13 Cara Mudah Menghilangkan Selulit Secara Semulajadi

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

13 Cara Mudah Menghilangkan Selulit Secara Semulajadi | Selulit walaupun sulit tapi boleh menyebabkan kita rasa tak yakin diri.. Orang tak nampak tapi rasa tak selesa.. Tambah pula kalau kat kawasan paha dan lutut.

Macam mana cara nak hilangkan selulit ni?”

Jangan anggap tubuh langsing kita tidak terkena selulit. Menurut pakar kajian selulit, wanita bertubuh ramping juga berisiko mengalami selulit.

Punca Selulit 

13 Cara Mudah Menghilangkan Selulit Secara Semulajadi
13 Cara Mudah Menghilangkan Selulit Secara Semulajadi

Selulit bukan terjadi kerana berat badan, tetapi kandungan lemak di bawah kulit yang terkumpul sehingga memberi tekanan pada tisu-tisu penghubung yang ada permukaan kulit. Hasilnya, garisan-garisan selulit terjadi.

Selulit bukanlah penyakit. Ia cuma lapisan lemak terkumpul di bawah kulit.

Selain guna produk moden hilangkan selulit, ada je cara mudah dan jimat untuk hilangkan selulit.

13 Cara Mudah Menghilangkan Selulit Secara Semulajadi


Berikut adalah cara menghilangkan selulit dengan mudah. Murah, dan hanya perlu buat di rumah!

1. Berus Kulit

Gunakan berus badan yang tidak terlalu kasar. Dalam keadaan kulit tidak terkena air, beruskan badan pada bahagian bermasalah. Buat pergerakan memanjang pada satu arah dan elakkan gerakan berulang-alik. Boleh juga beruskan dengan pergerakan bulatan.

Untuk selulit di kulit, buat gerakan bulat mengikut lawan arah jam. Kaedah memberus kulit ini dapat menangani selulit dengan cara melancarkan peredaran darah dan menegangkan kulit. Selain itu, masalah kulit kering dan gelap terutamanya di bahagian lutut dan siku juga dapat diatasi. Lakukan sekali sehari sebelum mandi pada bahagian tersebut. Cari berus yang sesuai, kot tak terkopek kulit...


2. Skrub Kopi

Rawat selulit sendiri di rumah dengan membuat sendiri skrub serbuk kopi. Campurkan ¼ cawan serbuk kopi, 3 sudu gula, dan 3 sudu minyak kelapa/zaitun sehingga menjadi pes. Lumurkan dan urut pada tempat bermasalah kemudian balut dengan plastik jernih.

Bestnya bau kopi... Kopi juga dapat membantu menegangkan kulit. Di samping itu kulit juga akan merasa lebih segar. Kaedah mengurut juga dapat melancarkan peredaran darah pada kulit.

3. Minyak Zaitun

Minyak yang didapati daripada hasil pemprosesan buah zaitun ini memang terkenal mempunyai pelbagai khasiat. Selain kaya vitamin E dan C, minyak zaitun juga tinggi omega 3 dan omega 6.

Hanya perlu sapukan minyak zaitun ke bahagian selulit lalu urutkan sebentar dan biarkan selama beberapa minit. Gunakan secara teratur untuk mendapatkan kesan yang maksimum. Tidak hanya sekadar menghilangkan selulit, kulit anda juga akan terasa lebih lembap setelah menggunakan minyak zaitun.

4. Lemon

Salah satu buah dengan kandungan vitamin C yang cukup tinggi ini ternyata boleh menjadi salah satu alternatif untuk menghilangkan selulit. Selain itu, kandungan abrasif yang terdapat dalam lemon dipercayai mampu meresap dan membakar lemak secara berlebihan. Ambil lemon yang berwarna hijau dan belah menjadi dua bahagian. Gosokkan kedua-dua bahagian lemon tersebut secara rata di bahagian selulit hingga kering. Jangan lupa untuk membilasnya menggunakan air panas.

5. Lidah Buaya

Tanaman yang juga dikenal dengan nama Aloe Vera ini terkenal untuk menghitamkan rambut di kalangan wanita. Selain itu, ia memiliki kandungan vitamin A, E dan C yang sangat tinggi sehingga baik untuk meremajakan kulit dan wajah.

Cara menggunakannya juga mudah. Kupas bahagian luar lidah buaya lalu sapukan getahnya ke bahagian selulit secara rata. Jangan lupa untuk melakukan terapi ini setiap hari agar anda boleh mendapatkan hasil yang maksimum.

6. Lobak Merah

Kaya dengan vitamin A, lobak merah juga boleh digunakan untuk menghilangkan selulit secara semula jadi. Kupas lobak merah, potong-potong hingga halus. Campurkan sesendok madu ke dalam adunan lobak merah dan sapu pada bahagian selulit. Biarkan selama dua jam hingga kering lalu bilas dengan air.

7. Tomato

Mudah dan murah, tomato menjadi alternatif untuk menghilangkan selulit pada paha, betis dan punggung. Pelbagai kandungan vitamin yang tinggi pada tomato ini terbukti boleh memperbaiki jaringan kulit yang rosak.


Potong tomato menjadi dua bahagian lalu sapukan secara merata pada bahagian selulit dan urut dengan lembut. Urutan ini berfungsi untuk membantu menangggalkan sel kulit mati dan melancarkan sistem peredaran darah. Lakukan urutan ini beberapa saat sebelum mandi secara rutin.

8. Banyakkan Ambil Makanan Sumber Omega-3

Selulit juga terjadi sebab hormon badan  yang tidak seimbang. Hormon yang seimbang dapat dicapai dengan pengambilan minyak sihat. Minyak semulajadi omega-3 yang membantu mengimbangi hormon dan seterusnya mengurangkan selulit pada badan.

Kacang walnut, kacang pecan, chia seed, tuna dan ikan salmon adalah antara sumber semulajadi yang kaya dengan minyak omega-3. Hah, ikan kembung pun kaya omega-3.


9. Essential Oil

Boleh juga menyapukan minyak kelapa dara, minyak zaitun, atau krim pelembap organik yang boleh dibeli di pasaran.

Jika yang suka minyak aromaterapi atau essential oil, Boleh guna grapefruit, juniper, dan daun rosemary.


10. Cuka Epal

Cuka epal atau apple cider vinegar adalah salah satu cara menghilangkan selulit dengan cepat kerana ia mengandungi mineral, potassium, magnesium, dan kalsium. Elemen-elemen ini adalah penting untuk membuang toksin dan air yang ‘bertakung’ pada bahagian berlemak seperti paha dan perut.

Caranya, sampurkan cuka epal dengan air dengan nisbah 1:2 atau 1:1 (bergantung kepada kulit masing-masing) dan sapukan campuran ini pada bahagian berselulit. Kemudian, balutkan dengan plastic wrap dan letakkan tuala suam di atasnya selama 1 jam. Selepas itu, buka balutan dan bilas dengan air bersih. Lakukan sebanyak sekali sehari sehingga selulit benar-benar hilang., macam kat spa dah kalau buat nih...

11. Banyakkan Minum Air

Amalkan pengambilan air kosong 8 gelas sehari dan pilih sayur dan buah yang mengandungi kandungan air yang banyak seperti tembikai, lobak putih, timun dan tomato.

Sekarang ni memang tengah amalkan buah yang kaya dengan air ni...

Dengan harapan, kandungan air yang banyak dapat menguatkan tisu-tisu penghubung pada kulit di samping dapat mengawal berat badan.


12. Bergerak Aktif dan Bersenam

Aktiviti senaman bukan sahaja meyihatkan badan dan meningkatkan metabolisme, malah ia mengurangkan tekanan pada kulit untuk menghasilkan selulit.

Setakat ni, memang kerap bergerak... sampai lenguh kaki... Tapi selulit tak hilang lagi.. haha


13. Elak Stress dan Pemakanan Seimbang

Tidur sekurang-kurangnya 7 jam sehari dapat memulihkan segala kelesuan pada badan dan menstabilkan hormon. Selain menghalang pembentukan selulit, tidur yang cukup juga dapat mengawal berat badan, mengurangkan stres dan mengurangkan risiko mendapat penyakit.

Ada pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menghilangkan masalah selulit.

Jom kita buat, supaya selulit tak menghantui...


Sumber: google

Post a Comment

0 Comments