بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Kronologi 6 Anggota Bomba Lemas Ketika Operasi Menyelamat | Terkejut dan sebak... Itulah yang ku rasa.. Sebab semalam tak tengok berita.. Baru tau bila ramai viral kan lagi ini...

Dalam jam 10 baru lah penuh kat Wall pasal berita yang menyedihkan ini.

6 Anggota Bomba Lemas ketika operasi Menyelamat... 


Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Kronologi 6 Anggota Bomba Lemas Ketika Operasi Menyelamat


Jam 1830hrs Pihak bomba dari Cyberjaya seramai 8 anggota sampai tempat kejadian.

Jam 2055hrs anggota scuba penyelam dan penyelamat dari Pelabuhan Klang 4 orang dan dari Shah Alam 6 orang sampai tempat kejadian.

Lebih kurang jam 2115hrs setelah siapkan kelengkapan pihak scuba seramai 6 orang iaitu dari Pelabuhan Kilang 4 orang dan dari Shah Alam 2 orang turun kedalam arus lombong untuk mencari mangsa.

Mereka mengikat tali panjang antara satu sama lain. Dimana dari tebing dihulurkan tali perlahan lahan semasa pihak scuba merapatkan diri ditempat mangsa jatuh.

Oleh kerana arus aliran air lombong kuat, tiba tiba telah tarik kedalam seorang demi seotang kedalam arus tersebut. Semasa tenggelam mereka telah belit antara satu sama lain dan berpusing dalam air.

Kronologi 6 Anggota Bomba Lemas Ketika Operasi Menyelamat

Air yang deras dan kuat juga menyebabkan peralatan menyelam yang mereka pakai tertanggal.

Pihak yang memegang tali diatas tidak dapat tarik hujung tali tersebut kerana arus kuat. Pihak bomba yang berada ditebing telah bertungkus lumus lebih kurang 30 minit untuk menyelamatkan mereka.

Akhirnya berjaya tarik tali tersebut. Malangnya semasa tarik meteka ketepi tebing dapati tiada apa apa tindak balas dari mereka. Para medik dari Putrajaya yang berada ditempat kejadian telah berusaha menyelamatkan mereka.

Malangnya ke enam enam para scuba disahkan meninggal dunia akibat mati lemas ditempat kejadian. Mangsa dihantar ke hospital Serdang untuk siasatan lanjut.

Kronologi 6 Anggota Bomba Lemas Ketika Operasi Menyelamat

Perginya 6 Wira Penyelamat Negara demi tugas, Nyawa & harta benda.. ..Salam Takziah buat keluarga..Al fatihah...

*إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن*
*Innalillahi wa inna ilaihi raji'un*

‎ *اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْف*
*“Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu"*
_*"Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia.."*_

Kronologi 6 Anggota Bomba Lemas Ketika Operasi Menyelamat

                             *ALFATIHAH*
‎ *بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ*

*◄.اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّي*

Mangsa yang lemas masih belum dijumpai setakat ini.

Semua orang tengah bersedih...

Tapi lagi sedih bila ada mulut puaka mengutuk enam anggota yang berjuang mempertaruhkan nyawa untuk orang lain.

Kalau tak boleh kata yang baik... Jangan cakap.. Diam! Sakit hati baca komen negatif macam tu...

Kalau ahli keluarga arwah yang baca lagilah sedih...

Dalam hal ni.. Kalau pakar sekali pun... Tapi Kun Fayakun... Dah nak jadi, Allah dah takdirkan ajal mereka begitu...

Moga ahli keluarga mereka tabah dan kuat dengan ujian Allah ini...

Al-Fatihah...

#kematiansentiasamenghampirikita

3 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

  1. Salam Takziah - Alfatihah -
    semoga keenam222 Wira kter ditempatkan bersama orang22 yang solih

    BalasPadam
  2. Innalihaiwainnailaihirojiun .... moga mereka ditempatkan bersama orang-orang yang soleh

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Terbaru Lebih lama