GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Jangan Berdebat Dengan Orang Yang Tak Sependapat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Jangan Berdebat Dengan Orang Yang Tak Sependapat  | Dalam Islam, kita tidak digalakkan melayan orang jahil atau orang yang degil & sombong dalam berdebat atau berbincang kerana ia tidak membawa sebarang faedah. Saya tertarik kata2 Bernard Shaw walaupun ia agak kasar tapi cuba fahaminya secara positif dan ambil pengajaran, dia berkata "I Learned long ago never to wrestle with a pig, you get dirty, and besides the pig likes it".

Saranan menjauhi mereka ini sangat tepat dengan firman Allah swt :

وَإِذَا سَمِعُوا اللَّغْوَ أَعْرَضُوا عَنْهُ وَقَالُوا لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ سَلَامٌ عَلَيْكُمْ لَا نَبْتَغِي الْجَاهِلِينَ 
Ertinya : Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak bermanfaat, mereka berpaling daripadanya dan mereka berkata: ""Bagi kami amal-amal kami dan bagimu amal-amalmu, kesejahteraan atas dirimu, kami tidak ingin bergaul dengan orang-orang jahil (Al-Qasas : 55)

Juga kata-kata Imam As-Syafie
إذا نطق السفيه فلا تجبه ... فخير من إجابته السكوت
Ertinya : Apabila berkata kepadamu orang ‘safih' ( bodoh, provoke, emosi hingga hilang pertimbangan warasnya dan sepertinya) maka janganlah kamu menjawabnya...maka sebaik-baik jawapan kepadanya adalah senyap.

Jangan Berdebat Dengan Orang Yang Tak Sependapat


Bila berdebat orang yang jahil... Kita jadi sama level dengan dia dan lebih parah... Akan datang penyakit hati yang lain seperti sombong, ujub dan riak dalam hati sebab nak pertahankan pendapat dan pandangan kita...


Dengan isu semasa sekarang.. Inilah sepatutnya kaedah yang perlu digunakan.

Jangan balas komen dengan perlian dan makian kerana akan mendatang lebih banyak kemudharatan.

Jika tak mampu nak mendidik... Baik diam... Off komen.... On butang share...

Sebarkan ilmu tanpa membalas komen.. Itu lebih baik... Daripada sebarkan kebaikan... Tapi bila orang komen... Kita pun melenting...

Akhirnya membawa perpecahan dalam masyarakat... 

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ