terjadi penyakit angin sebab ada hikmah atau the power of Puasa tu sendiri..

Makan ikut waktu... Pantang makanan yang kita alah dan menyebabkan angin. Kurangkan bercakap... Sebab kita banyak cakap, banyak angin masuk dalam badan.

Berurut dan mandi air hangat boleh tingkatkan kesegaran tubuh dan buang angin dalam badan. Insha Allah dengan izin Allah.

Rujukan : Facebook Dr. Hafiz Sulaiman 

3Ulasan

  1. kalau angin banyak ni rasa lemau je badan... huhuhu

    BalasPadam
  2. memang sakit masa badan masuk angin especially bila dia attack satu badan. lenguhhnya satu badan tak menahan rasanya. tq maria for sharing tips

    BalasPadam
  3. Sy mmg ada penyakit angin nie.. Huhu kembung perut, sakit badan dan sendi, kdg2 pandai pening kepala.. Dah lama nak berubat belum jumpa lg yg sesuai

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ