GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Bisnes Ais Krim Malaysia

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Bisnes Ais Krim Malaysia | Minat berniaga dari kecil hingga dewasa. Dari sekecil-kecil perniagaan hingga sekarang ada syarikat sendiri. Walaupun begitu, tak suka masa terluang, jadi Mr. Firdz jadikan minat tu sebagai duit.

Dok saja di rumah... dia buat ais krim. Memula jual... orang macam tak nak beli.

Kali pertama buat takde sambutan... Banyak terjual sebab beli sendiri... sendiri buat sendiri beli.

Buat lagi untuk kali kedua...

Alhamdulillah... ada orang beli...

Seronok jadinya walaupun untung tak seberapa...

Bisnes Ais Krim Malaysia


Permulaan buat, hanya 4 perisa... Coklat, jagung susu, honeydew dan juga bandung. Sebab plastik kecik je, kami jual 30 sen je...

Alhamdulillah... perisa coklat dan jagung habis dijual. Tinggal dua perisa lagi...

Jadi, semalam buat lagi untuk restok.

Bisnes Ais Krim Malaysia


Peti sejuk beku dah tak guna letak susu... habis dah fasa kumpul EBM... jadi, manfaatkan sebaiknya.

Semalam buat lagi 3 perisa.

Jagung dan coklat serta ditambah perisa baru... Ais krim asam boi.

Saiz plastik aiskrim besar dari yang biasa... Jadi, tak boleh jual 30 sen... jadi kami naikkan 10 sen.

Bisnes Ais Krim Malaysia


Untuk perisa coklat mahal sikit 50 sen... yang lain-lain 40 sen je.

Buat bisnes ni seronok-seronok je... untuk latih anak kumpul duit.

Anak-anak nak makan pun kena beli... ada tabung khas untuk ais krim ni...

Jadilah... buat bisnes kecilan macam ni...

seronok walaupun tak untung banyak pun...

tapi seronok tengok orang beli dan makan...

Ada yang nak beli... kena datang sendiri la ke rumah kami...

Tiada perkhidmatan COD atau pos... hehe... 

3Ulasan

  1. Alhamdulilah, moga bertambah rezekinya..
    Sama juga adik Sis, dia pun niaga eskrem mcm ni.Jadilah buat sember pendapatan sambilan..

    BalasPadam
  2. Ramai yang jadikan jualan aiskrim Malaysia ini sebagai p3ndapatan sampingan walaupun untungnya tak banyak.. Ada perisa perisa baru juga dijual.. Kalau Sha memang suka Milo lah..

    BalasPadam
  3. dulu2 glamer eskrim malaysia ni,kan..baguih gak buat camni,maria..boleh ajar anak2 cari duit sendiri n dorang tahu basic meniaga...mana tau ada yg berminat nak jadi businessman..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ